BAB 41

Romance Completed 68960

? Selesai bersarapan,Azhani mengangkat pinggan dan cawanya ke singki.Dia membasuh pinggan kemudian menutup paip air.Lantas,dia mengambil telefon bimbitnya dan menekan nombor yang hendak dihubunginya.Lama dia menunggu sebelum pemanggil mengangkat talian.Hari ni aku mesti keluar,sekurang-kurangnya aku kena tenangkan fikiran.Fikir hatinya.Selang beberapa saat,pemanggil mula mengangkat talian.

“Salam.Az? Apasal telefon mak pagi-pagi ni?”

Kedengaran suara Mak Cik Yah di gagang telefon.Azhani tersenyum mendengar suara ibu yang dikasihi.

“Salam.Sorry la mak kalau ganggu mak pagi-pagi ni.Mak tengah sibuk ke? Mana tau mak tengah buat kuih ke?”Kata Azhani dengan nada ceria.

“Agak-agakla pagi-pagi macam ni mak nak buat kuih.Mak mana ada sibuk sangat.Baru ingat nak keluar pergi kedai Pak Osman nak beli minyak tetiba kamu pulak telefon.Ni apasal telefon mak ni?”Soal Mak Cik Yah.Memang tak pernah anaknya telefon dia pagi-pagi.Musykil.

“Ala mak ni.Az telefon pagi-pagi pun nak pelik.Sebelum tu,tadi mak cakap mak nak pergi kedai Pak Osman kan.Alang-alang tu mak beli sekali bahan nak buat kuih.Boleh?”

“Kamu nak mak buat kuih ke?”

“Haah.Boleh tak mak.” Senyum Azhani.

“Kalau mak nak buat kuih,siapa nak makan Az.Mak sorang jerw dekat rumah ni.Membazir.”

“Mak,Az suruh mak buat kuih sebab nanti Az nak datang rumahla mak.Nanti Az makan semua kuih tu,mak jangan risau.Az akan gerak pergi rumah mak lepas ni.Buatkan Az kuih ye mak~”Kata Azhani dengan merayu.

“Oh,kamu nak datang kejap lagi?”Mak Cik Yah terkejut.

“Ehehe..Iyerla mak sayangku.”

Mak Cik Yah tersenyum lebar.Dia menyangka pada waktu anaknya bersedih,Azhani takkan keluar daripada rumah itu.Namun sangkaannya meleset.Cepat benar anaknya pulih emosi.Mendengar suara ceria Azhani di talian membuatkan benaknya menjadi tenang.

“Kamu nak datang bila ni?”Soal Mak Cik Yah.

“Ermmmm.Mungkin tengahari nanti.”

“Oklah,mak nak pergi kedai belikan kuih untuk kamu.Tapi datang makan tau!”

“Ehehhe..Ok mak! Kuih mak kan kuih favourite Az.Mak jangan risau,Az mesti datang.”

“Iyerlah tu.Mak nak letak ni,nanti lambat pulak ke kedai.Jaga diri tu elok-elok.”

“Baik mak.Wasallam.”

Mak Cik Yah memutuskan talian terlebih dahulu.Kemudian Azhani menyimpan telefon itu di dalam kocek seluar ‘jeans’nya.Lalu dia pergi ke tingkat atas untuk bersiap dan memakai hijab.Turun dari tangga dia terus membuka pintu.Sebelum keluar,matanya sempat meliar di sekeliling rumah.Hari ini dia pergi ke rumah emaknya pun kerana hendak keluar daripada rumah ini.Rumah dia dan Syed Ariff.Dia tidak betah tinggal lama di rumah itu.Terlalu banyak benda dan kenangan yang akan mengingatkanya kepada Syed Ariff yang meninggalkan kesan.Azhani mengeluh kecil.Apakah yang Syed Ariff lakukan sekarang?Dekat mana dia tinggal?

Fikir benak hatinya.Tersedar dia terlanjur fikir,Azhani cepat-cepat menggelengkan kepalanya.Dia tidak mahu fikir semua itu lagi.Biarlah hari ini dia melupakan Syed Ariff untuk sehari.Lantas,Azhani keluar daripada rumah dan mengunci pintu.

Kereta Azhani sudah berhenti di hadapan rumah Mak Cik Yah.Dia keluar daripada kereta kemudian menutup pintu.”Mak,Az dah balik!”.Jerit Azhani ketika memasuki rumah.Dia memandang sekeliling.Kosong?Mesti mak dekat dapur ni.Fikir Azhani kemudian berlalu ke dapur.Betul jangkaanya.Ibunya memang berada di dapur.

“Mak!” Azhani menyegah ibunya daripada belakang kemudian memeluk ibunya.”Mak Cik Yah tersentap untuk seketika namun dia tersenyum lebar.

“Az,kamu ni memang nak mak mati awal ye?”

“Ish! Apa mak cakap macam ni! Az tak suka la.”

“Iyerla.Yang nak main sergah-sergah ni kenapa?Beri salam pun tak ada.”

“Ehehe..Sorry ye mak.Assalammualaikum.”Sengih Azhani.

“Waalaikummussalam.Ha,baru nak beri salam.”

Azhani tersenyum meleret.Mak Cik Yah menggelengkan kepalanya.

“Mak,nak Az tolong mak buat kuih ke?” Soal Azhani.Dia melihat Mak Cik Yah tekun menguli tepung dan mencampurkan sedikit air.

“Tak payahla Az.Mak dah biasa buat kuih ni sorang-sorang.”

“Ala..takkanla Az nak tengok jer mak buat kuih.”

“Kalau kamu tak ada kerja sangat.Tu ha!.Pergi kemas depan pastu pergi sapu sekali.Kalau boleh sekali dengan reban ayam tu kamu bersihkan sekali.”Perli Mak Cik Yah.

“Mak ni! Orang tengah ikhlas nak menolong ni pergi perli pulak.”Azhani muncung sedepa.

“Eh.Betul la apa yang mak cakap.Kalau kamu tak ada kerja.Pergi la kemas-kemas sikit rumah ni.Tengok tv tu,dah berhabukkan.Pergi kemas.”Arah Mak Cik Yah.

“Iyerrla.Iyerla.Az nak kemas la ni.”Cebik Azhani kemudian mengambil penyapu di belakang pintu dan berjalan malas menuju ke ruang tamu.Mak Cik Yah ketawa kecil.Dia rindu anaknya,sudah jarang mereka bergurau senda sejak anak tunggalnya menikah.Azhani menapak di ruang tamu dan memandang sekeliling.Ini mak kata bersepah?Aku tengok ok je.Siap berkilat lagi lantai ni.Haiish.Lantak la,sapu jerr la apa yang ada.Lantas Azhani menyapu lantai kemudian menyusun barang dan mengelap habuk di televisyen.Selepas hampir keseluruhan ruang tamu dikemasnya.Dia memandang sekeliling dengan puas hati.Kemudian dia meletakkan penyapu di tepi meja dan merebahkan badanya di sofa.”Fuh,tak ada la penat sangat kemas rumah ni.Kalau kemas rumah aku dengan Syed Ariff lagi penat.” Azhani terdiam.Azhani,kau tersebut nama mamat tu lagi!.Aiiisshh!! Cepat-cepat Azhani menggelengkan kepalanya.Tak nak ingat Syed Ariff!

“Assalammualaikum! Mak Cik Yah ada dekat rumah?”

Terkejut Azhani mendengar gerangan suara yang memberi salam.Lantas dia bangkit dari sofa dan muncul di depan pintu.

“Eh?! Azhani?” Wajah Asyikin kelihatan pelik.

“Asyikin?” Muka Azhani juga turut berkerut.

“Macam mana kau boleh ada dekat sini?Bukan kau dengan suami kau baru balik ke hari tu?”Soal Asyikin.

“Err..aku..”Azhani menggaru kepalanya yang tidak gatal.Nak cakap apa ni ye?

“Err..Suka hati la aku nak balik bila.Ini pun rumah aku jugak kan.”Dalih Azhani

“Memang la rumah kau.Tapi takkan baru hari tu kau dengan suami kau stay dekat sini lepastu datang balik?Pelik betul.”Kata Asyikin.Dia mempamerkan wajah sangsi.

“Mana ada pelik.Biasa jer bagi aku.Yang kau datang rumah aku ni kenapa?”Azhani cuba menukar perbualan.Tidak mahu dia meneruskan topik itu dengan Asyikin.Asyikin masih merenungnya dengan sangsi.Lalu dia menghulurkan sebuah plastik yang berisi bekal di dalamnya.

“Ini apa ni?”Soal Azhani dan mengambil bungkusan itu daripada tangan Asyikin.

“Mak aku buat rendang ayam dengan pengat pisang hari ni.Dia suruh aku bagi dekat mak kau.Mak Cik Yah ada ke dekat dalam rumah?”

“Emmm.Mak aku ada dekat dalam.Apasal,kau nak jumpa ke?”

“Tak payahlah.Aku nak singgah kejap jerw.”

“Kau datang sini jalan kaki ek?”Soal Azhani.

“Kau ingat aku ada hati ke nak jalan kaki panas membakar macam ni.Memang ngok la kau ni!”Jawab Asyikin.Azhani hanya tersengih.Lupa pulak aku dengan perangai gedik minah ni.Kata hatinya.

“Tunggu sini sekejap ye.Aku nak letak ni dekat dapur jap.”

“Cepat sikit.Panas gila dekat luar ni.”Kata Asyikin sambil mengipas-ngipas mukanya.Azhani hanya mencebik dan menuju ke dapur.Dia meletakkan bekas itu di atas meja.”Mak,ni Mak Cik Shofiyah bagi rendang ayam dengan pengat pisang dekat kita.”Kata Azhani menghampiri Mak Cik Yah yang sedang membasuh santan.”Eh? Mak Cik Shofiyah bagi makanan ke dekat kita.Laa,kalau macam tu tak payahla masak nanti.”Kata Mak Cik Yah kemudian meletakkan santan ke tepi dan menutup paip air.”Tak payahlah mak masak.Banyak Az tengok lauk dalam tu.”Kata Azhani kemudian Mak Cik Yah hanya menganggukkan kepalanya.

“Az! Cepatla sikit! Panas ni!!”

Jeritan Asyikin melaung di dalam rumah.Azhani hanya mengeluh panjang.Ish,minah ni.Tunggu sekejap pun tak boleh,menjerit dekat rumah aku pulak tu.huh!

”Oh,Asyikin ke yang hantar makanan.Tak nak ajak dia masuk dulu ke?”Kata Mak Cik Yah.”

“Tak payahla mak.Dia nak cepat tu.Orang pergi luar sekejap ek.”Kata Azhani kemudian berlalu ke dari dapur.Azhani menghampiri Asyikin yang sedang berpeluh-peluh di luar.Gadis itu sedang mengelap-ngelap peluhnya yang jatuh.Azhani ketawa kecil.

“Az,kau ni lambat kalahkan siput tau!Dah bagi Mak Cik Yah?”

“Dah.Cakap terima kasih ye dekat mak kau.Kirim salam sekali.”

“Ermm.Apa-apa lah.Aku pergi dulu.Aku rasa banjir dah dalam baju aku ni.Chao.”

Lambai Asyikin kemudian menuju ke kereta.Azhani hanya merenung dari jauh.Saat itu,satu perkara menerjah dalam fikirannya dan membuatkan mulut Azhani untuk berkata.

“Asyikin,tunggu sekejap!” Kejar Azhani dari belakang.Asyikin berpaling.”Apa dia?! Panas ni tau tak.”Balas Asyikin dengan malas.Gayanya seperti diva pun ada.

“Aku nak cakap sesuatu dengan kau sikit.Sekejap je tak lama,boleh tak?”

“Tengah panas macamni.No way! Tak nak aku.”

“Ala kau ni! Kita cakap la dekat bawah pokok.Dekat sana kan redup.”

“Ish! Iyerla-iyerlah.But make it fast okay!” Dengus Asyikin kemudian mereka berpindah di bawah pokok yang redup.

“Ok.Sebenarnya,aku ada satu benda nak minta dari kau.”

“Apa dia?”

“Kau tau tak mana-mana rumah sewa?”Kata Azhani perlahan-lahan.

“Rumah sewa?! Are you serious?”Kening Asyikin terangkat dan matanya tepat-tepat memandang mata Azhani.

“Aku serius la! Kau tau tak?” Soal Azhani sekali lagi.

“Aku tau beberapa rumah sewa.Tapi aku pelik.Kau nak buat apa dengan rumah sewa tu?”

Gelabah di dalam hati cuba Azhani sorokkan.Dia mengawal riak mukanya

“Ada la.Aku nak tau je.”

“Az,sekarang ni kau mencurigakan tau tak.Kau nak buat apa cari rumah sewa?”

“Ak...Aku ingat nak cari rumah sewa untuk duduk sementara.Sebab tu la aku tanya kau.”Jelas Azhani perlahan-lahan.

“Tunggu! Aku rasa aku tau apa yang sedang jadi sekarang!”Jerit Asyikin.

Gulp! Peluh mula jatuh dari dahi Azhani.Tolong jangan teka.Tolong jangan teka.

“Kau gaduh dengan Syed Ariff kan? Sebab tu la kau nak cari rumah sewa! Betul tak? Betul kan!”Teka Asyikin bersungguh-sungguh.

Mata Azhani tidak berkedip.Hatinya berdebar.

“Ma..mana ada la!”Nafi Azhani.

“Iye! Kau mesti bergaduh dengan Syed Ariff!” Bidas Asyikin dengan yakin.

“Bukan macam tu la Asyikin! Macam mana kau tau aku bergaduh dengan Syed Ariff? Kau ada bukti.”Azhani membuat lagak sombong.

“Memang la aku tak ada bukti.Habis tu,yang kau nak pindah rumah sewa ni kenapa?Tak ada sebab lain la Az selain kau bergaduh dengan suami kau sendiri.”Kata Asyikin tersenyum sinis.

“Aku tak bergaduh dengan Syed Ariff la!”

“Habis tu,yang kau nak pindah rumah ni kenapa?”

Azhani mengambil nafas.Pelbagai alasan sudah tersedia di dalam kotak otaknya untuk menjawab soalan Asyikin.

“Oklah.Kau betul-betul nak tau cerita yang sebenarnya?”

“Iye,betul.Cepatla bagitau!”Gesa Asyikin.Matanya sudah bersinar.Mengetahui rahsia seseorang memang seronok baginya.Azhani hanya melihat wajah Asyikin dengan kurang pasti.

“Macam ni.Ariff dapat kerja dekat luar negara untuk beberapa tahun.Dia ajak aku tinggal dengan dia tapi aku tak nak.Sebab aku tak suka sangat pergi luar negara tempat sejuk macam tu.Jadi aku ingat nak stay jer dekat Malaysia.So,Syed Ariff risau aku duduk dekat rumah seorang diri bila dia tak ada.Sebab itu la dia suruh aku cari rumah sewa yang dekat sikit dengan rumah mak bapak mertua aku.Habis cerita.”Jelas Azhani.Harap-harapla minah ni termakan dengan kata aku .Otak aku dah habis idea ni!

Asyikin menaikkan keningnya dan memandang Azhani dengan tajam.

“Luar negara ye.Dekat mana tu?”Soal Asyikin.

Dekat mana?! Apa aku nak cakap.Paris?Sepanyol? Denmark?India?.

“Dekat Jordan!”

“Jordan?”

“Iyerla dekat Jordan.Takkan itu pun pelik.”Selindung Azhani.

“Tapi aku rasa ada benda yang pelik dalam cerita kau ni.Kalau kau isteri Syed Ariff.Takkan Syed Ariff bagi jer kau duduk dekat sini sedangkan dia dekat Jordan.Bukan tempat isteri dengan suami ke.Ha,apa alasan ko?”Pancing Asyikin.Dia mahu mengorek rahsia Azhani.

“We...well..Mungkin..ermm...”.

Azhani mati akal.Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal dengan muka berkerut sementara Asyikin tersenyum panjang.

“Ha!.Ariff suruh aku duduk dekat sini supaya senang sikit aku nak jumpa mak mertua aku.Alang-alang tu aku boleh tolong jaga diorang sekali.Faham.”Balas Azhani dengan tersenyum puas.Asyikin pula hanya mencebik.

“Kau tak takut ke dekat luar negara nanti suami kau pergi carik perempuan lain.Dah lah lama pula tu duduk dekat sana.”Kata Asyikin.Azhani hanya merenung tajam dengan geram.Ish,tolonglah tukar topik lain selain Syed Ariff!

“Hei,kalau dia nak carik perempuan lain ke,nak pergi mana ke.Itu semua urusan dia dan aku.Jadi kau tak perlu lah ambil tahu.Huh.”Dengus Azhani.Geram pulak hati ni bila asyik sebut nama mamat tu je.

“Ok,fine.I won’t ask anymore.Aku tak kisahla cerita kau ni betul ke dongeng ke.Nanti kalau ada rumah sewa kosong aku inform dekat kau.Dah,sana sikit! Aku nak masuk kereta ni.”Asyikin menolak bahu Azhani kemudian melangkah ke kereta Saga nya.Azhani pula mengeluh lega.Satu rahsia telah selamat diselesaikan.Azhani harap dia takkan berbincang lagi topik Syed Ariff dengan Asyikin.Minah tu sudahlah mencurigakan.Bahaya betul kalau dia tau.Azhani menggelengkan kepalanya kemudian memasuki ke dalam rumah.

Malam itu,selesai menukar pakaian di dalam bilik.Azhani menuju ke dapur untuk melihat ibunya.Sebelum kakinya melangkah di atas lantai dapur.Dia mengambil nafas yang panjang.Malam ni aku kena bagitahu mak tentang aku nak pindah ke rumah sewa.Dalam benaknya,dia tahu ada kemungkinan Mak Cik Yah tidak akan benarkan Azhani berpindah rumah.Dia sendiri pun pelik bagaimana dia boleh terfikir untuk keluar daripada rumah Syed Ariff itu? Emosi aku pada Syed Ariff ke?

“Ha,tercegat dekat situ kenapa Az?”

Teguran Mak Cik Yah cepat-cepat mengusir lamunannya.

“Ha? Oh,Az ingat nak tolong mak dekat dapur.Mak masak apa?”

Kata Azhani kemudian menghampiri ibunya yang sedang memotong buah tomato.

“Mak ingat nak masak tom yam.Az tolong mak hiris bawang sekejap.Tu,ada dekat atas meja tu.”Mak Cik Yah menjuihkan bibirnya kearah meja.Azhani pula hanya menganggukkan kepala kemudian mengambil pisau dan menuju ke meja.Diambil bawang itu kemudian dihirisnya satu persatu.Sementara itu,otak Azhani edang berputar memikirkan bagaimana cara untuk memulakan perbualan rumah sewa dengan ibunya.

“Az..”

Sekali lagi teguran Mak Cik Yah mengusir lamunannya.Haih,kau ni banyak sangat termenung la Az.Kata dirinya.

“Az masih sedih ke?”Soal lagi Mak Cik Yah tanpa memberhentikan kerjanya.

Muka Azhani berkerut? Dia memandang ibunya yang membelakangkan diri Azhani.

“Maksud mak?”

“Mak cakap pasal Ariff.Az sedih lagi ke tentang Ariff?”

Soalan Mak Cik Yah dibiarkan sepi.Azhani hanya memandang kosong bawang yang dihirisnya.

“Mak,boleh tak kalau Azhani pindah sementara dekat rumah sewa?”Kata Azhani perlahan.Hatinya berdebar.Terkejut dengan kata itu,Mak Cik Yah memalingkan wajahnya melihat Azhani.Muka wanita itu berkerut.

“Az nak pindah rumah?”Soal lagi Mak Cik Yah.

Azhani menganggukkan kepalanya perlahan-perlahan.Mak Cik Yah membasuh tanganya di singki kemudian duduk di hadapan anaknya.Dengan perlahan dia memegang lembut tangan anaknya dengan kemas.

“Sampai macam tu sekali Az?”

Azhani terdiam.

“Kalau Ariff balik macam mana?Mesti dia akan cari Az.Takkan la Az nak pindah rumah?”Soal Mak Cik Yah.

“Mak,itulah persoalanya.Bila Ariff balik entah,Azhani pun tak tahu.Walaupun,kalau dia balik mak.Az pun mungkin tak bersedia nak jumpa dia.”

“Az dah fikir masak-masak perkara ni? Nanti Datin Fatimah dengan Datuk Mazlan kata apa?”

“Pasal mereka mak jangan risau.Nanti Az sendiri yang akan bincang dengan mereka.Sekarang ni Az nak minta kebenaran daripada mak sendiri.”Kata Azhani kemudian merenung dalam mata ibunya.Sudah kelihatan kedut-kedut di mata ibunya yang membuatkan hati kecilnya sayu.Mak Cik Yah mengeluh kecil.

“Mak tak boleh halang apa yang Az nak buat asalkan benda ni tak bertentang dengan agama.Mak benarkan.Cuma,Az pasti ke ni jalan hidup yang betul untuk Az?”

“Insyaallah mak.Walaupun,kalau Az duduk je dekat rumah tu dan tunggu abang Ariff.Az dapat rasakan Az seksa jiwa Az sendiri.Az kena keluar daripada rumah tu dan cuba hidup baru.”

“Tapi Az kena ingat,benda yang Az lupakan akan muncul balik.Mak pasti lambat laun Syed Ariff akan muncul depan Az.”Nasihat Mak Cik.Mata Azhani tertunduk di lantai.Kemudian,Azhani merasakan pegangan lembut daripada tangan Mak Cik Yah.

“Sebagai ibu,mak doakan yang terbaik untuk Az.”Kata Mak Cik Yah dan tersenyum.

“Terima kasih mak.”Senyum Azhani.Air matanya yang mengalir cepat diseka Azhani kerana tersentuh dengan hati seorang ibu.

“Dah,cukup dengan drama! Nanti tom yam mak tak siap.”Kata Mak Cik Yah kemudian bangun dari kerusi.Azhani hanya ketawa kemudian menyambung menghiris bawangnya.

Selesai makan malam,Azhani duduk di anjung luar rumah sambil menghirup kopinya yang panas.Dia memandang kepekatan malam sambil memuji keindahan dunia yang telah diciptakan tuhan dengan bintang yang indah bergemelapan.Azhani menutup matanya.Dia selesa apabila ada angin yang meniup wajahnya.Kemudian dibuka matanya dengan keluh yang panjang.Kata ibunya masih terlekat dalam benak fikiranya.’benda yang Az lupakan akan muncul balik’.

Azhani merenung langit malam.Tidak pernah dia terfikir untuk lupakan Syed Ariff dalam hidupnya.Bagaimana dia hendak lupakan seorang suami yang bermakna untuknya.Hatinya pun sekarang tidak tertanggung rindu pada wajah Syed Ariff.Namun,dirinya sendiri yang menafikan perasaan ini.Mungkin marah dan rindu sudah bercampur aduk dalam hati membuatkan Azhani buntu.

Azhani menghirup sekali lagi kopinya yang masih panas.Dibiarkan mindanya kosong tanpa niat ingin berfikir lagi.

Azhani sedang elok membaca novel di luar rumahnya.Dia menyandarkan badannya di sofa untuk lebih selesa.Disebabkan tidak lama membaca novel,Azhani tidak memperdulikan kawasan di sekelilingnya.Nyamuk yang berterbangan pun dibiarkan sahaja.’Wah,jahatnya suami dia ni! Geram aku!.Hati Azhani geram membaca mendalami novel itu.Berkerut-kerut Azhani membaca novel itu seperti dia pula yang menjadi watak si isteri dalam novel.

Sungguh tekun Azhani membaca sehingga tidak menyedari ada makhluk tuhan yang sedang berdiri di hadapannya.

“Woi!”

“Wahh!”Jerit Azhani.

Terkejut dibuatnya disergah Asyikin daripada hadapan.Cepat-cepat Azhani mengurut-ngurut dadanya.Nasib baik aku tak ada penyakit jantung.Minah ni pun satu,main sergah-sergah aku ni kenapa?!

“Kau ni Asyikin,salam tak ada terus main sergah.Kalau aku mati terkejut macam mana?!”Marah Azhani kemudian bangun daripada sofa.

“Well,good luck for you.Aku tak nampak pun tanda-tanda ko nak mati tadi.”Balas Asyikin dengan bersahaja.Azhani hanya mendengus dan meletakkan novelnya di atas sofa .Dia menyilangkan tanganya kemudian menghadap wajah Asyikin.

“Jadi,kau datang tengahari panas-panas macamni pastu muncul depan aku apasal?Kau tak pergi kerja ke?”

“Kau ingat aku suka sangatla muncul depan ko ye.”

“Habis,yang kau datang ni kenapa?”

“Aku datang ni,sebab aku nak bagitahu hal yang kau nak tahu la!”

“Hal yang aku nak tahu?Pasal rumah sewa?!”Mata Azhani membulat.

“Iyerla mak cik oi.”

“Ha,apa dia?Kau dah jumpa ke rumah untuk aku ke?”Kata Azhani ceria.

Asyikin hanya memandang dengan jengkel sambil menyisir rambutnya kebelakang.

“Ok.Aku ada berita baik dan berita buruk untuk kau.Kau nak yang mana satu.”

“Berita baik dulu lah.Cepatla bagitahu!”Gesa Azhani.

“Fine.Berita baiknya,aku dah jumpa satu rumah sewa untuk kau dekat area Shah Alam.Rumah tu sekali dengan perabot.Bayar pun boleh secara ansur-ansuran.Aku dah bagitahu dekat tuan punya rumah,jadi nanti kau datang terus buat bayaran jerr la.So,memang sesuailah untuk kau.”Kata Asyikin.

“Yeaay!!”Girang Azhani.

“Thanks yerw Asyiki...”

Tidak sempat Azhani mengucapkan katanya Asyikin sudah memberikan isyarat berhenti.

“Please,jangan thank you dekat aku dulu sebelum kau dengar berita buruk pulak.”Kata Asyikin.

“Apa pulak berita buruknya?Buruk sangat ke?”Teka Azhani.

Asyikin hanya mengeluh panjang sebelum menjawab soalan Azhani.

“Huh.Berita buruknya ialah,rumah sewa tu kau kena share dengan seorang roommate.”

“Roomate?La..okay la tu.Itu bukanya berita buruk.

“Well,bagi aku perempuan itu berita buruk!”

“Apasal pulak?”Muka Azhani berkerut.Pelik dibuatnya.

“Sebab roommate tu aku!”Kata Asyikin.

“Eng..Engkau...”Jari Azhani menunjukkan diri Asyikin dengan tidak percaya.Matanya membulat.Aduhai,bolehkah aku menjaga rahsia ini daripada bocor?!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience