BAB 27

Romance Completed 68960

Selepas selesai membeli ayam di pasar raya.Azhani dan Syed Ariff terus menuju ke rumah Datuk Mazlan dan Datin Fatimah.Petang itu,mereka semua bersantai di halaman luar rumah Datuk Mazlan yang luas.Dihiasi dengan landskap kehijauan dan kolam ikan yang indah,Azhani betul-betul teruja mereka semua akan mengadakan barbeque di situ.

Syed Ariff dan Datuk Mazlan sedang sibuk meletakkan ayam di grill barbeque sementara Datin Fatimah dan Azhani sedang menyiram pokok bunga di tepi halaman.”Mak memang suka dengan bunga kertas ye?.”Soal Azhani semasa menyiram bunga.Dia melihat kebanyakan bunga kertas yang ada di halaman berbanding bunga ros dan matahari.Datin Fatimah menganggukkan kepala.”Ermm..Mak memang betul-betul suka kan bunga kertas.Mak tak tahu la sebab apa tapi mungkin mak minat dengan warnanya kot.”Terang Datin Fatimah.Azhani tersenyum.Memang betul bunga kertas adalah bunga yang biasa ditemui di jalan.Tetapi bila dihiasi dengan banyak di taman Datin Fatimah,ianya kelihatan indah sekali.”Pandai mak jaga bunga ye.Cantik taman mak ni.Dah macam taman bunga dah.”Puji Azhani.”Kamu pun kalau nak kamu boleh ambil bunga mak ni.Mak tak kisah.”Kata Datin Fatimah.

“Eh,Azhani tak nakla mak.”Azhani menolak.

“Kenapa?.”

“Sebab,Azhani ni kalau bab jaga bunga memang hancur.Semua bunga dekat rumah Azhani semua layu.Jadi,tak apalah mak.”Azhani tersenyum.Datin Fatimah ketawa kecil.”Kamu ni apalah Azhani,kalau tak tahu.Patutnya kamu belajar jaga bunga.Tak pun belajar daripada mak.”Kata Datin Fatimah.”Tengokla mak,nanti kalau Az ada masa Az datang sini belajar macam mana nak jaga bunga ok!.”Kata Azhani girang.Datin Fatimah tersenyum senang.

“Mah,apa kamu siram bunga pada waktu macam ni?.Jom makan,ayam dah siap dah ni.Ajak Azhani sekali.”Jerit Datuk Mazlan.Datin Fatimah menutup paip air.”Azhani,jom makan.”Pelawa Datin Fatimah.Azhani menggelengkan kepala.”Tak apala mak,mak dengan ayah makan dulu.Azhani tak puas lagi siram bunga ni.”Azhani tersengih.”Ok,tapi lepas ni makan dengan kami tau.”Kata Datin Fatimah.Azhani hanya menganggukkan kepalanya dan Datin Fatimah berlalu pergi.Azhani menyiram bunga sambil bernyanyi.Seronok betul dia siram bunga.Kemudian dia terlihat bunga matahari.Dia masih ingat lagi memori dia dan Lia bertangkap gambar di tepi bunga matahari.Lia betul-betul suka matahari,katanya warna bunga matahari yang cerah membuatkan dia bersemangat untuk hari esok.Azhani tersenyum bersendirian apabila mengenang kembali memorinya bersama Lia.Tiba-tiba lamunannya tersentak apabila ada tangan yang merangkul pingganya.Azhani berpaling kebelakang.Rupa-rupanya Syed Ariff yang sedang memeluk Azhani dari belakang.”Hai sayang,siram bunga seronok sangat ni kenapa?.”Syed Ariff menyoal sambil tersenyum.Azhani mengetap bibir.Amboi,lelaki ni makin hari makin berani sentuh aku ye!.”Baik awak lepaskan saya sekarang.Tak perlula berlakon sampai berpeluk-peluk macam ni.Saya tak suka la!.”Marah Azhani namun nadanya diperlahankan takut-takut mertuanya dengar.”Ala,apa salahnya kita berlakon sekejap depan mak dan ayah.Tak adala diorang syak kita nanti.”Kata Syed Ariff selamba.Lelaki itu bagaikan suka memeluk tubuh Azhani.Azhani geram.Kemudian dia menutup paip air.”Awak,lepaslah.Saya nak pergi makan ni la.”Gumam Azhani.”Sekejap lagila sayang...”.Mamat ni nak menggedik dekat aku apa pasal ni?.Dengan secara spontan Syed Ariff mencium pipi Azhani.Menyirap darah Azhani dengan perbuatan Syed Ariff itu.Azhani terus menumbuk perut Syed Ariff dengan sikunya yang berada di belakang.”Aduh,sakit kut perut aku!.Agak-agakla guna siku tu.!”Marah Syed Ariff.Azhani tersenyum selamba melihat Syed Ariff mengaduh kesakitan.”Lain kali,jangan suka-suki je cium saya macam tu faham.Kalau awak buat lagi,mungkin awak punya ‘bawah’ pulak jadi mangsa.”Azhani ketawa dan berlalu pergi.Syed Ariff geram.Tak apa,ada hari aku balas!.Tekad Syed Ariff.Azhani tersenyum sinis.Ha,ha,ha..Padan muka kau Syed Ariff.

Selepas mereka semua telah makan.Azhani dan Datin Fatimah mengemas meja serta mengangkat pinggan.Akhirnya,selepas semuanya selesai.Azhani dan Syed Ariff meminta diri kerana hari sudah semakin lewat.Azhani menyalam ibu mertuanya.”Azhani,tentang peristiwa sahabat kamu tu.Mak bangga dengan Azhani sebab dapat terima semua ni dengan reda.”Datin Fatimah memegang bahu Azhani.”Terima kasih,mak.Azhani serahkan semua ni pada tuhan.Keputusan semuanya di tangan Allah.”Kata Azhani.”Mak bangga dengan Azhani.” Datin Fatimah memeluk Azhani.Kemudian,Azhani melambaikan tangan kepada kedua ibu bapa mertuanya.Kereta mereka meluncur ke jalanraya.

Mereka berdua tiba di rumah pada waktu maghrib.Azhani terus bergegas ke biliknya.”Eh,Azhani.Tunggu sekejap.”Syed Ariff menahan Azhani ketika Azhani hampir memasuki biliknya.”Apa dia?..Saya nak cepat solat ni.”Azhani menyoal.Lelaki ni tak nampak ke aku nak cepat ni.Taula dia tak pernah solat.Ya Allah, Azhani tak baik fikir macam tu dekat suami sendiri.Azhani menepis sangkalan di mindanya.”Ermmm..Boleh tak kau..er..”Syed Ariff menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal.Nak cakap ke tak ek kat minah ni?.Azhani pelik.Lelaki ni nak cakap apa dekat aku sebenarnya?.”Awak nak cakap apa ni?.Baik awak cakap cepat.”Laju Azhani menutur kata.”Err...Aku nak minta..emm..”Syed Ariff masih kalut.Azhani semakin kurang sabar.”Awak nak cakap apa ni!.”Jerit Azhani.”Aku nak kau tolong aku ajar ambil wuduk boleh tak.Aku lupala..”Syed Ariff berkata perlahan.Mulut Azhani ternganga.Macam mana mamat ni boleh lupa cara ambil wuduk.Ya Allah,peliknya aku dengan suami aku ni.”Tak payah la nak buat mulut macam tu.Aku tau apa yang kau fikir sekarang.Cepatla ajar aku ambil wuduk.”Syed Ariff menggesa.Azhani menutup mulutnya yang ternganga.”Saya boleh ajar awak.Tapi takkan awak tak ingat langsung cara nak ambil wuduk?.Langsung?!.”Kata Azhani.”Kalau aku ingat,aku takkan minta kau ajar aku balik.”Syed Ariff mempalingkan wajahnya.Sebenarnya dia agak malu untuk bertanya hal ni pada Azhani,isteri dia sendiri pulak tu.Azhani ketawa kecil.”Awak ni pelik jugak ye.Hehe..”.Lawak pulak rasanya aku ni sebagai isteri kena ajar suami aku yang tak reti ambil wuduk.”Dah,dah..Jangan nak gelakkan aku pulak.Cepatla ajar aku.”Syed Ariff marah.”Iyerla~Saya nak ajar la ni.Jom masuk bilik air.”Kata Azhani.Kemudian Syed Ariff terus berlalu ke bilik air.Azhani tersenyum.Di dalam hatinya berasa amat bersyukur kerana Syed Ariff telah membuka sedikit pintu hatinya untuk ke jalan Allah.”Oi,cepatla.Kau tercegat dekat situ buat apa!.”Panggil Syed Ariff.”Iyerla,saya datang la ni.”Azhani pergi ke bilik air.Dia ketawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience