BAB 40

Romance Completed 68960

Perlahan-lahan Azhani membuka matanya.Cahaya yang terang membuatkan matanya sakit.Entah mengapa situasi ini mengingatkan dia semasa situasi dia dan Lia kemalangan dulu.Cuma bezanya,kepalanya lagi sakit dua kali ganda daripada kemalangan dulu.”Aucchh,sakit.”Azhani cuba bangun perlahan-lahan.Azhani memerhati sekelilingnya.Sudah dia agak dia mesti berada di hospital.Tanpa menunggu panjang,Azhani menadah tangan dan mengucapkan syukur yang tak terhingga kepada tuhan maha esa kerana menyelamatkan dia daripada bala yang digeruni.Sesungguhnya,dia hamba yang lemah mengharapkan keredaan sang pencipta.

Dia memandang sekeliling.Mana semua orang?Dia memandang jam di dinding.Jarum jam sudah menginjak ke angka 7.45 malam.Azhani membaringkan badannya semula dan cuba mengingati apa yang berlaku.Takut jugak aku masa tu,entah kenapa aku berani sangat jerit dekat Meng Kong tak guna tu.Kemudian dia teringat sekilas wajah Syed Ariff yang berlari mendapatkanya sebelum dia hampir pitam.Agaknya apalah reaksi suami aku ye.Syed Ariff mana?Azhani mula rasa pelik.

Zruuu!.Pintu wad dibuka.Azhani melihat siapa gerangan yang datang.Terpacul wajah Mak Cik Yah,Datin Fatimah dan Datuk Mazlan.”Azhani! Kamu dah sedar nak!”Kata Mak Cik Yah dan terus memeluk anaknya itu.Datin Fatimah dan Datuk Mazlan mengucapkan rasa syukur dan tersenyum lebar.”Kamu ok ke?Rasa pening-pening lagi?”Soal Mak Cik Yah bertalu-talu.Azhani hanya tersenyum dan menggeleng.”Kamu ni Yah,bagi la budak tu tenang dulu.Ni,terus soal.Terkejut budak tu nanti.”Kata Datin Fatimah kepada Mak Cik Yah.”Bukan apa Mah,aku lega hati sangat.Mana aku tak takut anak aku tak bangun-bangun nanti.”Balas Mak Cik Yah.”Kamu sakit lagi ke Azhani?”Soal pula Datuk Mazlan.

“Alhamdulillah,Az ok ayah.Kepala tu memang pening sikit.”Balas Azhani.Datuk Mazlan tersenyum.

“Mak dengan ayah pergi mana tadi?Masa Az bangun kosong je wad ni?”Soal Azhani.

“Tadi kami pergi solat maghrib dekat surau.Alhamdulillah balik kamu dah sedar.”Kata Mak Cik Yah.

“Az.Ayah nak minta maaf sangat sebab syarikat ayah Az jadi macam ni.Ayah betul-betul rasa bersalah.Ayah dengar Meng Kong dah dipenjarakan selepas ditangkap dekat lapangan terbang tadi.Ayah jamin Az takkan perlu rasa takut lagi.”Luah Datuk Mazlan.Azhani tersenyum.Tiada sekelumit perasaan pun dia menyalahkan ayahnya malah suaminya sendiri di dalam hal ini.”Ayah,Az tak pernah salahkan ayah.Az betul-betul rasa bersyukur akhirnya Meng Kong diterima hukuman.Jadi,ayah tak perlulah minta maaf dengan Az.”

Datuk Mazlan gembira mendengar pengakuan menantunya.Lega hatinya yang kian gusar.Entah mengapa Azhani merasa suatu kehilangan.Syed Ariff?Mana Syed Ariff?Entah mengapa dia merasa rindu pada wajah itu.Azhani merasa pelik.

“Ayah,ermm...Abang Ariff mana?”Soal Azhani.

Soalan Azhani membuatkan semuanya bungkam.Suasana menjadi hening seketika.Azhani tidak mengerti.”Kenapa ni mak?Abang Ariff belum balik surau lagi ke?”Soal Azhani lagi sekali.Mak Cik Yah tidak tahu bagaimana untuk mengatakan hal ini.Tadi,di surau hospital,pilihan yang dikemukakan oleh Syed Ariff benar-benar memeranjatkan hati Datuk Mazlan,Datin Fatimah malah Mak Cik Yah sendiri.Mereka tidak mengerti mengapa Syed Ariff membuat keputusan sampai sebegitu sekali.Mak Cik Yah memandang wajah Datin Fatimah.Datuk Mazlan pula menghampiri Azhani.”Kenapa ayah?”Soal Azhani.

“Azhani,tadi masa kami solat dekat surau.Ariff suruh kami bagi surat ni pada kamu.”Kata Datuk Mazlan lalu menghulurkan kertas yang sudah berlipat.”Ariff bagi Az?”Muka Azhani mula berkerut.Datin Fatimah hanya menganggukkan kepala.

Azhani menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka surat itu.Kemudian dia mula membaca bait-bait di dalam surat itu.

Az,maafkan abang sebab abang Az jadi macam ni.Tolong maafkan abang.Masa abang nampak Az buat kali pertama dekat dalam gudang tu,abang betul-betul tak boleh maafkan diri abang.Abang tak layak berada di sisi Az.Sebab abang,Az terbabit sekali dalam hal ni.Abang tak sanggup kalau Az jadi macam ni buat kali kedua.Maafkan abang sayang.

-Ariff.

Berkerut-kerut wajah Azhani membaca surat itu.Datin Fatimah dan Mak Cik Yah hanya menahan sebak di dada.Kasihan betul melihat keadaan menantunya.Datuk Mazlan hanya mengeluh berat.

Apa ni?Syed Ariff nak tinggalkan aku?!.Air mata Azhani mula bertakung.Azhani terkedu.”Mak,apa semua ni?”Soal Azhani.Mak Cik Yah menggeleng dan memegang tangan anaknya.”Nak,bawak bersabar.Ariff cuma rasa bersalah sangat pasal dia Az jadi macam ni.Sebab tu la Ariff pilih pilihan ni.”Tutur Mak Cik Yah perlahan.

“Sampai dia nak ceraikan Az?!”Azhani bagaikan tidak percaya.

“Ssshh..Az,bukan macam tu.Ariff takkan ceraikan Az.Kami pun bantah kalau dia buat macam tu.Ariff Cuma..Cuma dia pergi jauh sayang.”Kata Datin Fatimah.Mak Cik Yah mengalir air mata.

“Tapi kenapa dia tinggalkan Az?Sanggup dia buat Az macam ni.”Air mata Azhani bergenang.Dia tidak mengerti.Mengapa Syed Ariff meninggalkannya saat dia betul-betul memerlukan Syed Ariff.”Sabar nak..sabar.Ariff pasti balik juga pada Az nanti.”Kata Datin Fatimah.”Tapi mak sampai bila?Bila abang Ariff nak balik?Az tak pernah salahkan abang Ariff.”Kata Azhani tersedu-sedan.Datin Fatimah memeluk Azhani yang sedang menangis di pangkuannya.Datuk Mazlan pula keluar daripada bilik itu.”Sabar Az..kuatkan hati.”Kata Mak Cik Yah sambil mengesat air matanya.Azhani hanya menangis.Saat ini hanya wajah Syed Ariff di mindanya.Kenapa abang,kenapa buat Az macam ni?

Datuk Mazlan di luar bilik wad mengeluarkan telefon bimbitnya.Dia mendail nombor telefon Syed Ariff.Lama Datuk Mazlan menunggu,namun hampa.Panggilan tidak terjawab.Syed Ariff bagaikan nekad dengan keputusannya.Datuk Mazlan mengeluh panjang.Ariff,kalaulah kamu lihat bagaimana reaksi Azhani sekarang.Keluh Datuk Mazlan.

Maghrib itu,sebelum Azhani tersedar.Datuk Mazlan,Datin Fatimah dan Mak Cik Yah menunaikan solat di surau hospital.Syed Ariff pun turut serta.Lama Syed Ariff menunaikan solat dan berdoa.Buat kali pertamanya,Datuk Mazlan rasa bersyukur Syed Ariff menunaikan perintah agama.Nampaknya Azhani betul-betul berharga dalam diri Syed Ariff.Selepas selesai,Syed Ariff menyatakan dia ada hal penting yang hendak diberitahu kepada ibu bapanya dan Mak Cik Yah.Penyataan itu membuatkan tanda soal di hati Datuk Mazlan ,Datin Fatimah dan Mak Cik Yah.Wajah Syed Ariff pula kelihatan sunguh sungul.

“Apa yang Ariff nak beritahu kepada kami ni?”Soal Mak Cik Yah.Pada waktu ini mereka semua berada di luar wad bilik Azhani.Syed Ariff mengambil nafas yang panjang kemudian mengeluarkan kertas yang berlipat.Datin Fatimah dan Datuk Mazlan berkerut.

“Ariff nak beritahu sesuatu yang mungkin membuatkan mak,ayah dan Mak Cik Yah tidak setuju.”Mula Syed Ariff.

“Ariff nak cakap apa ni nak?”Soal Datin Fatimah.

“Betul tu,cuba terus terang dengan kami.”Sambung Datuk Mazlan.

Lama Syed Ariff terdiam sebelum membuka mulutnya untuk berkata.Datuk Mazlan,Datin Fatimah dan Mak Cik Yah mula menanti-nanti.

“Ariff buat keputusan nak pergi jauh daripada Az.So,Ariff mintak sangat mak dengan ayah jaga Az elok-elok.”Kata Syed Ariff perlahan.Mereka semua terkedu.Mata Datin Fatimah membulat.”Ariff?! Apa Ariff cakap ni! No,mak takkan bagi Ariff tinggalkan Az.Not in this condition!”Bantah Datin Fatimah.

“Ariff jangan buat keputusan melulu nak.Kami semua tak salahkan Ariff dalam hal ni.Mak pasti Az pun sama.”Sambung Mak Cik Yah.”Ayah pun bantah keputusan Ariff.Macam mana Ariff boleh terfikir sampai macam ni?”Kata Datuk Mazlan.Mereka semua pelik dengan sikap Syed Ariff.

“Mak,ayah.Tolonglah.Untuk kali ni je,tolongla bagi Ariff buat keputusan Ariff.Ariff betul-betul dah tak sanggup.”Kata Syed Ariff.

“Tapi ini bukan caranya Ariff.”Kata Datuk Mazlan.Dia tidak tahu apa yang merasuk anaknya sampai membuat keputusan begitu sekali.

“Kamu tak kesian ke dekat Az nanti bila kamu tinggalkan dia.”Luah Datin Fatimah.Syed Ariff menyepi.

“Ariff nak ceraikan Az ke?”Kata Mak Cik Yah.

“Bukan! Ariff bukan nak ceraikan Az.Ariff cuma....cuma nak pergi jauh.”Kata Syed Ariff.

“Kenapa ni Ariff?Apa yang jadi ni?.Mak tak sanggup tengok Az sedih.Mak tak faham betul la apa yang Ariff fikir ni?!”Soal Datin Fatimah dengan berang.

Mereka menyepi.Kenyataan yang dibuat oleh Syed Ariff menggusarkan hati mereka.Mereka memahami perasaan Syed Ariff namun perasan Azhani perlu ditimbang juga.Secara tiba Syed Ariff berlutut di atas lantai.Mereka semua terkejut.

“Tolonglah.Mak ,ayah dan Mak Cik Yah.Tolonglah restu Ariff pergi.Ariff takut Ariff akan bahayakan Az lagi.Setiap kali tengok Az,Ariff akan terus salahkan diri Ariff.Ariff tak tau Ariff akan pergi berapa lama.Tapi Ariff janji dengan mak ayah Ariff akan balik pada Az jugak.”Rayu Syed Ariff.Satu jernih air mata dapat kelihatan jatuh dari mata Syed Ariff.Di dalam hatinya,memang perkara yang berat untuk melepaskan Azhani.Ibarat mengeluarkan permata dalam hatinya.Mak Cik Yah,Datin Fatimah dan Datuk Mazlan berpandangan sesama sendiri dengan wajah kebuntuan.

*******

“Perlahan-lahan Az.”Kata Mak Cik Yah sambil memimpin tangan Azhani memasuki rumah anaknya.”Terima kasih mak.”Balas Azhani sambil tersenyum tawar.Datin Fatimah dan Datuk Mazlan juga mula memasuki rumah dengan membawa bagasi Azhani memasuki rumah.Mak Cik Yah memimpin perlahan-lahan tubuh anaknya sehingga Azhani duduk di sofa.Azhani membuka jaket yang membaluti dirinya.

“Az,betul ke Az nak duduk dekat sini.Tak nak duduk dengan mak dan ayah dulu? “Soal Datin Fatimah kepada Azhani.Risau juga dia meninggalkan Azhani duduk di rumahnya seorang diri semasa Azhani masih belum sihat.Tambahan pula Syed Ariff tiada di sisi Azhani.Teringatkan Syed Ariff,sering membuatkan Datin Fatimah mengeluh.

“Tak apalah mak.Azhani ok je.”Senyum Azhani.Tersentuh hatinya dengan keprihatinan ibu mertuanya.

“Az,dengar cakap mak mertua tu.Mak pun risau nak tinggalkan Az duduk sini sorang-sorang.Duduk la dengan kami sementara.Bila Az dah pulih,Az baliklah rumah ni.”Pujuk Mak Cik Yah.Datuk Mazlan bersetuju cadangan itu dengan menganggukkan kepalanya.

Azhani melihat tiga wajah-wajah insan yang dikasihinya.Ternyata mereka begitu mengambil berat tentang dirinya yang biasa.Azhani bersyukur kerana dikurniakan keluarga seperti ini.Azhani tersenyum melihat wajah mereka sebelum membuka mulut untuk berkata.

“Mak,ayah.tolongla jangan risau.Az boleh tanggung diri Az sendiri.Walaupun,Az bukan tak biasa.Takkanla Az yang dah besar gedabak ni nak kena jaga dengan mak dan ayah lagi.”Azhani tergelak kecil.Datin Fatimah dan Datuk Mazlan berpandangan sesama sendiri dengan hati yang sangsi.Mereka tahu Azhani cuba selindungkan perasaan sedihnya.Mak Cik Yah mengeluh kecil.

“Mak tahu.Az nak tunggu Ariff kan?”Soal Mak Cik Yah.Ibu mana yang tidak mengerti perasaan anaknya sendiri.Semuanya tertulis di wajah anaknya.Azhani terkedu.Buntu menjawab soalan ibunya.

“Az,mak tahu kamu mungkin tak tahu bila Ariff balik.Tapi nak,jangan paksa diri tu sangat.Mungkin Ariff tinggalkan kamu sekarang.Tapi jangan lupa Az masih ada mak,Datin Fatimah,dan Datuk Mazlan.Mak harap sangat Azhani takkan layan perasaan sedih ni sorang-sorang.”

Datin Fatimah dan Datuk Mazlan tersenyum mendengar kata Mak Cik Yah.Azhani memandang lama wajah ibunya.Setitis air mata jatuh ke pipi.Betul kata ibunya.Dia tidak kuat menempuh dugaan ini.Lantas Azhani memeluk ibunya.Air matanya diseka.”Terima kasih..mak..”kedengaran suara Azhani serak-serak.Mak Cik Yah menguntumkan senyuman dan membalas pelukan anaknya.”Mak tau..Anak mak ni tabah.Sabar Az.Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.”

Datin Fatimah tersenyum melihat adegan dua anak beranak itu.Sungguh syahdu sekali.Kemudian Azhani tersedar sesuatu,dia bangun kemudian mendapatkan Datin Fatimah pula.”Mak,terima kasih sebab sokong Az.”Kata Azhani.Datin Fatimah terharu kemudian memeluk erat menantunya.Kuatkanlah hati mu,wahai Azhani.Doa Datin Fatimah dalam hatinya.

Pap!

Suatu tepukan mengejutkan suasana itu.Rupanya Datuk Mazlan yang bertepuk tadi.”Ok girls.cukup-cukup la tu dengan suasana sedih.Ayah betul-betul tak nak benda ni berterusan.Jadi apa kata kita lupakan dulu hal ni.”Kata Datuk Mazlan.Mereka semua tersenyum.”Oh,ya.Mah,boleh tolong masakkan sesuatu untuk abang tak.Laparla.”Pinta Datuk Mazlan kepada isterinya.Datin Fatimah tersenyum.Anak borek,Bapak rintik.Sama sahaja perangai dengan anaknya yang kuat lapar.”Iyerlah.Mah nak tengok bahan apa yang ada kat dapur.”Kata Datin Fatimah.”Biar aku tolong sekali Mah.”Kata Mak Cik Yah kemudian berlalu ke dapur.Azhani tersenyum gembira.Bersyukur dia mempunyai keluarga bersamanya susah dan senang.

Selesai sahaja makan petang,Azhani menolong ibu dan ibu mentuanya mengemas meja dan membasuh pinggan.Apabila hari sudah masuk senja,mereka meminta diri untuk pulang.Azhani mengiringi mereka hingga ke pintu.Mereka memeluk Azhani erat seperti memberinya sokongan.Sekali lagi perasaan sayu menyentuh jiwanya.Azhani melambai-lambaikan tanganya hingga bayang kereta Datuk Mazlan hilang dari perkarangan rumah.Dia mengunci pintu itu semula.

Tutup sahaja pintu,dia memusingkan badannya.Azhani melepaskan keluhan kecil.Matanya mula meliar di seluruh rumah.Renung dan berfikir.Setiap sudut rumah ini penuh dengan kenangan dia dan Syed Ariff.Muka Syed Ariff terbayang di mindanya lagi.Ahhh!! Sudah-sudahla tu Az!.Azhani terduduk di muka pintu dan berlutut.Macam mana aku nak lupakan Ariff?Sekarang ni Ariff bagaikan sebahagian daripada diriku.Macam mana aku nak yakin Ariff akan balik kalau dia tinggalkan aku macam tu?Sanggup abang tinggalkan Az macam ni.Mana abang pergi?

Terlalu banyak persoalan yang menyesakkan jiwa dan mindanya. Azhani cuba menahan air matanya daripada jatuh.Tak.Aku kena kuat.Ibu,Datin Fatimah dan Datuk Mazlan sudah bagi banyak sokongan dekat aku.Aku tak boleh lemah.

Azhani cuba menarik nafas yang panjang kemudian berdiri.Dia mula mengambil beg dan bagasinya yang berat.Dengan perlahan-lahan dia mengangkat beg itu ke atas untuk diletakkan di dalam bilik.Nasib baik aku dah pulih,tak ada la berat sangat beg ni.Desis hatinya.Sampai sahaja di bilik,dia terus meletakkan begnya di tepi meja dan merebahkan dirinya di atas katil.Fikiranya kosong.Tidak tahu hendak berfikir apa lagi.Haruman katil ini pun sudah teringatkan dia kepada Syed Ariff.

Kringg!

Deringan telefon bimbit Azhani membuatkan lamunan panjangnya berhenti.Dia bangun kemudian mencari-cari telefon bimbitnya di beg.Ish,mana pulak henfon aku nih?!.Azhani mencari-cari telefon bimbitnya.Deringan yang bersambungan membuatkan dia risau pemanggil akan memutuskan talian.Haa! Jumpa pun.Azhani mengeluarkan telefon bimbitnya daripada kocek kecil begnya.Siapa pulak yang call time-time macam ni? Rungut Azhani.Dia memandang lama skrin telefonnya.Siapa pulak ni?Tak kenal pun nombor ni?Azhani bingung.Dengan rasa yang sangsi dia menjawab panggilan itu.

Senyap.

Azhani menyepi.Dia ingin mendengar dahulu suara pemanggil.

Senyap.

Ish,apasal senyap je?! Siapa yang telefon aku nih?Telefon tapi tak nak cakap.Sewel betul!.Gerutu hati Azhani.

“Hello.Siapa ni?”Mula Azhani.Disebabkan orang ‘sana’ tak nak mulakan dulu,terpaksala Azhani bersuara.

“....................” Senyap.

“Hellloooo.Saya cakap siapa yang telefon saya ni?”

“..................” Senyap.

Aduh,orang ni memang dah mereng agaknya.Buat aku sakit hati je!

“Awak,kalau awak telefon saya tapi tak nak cakap sebab nak habis kan kredit awak tu!Saya tak ada masa nak layan!” Marah Azhani.Orang tengah ‘bengkak’ ni,kacau je!.Tidak sempat Azhani memutuskan talian.Hatinya tersentak mendengar suara pemanggil.

“Az....”

Azhani beku dan terkedu.Suara ni? Syed Ariff?!.

“Abang?!.Abang ke ni?!”Balas Azhani laju.Rindu mula bertandang mendengar suara Syed Ariff.

“Az,abang........”

“Abang,mana abang pergi?! Balikla bang,jangan buat Az macam ni.”Lirih Azhani.Saat ini air matanya jatuh tanpa disedari.

“Abang tak boleh Az.Tak selepas abang buat Az macam tu..”Kedengaran pilu suara Syed Ariff saat ini.

“Abang tolongla,abang tak kesiankan Az ke?”

“.....................” Senyap.

“Abang,Az rindu sangat dekat abang.Balikla dekat rumah kita bang.Az tak pernah salahkan hal ni dekat abang.”Rayu Azhani.

“Az,sebab abang Az masuk hospital...”

“Az tak kisah semua tu bang!Tolongla bang jangan tinggalkan Az.”Saat ini tersedu-sedan suara Azhani.

“...................” Senyap.

“Syed Ariff,jawabla!”

“Maafkan abang sayang.Suatu hari nanti abang akan kembali.”

Tut.

Talian dimatikan oleh Syed Ariff.Azhani tergamam.Air matanya jatuh setitik demi setitik.Tidak dia sangka Syed Ariff akan matikan talian.Kini,air mata dihamburkan jua.Sungguh dia tidak mengerti.Bila Syed Ariff akan kembali? Setahun? Dua tahun? Selamanya?!.Otaknya bingung.Apa maksud semua ni abang?

***********

Syed Ariff memutuskan taliannya dengan Azhani.Dia menghempaskan telefon bimbitnya di atas katil kemudian berlalu di tingkap dengan perasaan serabut.Mendengar suara Azhani yang lirih tadi membuatkan hatinya lemah.Dia mula merasa bersalah membuatkan Azhani menangis.Dia membuat keputusan menelefon Azhani pun kerana perasaan rindu yang sukar dibendung.Kesal hatinya kerana membuatkan Azhani berada di dalam keadaan itu.

Mendengar suara Azhani membuatkan dia ingin sahaja pulang ke rumah sekarang dan menemui Azhani.Namun,perasaan bersalah menghalangnya daripada berbuat begitu.Syed Ariff meraup wajahnya sambil melepaskan keluhan berat.Rindu suami kepada isteri hanya tuhan sahaja yang tahu.

Kemudian dia menolehkan mukanya di meja pejabat.Lama dia merenung passport merah yang berada di atas meja.Keluhan lagi dilepaskan.Dia memandang luar tingkap dengan menutup mata.Bayu yang lembut menampar wajahnya.Sekali lagi dia cuba berfikir sama ada keputusan yang diambil ini betul atau tidak.Wajah Azhani terlayar di minda.Syed Ariff membuka matanya.Dengan perlahan-lahan dia mengambil beg besarnya yang beroda berwarna merah kemudian mencapai passport di atas meja.Dia pergi ke pintu kemudian memulas daun pintu.Syed Ariff menarik nafas yang panjang sebelum keluar.Abang sayangkan Az.

**********

Azhani keluar daripada bilik air selepas selesai berwuduk.Dia mencapai kain telukung di atas lantai dan mendirikan solat isyak.Selepas itu,dia akan menunaikan solat tahajud dan taubat seperti biasa.Cuma bezanya malam ini,dia menunaikan solat hajat juga.Khusyuk Azhani solat sebagai hamba kepadaNya.Rendah diri Azhani bersujud kepada tuhan.Sesungguhnya,dunia ini hanya perhiasan,akhiratlah dunia yang kekal abadi.Selesai menunaikan solat,Azhani berzikir pula kepada kekasih Allah nabi Muhammad (S.A.W).Sungguh syahdu sekali perasaan Azhani pada waktu itu.

Kemudian,Azhani menadah tangan mendoa kepada yang maha Esa.”Ya Allah ya tuhanku,Ampunkan la dosa kedua ibu bapa ku,keluarga ku,dan orang terapat dengan ku.Termasuk juga sahabat ku Lia ya Allah,lindunglah dia daripada azab kubur yang seksa.Ya Allah ya tuhanku,ampunkanlah hamba mu yang keji ni,meski pun aku hamba yang lemah.Namun aku tidak putus daripada melakukan dosa kepada mu walhal kamu sudah memberikan hamba mu ini nikmat.Sungguh mulia diri mu ya Allah sehingga aku malu dengan dosa ku.Tolonglah terima taubatku...”Air mata Azhani menitis turun daripada pipi.Air mata yang suci taubat seorang hamba kepada tuhan.Tika ini,hanya yang maha Agung menilai perasaan suci ini.

“Ya Allah,aku bingung dengan apa yang terjadi antara hubungan ku dengan suamiku ya Allah.Andai kata kami tidak dijodohkan,aku reda ya Allah.Namun jika sebaliknya,kuatkanlah semangat kami ya tuhanku.Kuatkanlah jodoh kami.Rindu ku padanya hanya Mu yang tahu.Aku buntu.Namun kerana kebuntuan ini,membuatkan aku berdoa kepada Mu pada saat ini.Aku tawakkal kerana mu ya Allah ya tuhanku yang maha esa lagi maha penyayang.”Azhani menekup mukanya dengan selawat yang panjang.Kemudian,dia sujud lama di sejadah sebagai tanda kesyukuran.Azhani nekad,dia pasrah.Biarlah Allah tentukan segalanya.Sesungguhya Allah itulah yang maha perancang dan maha menentukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience