BAB 54

Romance Completed 68960

Syed Ariff merenung skrin laptopnya dengan fikiran kosong.Asalnya dia ingin menyambung kerja pejabat,tetapi sekarang seakan dia tiada ‘mood’ untuk membuat kerja.Akhirnya Syed Ariff menutup laptopnya dengan kasar lalu melepaskan keluhan.

Dia tidak suka situasi sekarang,semuanya terlalu sunyi sejak mereka pulang daripada kampung.Syed Ariff yang sedar Azhani tidak keluar daripada biliknya daripada petang tadi hingga malam ini mula membuatkan Syed Ariff merasa jengkel.Dia tahu gadis itu malu,tetapi sampai makan malam pun dia tak nak keluar,ini dah melampau.Dia seperti merasa kembali kehidupan seorang diri di dalam rumah dan dia bencikan suasana itu.

Syed Ariff mengerlingkan matanya pada jam dinding di biliknya.Jarum jam sudah menunjukkan pukul 1.20 pagi.Mata Syed Ariff masih tidak mengantuk dan dia malas juga untuk meneruskan kerja pejabatnya.Semua kerja ini aku boleh ‘settle’ terus esok.Fikir Syed Ariff lalu duduk di katil.

Dia rasa rindu untuk tidur bersama Azhani.Bosan dia berada seorang diri di dalam bilik ini.Minah tu dah tidur ke? Fikir Syed Ariff.Kemudian satu rancangan mula terbit dalam mindanya,Syed Ariff tersenyum nakal.

Dia bangkit daripada birai katil dan laju sahaja membuka pintu.Syed Ariff dengan senyap menghampiri pintu bilik Azhani dengan berhati-hati.Dia memerhatikan daun pintu itu dengan lama.Harap-harapla minah tu tak kunci pintu bilik dia.Harap Syed Ariff lalu dengan perlahan-lahan memulas tombol pintu itu.Syed Ariff tersenyum gembira apabila pintu terbuka dan dikuak.Yes!

Dengan senyap Syed Ariff menyusup masuk ke dalam dan menutup pintu bilik itu kembali.Syed Ariff melihat lampu yang masih terpasang.Lalu matanya terarah pada Azhani yang sedang enak diulit mimpi di atas katil.Perempuan ni tak tutup lampu ke bila tidur?

Syed Ariff merapati birai katil dan merenung wajah lena itu.Bibirnya mengukirkan senyuman.Memang sah aku dah gila sebab menyusup masuk ke dalam bilik Azhani.Fikir Syed Ariff.Dia tidak boleh mengalihkan pandanganya daripada wajah gadis itu.

Dapat dia mendengar deru nafas gadis itu.Syed Ariff mengelus lembut pipi Azhani.Muka Azhani yang sudah berkerut membuatkan jari Syed Ariff terhenti.

“Emmm…Ais krim tu…sedap..”

Syed Ariff menutup mulutnya menahan ketawa takut didengari oleh Azhani.Boleh pulak dia mimpi pasal aiskrim! Memang menarik minah ni.Haha…

Lalu dia mendekatkan wajahnya dan mencium lama bibir Azhani.Kehangatan yang dirasai oleh Azhani di wajahnya membuatkan gadis itu tersenyum dalam tidur.Suka Syed Ariff melihat perlakuan gadis itu.Nampaknya walaupun ingatan aku hilang,aku masih sukakan kau,Azhani.Syed Ariff tersenyum apabila memikirkan perkara itu.

Azhani membuka kelopak matanya perlahan-lahan apabila merasai tubuhnya seperti berat.Azhani cuba mengalihkan tubuhnya.Apasal aku rasa macam berat je badan aku ni? Ada benda ke dekat belakang aku?Hati Azhan mula kecut,dia mula membayangkan hantu dalam cerita seram yang pernah ditontonya.Ya Allah,tolonglah jangan bagi ada ‘benda’ melekat dekat belakang aku ni! Takut Azhani.

Gulp! Dengan perlahan-lahan dia menolehkan kepalanya.Terkejut Azhani apabila melihat insan yang memeluknya daripada belakang.

“Waarghh!!”

Jerit Azhani lalu menolak Syed Ariff kuat sehingga tubuh lelaki itu terjatuh di atas katil.Laju sahaja dia mencapai selimut menutupi tubuhnya.Ya Allah,macam mana lelaki ni boleh tidur dekat sini pulak?! Azhani melihat tubuhnya yang masih berpakaian.Fuh,nasib baik.

“Aduuh,sakit belakang aku.Kau ni kenapa ha tolak bagai masa aku tengah tidur ni!” Marah Syed Ariff dalam keadaan mamai lalu bangun daripada lantai.

“Abang punya pasal la! Yang abang tiba-tiba tidur dalam bilik Az ni kenapa?! Abang buat apa-apa pada Az ye semalam!” Geram Azhani.

Syed Ariff menggosok-gosok sikunya yang pedih.

“Kalau aku buat pun ,kenapa?” Kata Syed Ariff selamba.

Membulat mata Azhani mendengar kata Azhani.Seram pulak dia mendengar Syed Ariff kata begitu.

“Sekarang pukul berapa?” Menguap Syed Ariff yang masih mamai lalu mengambil jam loceng Azhani.

“Jangan tukar topik boleh tak! Suka hati je masuk dalam bilik Az macam tu.Abang ni tak ada bilik ke!” Marah Azhani apabila melihat lelaki itu seperti tidak melayanya.

“Aduh,dah pukul 8.30?! AKu dah lambat nak pergi ‘meeting’!” Panik Syed Ariff lalu terus melangkah untuk pergi.

“Hei,tunggu dulu! Az tak habis cakap lagi tentang tadi!”

Syed Ariff berhenti melangkah di muka pintu lalu menoleh melihat Azhani.

“Bukan salah aku kau tak kunci pintu semalam ye.Aku dah kata dekat kau supaya ‘alert’ awal-awal kan.”Senyum Syed Ariff.

Azhani tidak terkata malah mukanya merona merah.Dia tahu itu kesalahanya sebab sering terlupa untuk mengunci pintu bilik.

“Oh,ya.Comel aku tengok bila kau cakap dalam tidur semalam.”Gelak Syed Ariff lalu keluar daripada kamar itu.

Ieee! Geramnya! Azhani membaling bantal di muka pintu.Malu dibuatnya.Dia tidak menyangka Syed Ariff akan memasuki ke dalam biliknya secara senyap-senyap.Lelaki tu memang bahaya! Lain kali aku patut beli mangga yang besar untuk bilik ni.Gerutu Azhani dengan geram lalu bangkit daripada katil untuk membasuh mukanya.

Pagi itu,Azhani menyediakan sarapan sambil membebel.Geramnya masih bersisa dengan tindakan Syed Ariff tadi.Tambahan lagi,lelaki itu hanya berlagak seperti biasa sahaja,seperti tiada kesalahan yang dia lakukan.Geram Azhani melihatnya.Memang melampau!

Azhani mengalihkan matanya apabila menyedari Syed Ariff yang bersiap dengan pakaian pejabat menuruni tangga dengan perlahan.Satu cebikan Azhani beri.

“Dah siap ke sarapan?” Kata Syed Ariff lalu menarik kerusi dan meletakkan briefcase nya di atas meja makan.

Azhani merenung tajam lalu meletakkan piring bersama jem di hadapan Syed Ariff.Syed Ariff hanya melihat dua keping roti bakar dihadapanya dengan muka berkerut.

“Roti je? Mana aku kenyang nanti.”Rungut Syed Ariff.

“Selalunya Az masak sarapan abang tak nak.Ini je lah yang Az boleh bagi.”Jawab Azhani.

Syed Ariff merenung tajam wajah polo situ.

“Makanlah.”Senyum Azhani.

Syed Ariff tahu dirinya sedang dicabar.Dengan riak biasa dia menyapu jem pada roti.Azhani sudah tersenyum kemenangan.Selesai makan,Syed Ariff terus bangun dan mengambil briefcase nya.

“Tolong basuhkan pinggan tu.”Kata Syed Ariff dan menuju ke pintu utama.

Tengoklah tu,lepas aku buatkan dia sarapan.Dia suruh aku basuhkan pinggan untuk dia pulak.Nampaknya memang aku ni orang gaji dia agaknya.Azhani mengambil pinggan itu dan menuju ke singki.

“Kau tak kerja kan hari ni?” Soal Syed Ariff yang sedang membuka pintu.

“Ha’ah.”Sepatah Azhani menjawab.

Syed Ariff memakai kasutnya dan memandang semula kearah Azhani.

“Sini jap.”Kata Syed Ariff menunjukkan dengan jarinya.

Azhani menoleh kebelakang dengan gaya malas.Ish,apa lagi yang mamat ni nak.

“Apa dia?” Soal Azhani menghampiri lelaki itu di luar rumah.

Syed Ariff mencium lama pipi gadis itu membuatkan Azhani terkedu.Terkejut hatinya.

“Sementara kau ada banyak masa dalam rumah ni,aku nak kau kemas barang kau letak dalam bilik aku.”Kata Syed Ariff lalu terus membuka pintu kereta.Muka Azhani sudah berkerut.

“Eh?Kenapa?!” Terkejut Azhani.

Syed Ariff tidak menjawab lalu terus memasuki ke dalam keretanya.Pagar dibuka dan kereta Syed Ariff pergi meninggalkan Azhani yang terpinga-pinga.Azhani memasuki ke dalam rumah dan mengunci pintu.

Apa maksud dia tadi?Adakah ini bermaksud dia nak aku tidur denganya untuk hari akan datang?Dia sudah boleh terima aku ke?Atau,dia ingatan dia sudah kembali? Tap keadaanya tidak mengatakan begitu.

Arrghh,apa lah yang Syed Ariff ni fikir?! Azhani sedar sejak balik daripada kampung,sikap Syed Ariff semakin pelik terhadapnya.Lelaki itu gemar menyentuh mukanya.Hatinya bingung,dia tidak tahu jika Syed Ariff melayanya kerana ingin bergurau atau benar-benar menyukainya.Lagipun aku tak pernah dengar luahan hatinya?

Azhani menggaru rambutnya lalu memandang sekeliling rumah.Sunyi benar kelihatan rumah itu dengan kehadiran dia seorang diri.Mungkin aku yang kena soalnya dulu tentang hal ni.Baiklah,bila dia balik rumah nanti,aku nak dapatkan kepastian daripada jawapan hatinya sendiri.Adakah dia betul-betul menyukai aku ataupun tidak!

Nekad Azhani.Dia tersenyum apabila memikirkan tentang Syed Ariff.Jadi Az,sekarang kau jangan buang masa.Baik kau kemaskan bilik kau tu untuk menggembirakan hati si sang suami.Gembira Azhani lalu menyising lengan tanganya dan menuju ke tingkat atas dengan semangat.

“Selamat pagi bos.” Diri kak Sumayyah apabila melihat kelibat Syed Ariff memasuki ruang pejabat itu.

“Pagi ni saya ada appointment ke?” Soal Syed Ariff

Kak Sumayyah menyelak buku catatanya.

“Hari ni bos tak ada meeting ataupun appointment.Tapi pagi ini Encik Zakaria akan tiba untuk bincangkan tentang projek baru yang dilancarkan oleh Datuk Mazlan dengan bos.”Terang kak Sumayyah.

“Baiklah,kalau dia datang,tolong informkan saya.”

“Baik bos.”Balas kak Sumayyah.

Lantas Syed Ariff berjalan dan menolak pintu pejabatnya.Dia meletakkan briefcase nya di atas meja dan menyandarkan badan di kerusi.Syed Ariff tersenyum apabila teringatkan wajah kerut Azhani pada waktu pagi tadi.Nampak sangat perempuan itu runsing dengan perlakuan aku.Tak apa,Azhani.Kerja kau hari ini cuma perlu tunggu aku dekat rumah.Balik nanti,aku akan luahkan perasaan sebenar aku pada kau.Aku tak nak kelirukan perasaan kita lagi.

Syed Ariff tersenyum gembira.Dia nekad untuk mengakhiri hubungan mereka yang sekadar hubungan suami isteri di atas kertas,dia mahu lebih daripada itu.Tanpa membuang masa,dia meneliti kertas kerja yang sudah tersedia di atas mejanya sambil hatinya berlagu riang.

Azhani mengkibas-kibas selimutnya yang dijemur di ampaian.Selesai memindahkan barangnya di dalam bilik Syed Ariff tadi,Azhani berfikir untuk membasuh cadar katilnya serta selimut di luar.Azhani melihat matahari yang terik di atas kepalanya. Huih,panasnya cuaca hari ni! Memang sesuai kalau aku jemur pakaian sekali ni.Senyum Azhani.

“Assalammualaikum,Az.Boleh akak nak cakap sikit.”

Terkejut Azhani mendengar suara perempuan itu.

“Eh? Kak Neesa!” Senyum Azhani lalu menghampiri pagar rumahnya.

Kak Neesa yang merupakan jiran sebelahnya merupakan seorang wanita yang menjadi suri rumah sepertinya dahulu.Namun,disebabkan banyak perkara yang berubah menyebabkan Azhani sudah lama tidak melihat wanita itu yang berukuran 30-an itu.Mata Azhani merenung kucing berwarna putih tetapi hitam di kakinya yang didukung oleh kak Neesa.Olo,comelnya kucing ni!

“Kak,comelnya kucing ni.Kucing akak ye?” Kata Azhani sambil memegang bulu kucing yang lembut itu.

“Ha’ah.Ni kucing akak,dah lama akak bela dia.Comelkan?” Senyum kak Neesa.

“Comel sangat! Tapi,kenapa akak datang rumah Az ni?”

“Az,akak tak bermaksud nak susahkan kamu.Tapi,boleh tak kamu tolong jagakan kucing akak ni sekejap?” Minta kak Neesa dengan muka resah.

“Kenapa? Tak ada orang nak jaga ke kak?” Soal Azhani.

“Akak ingat nak pergi pasar cepat hari ni,suami akak nanti balik nak makan.Tapi itulah,tak orang untuk jagakan kucing akak ni,orang gaji akak cuti hari ni.Akak minta tolong ye Az,sekejap je.”Pinta Kak Neesa.

Azhani tersenyum.

“Tak ada masalah la kak.Serahkan je pada Az.Meh sini.”

Kata Azhani lalu kak Neesa menyerahkan kucingnya pada Azhani perlahan-lahan.Azhani tergelak kecil apabila kucing itu seperti menyukainya.

“Comelnya!” Azhani mengusap bulunya yang lembut.

“Terima kasih ye Az,kamu memang banyak tolong akak.”Senyum kak Neesa.

“Akak jangan risau.Demi kucing akak yang comel ni,tak ada hal lah!”

“Sekali lagi,terima kasih ye.Akak pergi dulu.”Kata kak Neesa lalu menuju ke rumahnya.

Tidak sampai beberapa minit,Azhani melihat kereta kak Neesa keluar daripada perkarangan rumah.Kucing itu mula menggesel-gesel telinganya pada tudung Azhani.

“aww,awak ni memang comel lah! Tapi aku lupa nak tanya kak Neesa siapa nama awak tadi?Errmm,memandangkan hanya kaki awak je yang berbulu hitam.Saya panggil awak Mr.pants!” Kata Azhani dengan gembira.

“Oklah,jom kita masuk ke rumah Mr.Pants”

Sambung Azhani lalu menutup pintu pagar dan memasuki ke dalam rumah.Azhani meletakkan Mr.pants di atas lantai dan menuju ke dapur.Dia mengeluarkan susu dan mengisikanya ke dalam mangkuk.Azhani meletakkan mangkuk itu di atas lantai.

“Mr.Pants,awak tak haus ke?” Kata Azhani matanya meliar mencari kucing itu.

Azhani menjumpai Mr.Pants yang berada di belakang sofa dan mengangkat kucing itu dengan lembut.Azhani menggeselkan hidungnya bersama hidung kecil Mr.pants sambil ketawa.Nampaknya tak bosan lah aku duduk rumah hari ni.

Azhani meletakkan Mr.pants di bawah dan mendekatkan sedikit mangkuk itu kepadanya.Mr.pants mula meminum susu itu dengan sedikit.Azhani melihat perlakuan kucing itu dengan tersegih lebar.Agaknya Syed Ariff marah tak kalau dia tau aku bawa kucing masuk? Ah,lantak la.Sebab Mr.pants ni comel sangat,aku tak kisah kalau kena marah dengan mamat tu nanti.Heheh..

Sebuah teksi berhenti di hadapan pagar rumah banglo yang agak besar.Elisya mengeluarkan kakinya yang memakai kasut tumit tinggi daripada teksi lalu mengeluarkan not wang kertas dan memberikanya kepada pemandu.

“Pak cik simpan sahaja bakinya.”Kata Elisya dan teksi itu pun meluncur pergi.

Elisya mengeluarkan helaian kertas daripada tas tanganya dan meneliti alamat rumah yang tertulis.Dia tersenyum sinis.Jadi ini lah rumah perempuan tak guna tu.Boleh tahan.Lalu dia mengeluarkan pula sebuah bekas berbentuk silinder kecil dan terdapat satu pil di dalamnya.Elisya tersenyum lebar seakan-akan apa yang dia mahu akan dapat pada hari ini.Baiklah,hari ini aku akan tentukan siapa yang menang! Nekad hati Elisya lalu memasuki ke dalam perkarangan rumah itu.

‘tok,tok,tok’

Ketukan pintu yang berkali-kali membuatkan renungan Azhani pada Mr.pants terhenti.Azhani bangun daripada lantai dan menuju ke muka pintu.Siapa pulak yang datang pada waktu ni? Kak Neesa ke? Azhani terus membuka pintu rumahnya dengan luas.

“Hai,boleh saya masuk.” Senyum Elisya.

“E..Elisya!” Terkejut Azhani apabila melihat gadis di hadapanya.

“Ye,aku Elisya.Aku datang rumah kau ni sebab aku nak bincangkan sesuatu dengan kau.”Kata Elisya.

Azhani masih tidak percaya Elisya yang berada di muka pintu rumahnya.Bukan Elisya benci aku ke?

“Ta..Tapi macam mana awak tahu alamat rumah saya…”

“Semua perkara yang kau nak tahu,aku akan terangkan.Jadi,boleh tak aku masuk ni?” Soal Elisya.

“Errr..I..Iye..Mestilah boleh.Silalah..” Kata Azhani dengan kalut.

Elisya memasuki ke dalam rumah itu dan memandang sekeliling.

“Cantik rumah kau.Suami kau mana?” Kata Elisya lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.

“Suami saya kerja.”Balas Azhani.

Tunggu? Macam mana dia tahu aku dah berkahwin?! Aku rasa aku tak pernah beritahu dekat dia? Macam mana Elisya boleh tahu semuanya?

Azhani duduk di sofa berhadapan dengan Elisya.Dia memandang wajah gadis itu dengan curiga.Mula-mula dia tahu alamat rumah aku,lepas tu dia tahu yang aku dah bersuami.Dia kenal Syed Ariff ke?

“Errmm,sebelum tu.Saya nak cakap sikit,awak kenal dengan suami saya ke?” Soal Azhani.

“Aku haus la.Daripada keluar rumah tadi aku tak minum air.Kalau boleh,aku nak air yang panas boleh tak?” Soal Elisya sengaja menukar topik dan menyisir rambutnya kebelakang.

“Oh,ok.Sekejap saya buatkan.”Senyum Azhani lalu berlalu ke dapur.

Tidak sampai beberapa minit,Azhani tiba dengan membawa dua air teh di atas dulang.Dia meletakkan cawan itu di hadapan Elisya.

“Saya buat air teh je.Harap awak suka la.” Kata Azhani lalu duduk kembali di sofa.

“Tak apa.Saya suka air teh.”Elisya tersenyum sinis.

“Jadi,awak nak bincang pasal apa ni?”

Elisya diam seketika.

“Azhani,aku tau mesti banyak perkara yang kau tertanya-tanya.Macam mana aku dapat rumah alamat kau,macam mana aku tahu siapa suami kau.Kan?”

Dia kenal Syed Ariff?

“Iye.Saya pelik tentang tu.”Kata Azhani merenung tepat wajah gadis dihadapanya.

“Sebenarnya aku upah pengintip untuk tahu semua tentang kau.”Kata Elisya.

Upah pengintip?! Azhani terus bangkit daripada kerusi,amarahnya mula datang.

“Awak upah pengintip untuk tahu semua tentang hal saya? Apa masalah awak ni Elisya!” Azhani merenung tajam wajah Elisya.

“Aku tahu kau akan marah.Sebab tu la aku datang hari ni nak minta maaf sangat dekat kau.”Lirih Elisya.

Minta maaf? Minah ni biar betul?

“Aku tak tahu nak cakap apa.Tindakan kau betul-betul melampau Elisya! Jadi disebabkan Zakaria kau buat aku macam ni.” Kata Azhani tidak menyangka.Berat sekali mata Azhani ingin melihat wajah gadis itu.

“Az,aku tahu aku melampau.Masa tu aku tengah marah,aku akan buat apa sahaja asalkan Zakaria ada dekat sisi aku semula! Tolonglah Az,aku merayu.Maafkanlah aku,aku sedar kesilapan aku.” Kata Elisya dengan nada terdesak.

Azhani menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia tidak tahu hendak berfikir apa lagi.

“Az,please.Saya tahu saya bukan wanita yang baik dan wanita yang banyak dosa.Tapi kali ni tolonglah,maafkan kesilapan aku.” Air mata mula mengalir di pipi Elisya.

Azhani terkejut melihat tangisan itu.Dia tidak menyangka Elisya akan terdesak memerlukan kemaafanya.Hati Azhani berbelah bagi.Patut ke aku maafkan dia? Tapi,tindakan dia betul-betul melampau mengupah pengintip untuk menceroboh privasi aku!

Elisya merenung wajah Azhani dengan simpati.Air mata yang berlinang di biarkan sahaja mengalir.Azhani melihat wajah itu dengan lama.Tapi Azhani,Elisya ni manusia juga.Manusia dalam kehidupan akan sentiasa membuat silap.Lalu Azhani mengambil nafas panjang.

“Baiklah,aku maafkan kau.”Tutur Azhani perlahan.

“Betul ke?” Balas Elisya dengan gembira.

“Ya,aku maksudkanya.Aku tahu,kau buat macam tu sebab kau sayangkan Zakaria.Dan aku gembira kau minta maaf dengan aku tentang kesilapan kau.” Azhani merenung tepat mata Elisya.

“Terima Az.Ak..Aku tak tahu nak cakap apa.”Elisya tersenyum lebar.

“Tapi janji dengan aku,jangan buat macam tu lagi.”

“A..aku janji! Asalkan kau telah sudi maafkan aku.Terima kasih Az,terima kasih.” Kata Elisya dan air matanya bergenang semula.

“Kita kan manusia.Memang sudah jadi fitrah untuk memaafkan kesilapan orang lain.”Senyum Azhani.

“Kau memang baik Az.Aku betul-betul belajar daripada kesilapan aku.”Kata Elisya.

“Baguslah kalau macam tu.” Gembira Azhani.

“Ermm,boleh aku minta beberapa helai tisu.Air mata aku ni,macam tak nak berhenti mengalir.”Elisya tersenyum kecil dan menyeka air matanya.

“Oh,ok.Saya ambil dekat atas sekejap.”Kata Azhani dan berlalu ke tingkat.

Elisya memerhatikan bayang Azhani sehingga gadis itu hilang di sebalik kamar.Dia tersenyum sinis.Lantas dia mengeluarkan bekas yang berbentuk silinder kecil dan mengeluarkan satu pil di dalamnya.

Satu pil sahaja yang tinggal,aku kena pastikan rancangan aku berjaya! Elisya tergelak sendiri.Bodoh kau Az,kau percaya dengan lakonan hebat aku seratus peratus.Tak mungkin aku akan menyerah tentang Zakaria macam tu je pada kau.Dengan perlahan-lahan Elisya memasukkan pil itu ke dalam cawan teh Azhani dan lihat sehingga ia larut dan hilang dalam air.Elisya tersenyum penuh makna.Aku akan pastikan badan kau lumpuh bila kau minum air tu!

Perbincangan Zakaria dan Syed Ariff terganggu apabila telefon bimbit Zakaria bergegar dan berbunyi.

“Aku nak angkat panggilan sekejap.”Minta Zakaria.

“Oh,silakan.Aku nak keluar nak minta kak Sumayyah buatkan kita air.Kau,Zakaria nak air apa? Kopi?” Senyum Syed Ariff.

“Aku tak kisah.Apa-apa pun ok je.”

“Baiklah.”

Kata Syed Ariff lalu keluar daripada ruang pejabat itu.Lantas Zakaria mencapai telefon bimbitnya.Mesej? Aku ingat kan ‘missed call’.

Hari ni perempuan tu dapat balasan sebab rampas kau dari aku.

-Elisya

Terkejut Zakaria membaca mesej itu.Kenapa Elisya hantar aku mesej macam ni? Zakaria berfikir panjang.Perempuan ni dia maksudkan Azhani ke? Apa yang Elisya fikir dia nak buat pada Azhani?! Hati Zakaria mula rasa tidak enak.Adakah Elisya terfikir untuk buat sesuatu yang gila?

Laju Zakaria keluar daripada bilik itu dan meluru kearah Syed Ariff yang sedang bercakap dengan kak Sumayyah.

“Ariff! Azhani mana?” Soal Zakaria dengan resah.

“Kenapa kau nak tahu?!” Pelik Syed Ariff.

“Aku dapat rasakan sesuatu yang buruk akan terjadi pada dia!”Panik Zakaria

“Apa? Dia beritahu kau ke?”

“Tak! Bukan pasal dia beritahu aku.Arrgh,aku cuma nak sekarang kau pergi pada Azhani.Dia mungkin dalam bahaya!” Jerit Zakaria.

Syed Ariff memandang tajam wajah Zakaria yang resah itu.Hatinya mula rasa sesuatu.

**************

Elisya mengesat air matanya dengan tisu kemudian tersenyum memandang wajah Azhani yang duduk berhadapan denganya.

“Terima kasih sebab layan aku dengan baik.” Kata Elisya.

“Sudahlah,perkara yang lepas kita lupakan.Sekarang ni kita buka buku baru dan mulakan sesuatu yang baik.” Kata Azhani dengan gembira.

“Aku tahu aku bodoh,aku terlalu sayangkan Zakaria.Tapi cinta aku tak pernah berbalas,mungkin aku tak sebaik kau Az.Sebab itu lah Zakaria tak pandang aku.”Elisya merenung jauh.

“Jangan cakap macam tu Elisya.Allah akan tentukan kita dengan sesuatu yang baik,percayalah.”

“Kau memang terlalu baik Az.Eh,daripada tadi kita bercakap sampai aku lupa nak minum air yang kau hidangkan.Az sebagai tuan rumah minum la dahulu.”Senyum Elisya.

“Oh,tak apa.Patutnya Elisya kena minum dulu sebagai tetamu.”Balas Azhani.Dia merasa tidak manis pula.

“Kalau macam tu,kita minum bersama-sama je lah.Ok?”

Azhani menganggukkan kepalanya dengan gembira lalu mencapai cawan teh yang masih panas itu.Elisya sudah bersorak dalam hati dan menghirup air tehnya.Tidak sempat Azhani mendekatkan bibirnya pada cawan itu,Mr.pants yang secara tiba melompat di atas riba Azhani membuatkan air teh itu tertumpah di atas bajunya.

“Ya Allah,habis tumpah.Mr.pants,kenapa ni?” Kata Azhani lalu meletakkan cawan itu di atas meja.

Elisya seperti tidak percaya.Darahnya mula mendidih.

“Tak guna punya kucing!” Bentak Elisya bangun daripada kerusi.

“Elisya,kucing ni tak sengaja tadi.Jadi awak tak perlulah marah .” Terang Azhani.

Dengan geram Elisya memegang kucing itu dengan kasar.

“Aku tak cakap pasal tu!Tapi disebabkan kucing ni,rancangan aku semua hancur.Sudah la itu pil yang terakhir! Arggh!” Marah Elisya lalu membaling kucing itu di atas lantai.

“Elisya! Apa awak buat ni?!” Terkejut Azhani dengan perlakuan Elisya yang melampau.Lantas Azhani menangkat Mr.Pants daripada lantai.Ya Allah,nasib baik kucing ni tak cedera.Maafkan aku ye Mr.Pants!

Azhani memandang Elisya dengan geram.Dia merenung tajam wajah gadis itu.

“Elisya,kenapa dengan kau ni!” Jerit Azhani.

Elisya tergelak kuat sendiri seperti orang yang hilang akal.Tercalit sedikit rasa takut dalam diri Azhani.

“Aku memang dah gila! Rancangan aku semua dah hancur.Macam mana kau boleh bertuah Az? Aku benci perempuan macam kau! Kau rampas Zack daripada aku!” Gelak Elisya memandang wajah Azhani.

Azhani hanya diam dan memeluk Mr.Pants.Dia tahu Elisya seperti sudah hilang kewarasanya.Dia perlu berhati-hati.

“Elisya,buat kali terakhir aku cakap.Aku tak sukakan Zakaria.”Kata Azhani perlahan.

“Tipu! Jangan ingat aku nak percaya! Zakaria selalu pandang kau,aku benci semua tu!”

“Tak Elisya…”

“Aku tak kira! Aku akan buat Zack pandang aku semula.Selepas kau hilang.”Senyum Elisya lalu lari ke dapur dan mencapai sebilah pisau.Azhani mula panik.

“Elisya,kita tak akan dapat selesaikan masalah dengan cara macam ni.Sekarang tolong letak pisau tu ke bawah.”Azhani merenung tajam kearah pisau itu.

“Ah,masalah aku akan selesai selepas kau tiada Az! Aku akan pastikan semua tu menjadi kenyataan” Kata Elisya lalu mengahmpiri Azhani.

Azhani menapak kebelakang dengan resah.Jantungnya berdegup laju akibat takut.Ya Allah,selamatkan lah hambamu!

“Jangan risau,aku akan pasti datang majlis perkuburan kau nanti.”

Senyum Elisya lalu melangkah ke hadapan ingin menikam Azhani.Azhani takut menutup matanya.Ya Allah,andai kata di sini sahaja hayat hidupku,aku tawakkal.

Untuk seketika,apabila tiada merasa apa-apa.Azhani membuka matanya perlahan-lahan.Satu tubuh yang rebah dihadapanya membuatkan Azhani terkejut begitu juga dengan Elisya.

“Ya Allah,abang!” Jerit Azhani kemudian memegang tubuh Syed Ariff.

Terkejut Azhani apabila melihat tikaman yang terkena pada perut Syed Ariff.Air matanya tidak boleh berhenti mengalir.

“Kenapa abang buat macam ni!” Menangis Azhani,tanganya terketar-ketar melihat darah yang banyak keluar.

“Ab..Abang gembira dapat selamatkan Azhani dulu.” Senyum Syed Ariff kemudian mukanya berkerut menahan kesakitan.

“Abang bertahan sekejap…Az..Azhani akan telefon ambulans!” Kata Azhani kemudian tanganya mengeluarkan telefonya dengan tangan yang berdarah.

Elisya yang terkejut juga menjatuhkan pisau itu di atas lantai.

“Ke..kenapa? Aku nak bunuh Az,tapi kenapa orang lain yang….”Kata Elisya dengan terkejut.

Zakaria yang tiba di dalam rumah tersebut terkejut melihat apa yang berlaku.Laju dia menoleh kearah Elisya yang kaku di antara mereka.

“Elisya! Kau dah gila ke,kau nak jadi pembunuh?!” Jerit Zakaria dengan marah.

“Ta..Tapi…I buat semua ni untuk U,Zack!” Rintih Elisya.

“Sudah la Elisya! Hentikan semua benda yang U buat untuk I ! U memang gila!” Kata Zakaria kemudian laju pergi kearah Azhani dan Syed Ariff.Elisya terduduk di atas lantai lalu tergelak kecil.

“Dia kata aku gila…Lepas semua yang aku buat dia kata aku gila?”

Elisya ketawa panjang lalu air matanya mengalir semula.

“Zakaria,tolong saya! Syed Ariff..Di..dia..” Azhani tidak dapat menyempurnakan katanya kerana hatinya yang sebak.Air matanya tidak dapat berhenti.

“Awak dah telefon ambulans?!” Soal Zakaria dengan resah kemudian meneliti tikaman Syed Ariff.Azhani tidak menjawab namun hanya menganggukkan kepalanya.

“Kalau macam tu,saya akan minta bantuan jiran!” Kata Zakaria kemudian laju keluar daripada rumah.

Azhani memeluk erat Syed Ariff yang baring di pangkuanya.

“Abang,tolong bertahan..Sekejap lagi..”

Syed Ariff memegang wajah isterinya perlahan-lahan.Senyuman di bibirnya membuatkan Azhani terkejut.

“Abang sayangkan Az..”Ketawa Syed Ariff.

“Abang,tolonglah berhenti bercakap! Az tak nak kehilangan abang!” Tangis Azhani.Dia tahu Syed Ariff sedang menahan kesakitan dalam badanya.

Syed Ariff yang mula menutup kelopak matanya perlahan-lahan membuatkan Azhani menjadi panik.Ya Allah,tolonglah untuk kali ni,selamatkan lah orang yang aku sayang!

“Abang!”

Jeritan Azhani bergema seluruh ruang namun Syed Ariff masih tidak membuka matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience