BAB 21

Romance Completed 68960

Hari minggu menjelang lagi.Azhani menaip komputer dengan pantas sambil tersenyum.Dia sedang ber ’chatting’ dengan Lia dalam fac.Dia menceritakan segalanya kepada Lia tentang pertemuan terakhirnya dengan Harris.

Sedihnya aku dengar cerita Az.Macam aku dapat feel apa yg Harris rasa T^T

-Lia_cute

Itula,aku rasa bersalah gila.Semuanya salah aku.

-Azhani_saiful

Beb,benda dah lepas jgn dikenang.Aku rasa korang mmg tak ada jodoh.Nak buat camne lagi.Kau jgnla salahkan diri kau pulak.Plus,kau tu isteri orang!

-Lia_cute

Heheh..Betul kata kau Lia.Kadang-kadang aku lupa jugak yg aku ni isteri orang.:)

-Azhani_saiful

Ish,ada ke ckp macam tu.

-Lia_cute

Hahah.Baik kita lupakan je la.Lia,hari ni kan hari minggu.Kita out jom!.Aku bosan gila duduk dekat rumah dengan mamat hampeh tu.Jomla kita keluar shopping dekat mana-mana.

-Azhani_saiful

Itu la.Dah lama jugak aku tak keluar.Baju aku semua dah lama.Jomla kita shopping!.

-Lia_cute

Orait!.Kita Shopping dekat Chow Kit nak.

-Azhani_saiful

OK!

-Lia_cute

‘Chatting’ mereka terganggu apabila ada ketukan di bilik pintu Azhani.Ish,mamat ni ganggu betul aku nak chatting.Azhani membuka pintu biliknya dengan separuh.”Awak ni ketuk-ketuk kenapa.Ganggu betul saya nak chatting.”Azhani geram.Syed Ariff membuka mulut untuk berkata.”Ada aku kisah ke aku ganggu ke tak.”Mendengar itu Azhani hanya mendengus.”Habis yang awak ketuk ni kenapa?.”Balas Azhani.”Aku nak kau bersiap sekarang.Kita keluar hari ni.Bosan gila aku duduk dekat rumah ni.”Kata Syed Ariff.”Maksud awak kita keluar berjalan-jalan la ye?.”Soal Azhani.”Well,you can say it like that.Aku nak pergi beli jeans sebab seluar jeans aku semua dah lama.”Kata Syed Ariff.”Harap maaf ye encik Ariff.Tapi saya dah janji dengan Lia nak keluar jalan dengan dia.So,awak pergi la dengan kawan awak.”Kata Azhani dan terus menutup pintunya namun kaki Syed Ariff sempat menahan pintu.”Kawan aku semua sibuk hari ni.So,kau seorang je la yang aku boleh ajak.”Aduh,mamat ni tak faham bahasa ke.”Tapi,saya dah janji dengan Lia nak keluar dengan dia hari ni.Mana boleh saya tiba-tiba mungkir janji.”Azhani menjawab.”Kau tengok muka aku ni.Ada aku kisah ke.Aku tak kira,kau teman jugak aku keluar hari.Aku nikan suami kau.So,ikutla cakap aku.”Kata Syed Ariff dengan selamba kemudian berlalu ke tangga.Azhani geram melihat Syed Ariff.Mamat ni suka sangat guna perkataan’suami’ untuk ikat aku dengan dia.Benci betul!.Nak tak nak Azhani terpaksa akur.

Azhani terpaksa menghubungi Lia tentang perbatalan jadual mereka.Lia kedengaran hampa di gagang talian.Namun Azhani berjanji akan menebus kesalahannya pada minggu hadapan.Akhirnya Lia bersetuju.Azhani menutup telefon bimbitnya dan simpan di dalam beg.Azhani hanya memakai baju ‘cardigan’ berwarna coklat cair dan t-shirt biru cair dikenakan dengan pashmina berwarna hitam.Dia menunggu Syed Ariff di luar rumah.Mana mamat ni.Lambatnya.Dia yang nak keluar aku pulak yang jadi pak pacak dekat sini.Tak patut betul!.Azhani membebel sambil melihat jam tangannya.Kemudian dia terlihat Syed Ariff yang baru hendak keluar dari rumah.Syed Ariff hanya memakai baju hoodie’s berwarna biru pekat dan topi berwarna hitam bertulis ‘life’.Macho habis!.Azhani memandang Syed Ariff atas bawah.”Kau ni kenapa tengok aku macam tu.”Syed Ariff pelik.”Saya cuma tak sangka warna baju kita boleh sama.Plus,warna shawl saya dengan topi awak pun warna hitam.Awak copy saya ek?.”Azhani ingin menduga.”Kau ingat aku ada masa ke nak tiru baju kau semua ni.Dah,jomla cepat masuk kereta.Kau tu dahlah lembab.”Syed Ariff mula memasuki kereta dan menghidupkan enjin.Huh,dia yang lambat kata aku lembab pulak.Haish,kenapa la aku dapat suami yang macam ni.Kemudian Azhani terus memasuki kereta.

Azhani dan Syed Ariff membeli belah di Pavillion.Azhani hanya membuntuti sahaja di mana kedai Syed Ariff masuk.Hakikatnya Azhani tidak biasa membeli belah di Pavillion yang dilabelkan sebagai pusat beli belah yang mewah ni.Biasalah,selalunya hanya orang yang ada beg berjenama je yang selalu beli belah di sini.Kemudian Syed Ariff memasuki kedai khas untuk seluar jeans.Azhani melihat tag harga salah satu seluar tersebut.Mata Azhani membulat.Bapak mahal harga seluar ni.Harga dia boleh tanggung aku untuk sebulan kut.Mamat ni tak pernah dengar perkataan ‘jimat’ ke?!.”Awak.”Azhani menegur Syed Ariff yang sedang sibuk memilih seluar jeans.”Apa dia.”Kata Syed Ariff.”Awak,mahal ni semua seluar dekat sini.Baik kita beli dekat tesco je,lagi murah.” Azhani merendahkan suaranya takut-takut pelayan berhampiran terdengar.Syed Ariff mengeluh.Aduh,susah betul kena ‘shopping’ dengan minah kampung ni.”Kalau kau susah hati sangat dengan harga ni.Pergi duduk dekat luar kedai aje la.”Kata Syed Ariff dengan malas.Tangannya masih lincah memilih seluar jeans di rak.Azhani mengetap bibir.Lantak kau la,aku malas nak layan.Syed Ariff sudah selesai membayar beberapa helai seluar jeans yang dibelinya.Azhani hanya menjeling beg plastik yang dibeli oleh Syed Ariff.Mesti harga beratus-ratus,membazir je.Azhani mengutuk di dalam hati.

“Kau ada nak beli apa-apa tak?.”Soal Syed Ariff selepas mereka keluar daripada kedai.

“Beli barang dekat sini?.Jangan harapla.Harga dia semua mahal.Dekat pasar malam murah je.”Kata Azhani.

“Kau ni memang kolot kan.Zaman sekarang mana ada orang beli baju dekat pasar malam.Mungkin kau seorang je.”Ketawa Syed Ariff.

“Well,saya tak kisah semua tu.Asalkan saya ada baju yang menutup aurat untuk dipakai.Kalau harga mahal tapi tak pakai buat apa.”Azhani membuat muka selamba.

“Kau tak payahla nak perli aku.Dah,jomla kita makan.Aku lapar ni.”Kata Syed Ariff dan jalan melintasi Azhani.Azhani menjeling lalu mengeluh perlahan.Aduh,malas betul aku asyik kena ikut cakap lelaki ni.Dah macam kuli pun ada.Azhani mengikuti Syed Ariff daripada belakang dengan bebelan dalam hati.Apabila Syed Ariff dan Azhani keluar seiring di pusat beli belah itu.Tiba-tiba dua orang pelancong asing berbangsa Amerika menegur mereka secara mengejut.”Hey,can you take a picture of me and my friend at the water fall.It such a great view here.”Tanya salah seorang pelancong asing itu kepada mereka berdua.”Oh,sure.”Senyum Syed Ariff dan mengambil gambar mereka berdua berdekatan air terjun mini itu.Kemudian mereka mengucapkan terima kasih kepada mereka dengan gembira.”Thanks for helping.You’r such a lovely couples.Bye.”Pelancong itu tersenyum kemudian berlalu pergi.Couple’s?.Macam mana dia boleh terfikir aku dengan Syed Ariff berpasangan?.Azhani melihat baju Syed Ariff kemudian melihat bajunya pula.Ya Allah,macam mana aku tak perasan yang baju aku dengan mamat ni dah macam gaya orang bercinta.Azhani menepuk dahinya.Syed Ariff yang pelik dengan sikap Azhani memandang gadis itu.”Awak,lain kali kalau keluar kita jangan pakai baju yang sama warna la.Saya tak nak orang ramai fikir yang awak dengan saya ni macam orang bercinta pulak.”Kata Azhani dengan malu.Dengar sahaja perkataan itu meluncur keluar daripada mulut Azhani,Syed Ariff tidak dapat menahan tawanya mengundang geram dalam hati Azhani.Mamat ni aku kata serius dia ketawa pulak.”Cik kak oi,kau sedar tak apa yang kau cakap ni merepek gila.Biarla apa yang orang fikir.Kita ni bukan takat kekasih je.Walhal dah kahwin dah pun.Tak munasabah langsung.Fikiran tu lain kali janganla letak dekat lutut.”Syed Ariff meneruskan gelakannya.Azhani geram.”Sudahla,malas la saya layan awak.”Azhani mempercepatkan langkahnya.Syed Ariff mengejarnya dari belakang.Gelakannya masih bersisa.

Semasa mereka menuju ke parkir kereta.Azhani terlihat sebuah pentas besar dan ramai orang mengelilinginya.Ada konsert ke dekat sana?.”Awak,jom cuba pergi dekat sana nak.Macam ramai orang je.”Azhani berkata kepada Syed Ariff.”Ish,malaslah.Ko tau tak aku tengah lapar ni.”Syed Ariff mendengus.”Ala wak,bolehla.Kita tengok sekejap je.Mana tau ada konsert atau apa.Jomla~.”Azhani cuba merayu dengan membuat muka comel.Syed Ariff melihat wajah Azhani dengan tidak rela.”Ish,macam-macam lah kau ni!,ok.Tapi sekejap je!”Kata Syed Ariff dengan bengang.Azhani tersenyum lebar.”Ok!.”Kemudian mereka berdua pergi berdekatan pentas itu.Muncul seorang juru acara berbangsa cina mula menaiki pentas.”Selamat petang kepada semua pengunjung.Hari ini,kami akan mengadakan satu program khas kepada pengunjung di pusat beli belah ini.Di sini kami akan membuat satu cabutan bertuah di mana semua pengunjung terlibat khususnya kepada pasangan kekasih.Sesiapa yang memenangi cabutan bertuah ini akan mendapat kupon makanan secara percuma di semua restoran di pusat beli belah ini selama dua bulan.”Ramai orang mula rasa teruja apabila mendengar hadiah cabutan tersebut.”Jadi,apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah dengan mengambil cabutan bertuah di atas pentas ini.Kemudian,pihak kami akan memilih satu nombor di kotak hijau itu dan mengumumkan orang yang bertuah untuk program ini.Semua orang dipersilakan.”Kemudian juru acara itu meninggalkan pentas.Terdapat sesetengah orang mula naik ke atas pentas dan mengambil nombor cabutan bertuah.

Bagi Azhani pula,dia sendiri tidak dapat menyembunyikan senyumanya apabila mendengar hadiah cabutan bertuah itu.Wah,memang gempakla hadiah dia!.Dapat makan percuma dekat semua restoran di beli belah ni selama dua bulan tu!Sudahla semua restoran di sini mewah-mewah!.Azhani tersenyum lebar memikirkanya.Tapi,dia kata khusus untuk pasangan kekasih.Tak mahula aku,malu gila nanti.Tidak terbayang dalam kepalanya ingin menyertai pertandingan ini dengan Syed Ariff.Azhani mengeluh apabla memikirkan dia seperti melepaskan peluang keemasan depan mata.”Jomla awak kita pergi.”Kata Azhani dan mula mengangkat kaki.Laju sahaja Syed Ariff menarik tangan Azhani.”Aku rasa baik kita ambil cabutan bertuah ni.”Kata Syed Ariff dengan teruja.Aduh,mamat ni buat hal la pulak.”Awak,awak dengar tak orang tu kata apa atas pentas tadi.Ni khusus untuk pasangan bercinta je la.”Kata Azhani.”Aku tak kisah,janji hadiah dia makanan dan aku tengah lapar.Aku nak masuk jugak.”Kata Syed Ariff.”Tapi awak...”Tidak sempat Azhani berkata Syed Ariff terus berlalu dan menaiki di atas pentas lalumengambil nombor cabutan bertuah.Azhani melihat sekelilingnya.Mata para wanita mula tertumpu pada Syed Ariff sejak lelaki itu menjejaki atas pentas.Wah,mamat ni mana dia ada mesti ada perempuan pandang.Dah macam alien dah aku tengok.Azhani ketawa kecil.

Ramai orang yang telah mengambil nombor cabutan bertuah beratur di atas pentas.Majoritinya banyak pasangan lelaki yang mengambil cabutan bertuah ini.Azhani hanya melihat Syed Ariff daripada bawah pentas dengan perasan berbelah bagi.Beberapa minit telah berlalu,pihak berkuasa beli belah mula menaiki pentas dan mengambil nombor bertuah di dalam kotak hijau.Entah kenapa hati Azhani merasa gelisah.Dalam hatinya merayu agar Syed Ariff bukan insan yang akan memenangi cabutan bertuah itu.Kalau mamat tu menang, aku memang seratus peratus dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.Azhani berkata dalam hati.Oh,tolonglah jangan menang!Pihak berkuasa pusat beli belah itu mula mengeluarkan kertas daripada kotak hijau dan memberikannya kepada juru acara wanita yang berbangsa cina tersebut.Juru acara itu mula membaca kertas itu.”Baiklah,nampaknya kita sudah ada nombor yang dipilih oleh pihak kami.Jadi,sekarang siapa agaknya orang yang bertuah itu.”Kata juruacara itu.Ramai orang merasa teruja .”Baiklah,nombornya adalah....”Juru acara itu berkata dengan agak kuat.Debaran mula berputik di hati pengunjung.Azhani menutup matanya.Takut untuk mendengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience