BAB 1

Romance Completed 68960

Azhani menutup sliding door di ruang tamunya.Hei,kuat pulak angin kat sini ye!.Desis hatinya.Asalnya dia membiarkan tingkap itu dibuka untuk membiarkan angin masuk,tapi tak pasal-pasal terbang pula kertas kerjanya di meja .Azhani pergi ke dapur dan menuang teh di gelas ‘favourite’nya yang bertulis ‘freedom’.Dia meneguk sedikit kemudian matanya beralih kepada kertas kerjanya di pejabat.Dari semalam lagi aku dah check pronounciation dekat kertas ni,aku rasa ok jer.Kalau minah tu bising, lantakla!.Kemudian dia bangun lalu meletakkan gelasnya di singki.Dia mengambil kunci dan pergi kepada cermin untuk membetulkan tudungnya yang berwarna hijau daun.Apabila dia berpuas hati,dia menuju ke pintu dan keluar untuk pergi ke kerja di pejabat.

‘Company Mazlan Holding’.Adalah salah satu syarikat yang diterajui oleh Datuk Mazlan Ibrahim.Syarikat itu Berjaya sampai di global dunia dan mempunyai banyak cawangan.Datuk Mazlan Ibrahim juga ialah merupakan salah satu seorang jutawan yang dikenali sebagai seorang yang amat rendah diri.Sesiapa yang bekerja di syarikat beliau mesti berasa bangga termasuk juga seorang insan yang bernama Azhani.Azhani selalu menyanjungi sikap mulia beliau,dan Azhani sering bersyukur apabila mengingatkan dirinya bekerja di syarikat yang mempunyai majikan yang mulia.

Azhani memandang jam tanganya.Aduuh,Aku dah lambat gila dah ni!.Kemudian dia terus meluru ke dalam syarikat dan menaiki tingkat 18.Sebelum memasuki pintu pejabat.Azhani memandang kiri dan kanannya.Dia memasuki ke dalam pejabat itu dengan senyap dan berhati-hati.Ish,dah macam pencuri pulak aku ni!.Kemudian matanya beralih pada meja yang bertulis meja’PA’(personal assistant).Eh,kosong meja tu?.Maksudnya minah tu tak ada la hari ni?!.Yeaay!!~.Azhani bergirang di dalam hati.Kemudian apabila dia berpaling kebelakang.Azhani bagaikan mahu terlonjat apabila terkejut dengan kehadiran insan dibelakangnya tadi.Seorang gadis diantara yang paling cantik di syarikat ini.Dengan kulitnya yang putih dan rambutnya ikal mayang dan sering mengenakan pakaian dress yang tahap lutut.Melena namanya.

Azhani terkejut dengan kehadiran Melena.Dia ni tak tau malu ker pakai dress short macam ni.Kalau aku,jangan cakaplaaa..Azhani berleter di dalam hati kemudian mengeluh.Muka Melena nampak sombong sekali dengan tangannya yang bersilang.Dia menjeling pada Azhani.”woi minah kolot,mana assignment yang aku suruh kau siapkan semalam.Aku nak kau pastikan pronountion dalam kertas tu semua betul.Datuk dahla suruh aku hantar assignment tu hari ni!.”Melena menggesa Azhani.

“Hello,my name is not minah kolot.my name is Nur Azhani Bt Saiful.Dan,untuk pengetahuan you.Kerja ni Datuk suruh you buat,not me.Dikira baik aku tolong handle kan data ni untuk kau ok.”Azhani balas dengan nada geram.Dahla aku buatkan kerja ni untuk dia,cakap terima kasih pun tak.Tau bergaya je minah ni.”Whatever~,aku suruh kau buat kerja ni sebab kerja ni sesuai untuk orang kolot macam kau.Kalau untuk aku,excuse me,ok!”.Melena berkata dengan gaya gediknya kemudian merampas kertas tu daripada tangan Azhani dan berlalu pergi.

Huh,Azhani mengeluh.Kalau aku cepat tadi,mesti aku tak terserempak dengan minah plastik tu!.geram,geram.Ahh..benda dah jadi,dah tak boleh ulang dah.Baik aku sambung buat kerja,berlambak lagi dekat meja pejabat aku tu.Azhani dan Melena betul-betul berbeza daripada segala aspek.Melena adalah gadis yang mendapat kerja daripada kecantikannya yang sesuai menjadi PA kepada Datuk Mazlan manakala Azhani pula mendapat kerja daripada usahanya sendiri namun pangkatnya rendah sedikit daripada Melena.Walaubagaimanapun dia tetap bersyukur dan sentiasa bertawakkal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience