BAB 43

Romance Completed 68960

8 bulan kemudian...

Di London,Loughborough.

Angin sejuk di negara empat musim itu mendamaikan hati Syed Ariff.Syed Ariff tidak lepas merenung universiti yang tersergam indah di hadapanya.Mindanya mengenang kembali memori sewaktu belajar di universiti itu dulu.Ramai orang yang lalu tidak mengendahkan Syed Ariff.Dia masih ingat sewaktu dia bertungkus lumus belajar sehingga digelar ‘nerdy boy’ di kampus.Semuanya kerana hasratnya yang memuncak untuk menjadi usahawan yang berjaya apabila mengambil alih syarikat ayahnya.Kini,semua itu terbayar semenjak dia berkahwin dengan Azhani.

‘Azhani..’

Nama yang amat dirindui.Wajah ,sifat dan perbuatan Azhani sentiasa terbayang di mindanya semenjak menjejak kaki di negara ini.Bagaimanakah dia?

Kemudian,Syed Ariff mengeluarkan dompet di poket belakang ‘jeans’ nya dan mengeluarkan sekeping gambar.Gambar Azhani itu direnung lama.Gambar itu juga yang diambilnya tanpa pengetahuan Azhani sorok-sorok.Dia tersenyum mengenang perkara itu.

Abang rindu nak dengar suara Az.Kata hatinya.Ah,sungguh dia rindu.Walaupun sejauh mana dia melarikan diri,hatinya sentiasa akan terfikir Azhani.Negara yang aman dan tenang ini masih tidak dapat membuatkan dia melupakan kasih seorang isteri.

Kadangkala,apabila memikirkan Azhani bersendirian tanpa dirinya disisi.Dia resah dan takut apa yang akan menimpa diri isterinya.Tapi apa yang perlu dia lakukan untuk perasaan bersalah ini? Biarkan sahaja dan pergi ke sisi Azhani adalah perkara yang sudah lama dia fikirkan.Namun,hatinya tidak pasti dan berbelah bagi setelah apa yang dia lakukan kepada Azhani.

Syed Ariff melepaskan keluhan berat kemudian meraup rambutnya kebelakang.Bayu sejuk yang damai terasa sejuk sehingga ke tulang membuatkan dia membetulkan mafelanya.Salji nak turun?.Dia melepaskan nafasnya yang sejuk ke udara.

“Hei,Riff!”

Terkejut mendengar suara itu.Syed Ariff berpaling untuk melihat siapa yang menyaut namanya.Seorang lelaki inggeris kira-kira dua kali tingi daripada Syed Ariff mendekati bangku itu.Rambutnya yang keemasan atau ‘blonde’ menyerlah apabila cahaya matahari memancar kearahnya.Lelaki itu memegang dua cawan kertas kopi yang masih hangat di tangannya.

“What are you doing here? I thought i told you to wait in front of the cafe?”

“Sorry Mike.I got distracted and when i know i end up here.Haha..”

“Whatever.Here,your coffe.”

Mike memberikan satu cawan kopi kepada Syed Ariff kemudian melabuhkan punggungnya di sisi Syed Ariff.Syed Ariff menghirup kopi panas itu dengan perlahan.Ahh.minum kopi pada waktu ini memang terbaik.Kemudian Syed Ariff memandang sekilas kepada Mike yang juga sedang menghirup kopi.Mike adalah di antara kawan baiknya yang paling rapat sewaktu mereka belajar di universiti dulu.Syed Ariff masih ingat waktu mereka pertama berkenalan.Mike pernah bertanyakan soalan pelik kepada Syed Ariff tentang tanah airnya.

“So,because you’r a Malaysian.Can i ask you something?”Tanya Mike

“Sure,What is it?”

“I hear Malaysian have a kind of food..that name..nasi..nasi lemak! Right!?”

“Oh, yeah.What about it.”Muka Syed Ariff mula berkerut.Mat salleh ni tanya aku pasal nasi lemak ke?Pelik?

“I hear some people said it was spicy..And also heard that not many Japanese cannot eat them.So i just want to know what about it.Are they really that spicy?You know,like Mexican food.They really like to put chillies in the food.”Terang Mike.

“Ermm..i can’t confirm about that.But one thing i know,nasi lemak is spicy.But it still can’t beat wasabi spicy.You know,Japanese food?”

“Yeah,thats i know.”

“So,all i can i say that nasi lemak is spicy and really famous in Malaysia.Many people eat them as breakfast.Its just like food culture.So, about the Japanese thing,i can’t really explained to you why they can’t eat nasi lemak..”jawab Syed Ariff.

“Just forget about that.But there’s one thing i want to sure,so you said that almost all Malaysian eat spicy food for breakfast?!”Kini,muka Mike pula berkerut.

“You can say like that.”Syed Ariff tersenyum.

“Wow! I never imagined that.I,myself never eat spicy food for breakfast,man.I think its really weird but cools in many way.Haha..”Mike tergelak manakala Syed Ariff hanya tersenyum.

“Opps,sorry .Its really rude of me to ask you a question without mention my name first,Hi,i’m Mike.”Mike tersenyum menyerlahkan giginya yang putih.

“Nice name.I’m Syed Ariff.You can call me Ariff.”

Kemudian,Mike merenung Syed Ariff seperti memikirkan sesuatu.

“How about,i call you ‘Riff’? Its really cool that way.”Cadang Mike.

“Well,i don’t mind.”

Mereka berdua tersenyum.Sejak itu,hanya Mike sahaja yang sering memanggilnya ‘Riff’.Mereka sering lepak dan keluar bersama.Tidak lama berjumpa dengan Mike bohonglah kalau dia kata dia tidak rindu untuk berlepak dengan sahabatnya.Kini,Syed Ariff juga terhutang budi terhadap Mike kerana sanggup membenarkan Syed Ariff menumpang di rumahnya walaupun hakikatnya Mike sudah beristeri.Isterinya pula seperti ikhlas dengan hati yang terbuka malah sanggup memasakkan makanan yang halal untuk Syed Ariff sebagai tetamunya.Mereka memang pasangan yang baik.Pernah juga Syed Ariff menyatakan hasrat untuk berhenti tinggal di rumah mereka kerana dia akan tinggal lama di sini.Tetapi Mike tegas menghalang kerana Syed Ariff adalah sahabatnya begitu juga dengan isterinya.Syed Ariff benar-benar bersyukur kerana dia dikelilingi dengan orang yang pemurah dan baik walaupun berlainan bangsa.

Syed Ariff tersenyum mengimbaukan kenangan lama.Memandang bangunan Universiti itu membuatkan dia merasa nostalgia.Dia tergelak kecil.Mike yang perasan riak Syed Ariff mengerutkan wajahnya.

“What’s so funny?” Soal Mike

“Nothing.I kinda remember our first met at the campus.It kinda funny though.”Kata Syed Ariff.

“First met?” Mike cuba mengingati kembali peristiwa yang dikatakan oleh Syed Ariff.Kemudian dia memetikan jarinya.

“Oh! Yes,that time.About the ‘nasi lemak’ thing..Hahah.I almost forget about it.”Kata Mike.

“Funny right?”

“But,you know something really funny? I actually tried to eat ‘nasi lemak’.At first,i really need water to cool down the spices.But it taste actually not bad.Now,understand why Malaysian people really like it.”Senyum Mike.Peristiwa itu membuatkan dia geli hati.

“You really eat it?! No way!” Syed Ariff tidak percaya.Mat salleh makan nasi lemak memang perkara yang jarang baginya.

“You have to believe it.”Kata Mike.

Syed Ariff ketawa begitu juga dengan Mike.Tidak dia sangka Mike akan sanggup makan nasi lemak.Luar biasa dan pelik! Kemudian dia memandang kembali ke hadapan memandang bangunan kampus.Sekali lagi nafasnya menghembus udara yang dingin kerana kesejukan.Mike mula menyedari gambar di tangan Syed Ariff.Kemudian Mike mengeluh kecil.

“Man,you got to stop staring at the picture Riff.”Nasihat Mike.

Syed Ariff memandang Mike dengan tidak mengerti.Bila sedar mata Mike memandang gambar Azhani,cepat-cepat Syed Ariff mengeluarkan dompetnya untuk menyimpan kembali gambar itu di dalam dompet

“Oh,it’s nothing.”Selindung Syed Ariff semasa menyimpan gambar itu.

“Oh,come on.You can’t lie to me man.We were friends like almost tens years! I know you missed you’r wife.”Kata Mike.Melihat wajah lelaki Asia ini seakan-akan sudah tertulis semuanya.Mike tidak mengerti kenapa Syed Ariff begitu susah untuk mengaku tentang isterinya.Tapi Mike begitu yakin Syed Ariff rindukan isterinya kerana hampir setiap hari dia merenung gambar itu.Sewaktu pertama kali dia terserempak dengan Syed Ariff di stesen Marble Arch selepas beberapa tahun tidak berjumpa.Mike begitu teruja.Tambahan pula dia begitu terkejut apabila mengetahui Syed Ariff sudah berkahwin.Apabila bertanya mengapa Syed Ariff datang ke sini,Syed Ariff hanya menjawab disebabkan hal bisnes.Tetapi Mike tahu ada sesuatu sebaliknya.Mengapa Syed Ariff tidak pernah berhubung atau pulang untuk melihat isterinya sekali-sekala walaupun sudah hampir 8 bulan dia tinggal bersamanya?

“Erggh..It’s hard to talk about it.”Syed Ariff meraupkan wajahnya.

“If you missed you’r wife so much,why don’t you just go to her?”Cadang Mike.

“Mike,it’s complicated.”

“Why?Cause you’r have a fight with her or something?”

“No,not that.It’s just..I done something terrible to her..And its really hurt her and my feeling.”Terang Syed Ariff.

“What? Are you two-timing now.You’r really sneaky little man ha.”Gurau Mike kemudian ketawa.Syed Ariff hanya mencebik apabila Mike menuduhnya curang.Curang pada Azhani?Tak mungkin.

“Haha..Just think what you want.But i’m not two-timed her okay!”

“Relax man,i’m just joking.So,get back to the topic.I thinks you really should get back to Malaysia and meet her.”

“Meaning?”Kening Syed Ariff terangkat.

“I mean,you really and obviously have to go back to meet her! You love her,and i thinks she has the same feeling.She’s your wife and your still married.It’s impossible she’s gonna hate you.”Kata Mike.

“But i hurt her..”Kata Syed Ariff dengan perlahan.

“Riff,don’t be a coward.If you really love something,you go for it.Not abandon it!.If you gonna be just like this and stay here forever.I thinks it’s gonna make a big scar in her heart later.You’r a man Riff,chase it!” Luah Mike menyedarkan sahabatnya yang sedang bingung dengan perasaan sendiri.Syed Ariff hanya terdiam.Semua kata yang diluahkan Mike adalah benar.Apabila sudah tiada kata untuk dikatakan,Mike hanya menghirup kopinya yang semakin sejuk.Syed Ariff membuka mulut

“I thinks you’r right man.”

Mike tersenyum.

“I know i always be.”

Mereka berdua menghirup kopi pada waktu yang sama.Kemudian Syed Ariff membuang pandangan kehadapan dengan minda yang kosong kecuali nama Azhani yang tertulis di mindanya.

Di Malaysia..

Selesai mengenakan tudung di kepala,Azhani membelek pula wajahnya di cermin.Kemudian,matanya beralih pula pada jam di dinding.8.37?! Alamak,aku dah lewat gila dah ni! Dengan cemas,dia memasukkan barang,dompet dan telekungnya di dalam tas tanganya yang agak besar.Apabila sudah pasti semua benda sudah dibawa,Azhani mengambil kunci di atas meja solek.Menuju sahaja di pintu,langkahnya terhenti.Tunggu?Ada satu benda aku rasa macam hilang?

Azhani berfikir sejenak.Oh,ya,gelang!.Lantas dia meluru ke meja solek dan menjumpai gelang kesayanganya.Gelang pemberian Syed Ariff.Matanya memandang sekilas pada gambar perkahwinan dia dan Syed Ariff yang sentiasa berada di atas meja solek .Dia merenung lama pada wajah Syed Ariff di gambar,seakan-akan melepaskan rindu yang tidak kesempaian selama ini.

‘Pap!’.Azhani menampar kedua-dua belah pipinya.Wake up Az! Kau dah lambat pergi kerja! Getus hatinya.Tanpa menunggu lagi dia keluar daripada bilik itu.Turun sahaja daripada tangga,Azhani tersenyum melihat Asyikin sudah menyiapkan sarapan di atas meja.Selalunya dia yang masakkan sarapan.Azhani menghampiri meja makan.

“Sorry Asyikin,aku lambat bangun hari ni.Thanks sebab sediakan sarapan.”Kata Azhani kemudian duduk menghirup air tehnya.

“Tak ada apa-apa lah.Aku sediakan roti dengan jem je.”Kata Asyikin kemudian matanya memandang jam di dinding ruang tamu.

“Eh?! Dah pukul berapa sekarang ni? Kau dah lambat pergi kerja la Az.Cepat makan!”Gesa Asyikin.

“Ala,sabar la..Baru tengah kunyah ni!”

“Ish,cepat sikit.Kau nak kena potong gaji ke ha?”

“Iyerlah! Aku bangun la ni.”

Azhani bingkas bangkit daripada kerusi kemudian mengambil kunci keretanya di dalam almari.Tidak sampai langkah keluar daripada rumah,Azhani berpaling kebelakang.

“Oh,ya.Aku lupa nak cakap sesuatu dekat kau Asyikin.”Kata Azhani.

“Apa dia?”

“Cantik warna tudung kau hari ni.”

Kata Azhani kemudian keluar daripada rumahnya.Asyikin tersenyum mendengar pujian rakan serumahnya.Telah banyak yang berubah sejak 8 bulan ini,hubungan dia dan Asyikin semakin rapat dari semasa-semasa.Daripada status ‘musuh’ menjadi kawan serumah yang paling rapat.Lagi satu yang menggembirakan hati Azhani,Asyikin mula membuka hatinya untuk mengenakan hijab dan mulai menutup aurat.Mendengar perkara itu daripada mulut Asyikin,Azhani hanya gembira mengucapkan syukur.Betul lah kalau seseorang itu kata masa boleh mengubahkan diri seseorang.Sesungguhnya,nikmat Allah itu ada banyak hikmatnya.

Selesai mengenakan sandal,Azhani memasuki ke dalam kereta dan menekan pedal minyak.Kemudian keretanya keluar daripada perkarangan rumah sewanya.Setibanya Azhani di hadapan kedai bunga ‘Mariah Florist.’Dia keluar daripada kereta dengan terkocoh-kocoh dan membawa barangnya kemudian dengan pantas menolak pintu kedai itu.

“Kak Farihah,sorry Az lambat!”Kata Azhani kemudian meluru kepada seorang wanita yang berukuran-30 an.Walaupun dia telah memandu secepat yang boleh,namun Azhani tetap sampai lambat ke tempat kerjanya.Aduh,ini la balasan tidur hingga lewat malam sampai terlambat masuk kerja.Kak Farihah tersenyum memandang Azhani yang kelihatan gusar itu.

“Az,bawak bertenang boleh tak.Kamu lambat 15 minit je.Kedai pun baru bukak.Tak payah nak minta maaf lah.”Kata Kak Farihah kemudian menyambung kerjanya menggembur tanah dalam pasu

“Mana boleh kak.Kita kerja kena la sistematik.Az dah buat salah mesti kena minta maaf.”

“Banyak la kamu sistematik.Ayat tu untuk orang yang bekerja dekat pejabat je tau.Kerja jaga bunga macam kita ni tak layak nak pakai ayat macam tu.”

“Ala kak Farihah ni.Semua kerja dekat dalam dunia ni sama je tau.Yang bezakannya adalah haram dengan halal je.”

Kak Farihah merenung Azhani dengan tajam.Kemudian dia bangun memandang Azhani.

“Ok.Kalau kamu cakap macam tu.Akak nak tanya Az satu soalan.”Kata kak Farihah sambil mengkibas bajunya yang terkena tanah.

“Apa dia?”Azhani pelik.

“Akak tengok,Az ni sijil semua pencapaian tinggi-tinggi.Asal Az beriya-iya nak kerja dekat sini.Akak tengok sijil Az semua sesuai untuk masuk kerja dalam syarikat.Alih-alih Az nak kerja dekat kedai bunga ni jugak.Apa cerita?”Duga kak Farihah.

Alamak kak Farihah ni,benda tu jugak yang nak ditanya.Azhani tersengih .

“Kak Farihah,Az sebenarnya pernah kerja dalam syarikat.Az kerja dekat sini sebab nak carik pengalaman baru.Takkan itu pun salah?”Azhani memuncungkan mulut.

“Bukan salah dik oi.Kau tu masih muda lagi.Umur macam ni la sesuai nak carik suami.Mana tau kau kerja dekat sana dapat curi hati orang kaya atau bos Az sendiri.Siapa yang untung?Az kan yang untung.”Senyum Kak Farihah.

Gulp.Apabila kak Farihah kaitkan tajuk perkahwinan,entah mengapa hatinya menjadi gusar.Setelah lama dia bekerja di sini,tidak sesiapa pun dia beritahu bahawa dia sudah bersuami.Rasa bersalah juga sebab berbohong.Tetapi bagaimana lagi,kalau mereka nak lihat wajah Syed Ariff kan susah?

“Dah la tu kak! Kita tukar topik lain la pulak.Bosan la asyik cakap pasal hal ni je..”Dalih Azhani.

“Bosan?Ish,Az tau tak....”

Tidak sempat Kak Farihah menghabiskan kata,seorang pekerja bernama Putri muncul di hadapan mereka.

“Ok! Stop.Tolong dengar saya cakap!”Jerit Putri sementara tanganya memegang telefon bimbit.

“Ish,kau ni kenapa Putri?Menyampuk je orang nak berborak.”Pelik kak Farihah.Azhani hanya memandang Putri.

“Ni,Putri nak cakap sesuatu yang penting daripada korang asyik berborak je dari tadi.”Kata Putri.

“Apa dia?Cakapla.”Gesa Azhani.Mata mereka tertumpu pada wajah Putri.Dalam hati,Azhani lega Putri datang untuk mematikan perbualan antara mereka tentang topik tadi.

“Tadi,Datin Mariah ada call.Dia beritahu Putri dia nak datang dekat kedai ‘florist’ ni dalam masa sejam lagi.Dia suruh kita sediakan bunga-bunga yang cantik sebab nanti dia nak bawak rakan seperniagaan dia sekali.Itula Putri nak suruh korang kemas daripada tadi asyik berborak jerr.”Terang Putri.

Azhani dan Kak Farihah memandang sesama sendiri.

“Datin Mariah nak datang?”Kata mereka serentak.

“Yes! Dan sebab tu la,Putri nak Az tolong tengok bunga yang dah sampai dekat sana.Cari bunga yang cantik lepastu letak dekat depan.Oh,and make sure tak ada yang layu.Ok?”Arah Putri.

“Got it boss!” Tabik Azhani seperti gaya askar kemudian meletakkan begnya di meja kaunter dan melihat bunga yang telah dihantar pagi tadi.

“Dan untuk Kak Farihah pulak.Tolong check bunga yang dekat dalam ni mana yang tak elok lepas tu letak dekat luar ok.Putri nak check bunga dekat belakang.”Kata Putri.Tidak sempat memusingkan badannya,tangan putri direntap oleh Kak Farihah.

“Tunggu sekejap! Putri kata Datin Mariah nak datang bawa kawan dia sekali kan?”Soal Kak Farihah.

“Ye.Kenapa?”

“Ada kemungkinan dia bawa sekali tak anak lelaki dia?Pertama sekali akak tengok anak dia,perrgh.Hensem kot.”Kata kak Farihah kemudian tersenyum gatal.

Azhani tersenyum mendengar perbualan mereka daripada jauh semasa meletakkan bunga.

“Hai,kak.Abang Ijai suami akak tu nak letak mana?”Perli Azhani.Gatal betul Kak Farihah ni walaupun dah ada suami.Sempat lagi nak cuci mata.

“Ala,akak cakap je hensem.Bukan ada apa-apa pun.”Cebik Kak farihah.Putri hanya menggelengkan kepalanya.

“Entah la kak.Dia bawak ke tak anak dia yang hensem tu Putri tak tau.Yang Putri tau nak make sure kan kedai ni dalam keadaan yang bagus.So,Putri nak akak buat kerja ye.”Senyum Putri kemudian meluru ke belakang kedai.Kak Farihah mencebik kali kedua.

“Akak tengok Putri ni dah serius sangat ni.Entah apa nak jadi budak muda zaman sekarang.”Kata Kak Farihah.

“Ala kak Farihah ni.Itu la,Az cakap.Kita kena sistematik dalam kerja.Cuba tengok Putri,sistematik je hidup dia.Kan bagus macam tu.”Azhani cuba mengenakan Kak Farihah.

“Sudahlah! Tak habis-habis dengan sistematik.Pening kepala akak.Akak nak buat kerja.Hmmph!”Muncung kak Farihah kemudian mula memeriksa bunga di hadapanya.Azhani hanya tergelak kecil.Rutin hidupnya tidak pernah bosan bekerja di sini kerana ada orang seperti Kak Farihah dan Putri.Hatinya riang sekali.

Sejam setengah telah berlalu...

Azhani,Putri dan kak Farihah duduk di kaunter pembayaran.Azhani leka merenung ke luar tingkap melihat tingkah laku manusia pada waktu tengahari begini.Putri pula sedang leka bermain ‘game’ di dalam telefon bimbitnya sementara kak Farihah tidak berhenti merenung pada jam jarum jam di tangannya.Mereka bertiga senyap membuat hal masing-masing.Tidak tahan dengan situasi begini,kak Farihah mula mengeluh kuat.

“Argghh! Bila Datin Mariah nak sampai ni? Kata sejam lagi,ni batang hidung tak nampak pun.”Keluh kak Farihah.

“Ish,kak Farihah boleh bawak bersabar tak.Mungkin ada ‘traffic jam’ ke dekat sana.Kita tunggu je la.Habis nak buat apa lagi.”Balas Putri masih leka bermain permainan dalam telefon bimbitnya.Manakala Azhani hanya senyap mendengar mereka berceloteh.

“Masalahnya,perut akak ni dah bernyany ‘rap’ tau.Sekarang pun dah pukul 12.47.Masa lunch.Akak laparla~”Rengek kak Farihah sambil memegang perutnya yang kosong.Putri yang mendengar mengeluh kecil kemudian menyimpan telefon bimbitnya di dalam poket dan beralih memandang kak Farihah.

“Akak,Putri pun lapar tau.Tapi,disebabkan Datin Mariah tu boss kita.Kita kena la tunggu.”Kata Putri.Mulut kak Farihah memuncung panjang.

“Kalau susah sangat.Korang berdua pergi beli lunch,aku jaga kedai.Kedai pun dah kemas,so nanti kalau Datin datang aku rasa aku boleh handle.”Azhani menyuarakan cadangannya.Kesian juga melihat kak Farihah kelaparan.Lagi pun,Azhani dapat rasakan makin lama kak Farihah di sini,makin banyak la bebelannya.Baik aku mengalah je lahh.

“Ha,bagus cadangan Azhani.Akak memang suka.Putri, teman akak jom!”Kak Farihah mempamerkan senyuman lebarnya.

“Betul kau boleh handle Datin ni?”Soal Putri.Rasa bersalah pula pada Azhani menjaga kedai seorang diri.

“Iye,betul.Aku boleh handle la.Jangan risau boleh tak.Sekarang,aku nak korang pergi kedai,beli kan makanan untuk aku sekali tau.”Kata Azhani.Putri tersenyum.

“No problem girl.”

Putridan kak Farihah mengambil beg sandang mereka kemudian menuju ke pintu.

“Nanti aku bayar balik tau!”Jerit Azhani.

“Tak payah.Kitaorang belanja.”Sahut Putri kemudian melambaikan tangannya dan keluar daripada kedai.Azhani tersenyum gembira kemudian kembali merenung ke luar.Apabila seminit telah berlalu,Azhani mula terasa bosan.Apa aku nak buat ye? Fikir Azhani.Oh,aku rasa aku bawak novel.Aduh,macam mana la boleh lupa?

Bingkas Azhani mengambil begnya kemudian mengeluarkan novel yang baru dibeli minggu lepas.Dia girang dalam hati.Masa tak ada orang macam ni la syok kalau layan novel.Hehe.

Tidak sempat dibukanya buku itu,loceng pintu berbunyi menandakan ada insan yang memasuki ke dalam kedai.Azhani mendongak melihat gerangan siapa yang tiba.Datin Mariah?

Kelihatan dua pasangan yang memasuki kedai itu.Azhani merenung mereka apabila pasangan itu mula mendekati kaunter bayaran.Menyibuk betul la.Baru nak baca novel!.

“Sayang,you dah lama tak belikan I bunga.I rindu tau.Belanja I bunga tau hari ni.”Pasangan wanita itu merengek sambil membuat muka comel.Lelaki itu hanya tersenyum memandang teman wanitanya.

“Ok,honey.Just pick up what you want and i will buy it.Happy?”

“Yeay! Thanks darling.”Wanita itu tersenyum bahagia kemudian mengeratkan lagi pegangan tanganya di lengan lelaki itu.

Azhani mengerutkan wajah memandang mereka.Euukk,naik geli hati aku dengar diorang cakap macam ni.Nasib baik pelanggan,kalau tak aku dah lama masuk tandas.Sudah la tu,menambahkan dosa aku je nampak maksiat mata berpegang-pegangan macam ni.Hei,gedik betul la minah ni.

Kemudian,lelaki itu mendongak melihat wajah Azhani.Lelaki itu merenung lama apabila kali pertama melihat wajah gadis dihadapannya.Tenangnya wajah gadis ni.Getus hati lelaki itu.

“Hei,sayang.Kenapa pandang cashier girl macam tu?”Kata teman wanitanya dengan nada cemburu apabila melihat teman lelakinya memandang Azhani lama.Azhani pula tidak senang duduk.

“Oh,sorry.I berangan tadi.”Dalih lelaki itu.

Teman wanita itu mula merenung tajam kepada Azhani.Walaupun perasan renungan itu,Azhani hanya berlagak selamba.Bukan salah aku ok mamat ni berangan pandang aku!

“Jadi,cik.Boleh tunjukkkan dekat girlfriend I tempat mana yang ada bunga cantik?”

“Oh,ok.Kalau encik check dekat belakang.Kebanyakan dekat sana bunga baru sampai hari ni.So, saya rasa semunya segar-segar.Nak saya tunjukkan?”Pelawa Azhani.

Teman wanitanya sudah mengangkat tangan tanda protes.

“Tak apa cashier girl.I nak carik bunga I sendiri.Jom,sayang pergi belakang.”Ajak wanita itu.

“Nevermind.I tunggu dekat sini.You pergilah.”

“Really?”

Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya.Kemudian wanita itu pergi kebahagian belakang.Menyedari hanya Azhani dan lelaki itu di kaunter.Azhani merasa tidak selesa.Dia mula mengeluarkan novel berpura-pura baca.Lelaki itu meletakkan lengannya di atas kaunter kemudian memandang Azhani.Sesaat telah berlalu lelaki itu masih merenungnya.Azhani resah dalam hati.Ish,aku cucuk jugak mata lelaki ni.Dengan nafas yang panjang,Azhani menutup bukunya kemudian melihat wajah lelaki itu.Boleh tahan handsome lelaki ni.Tapi tak boleh kalahkan suami aku la.Sindir hatinya.

“Jadi,encik nak apa sebenarnya?”Mula Azhani.

Tanpa menjawab lelaki itu hanya senyum memandang Azhani.Azhani mula serabut,kenapa dengan lelaki ni?!

“You jaga kedai ni seorang diri ke?”Kata lelaki itu.

“Ye,kenapa?”Azhani curiga.

“Well,saya just rasa ianya bahaya untuk gadis cantik macam awak jaga kedai seorang diri.Tak begitu cik?”Kata lelaki itu kemudian mengenyitkan mata kepada Azhani.Berpeluh Azhani dibuatnya.Lelaki ni buaya sebenarnya.Kemudian,satu cadangan timbul di minda Azhani untuk mengenakan lelaki buaya di hadapannya.Azhani tersenyum manis.Lelaki itu terkejut melihat senyuman yang mempersonakan itu.

“Tapi encik,walaupun saya rasa bahaya jaga kedai ni seorang diri.Tapi saya tak takut sebab nanti akan ada orang yang sentiasa jaga saya.”Jawab Azhani.

“Jaga awak?Siapa? Boyfriend awak?”Lelaki itu menduga.

“Tak.Encik salah.”Geleng Azhani.

“Jadi siapa?”

“Allah.Allah akan sentiasa jaga saya.Sebab itula saya takkan takut.”Jawab Azhani dengan yakin.Dia tersenyum dan menanti bagaimana agaknya reaksi lelaki itu.Lelaki itu hanya mempamerkan wajah terkedu mendengar jawapan Azhani.Namun entah mengapa hatinya lega Azhani masih belum berpunya.

“Betul tak encik?”

Lelaki itu tergelak apabila menyedari dia sudah terkena dengan wanita dihadapannya.Interesting girl!

“Saya rasa awak betul.Mungkin sebab saya terlupa pasal tu saya tak terfikir pun bahawa Allah jawapannya.”Sengih lelaki itu.

“Encik tau tak.Kalau kita sentiasa dekatkan diri dengan Allah,Allah pun akan sentiasa ingat kita and jaga kita.”Kata Azhani.Ish,kenapa aku cakap banyak pulak depan lelaki ni ye?

“Err.Maaf yer encik kalau saya banyak cakap.”Mohon Azhani.

Lelaki itu senyum mempamerkan giginya.

“Zack! I dah jumpa bunga yang I nak!”

Terkejut mereka apabila mendengar suara teman wanita lelaki itu mula menghampiri kaunter.Lelaki itu mengalihkan pandangannya.

“Oh,bagusla.I akan bayar.”Kata lelaki itu kemudian mengeluarkan dompetnya daripada poket belakang.Wanita itu meletakkan sejambak bunga ros merah di atas kaunter kemudian melihat Azhani dan teman lelakinya.

“You cakap apa dengan cashier girl tadi?Nampak mesra je?”Soal wanita itu.Azhani dapat mengesan perasaan cemburu pada wanita itu.

“Nothing sayang.We just talk about flowers.Kan?”Lelaki itu memandang Azhani.

“I..iye.Tentang bunga.”Sengih Azhani kemudian membalut bunga itu.

“Jadi,how much untuk sejambak?”Soal lelaki itu.

“RM 27.60 encik.”

Lelaki itu mengeluarkan duit kertas kemudian Azhani memberi bakinya.Teman wanita itu mula berlalu ke pintu keluar.Semasa memberikan bunga,sempat lagi lelaki itu berbisik.

“I will meet you again,lovely girl”

Kata lelaki itu kemudian menuju keluar daripada kedai.Meremang bulu Azhani dibuatnya.Zack rupanya nama lelaki buaya tu.Bahaya betul,mesti pantang nampak perempuan.Semua di ngoratnya.Azhani menggeleng-gelengkan kepalanya.Kemudian,loceng pintu berbunyi lagi.Azhani melihat siapa yang datang.

Kak Farihah dan Putri mula memasuki kedai dengan sebungkus makanan.Daripada jauh pun sudah bau makananya.Wah,tak sabarnya nak makan.Riang hati Azhani.

“Yeay! Korang dah sampai.Aku lapar tau tak tunggu korang.”Kata Azhani kemudian mengambil bungkusan plastik itu.

“Lama ke kitaorang pergi?”Soal kak Farihah.

“Bolehlah.Tadi ada pelanggan datang.”Kata Azhani.Entah kenapa teringatkan wajah lelaki tadi.

“Pelanggan? Datin Mariah ke?”Soal Putri.Terkejut juga hatinya.

“Nope.Just regular customers”Kata Azhani

Putri membuat mulut bentuk ‘o’.Kak Farihah dan Putri mengambil kerusi untuk makan di meja kaunter yang agak besar itu.Tidak sempat mereka membuka bungkusan,telefon bimbit Putri berbunyi.

“Opps.Kejap je korang.Aku nak jawab panggilan ni sekejap.”Kata Putri kemudian pergi ke bahagian belakang.

Azhani dan kak Farihah berpandangan sesama sendiri.

“Boyfriend dia kut.”Teka kak Farihah.

“Tsk.Iyerlah tu.Entah-entah ada hal penting ke.”Kata Azhani.Pandai-pandai je kak Farihah ni.

Secara tiba Putri meluru kepada mereka.

“Korang,aku ada berita penting!”Jerit Putri.

“Berita penting lagi.So,time ni apahal pulak?”Kata kak Farihah.Azhani hanya mengiakan.

“Datin Mariah call tadi.Dia kata dia tak jadi datang sebab hari ni kawan dia ada buat majlis perkahwinan.Dia kata tunda esok.”Kata Putri dengan gembira.Senang betul hatinya mendapat tahu hal ini.

“Laa..So,buat penat la kita kemas kedai tadi.”Rungut kak Farihah.

“Jangan macam tu kak.Cuba fikir positif.Esok kita tak payah kemas kedai sebab kita dah kemas hari ni.”Kata Azhani dengan senyuman.

“Haii,Iyerlah tu Az.Dah,jom makan.Akak lapar sangat ni.”Kata kak Farihah kemudian membuka bungkusannya dan menyuapkan nasi ke dalam mulut.Putri dan Azhani pun turuti sahaja kelakuan kak Farihah.

Petang itu,tamat sahaja masa kerjanya.Azhani keluar daripada kedai tersebut kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya.Dia mendail nombor telefon Asyikin.Mendengar sahaja suara Asyikin di talian,Azhani bersuara.

“Salam.Asyikin,hari ni aku balik lewat sikit.Kau pergi pasar malam belikan makanan untuk malam ni boleh tak?”Kata Azhani.

“Boleh je.Hari ni aku balik awal.Tapi kau nak pergi mana balik lewat?”Soal Asyikin.

“Aku nak singgah rumah mak mentua aku sekejap.Tolong ye belikan makanan.Nanti aku bayar.”

“Ok.Aku nak gerak ni.Malam ni jumpa kau.Bye.”

“Thanks.Bye”

Azhani mematikan talian kemudian menyimpan telefon bimbitnya di dalam beg.Dia memasuki kereta kemudian memandu menuju ke rumah ibu bapa mentunya.Dah lama sangat bulan ni aku tak ziarah mereka,rasa rindu pulak.Kini,Datuk Mazlan dan Datin Fatimah sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.Setibanya di perkarangan rumah ibu bapa mentuanya.Dia melihat Datin Fatimah datang menjemput ketibaanya.Datin Fatimah menghampiri Azhani kemudian memeluk menantu kesayangannya dengan erat.

“Mak betul-betul rindukan Az.Ingat Az dah lupa tentang kami.”Kata Datin Fatimah merungkaikan pelukannya.Azhani tersenyum lebar.

“Mak,Az tak pernah lupa.Mak kan mak mentua Az.Az pun sayangkan mak.”Luah Azhani.

“Mak kamu di kampung macam mana?Sihat tak?”Soal Datin Fatimah memegang wajah menantunya.Azhani memegang halus tangan mak mentuanya.

“Mak sihat sangat.Lepastu mak kirim salam sekali.”

“Waalaikummussalam.Dah,jom masuk.Ayah kamu pun teruja nak lihat Az.”

Kata Datin Fatimah kemudian membawa Azhani ke dalam rumah.Azhani menyalam tangan ayah mentuanya yang dikasihi.Mempunyai ayah mentua seperti Datuk Mazlan seakan-akan dia dapat merasai juga kasih seorang ayah yang telah lama hilang daripada hidupnya.Azhani benar-benar bersyukur.

“Ayah gembira Azhani sihat sejahtera.”Senyum Datuk Mazlan gembira melihat menantunya.

“Terima kasih ayah.”

“Sudah,jom masuk dalam.Mak kamu baru habis masak.Kita makan sama-sama ye.”

Azhani menganggukkan kepalanya kemudian mereka bersama memasuki kedalam rumah yang besar yang tersergam indah itu.Azhani dan Datin Fatimah menuju ke dapur untuk menghidangkan lauk dan pinggan.

“Az,tolong ambil pinggan dekat sana.”Kata Datin Fatimah.

Azhani akur kemudian menghulurkan pinggan.Sewaktu memberikan pinggan kepada Datin Fatimah,Azhani dapat mengesan sesuatu pada wajah ibu mentuanya.Kenapa sejak masuk dapur tadi mak senyap je? Azhani resah.Dia ada buat salahkah?

“Mak..”Panggil Azhani.

“Ye?”Sahut Datin Fatimah memandang Azhani dengan senyuman.Secara tiba satu air mata menitis di pipi Datin Fatimah.Azhani terkedu.Mak menangis?! Azhani merasa bersalah.

“Mak,kenapa ni?! Mak menangis? Az ada buat salah ke?”Soal Azhani.Ya Allah,sanggupnya aku mengalirkan air mata seorang ibu.Azhani duduk di sebelah Datin Fatimah kemudian mengenggam tangan mak mentuanya.Datin Fatimah mengesat air matanya dengan perlahan.

“Mak,Az betul-betul minta maaf tersinggung hati mak.Az janji akan kerap datang ziarah mak.”Ucap Azhani.Dia resah melihat Datin Fatimah bersedih.

“Az,tak.Az tak pernah buat salah pada mak.”Kata Datin Fatimah.

“Habis,kenapa mak sedih?”Azhani memandang wajah wanita yang dikasihinya

Datin Fatimah memandang mata Azhani kemudian mengusap lembut pipi menantunya

“Az,mak bukan sedih.Mak takut.”

“Takut?” Muka Azhani berkerut.

“Syed Ariff dah lama tinggalkan kamu.Mak takut,kamu juga akan tinggalkan mak dan takkan jadi menantu mak lagi.Bila fikirkan tu,mak jadi takut.Mak sayang Az sebagai menantu mak.”Luah Datin Fatimah.Tanpa sedar,mata Azhani sudah berair.Dia juga turut mengalirkan air mata.Kata mak mentuanya begitu menyentuh jiwa kecilnya.Begitu sayang sekali mak kepadanya.Ya Allah,sucinya kasih ini.

“Mak.Az takkan tinggalkan mak.Mak jangan cakap macam tu.Az akan jadi menantu mak selamanya.Az takkan lupakan mak sebab Az pun sayangkan mak juga.”Balas Azhani.Dia memeluk wanita itu dengan kasih.Datin Fatimah mengeratkan lagi pelukan itu.Kasihnya pada Azhani tidak terkira.

“Az sanggup tunggu Ariff?” Soal Datin Fatimah.

Azhani terkedu.Dia tiada jawapan untuk itu namun dia menganggukkan kepalanya.Datin Fatimah tersenyum lebar.

“Mah,apa kamu buat lama sangat dekat dapur tu dengan Az.Abang dah lapar ni.”Jerit Datuk Mazlan di ruang tamu.Mereka berdua terkejut kemudian tersenyum.

“Ye,Mah dengan Az datang ni.”Sahut Datin Fatimah.

Mereka berdua membawa lauk dan pinggan ke ruang tamu.Sempat lagi Datin Fatimah mengucapkan sesuatu.”Jangan beritahu ayah kamu ye.Anggap la ni rahsia antara Az dengan mak.”Senyum Datin Fatimah membuatkan Azhani tergelak kecil.

Selesai makan,Azhani meminta diri untuk pulang.Sekali lagi Datin Fatimah menghadiahkan pelukan erat dan kasih kepada Azhani.Datuk Mazlan gembira melihat Azhani tidak pernah lupa pada mereka.Azhani melambaikan tangan kemudian keretanya keluar daripada perkarangan rumah.Semasa memandu,perkara tadi mula menular dalam mindanya.Dia masih teringat kata-kata Datin Fatimah.Sejujurnya,dia tidak tahu adakah dirinya masih menunggu Syed Ariff selama ini.Cuma apa yang dia yakin,dia sentiasa rindu pada suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience