BAB 28

Romance Completed 68960

pagi itu,Syed Ariff keluar pergi bekerja dengan awal.Mungkin ada meeting penting dengan clientnya.Azhani yang berada di rumah melakukan tugasnya.Dia mengemas dapur dan menyapu di ruang tamu.Kemudian, tugasnya yang terakhir adalah mengemas bilik pejabat Syed Ariff.Semalam dia sudah mendapat kebenaran Syed Ariff supaya mengemas bilik pejabat lelaki itu.Azhani tidak membantah.Mungkin lagi banyak dia mengemas,kurangla sedikit kebosanannya di rumah yang besar ini.Azhani memasuki bilik pejabat Syed Ariff.Dia melihat banyak buku tersusun di rak dan trofi kemenangan lelaki itu semasa di sekolah menengah.Azhani meninjau-ninjau sekelilingnya.Wah,besar jugak pejabat lelaki ni.Patutla kalau dia masuk buat kerja tak keluar-keluar.Azhani mula mengemas meja pejabat Syed Ariff.Dia menyusun semua kertas-kertas di atas meja.Kemudian matanya tertancap kepada sebuah fail.Depan fail itu tertulis Mazlan Holding Company.Azhani membuka sampul itu dan membaca isi kandungannya.

“Surat perjanjian antara syarikat..”Azhani membaca tajuk besar pada kertas itu.Nampak macam penting je?.Mamat tu terlupa ke nak bawak fail ni pergi kerja.Azhani berfikir sendirian.Kemudian dia memasuki kertas itu ke dalam fail semula.Penting tak penting,baik aku hantar je la fail ni dekat pejabat lelaki tu.Mana tau dia kena guna masa meeting nanti ke.Azhani keluar dari bilik pejabat Syed Ariff dan memasuki ke biliknya untuk bersiap-sedia pergi ke syarikat Mazlan Holding.

Azhani telah tiba di syarikat Mazlan Holding dan terus menuju ke pejabat Syed Ariff di tingkat 18.Apabila tiba di tingkat,Azhani meluru ke pejabat Syed Ariff.Sempat lagi Azhani membetulkan tudung dan bajunya.Tunggu?.Kenapa aku nervous sangat nak jumpa mamat tu?.Aku nak hantar fail je.Ish,apa-apa jerla.Azhani terus memulas daun pintu pejabat dan memasukinya.Pergerakan Azhani terhenti.Dia terkejut.Dia melihat Syed Ariff dan Melena yang sedang berpelukan.Kertas juga bertaburan di sekitar mereka.Syed Ariff dan Melena yang terkejut dengan kehadiran Azhani terus merungkaikan pelukan itu.Azhani bagaikan tidak percaya dan melangkah kebelakang.”Azhani,kitaorang bukan apa yang...”Tidak sempat Syed Ariff memberi penjelasan, Azhani terus keluar daripada pejabat.Dia tidak betah berlama di dalam pejabat itu.Syed Ariff terus mengejar Azhani.Melena yang tinggal bersendirian di pejabat mengutip kertas yang bertaburan dengan tenang.Kemudian dia bangun.Melena tersenyum senang.Satu dendamnya tertunai.

Azhani melajukan langkahnya keluar daripada syarikat itu.Hatinya pedih dengan apa yang dilihatnya.Dia bagaikan rasa dikhianati walaupun jelas Azhani dan Syed Ariff tidak mempunyai apa-apa hubungan.Dia berasa kesal.Dia fikir Syed Ariff betul-betul sudah berubah.Namun Syed Ariff hanyalah Syed Ariff yang seperti dahulu.Syed Ariff laju mengejar Azhani lantasmemegang lengan gadis itu.”Azhani,kau jangan salah faham.Tadi Melena jatuh, jadi aku sambutla dia.”Syed Ariff memberi penerangan.Azhani bagaikan muak dengan kata-kata Syed Ariff.Dia memandang Syed Ariff yang tercungap-cungap.Mungkin dia berlari kerana mengejar Azhani. Azhani terus mengeluarkan fail daripada begnya dan menyerahkan kepada Syed Ariff dengan kasar.”Awak tertinggal ni tadi dekat bilik pejabat awak.Bye.”Azhani terus berlalu pergi.Syed Ariff menahan Azhani.”Az,apa yang kau nampak tadi tak betul.Aku dengan Melena tak ada apa-apa hubungan.”Syed Ariff tidak putus asa.Azhani memandang mata Syed Ariff.Kenapa lelaki ni bersungguh-sungguh sangat jelaskan hubungan dia dengan Melena?.Siapa aku dalam diri dia.”Saya tak kisahla semua tu.”Azhani terus meneruskan langkahnya namun lagi sekali ditahan oleh Syed Ariff.”Kalau kau tak kisah,kenapa kau marah.Kenapa kau lari?.Syed Ariff menduga.Azhani rimas.”Awak,kita tak pernah ada apa-apa hubungan.Saya tak faham kenapa awak kena jelaskan semua ni pada saya.Pada saya awak ni sekadar suami saya di atas kertas je.Tak lebih dari tu.”Terang Azhani.Hatinya sakit.Kata-kata Azhani bagaikan menggores hati Syed Ariff.Jadi selama ni hanya aku je la yang cintakan dia,begitu?.Ego Syed Ariff mula meninggi.”So,kau tak kisahla kalau aku dengan Melena betul-betul ada hubungan.”Nada suara Syed Ariff mula tinggi.Kemarahan mula menyelubungi Syed Ariff.”Ye,saya tak kisah.Awak keluar la dengan sesiapa pun saya tak kisah!.”Jawab Azhani.Tiba-tiba Syed Ariff ketawa.”Jadi selama ni aku macam orang bodoh jer la...”Syed Ariff berkata sendirian sambil meraupkan rambutnya kebelakang.Azhani tidak mengerti.”Apa yang awak cakap ni?.”Soal Azhani.Syed Ariff kembali memandang Azhani.”Ok.Kalau itu yang kau nak aku tak kisah.”Kata Syed Ariff dengan nada serius.Kemudian Syed Ariff berpaling dan menuju kembali ke syarikat.Azhani terdiam.Hatinya mula merasa resah dan menyesal.Kenapa aku marah sangat dengan Syed Ariff?.Mungkin apa yang dia jelaskan tu adalah betul.Ya Allah,apa yang aku dah buat ni.Rasa bersalah mula bersarang di hati.Azhani duduk di perhentian bas.Dia termenung.Azhani,kenapala kau ni terlalu ikut perasaan.

Petang itu,Selepas pulang sahaja daripada pejabat.Syed Ariff terus memasuki biliknya.Dia seperti tidak menghiraukan Azhani.Azhani mengeluh.Dia tahu hal tadi adalah kesalahanya.Pada waktu maghrib pula Syed Ariff bersiap-sedia untuk keluar.”Awak nak pergi mana maghrib macam ni?.”Azhani menegur apabila melihat Syed Ariff yang sudah keluar dari rumah.”Kau tak perlu tau hal aku.”Kata Syed Ariff dengan nada keras dan terus memasuki kereta dan keluar daripada perkarangan rumah.Azhani mengeluh.Syed Ariff seperti kembali kepada dirinya sebelum mereka berkahwin.Pada tengah malam,Syed Ariff baru akan pulang ke rumah.

********

Perkara ini sudah berlarutan dua hari berturut-turut.Petang itu,Azhani mundar-mandir di dalam biliknya.Hatinya tidak tenang apabila perkara ini tidak selesai.Setiap petang Syed Ariff akan keluar dan pulang lewat malam.Apa lelaki tu buat?.Dia keluar dengan siapa?.Persoalan itu berlegar-legar di fikirannya.Kemudian dia terdengar bunyi pintu terbuka.Azhani terus keluar daripada biliknya dan mendapatkan Syed Ariff yang baru pulang dari kerja.”Awak,saya nak bincang dengan awak boleh tak?.”Azhani cuba beranikan dirinya untuk berkata.Syed Ariff memandang tajam kearah Azhani.

“Bincang apa.”Syed Ariff bagaikan malas untuk berkata.

“Ermm..Sebenarnya saya nak minta maaf dekat awak.Saya tahu saya yang salah faham.Sa..saya rasa bersalah..Jadi saya harap...”Tiba-tiba ketawa Syed Ariff terdengar di telinga Azhani.

“Baru sekarang kau nak rasa bersalah.Aku dah tak kisahla dengan semua tu.”

“Tapi awak,saya tetap nak..”

“Eh,aku tak ada masa la nak bincang dengan kau tentang hal ni sekarang.Aku nak keluar petang ni.Esok-esok jer la kita bincang.”Kata Syed Ariff malas dan terus menuju ke tingkat atas.Syed Ariff tersenyum.Sekarang kau rasa apa yang aku rasa Azhani.Azhani termangu di ruang tamu.Aduh,macam mana aku nak bawak lelaki tu berbincang.Aku betul-betul rasa bersalah gila.Azhani memasuki biliknya dengan lemah.

Maghrib itu,Syed Ariff keluar lagi daripada rumah.Kali ini, Azhani bertekad untuk mengintip Syed Ariff.Selepas sahaja kereta Syed Ariff meluncur keluar daripada rumah.Azhani terus mencapai tudung dan keluar daripada rumah.Dia mengunci pintu dan memanggil teksi.Dia menyuruh teksi itu mengikuti ke mana kereta ‘mini cooper’ Syed Ariff

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience