BAB 49

Romance Completed 68960

“perlahan-lahan abang.”Kata Azhani kemudian mendudukkan tubuh Syed Ariff di sofa ruang tamunya.

“Aku boleh buat sendiri la!” Balas Syed Ariff dengan keras kemudian melepaskan tangan Azhani daripada lenganya.Azhani merasa sebak.

Sudah beberapa jam yang lalu sejak dia dan Datin Fatimah mendapat tahu tentang amnesia Syed Ariff.Datin Fatimah pun sudah pulang untuk memberitahu berita ini kepada Datuk Mazlan dan kemungkinan malam ini mereka datang lagi ke rumah Azhani dan Syed Ariff.

Bagi Azhani,perkara ini masih mengejutkan dirinya pada saat ini.Syed Ariff masih ingat tentang keluarganya kecuali dirinya? Perkara ini menjadi tanda tanya pada Azhani.Hentakan di kepala itu seperti mengubah diri Syed Ariff kepada orang lain.Tidak,lebih tepat seperti Syed Ariff yang dulu.Azhani perasan nada suara dan percakapanya lebih kasar kepada Azhani.Apa patut aku buat?Syed Ariff melayan aku seperti orang luar sekarang.Pilu hati Azhani memikirkan itu.

“Siapa nama kau?” Soal Syed Ariff dengan renungan tajam.

Nama aku pun dia tak ingat....

“Azhani, abang.”

“Kau duduk depan aku sekarang.Senang sikit aku nak cakap.”Arah Syed Ariff.Dengan akur Azhani mengambil tempat dihadapan Syed Ariff dan melabuhkan punggungnya di atas sofa itu.Sekali lagi,Syed Ariff merenung wajahnya dalam-dalam.

“Kenapa abang? Ada sesuatu ke dekat muka Az?” Soal Azhani.

Syed Ariff diam sejenak.

“Aku pelik.Kenapa aku boleh ingat semua orang kecuali kau? Tambahan pulak,aku tak ingat yang aku akan ada isteri minah alim macam kau? Mesti mak aku paksa kau kahwin dengan aku kan?” Soal Syed Ariff.

Walaupun sakit dengan kata-kata itu,Azhani hanya mampu bersabar.Perkara ini sudah menjadi ujian terbaru untuk hidupnya.

“Abang salah satu perkara.Bukan mak yang paksa Az berkahwin dengan abang.Tapi abang yang paksa Az.”Azhani berkata dengan nada perlahan.

Syed Ariff menatap mata Azhani dengan wajah berkerut.Dia menunding jari pada dirinya.

“Kau cakap aku yang paksa kau?!” Kata Syed Ariff.

“Ermm.” Azhani menganggukkan kepalanya.

Syed Ariff menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Arrghh,pening kepala aku!.Macam mana pulak aku boleh paksa perempuan ni kahwin dengan aku?Apa yang terjadi ni?

“Kalau abang nak,Az boleh cerita tentang hubungan kita dulu.” Kata Azhani dengan gembira.

Mungkin dengan cara ni dia boleh ingat.Syed Ariff tidak menjawab namun memicit-micit kepalanya yang pening.Terlalu rumit baginya keadaan sekarang.Bangun sahaja daripada tidur dengan keadaan berpinar-pinar,ibunya sudah memberitahu bahawa dirinya sudah berkahwin.Malah,perempuan yang bergelar Azhani ni pun tidak dapat diingatnya

“Tak perlulah...” Tolak Syed Ariff.Namun hati Azhani masih tidak mengalah.

“Tapi abang,Az rasa penting untuk Az cerita benda ni pada...”

“Buatkan aku air kopi.” Balas Syed Ariff malas untuk mendengar kemudian bangkit daripada sofa dan mendaki tangga ke tingkat atas.

Azhani mengeluh.Kalaulah Syed Ariff mendengar sedikit daripada ceritanya,mungkin suaminya akan mula mempercayai dirinya.Tak apa Az,kau kena ambil langkah satu persatu.Kau tak boleh desak pemikiran Syed Ariff.Dengan menetapkan akal positifnya,Azhani bangun kemudian menuju ke dapur.Dia mengambil mug lalu memasukkan satu sudu serbuk kopi berserta air panas ke dalam mug.Dengan perlahan-lahan dia bancuh.

Syed Ariff yang menjeling kelibat Azhani daripada tingkat atas hanya menyepi.Dia meneliti perlakuan Azhani serta wajah gadis itu.Sudah penat dia memerah otak untuk mengingati apa-apa memorinya dengan Azhani,namun hampa.Kenapa aku tak ingat langsung tentang Azhani? Betul ke aku kahwin dengan dia sebab aku sukakan gadis tu? Mungkin ada sesuatu yang aku tak ingat?

Azhani menuju ke ruang tamu bersama secawan kopi yang dibancuhnya.Dia mencari bayang Syed Ariff kemudian meletakkan sahaja mug itu di atas meja.Kemudian,matanya mula terarah pada Syed Ariff yang sedang menuruni tangga.Oh,dia tukar baju rupanya.

Syed Ariff mula langkah menghampiri Azhani.Kemudian dia memandang gadis itu atas bawah.Muka Azhani berkerut.Apasal dia pandang aku macam tu? Ada yang tak kena ke dengan baju aku? Azhani meraba-raba lipatan tudungnya.Syed Ariff memandang tepat pada anak mata isterinya.

“Kopi abang Az dah siapkan.” Kata Azhani cuba mengalihkan renungan pelik suaminya.

Dengan perlahan-lahan jari Syed Ariff mencabut tudung biru muda Azhani membuatkan hati gadis itu tidak berkeruan.Gulp.Azhani mencuba sedaya upaya untuk menelan air liurnya ke dalam kerongkong.

“Kau kata kau isteri aku,jadi kau tak perlu la pakai tudung bagai depan aku.Rimas mata aku pandang.” Kata Syed Ariff kemudian mencampak tudung itu di atas sofa.Muka Azhani sudah merona merah.

Fuh! Aku ingat apa yang nak jadi tadi!Lupa pulak aku nak bukak tudung.Azhani cuba meredakan hatinya yang bergelonjak.Lalu,Syed Ariff duduk di sofa dan menghirup kopi yang dibuat oleh Azhani.

“Az rasa Az nak pergi atas sekejap.Nak solat.”Pinta Azhani untuk mengelakkan situasi janggal.

“Pergilah...” Kata Syed Ariff dengan selamba.

Lantas,Azhani menuju ke tangga kemudian mendaki ke atas.Sekali lagi,Syed Ariff menghirup kopi itu.Dia seperti kenal dengan rasa kopi itu. Adakah ini kopi yang selalu dibuat oleh Azhani untuk dirinya dulu? Wajah Azhani yang malu sewaktu dia ingin mencabut tudung gadis itu pun seperti dia seakan-akan sukakan reaksi wajah gadis itu.Syed Ariff bingung.Dia memegang dada bidangnya sendiri.Kenapa hati aku bergetar bila sentuh Azhani tadi?

Selesai menunaikan solat asar di biliknya,Azhani melipat telukung dan sejadah kemudian meletakkanya di atas.Dia bangun kemudian melabuhkan punggungnya di birai katil.Azhani mengeluh kecil.

Nampaknya hari yang datang akan menjadi sukar baginya.Bukannya senang untuk mengubati memori seseorang.Jiwanya merasa sedih dengan layanan Syed Ariff sekarang,malah dia takut sikap Syed Ariff yang dulu akan berulang.

Ya Allah,mungkinkah ini ujian untuk hambamu? Azhani,sebagai orang muslim kau tak boleh mengalah.Ya,aku tak boleh putus asa! Aku masih isteri Syed Ariff dan aku akan cuba sedaya upaya agar kedinginan Syed Ariff pada aku berubah.Doa adalah senjata orang muslim.Aku kena banyak berdoa dan bersabar.Semangat Azhani semakin meningkat.Yosh!

Tapi,nampaknya malam ni aku kena tidur dekat sini lah.Tak mahu aku tidur di sebelah Syed Ariff sedangkan dirinya pun tak kenal aku.Tunggu,kenapa aku rasa macam lupakan sesuatu?

Ya Allah,barang aku masih ada dekat rumah sewa Asyikin! Aduh,kalau macam tu aku nak pakai baju apa malam ni? Baik aku beritahu Asyikin aku nak singgah rumah sewa sekejap malam ni.Lantas Azhani mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Asyikin.

Malam itu,selesai menunaikan solat maghrib.Azhani turun ke bawah menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malam.Tidak sempat membuka api dapur,bunyi ketukan di pintu utama membuatkan perlakuanya terhenti.

“Siapa tu?” Soal Syed Ariff yang baru menuruni tangga.

“Tak tahu? Mungkin mak dan ayah kut.Diorang kata nak datang petang tadi.”Jawab Azhani.

“Pergilah bukak pintu.” Arah Syed Ariff manakala Azhani hanya akur.

Sangkaan Azhani tepat sekali.Memang Datuk Mazlan dan Datin Fatimah yang bertandang ke rumah mereka malam ini.Syed Ariff meluru ke arah mereka.

“Mak dan ayah dah sampai..” Kata Syed Ariff kemudian menyambut salam kedua ibubapanya dituruti Azhani.Lantas Azhani mempersilakan mereka di ruang tamu sementara dia ingin menyediakan minuman.

“Az,tak payah susah-susah buat air.Duduk di sini je dengan kami.” Kata Datin Fatimah.

“Tak apa mak.Walaupun tak manis orang datang Az tak buat air.Sekejap je,mak jangan risau.” Balas Azhani.Syed Ariff hanya memerhati perbualan antara Azhani dan ibunya.Nampak gaya mak aku pun dah macam sayang dengan perempuan ni.Desis hati lelakinya dengan sinis.

“Kalau macam tu Az sediakan kami air kosong saja.” Celah Datuk Mazlan.

Azhani senyum kemudian menuju ke dapur.Mata Syed Ariff tidak putus memandang langkah gadis itu kemudian memandang kembali wajah kedua ibubapanya.

“Mak,ayah.Serius Ariff cakap Ariff tak kenal langsung siapa perempuan tu.”Terang Syed Ariff.

“Jaga mulut kamu Ariff! Azhani tu bukan mana-mana perempuan.Dia tu isteri kamu.”Marah Datin Fatimah.

“Tapi kenapa Ariff tak ingat apa-apa!”

“Ariff,kamu baru sahaja mengalami hilang ingatan.Bagi akal tu sedikit waktu.Azhani tu isteri kamu dan dulu kamu sayang sangat dengan Azhani.” Kata Datuk Mazlan.

“Ayah,Ariff tak ingat langsung bila Ariff berkahwin dengan dia? Setahu Ariff Azhani tu bukan langsung ‘type’ yang Ariff nak?” Syed Ariff masih kebingungan.

“Untuk pengetahuan kamu Ariff,dulu kamu lah yang beriya-iya sangat nak berkahwin dengan Azhani.Masa tu kamu bahagia sangat dengan Az.”Tambah Datin Fatimah.

Bahagia dengan Az? Aku yang nak berkahwin dengan dia? Syed Ariff tidak mengerti langsung apa yang dibicarakan oleh Datin Fatimah dan Datuk Mazlan.Setahunya,Azhani juga mengatakan benda yang sama bahawa dia yang memaksa gadis itu bernikah denganya.Aku masih tak faham dengan situasi sekarang.Kenapa diri aku seperti lain waktu sebelum aku hilang ingatan? Keluh Syed Ariff.

Perbualan mereka terhenti apabila Azhani datang dengan membawa dulang bersama dua gelas air kosong.Dengan perlahan dia meletakkan dulang itu di atas meja kemudian duduk di sofa sebelah Syed Ariff.

“Minum ayah dan mak.” Pelawa Azhani.

Bibir Datuk Mazlan mengukirkan senyuman kemudian meneguk segelas air kosong itu.Datin Fatimah pula memerhatikan baju menantunya dengan pelik.

“Kenapa mak?” Soal Azhani.

“Mak tengok baju kamu ni sama je dengan petang tadi. Kenapa Az tak tukar baju?” Berkerut wajah wanita tua itu.

“Oh! Baju Az.Sebenarnya Az tak pindahkan lagi baju dengan barang Az dekat rumah sewa.Mungkin malam ni Az nak pergi ambil.Itula tak tukar baju lagi.” Jawab Azhani sambil tersengih.

“Kalau Az pergi malam ni.Ajak Ariff sekali,dia boleh bantu kamu.Mak pun risau kamu pergi seorang diri.”Luah Datin Fatimah.

Ajak Syed Ariff?! Nak ke lelaki tu? Azhani tidak tahu hendak menjawab apa.Dia memandang wajah Syed Ariff dengan kalut.Syed Ariff yang faham dengan reaksi wajah itu hanya mengeluh.

“Iye lah mak.Nanti Ariff teman Az.”Jawab Syed Ariff.

Azhani tersenyum.

“Apa-apa pun,ayah bersyukur keadaan kamu tak serius mana.Cuma ayah berharap,kamu dengan Azhani cuba mendekatkan sikit diri kamu berdua.” Kata Datuk Mazlan.

“Betul tu.Ariff,kalau kamu nak tahu jawapan yang kamu tanya kami tadi,mak rasa elok kamu dengar jawapan daripada mulut Azhani sendiri.” Balas Datin Fatimah.Azhani bingung.Jawapan daripada mulut aku? Apa maksud mak? Azhani meneka.

Datin Fatimah mencapai gelas air kosong yang disediakan Azhani.Datuk Mazlan pula mengerling kepada jam tanganya lalu bangkit daripada sofa diikuti oleh Datin Fatimah juga.

“Mak dan ayah nak balik dulu.Dah lewat ni,takut lambat pulak nak tunaikan solat isyak dekat rumah nanti.”Kata Datuk Mazlan.

“Nanti ada masa kami lawat lagi.Kamu berdua jaga diri baik-baik” Tambah Datin Fatimah.

Azhani hanya menganggukkan kepalanya lalu Syed Ariff membawa mereka ke muka pintu.Azhani meyalam tangan Datin Fatimah sebelum pergi.

“Az,mak harap sangat Az bagi Ariff tu sedikit masa.” Kata Datin Fatimah.

“Insyaallah mak.” Balas Azhani dengan senyuman.

Apabila bayang kereta mereka hilang di perkarangan rumah.Azhani menutup pintu perlahan-lahan.Azhani menoleh ke belakang untuk melangkah ke biliknya,namun langkahnya terhenti apabila dia mendapati Syed Ariff berada tepat di hadapanya.Kenapa dengan lelaki ni? Daripada tadi tenung aku macam aku ni spesies pelik.Ke aku memang pelik hari ni?

“Abang,Az nak naik atas.Ermm,tepi sikit.” Kata Azhani supaya memberikan laluan.

Syed Ariff meletakkan jarinya di dagu persis orang yang sedang berfikir sambil merenung wajah isterinya.Muka Azhani sudah berkerut,tidak faham langsung apa yang difikirkan oleh Syed Ariff pada saat itu.Senyuman sinis yang terbit daripada bibir lelaki itu membuatkan Azhani terkejut.Ish,dia ni nak bagi aku lalu ke tak ni?!

Lantas Syed Ariff menghampiri Azhani lalu merentap lengan gadis itu.Mata Azhani sudah membulat.

“Ikut aku.” Kata Syed Ariff kemudian terus menarik tubuh Azhani pergi ke tingkat atas lalu memasuki biliknya.Azhani yang terkejut masih terpinga-pinga.Kenapa dia bawak aku masuk bilik dia pulak ni? Apa yang dia nak buat? Jantung Azhani sudah berdegup laju tidak semena-mena.

Azhani ingin membuka mulut tetapi tidak sempat dia berkata lelaki itu terus melepaskan lenganya lalu duduk di kerusi yang berada di dalam bilik itu.Sekelumit rasa bersyukur di hati Azhani apabila lelaki itu tidak menutup pintu biliknya semasa membawa dirinya masuk tadi.Syed Ariff masih merenung wajah Azhani seperti biasa.

Renungan itu membuatkan Azhani geram dan rimas dalam hati.Benci betul lah orang yang suka tenung menenung ni! Gumam hati Azhani.Azhani berdiri kekok di hadapan Syed Ariff sementara lelaki itu duduk di hadapanya.

“Duduk.” Arah sepatah kata Syed Ariff.

Azhani memandang persekitaran bilik lelaki itu.Tiada langsung kerusi atau apa-apa benda untuk dia melabuhkan punggungnya.Dia ni nak aku duduk atas lantai ke? Azhani makin geram dengan sikap Syed Ariff.

“Maksud abang atas lantai?” Soal Azhani.

“Boleh je..” Balas Syed Ariff dengan nada sinis.

Azhani memandang Syed Ariff dengan geram.Kemudian dia duduk bersimpuh di atas lantai sambil mendengus.Tak apa,bila aku banyak duit nanti aku beli satu lori kerusi lepastu semuanya aku letak dalam bilik ni! Tengok lah! Azhani mengetap bibir.Syed Ariff yang mengesan wajah geram gadis itu hanya membuat riak selamba.Memang itu pun tujuanya dia menyuruh isterinya duduk di atas lantai.

“Abang nak bincang apa ni?” Tutur Azhani laju.

“Ceritakan.”

“Apa dia?”

“Aku nak kau ceritakan aku semua benda tentang hubungan kita dulu.Daripada A sampai Z.Aku tak nak kau tinggalkan walaupun satu maklumat pun.”Kata Syed Ariff dengan serius.Dia sedar,mencari jawapan daripada kedua ibu bapanya tidak akan membantu ingatanya langsung.Seperti yang ibunya katakan,dia perlu mendengar jawapan daripada isterinya sendiri,Azhani.Dia yakin Azhani mempunyai jawapan kepada semua soalan yang membelengu akalnya.Sekarang,dia hanya perlu mendengar kebenaran daripada mulut gadis itu.

Azhani gembira tersenyum lebar.Akhirnya! Syed Ariff terbuka hati untuk mendengar aku bercerita.Azhani mula meluruskan badan tulangnya kemudian bersedia untuk membuka mulut.

“Baiklah.Masa first Az jumpa abang adalah dekat syarikat ayah.Kita jumpa sebab Az terjatuh dekat atas abang masa naik tangga.”

“Kau jatuh atas aku?”

“Yes.” Jawab Azhani.Malu juga apabila dia teringatkan kejadian itu.

Syed Ariff memandang Azhani dengan ragu.Ini memang pelik,tapi aku kena juga dengar keseluruhan cerita daripada gadis ni.

“Sambung...”

“Ok,jadi start daripada hari tu.Abang mula jadi boss Az dan Az pula jadi setiausaha abang.Sebenarnya, pada mula hubungan kita tak baik waktu tu.Selepas tu,Az terkejut sangat sebab pada hari tu,abang mula marah Az lepastu tiba-tiba ajak Az kahwin.Jadi Az pun tak faham dengan perasaan abang masa tu.”Terang Azhani.

Syed Ariff yang mendengar bagaikan menganalisa setiap memori dalam akalnya.Aku tak dapat ingat langsung kejadian tu? Tapi yang pentingnya adalah,kenapa aku kahwin dengan dia?

“Tunggu,aku cuma nak tahu satu je.Kenapa aku kahwin dengan kau?”

Azhani meneliti wajah Syed Ariff yang berada di hadapanya.Dia cuba mengingati juga ingatanya semasa peristiwa dia dan Syed Ariff di restoran Kilauan Emas sebelum berkahwin.Ah,aku rasa aku dah ingat sebab apa Syed Ariff berkahwin dengan aku dulu!

“Setahu Az,abang pernah cakap dengan Az yang abang berkahwin dengan Az kerana nak dapatkan harta ayah.Abang nak jadikan perkahwinan kita ni perkahwinan kontrak tapi Az tolak sebab masa tu Az betul-betul ikhlas dengan abang.” Kata Azhani.

Syed Ariff tersenyum lebar.Jadi itulah sebabnya! Aku berkahwin dengan Azhani kerana mahukan harta ayah.Tak ada langsung atas dasar cinta atau suka.Sebab itu lah aku tak ingat siapa perempuan ni.

“Aku rasa aku dah dapat jawapanya !.Dari awal lagi aku berkahwin dengan kau kerana harta ayah.Aku tak ingat kau sebab aku tak pernah sukakan kau.Patut lah aku rasa macam ada benda yang pelik!”Kata Syed Ariff dengan teruja lalu bangun daripada kerusi

Terkejut Azhani mendengar kata daripada suaminya itu.Nampaknya lelaki ni dah tersasar jauh daripada apa yang dia fikirkan.Dia perlu menceritakan keadaan yang sebenarnya.

“Abang,tak! Abang dah salah faham.Itu waktu semasa kita mula berkahwin.Tapi selepas tu hubungan kita mula...”

“Cukup Az.Aku rasa aku dah tau semuanya.Sekarang baru aku faham situasi sebenar.Jadi selama ni kita hanya suami isteri atas kertas je la.” Kata Syed Ariff dengan tersenyum.

“Abang,cuba dengar apa yang Az nak cakap.Situasi yang abang fikirkann tu adalah dulu,selepas tu hubungan kita dah macam pasangan suami isteri yang sebenar.”Kata Azhani dan dia juga mula berdiri.

“Pasangan suami isteri yang sebenar?”

Kata Syed Ariff kemudian melirikkan matanya pada perwatakan Azhani.

“Aku rasa masa tu aku mainkan kau je kut.Aku tak ada nampak langsung point mana yang aku akan jatuh cinta pada kau.So,kau jangan ambil kisah la hal tu.” Kata Syed Ariff sambil ketawa kecil.

Mata Azhani membulat dengan tidak percaya.Darahnya mula mendidih dan hatinya sudah menjadi geram.Lelaki ni memang sudah terpesong jauh! Dia fikir aku ni apa? Perempuan kolot kampung jugak?!

“Semua abang fikir adalah salah! Dulu abang jugak yang kata pada Az yang abang...”

“Cukupla Az! Kau tak payah terangkan apa-apa lagi.Aku dah faham semuanya.”Putus Syed Ariff.Dalam hatinya mula lega kerana sudah tahu apa yang terjadi sebenarnya antara dia dan Azhani.

Azhani yang sedar dirinya mula dikuasai amarah.Dia mengambil nafas panjang dan mengucap dalam hati.Aku kena bersabar.Seperti yang mak kata kan,Syed Ariff perlu masa untuk ingat balik semua memorinya.Aku pasti,bila dia dah ingat kembali,semua pemikiran gila yang difikirkanya akan lenyap.

“Baiklah,kalau abang nak fikir cara abang.Abang fikirlah.Tapi,disebabkan Az adalah isteri yang abang pernah cintakan dulu,Az akan cuba sedaya upaya ingatkan balik semua memori abang yang hilang tu.Abang tengoklah!” Balas Azhani dengan yakin.

Syed Ariff mencebik kemudian menyilangkan tanganya.Nampaknya perempuan ni memang tak reti mengalah.Aku yakin sangat aku hanya mempermainkan perempuan ni sahaja waktu dulu.Mungkin dia yang mengambil serius hal ni.Hati Syed Ariff ketawa.

“Well woman.I don’t force you to do this.” Syed Ariff tersenyum.

“Fine.” Azhani berkata sepatah.

Dia merenung wajah Syed Ariff dengan tajam.Dia geram dengan sikap Syed Ariff yang suka berfikir mengikut gayanya.Gaya ini memang seratus peratus sama dengan gaya Syed Ariff sebelum mereka berkahwin.Nampaknya perkara yang ditakuti Azhani memang menjadi kenyataan.

“Kalau tak ada benda yang nak dibincangkan lagi.Az nak masuk bilik dulu.” Dengus Azhani kemudian melangkah ke luar pintu.Kemudian dia teringat sesuatu.Alamak,aku lupa lagi aku ni tak ada baju! Azhani segera berpaling semula ke belakang.

“Abang,tadi mak kata temankan Az pergi rumah sewa Az kan.Jom la pergi sekarang.Az dah tak ada baju ni.” Kata Azhani dengan malas.Geramnya masih bersisa.

Syed Ariff menggaru rambutnya yang tidak gatal dan Azhani mendengar keluhan daripada mulut lelaki itu.

“Aku malas la nak pergi.Tambah kepala aku sakit berbalut lagi.Kita ambil esok je lahh.”Balas Syed Ariff dengan selamba.

Amboi,kalau ikutkan aku,memang tak nak aku ajak dia datang sekali.Tapi disebabkan nasihat mak.Kena la aku bersabar dengan mamat ni.Huh!

“Tapi Az mana ada baju malam ni.Semua dekat rumah sewa.Jomla.”

“Aduh,kau pakai je la kain apa-apa!” Rungut Syed Ariff.

“Abang nak Az pakai kain apa dekat rumah ni? Kain buruk!” Perli Azhani.

“Ish,susah betul lah kau ni!” Gerutu Syed Ariff kemudian menghampiri almari bajunya.Dia mengeluarkan sehelai baju t-shirt berwarna hitam tertulis ‘Main stream’ kemudian menghulurkan pada Azhani.

“Kau pakai je la baju aku sementara ni.Baju yang kau pakai tu kau basuh malam ni lepastu esok kau pakai semula.And then, aku temankan kau pergi rumah sewa.Habis cerita!” Kata Syed Ariff kemudian merebahkan badanya ke atas katil .Sudah malas dia hendak meneruskan perbualan lagi.

“Tapi baju ni besar la..” Balas Azhani.

“Kalau macam tu kau pakai je la kain buruk dekat rumah ni.” Kata Syed Ariff kemudian melelapkan matanya.

Azhani mendengus.Susah betul nak berkompromi dengan sikap Syed Ariff yang dulu ni! Nak tak nak dia terpaksa terima baju besar itu.Habis baju siapa lagi yang hendak dipakainya? Dengan geram Azhani keluar daripada bilik itu dan memasuki biliknya.Dia mengambil telefon bimbitnya kemudian mendail nombor telefon Asyikin tentang ketangguhan malam ini untuk menyinggah rumah sewanya.Selesai bercakap dengan Asyikin,Azhani memasuki bilik air untuk menukar pakaian dengan perasaan bercampur baur.

Syed Ariff melepaskan nafas lega semasa terbaring di atas katil.Dia gembira apabila menyangka dia sudah mengerti semua persoalan di mindanya.Nampaknya berkahwin dengan Azhani adalah stratergi aku untuk mendapat harta ayah.Hebat betul aku berfikir.Syed Ariff ketawa sendiri kemudian mengiringkan badanya ke kanan.

Dia terkejut apabila mendapati gambar Azhani terletak di atas meja kecil tepi katilnya.Dia mengambil gambar itu dengan wajah berkerut.Kenapa pulak ada gambar Azhani dalam bilik aku ni? Takkan lah aku yang letak? Bodoh,sudah kata ni bilik aku.Memang la aku yang letak.Tapi kenapa?

Betul ke aku sukakan perempuan tu? Ah,mungkin ini waktu aku mempermainkan perasan dia kut.Tiada maksud apa-apa.Fikir Syed Ariff kemudian meletak kembali gambar itu di atas meja kecil.

Azhani menyembamkan wajahnya ke bantal dan melepaskan keluhan.Sukar dia berfikir dengan situasi Syed Ariff sekarang.Dia mula rindu waktu dia dan Syed Ariff bersama dulu.Sekarang sikap Syed Ariff memang berlainan.Sikap yang dirinya tidak suka.Syed Ariff tidak mengendahkan dirinya malah mungkin akan lebih menjauh.Apa yang dia hendak lakukan nanti? Bagaimana kalau ingatan Syed Ariff tidak akan kembali? Adakah lelaki itu akan terus melayanya begini? Argghh,kusut!

Azhani sudah tidak tahu hendak berfikir apa.Dia takut apa yang difikirkanya akan menjadi kenyataan.Kalau itu akan berlaku,mungkin dia akan menangis.Satu lagi keluhan dilepaskan.

“Az rindu abang...”

Perkataan itu terbit daripada mulut Azhani.Malas lagi untuk berfikir,dia menutup lampu tidurnya lalu melelapkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience