BAB 44

Romance Completed 68960

Sekali lagi,Azhani terkocoh-kocoh dengan membawa barang memasuki ke kedai ‘Florist Mariah’.Jejak sahaja di dalam kedai,Azhani memandang jarum jam di dinding kedai.9.01 minit.Fuhh,lewat seminit je.Okay lah tu.Azhani melepaskan nafas lega kemudian menuju ke kaunter.

“Hai Az.Kelam kabut lagi masuk kedai hari ni?”Perli Kak Farihah.

Azhani melihat kak Farihah yang sedang menyiram bunga.Dia hanya tersenyum sengih kepada kak Farihah.

“Ehehe..Az ingat dah lambat sangat tadi.Tapi rupa-rupanya lambat seminit je.Bertuah jugak ye Az.”Balas Azhani.

“Apa-apa lah.Pergi tolong Putri susun bunga dekat belakang kedai tu.Gelisah betul dia tadi bila dapat panggilan Datin Mariah nak tiba pagi ni.”Kata kak Farihah.

“Pagi ni kak?!” Terkejut Azhani.Awalnya Datin Mariah nak datang?

Kak Farihah hanya menganggukkan kepalanya.Lantas Azhani pergi kebelakang kedai dan melihat Putri menyemak rekod nama bunga yang tiba pagi tadi.Azhani menghampiri Putri.

“Putri,ada tugas untuk aku tak pagi ni?”Soal Azhani.

Putri mengalihkan pandangannya memandang Azhani.

“Memang ada.Hari ni kita busy sikit.Aku nak kau susun bunga ni elok-elok dekat sana supaya dapat cahaya matahari lepastu suruh kak Farihah siram.Ok?”Arah Putri kemudian sambung memandang rekod bunga di tangannya.

“Yosh!”Sambut Azhani kemudian mula mengangkat bunga satu persatu di kawasan pancaran matahari perlahan-lahan.

“Oh,ya.One more things.”Kata Putri.Matanya masih tidak lepas memandang rekod itu.

Azhani memandang Putri.

“Kenapa?”

“Datin ada inform jugak,anak lelaki dia nak datang sekali.Katanya nak tengok kedai bunga ibunya.Aku rasa.”Balas Putri.

Azhani hanya menganggukkan kepala.Kalau anak lelaki Datin Mariah nak datang,tak ada kena mengena dengan aku.Jadi,buat apa nak kisah.Azhani meneruskan kerjanya tanpa bercakap.Selepas beberapa minit,mereka bertiga yang sedang bekerja terkejut apabila mendengar bunyi loceng pintu yang menandakan kedatangan seseorang.Azhani dan Putri meluru ke dalam kedai untuk melihat pelanggan yang datang.

Kelihatan seorang wanita yang berumur separuh abad dengan memakai pakaian anggun serta rambutnya diikat sanggul tinggi menapak di dalam kedai.Begitu juga keadaan kawan beliau yang ada di dalam kedai.Melihat keadaan itu,Azhani sudah menduga salah satu diantara mereka mesti Datin Mariah.Kelihatan semuanya kemungkinan sebaya dengan mak mentuanya,Datin Fatimah.

Lantas,Putri menghampiri kumpulan itu.Azhani pula menyiku lengan kak Farihah.

“Akak,mana satu datin Mariahnya? Semua nampak elegan je.”Soal Azhani.

“La,kamu tak tau ke? Bukan Datin pernah datang dulu?”Soal kak Farihah.

“Ish,akak ni.Masa dulu Datin Mariah datangkan Az tak ada.Cuti balik kampung.Sebab tu la Az tanya akak sekarang ni.”Kata Azhani dengan nada berbisik.

“Kalau Az nak tau.Cuba tengok nanti Putri layan siapa dulu.Ha,itula orangnya.”Balas kak Farihah.Mata Azhani mula fokus pada Putri yang menghampiri kumpulan itu.Azhani melihat Putri mula menghampiri seorang wanita yang bersanggul rendah dan memakai baju kebaya berwarna coklat lembut elegan.Putri menyalam wanita itu dengan ramah.

“Selamat datang Datin Mariah.Saya tengok,ramai betul kawan datin ni.”Senyum Putri kepada memulakan perbualan.

“Biasa la,mereka semua tak pernah datang lagi ke kedai bunga saya.”Kata Datin Mariah.

Kemudian,seorang daripada kawannya menyampuk.

“Selalunya kami datang butik datin je,tak tau pulak kami yang Mariah ni ada kedai bunga sekali.Cantik jugak kedai ni.”Puji kawan Datin Mariah.

“Iyer lah Mariah.Pandai kau hias kedai.”Puji lagi seorang kawannya.

Puan Mariah hanya menguntumkan senyuman manis terhadap semua pujian yang diberikan.Azhani dan kak Farihah yang duduk di belakang Putri hanya dapat membaca reaksi wajah mereka.

“Oh,jadi itulah Datin Mariah ye..”Kata Azhani kepada kak Farihah.Namun,kak Farihah tidak mengendahkannya sebaliknya dia tercongok-congok melihat di pintu kedai.Azhani berkerut.Aku cakap buat tak dengar je kak Farihah ni.Dia buat apa pulak ni?

“Akak ni kenapa?Tercongok-congok tengok pintu kedai tu.Cantik sangat ke pintu tu?”Perli Azhani.Matanya juga memandang pintu kedai.Kak Farihah menepuk lengan Azhani.

“Ish,bukanlah.Akak tengah tunggu bila anak datin nak masuk ni? Akak tak sabar ni!”Kata kak Farihah matanya masih menjeling ke luar tingkap.Azhani mencebik.Haih,tak habis-habis lagi tentang anak datin rupanya.Aku bagitahu abang ijai,baru tahu.

“Sudah-sudah la tu kak.Entah-entah dia tak datang.”

“Az jangan cakap macam tu tau! Akak dah lama tunggu saat ni.” Kak Farihah tidak mengalah.Azhani menggeleng-gelengkan kepalanya.Suka hati la kak Farihah oi.

Kemudian,Putri mula menghampiri mereka dan memperkenalkan kepada Datin Mariah serta rakannya.

“Datin,saya nak kenalkan datin kepada pekerja-pekerja dalam kedai ‘florist’ ni.Ini kak Farihah dan ini pula Azhani.Mereka la yang membantu saya menguruskan hal kedai ni.”Kata Putri kepada Datin Mariah.Azhani dan kak Fariah menguntumkan senyuman manis.

“Terima kasih ye sebab sudi bekerja di sini.Saya sungguh berbesar hati dengan kamu semua.”Balas Datin Mariah kepada mereka bertiga.Terkutik rasa bangga di hati Azhani mendengar ucapan Datin Mariah.Kemudian,Putri dan kak Farihah mula menunjukkan jenis-jenis bunga yang menarik kepada kawan Datin Mariah.Mereka semua bergerak ke bahagian belakang.

Azhani pada waktu itu ditugaskan menjaga kaunter melihat Datin Mariah masih berada di pintu kedai.Datin ni tak nak join sekali ke kawan dia? Pelik hati Azhani.Tidak mahu membiarkan hal itu,Azhani menghampiri Datin Mariah.

“Datin,kenapa tunggu dekat sini? Tak nak tengok bunga?”Soal Azhani.

Datin memandang Azhani dengan wajah gusar.

“Saya bukan tak nak tengok.Tapi saya tengah tunggu anak saya ni.Ish,bila la budak ni nak datang? Janji tadi nak sampai awal.” Balas Datin Mariah masih meninjau di luar kedai.

Azhani merasa simpati kepada datin Mariah.Apa punya anak la biarkan seorang ibu menunggu dengan resah.Tak guna betul! Kutuk Azhani.Astarfirullahalazim,Az jangan mengutuk orang! Azhani memarahi dirinya.

“Ermm.Datin nak saya buatkan air?”Pelawa Azhani.

“Eh,tak apa.It’s kind of you,but no thanks.”Tolak Datin Mariah dengan baik.

Azhani hanya membalas dengan senyuman.Tidak sempat kakinya melangkah ke kaunter.Bunyi loceng pintu berbunyi.Azhani terkejut dan berpaling ke belakang.

“Mummy,i’m so sorry i’m late! Tadi Zack tersekat dalam ‘traffic jam’.”

Kata lelaki yang memasuki kedai itu dan terus menyalam tangan Datin Mariah,ibunya.

“Kamu ni,setiap masa janji mesti lambat.Cuba la tepati masa sikit.Risau mummy tunggu tadi tau tak.Lama mummy tunggu.”Marah Datin Mariah.

“Mummy,Zack lambat ada sebab.Takkanla mummy nak tengok Zack jalan kaki pergi kedai ni.”Kata lelaki itu.

“Sudah lah,kamu jangan merepek.Kamu juga yang nak datang kedai mummy kan.Sekarang,kamu tengok mana yang patut.Nanti kejap lagi mummy kenalkan Zack dengan kawan mummy.Sana,mummy nak pergi belakang.”Kata Datin Mariah kemudian menuju ke bahagian belakang.

Azhani yang melihat semua perbualan tadi terkedu tidak bersuara.I..ini lelaki semalam?! Dia panggil Datin Mariah mummy?Maksudnya dia ni anak datin.Waduuh,malunya gua!

Azhani malu sekaligus terkejut.Sekarang ni hendak sorokkan muka pun tiada guna.Lelaki itu mula menyedari kehadiran Azhani.Dia menguntumkan senyuman yang paling menawan kepada gadis itu.Azhani sudah resah apabila pemuda itu mula menghampiri kaunter.Aduh,malunya nak tengok muka lelaki ni semula.Azhani terpaksa menceriakan wajahnya.

Buat kali kedua,dia meletakkan lengannya di atas meja kaunter.Azhani tersenyum sumbing.

“Hai gadis manis.Kita berjumpa lagi nampaknya.”Sapa lelaki itu.

“I..iye.”Balas Azhani.

Memang la berjumpa,sudah ini kedai emaknya.Nampaknya daripada semalam dia tahu kita akan berjumpa.

“Awak mesti terkejut kan dapat tahu saya ni anak datin.”Lelaki itu tersenyum lebar.

“Tak ada la sangat.”Kata Azhani sejujurnya.Dia sememangnya tidak kisah tentang status anak datin tu,apa yang dia terkejut apabila dia terpaksa berjumpa dengan lelaki ini semula.Erggh,geramnya!

Lelaki itu merenung wajah Azhani semula.Entah mengapa benaknya merasa tenang sejak daripada semalam melihat wajah gadis itu.Berbual dengan gadis ini semalam pun sudah membuatkan hatinya gembira.Dia terkejut kerana gadis ini tidak seperti gadis yang ditemuinya selalu.Apakah perasaan ini?

Azhani berpaling melihat ke tempat lain apabila menyedari lelaki misteri itu masih merenung wajah nya.Ish,menyesal betul la tak bawak garfu tadi!

“Err..Jadi awak nak apa datang sini?” Azhani memulakan perbualan.Jengkel pula lelaki ini masih memandangnya.

“Saya datang sini sebenarnya sebab nak tengok ‘florist’ emak saya.Tapi sekarang lepas jumpa awak saya macam dah ada motif lain pulak.”Balas lelaki itu.

“Apa motifnya?”

“Sekarang ni sebab saya datang sini ialah kerana nak berkenalan dengan awak.”Jujur lelaki itu mengatakan.

Azhani merasa tidak sedap hati tentang ni.Alahai,lecehnya.

“Awak,saya rasa macam nilah.Saya ni tak menarik pun.Apa kata awak berkenalan dengan orang lain.Maybe dengan kawan saya pun boleh.”Cadang Azhani supaya dapat menjauhkan topik tadi.

“Saya tak nak kawan awak.Saya hanya nak diri awak.”

Alamak,tak faham bahasa la mamat ni!

“Oklah,fine.Awak nak tau sangat kan.Nama saya Nur Azhani Bt Saiful.Saya bekerja di sini tidak sampai setahun.Habis cerita.”Kata Azhani masih mempamerkan senyumannya.Apa-apa pun mamat ni masih pelanggan.Tidak boleh berlayan secara kasar walaupun aku rasa nak halau je!

Walaupun dapat mengesan nada kekerasan dalam suara Azhani.Lelaki itu masih gembira Azhani memperkenalkan dirinya.Dia suka melihat Azhani menguntumkan senyuman kepadanya.

“Baiklah,sekarang turn saya pulak.Saya Zack.Macam yang awak tahu saya ni anak kepada Datin Mariah.Oh,dan saya juga CEO kepada syarikat SKOPE Enterprise.”Kata lelaki itu dengan bangga.Azhani menebik dalam hati.Tak tanya pun semua tu.

“Muhd.Zakaria Amir bin Isa! Tolong datang ke sini sekejap!” Jeritan Datin Mariah membuatkan mereka berpaling.Azhani tergelak kecil.Amboi,nama sebenar Zakaria.Tapi suruh orang panggil Zack.Banyak perasan dia.Hahah..

“Oh,Encik Zakaria rupanya..”Kata Azhani sengaja memalukan pemuda di hadapannya.

Zakaria pula menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal.Aduh mummy ni,buat kantoi aku je.Baru nak macho depan Azhani.Dia hanya tersengih kepada Azhani.

“Hahah..Sorry tipu awak tadi.Zack tu sebenarnya nama panggilan saya je.Nama sebenar saya Zakaria..”Kata Zakaria dengan perlahan.

Saat ini,Azhani sudah tergelak dalam hati.Namun ditahannya supaya tidak terlepas.

“Tak apa lah Encik Zakaria,saya faham.”Sengaja Azhani menekan kan ayat nama itu.Sudah ada nama sedap,nak jugak guna nama glamour.Untuk menutupkan rasa malu.Zakaria menghulurkan tangannya untuk bersalaman.Azhani pula yang tidak mengerti memandang tangan itu dengan tanda tanya.

“Kenapa encik hulurkan tangan?”Soal Azhani.

“Saya nak salam dengan awak la.Kita kan dah kenal.So?”Kata Zakaria masih menanti huluran tangan Azhani.

Memang sahla mamat ni tak belajar sekolah agama dulu.Ada ke patut nak pegang tangan aku yang pakai tudung ni?.

“Encik,saya bukan tak suka encik.Tapi kita ni bukan muhrim,saya tak boleh sentuh tangan encik.Cukupla setakat kita kenal je.”Kata Azhani dengan lembut.

“Oh..Ermm.Maafkan saya.Saya lupa.”

Buat kali kedua Zakaria rasa malu dengan diri sendiri.Memang sahla Azhani ini gadis lain dari yang lain.Lupa lagi?Makan semut untuk sarapan ke mamat ni? Perli Azhani dalam hatinya.

“Jadi Azhani...”

Ayat Zakaria tergantung apabila Datin Mariah dan rakannya menghampiri mereka berdua.Azhani menapak sedikit kebelakang.

“Zack! Apa Zack buat dekat sini?! Mummy panggil tadi bukan nak datang.”Marah Datin Mariah.Azhani dan Zakaria berpandangan sesama sendiri.Opps,lupa pulak mummy panggil aku tadi.

“Sorry mummy..Zack leka borak dengan Azhani.”Kata Zakaria.

Muka Azhani merona merah memandang ke tanah.Dalam hatinya mengutuk.Kenapala dia perlu beritahu mak dia?

“Oh,jadi Zack berborak dengan dia sampai terlupa mummy panggil.Macam tu?”Soal Datin Mariah.

“You could say it like that.Azhani ni menarik orangnya.”Kata Zakaria sambil tersenyum kearah Azhani.Azhani hanya tersenyum lebar.Namun,dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu betapa marahnya dia pada Zakaria.

“Intresting..”Kata Datin Mariah kemudian memandang Azhani.

Ah,sudah-sudah la tu tenung aku! Azhani merasa tidak selesa.Kak Farihah dan Putri pula sudah tersenyum panjang dengan penuh makna.

“Oklah,masa dah suntuk.Saya kena beredar.Putri!”Panggil Datin Mariah.Putri mara ke hadapan.

“Ye,datin?”

“Tolong sediakan sejambak bunga yang segar untuk rakan-rakan saya.Petang nanti saya hantar orang datang ambil.Kami pergi dulu.”

Kata Datin Mariah kemudian keluar daripada kedai itu dituruti rakan-rakannya.Tinggal Zakaria sahaja yang berada di dalam kedai itu.Dia mengambil sekuntum bunga ros kemudian menghampiri Azhani.

“Kita akan berjumpa lagi.”Senyum Zakaria penuh makna kemudian meletakkan sekuntum bunga ros itu di atas meja dihadapan Azhani.

Azhani hanya melihat pemergian Zakaria keluar daripada kedai.Kemudian dia melepaskan nafas lega.Bagusnya mamat tu dah keluar,tak tahan aku dengan perangai jambunya!

Putridan kak Farihah mula menjerit keriangan dan mendekati Azhani.

“Wow Az! Akak tak tau pun anak datin tu minat dekat Az.Cayalah!”Senyum kak Farihah.

“Beb,hensem tu.Bertuahnya kau dia bagi bunga tadi” Kata Putri.

“Az,mulai sekarang.Masuk kedai ni Az kena pakai cantik-cantik!.Kalau boleh make-up.” Nasihat kak Farihah.

“Betul tu.Biar dia tengok kau lagi tertarik.Wow!” Putri menyerlahkan kegembiraanya.

Azhani mencebik apabila merasa rimas.Tak habis-habis pasal si Zakaria tu,aku bukannya minat mamat tu pun.

“Korang,sebelum banyak lagi salah faham akan keluar daripada mulut korang.Aku cuma nak cakap yang aku tak minat langsung pun dekat anak Datin Mariah ye! Jadi,jangan nak pandai-pandai jodohkan aku dengan dia.” Terang Azhani.

“Kau ni kan,tuah depan mata tak nak ambil.Zakaria tu bukan ada rupa,dia ada syarikat sekali tau.”Kata Putri.

“Tuah kau kata? Dia tu buaya tau tak.”

“Ala,sekarang je buaya.Bila dia dah kenal Az,akak confirm dia takkan cari perempuan lain.Orang kata,bila dah jumpa cinta sejati.Seseorang tu akan berubah.”Senyum kak Farihah.

“Entah,terima je la Az.”Sokong Putri.

“Ok,stop! Aku malas nak layan dengan angau korang ni.Cuba tengok dah pukul berapa sekarang,aku nak solat.Tepi!” Kata Azhani kemudian mencapai beg galasnya.Malas nak layan karenah kawannya yang gila-gila tu.Baik aku solat.

Azhani mengambil telekungnya di dalam beg kemudian menanggalkan gelangnya.Dia meletakkan gelangnya bersebelahan dengan beg galasnya di atas kaunter kemudian menuju ke belakang.Putri dan kak Farihah hanya memerhati.

“Putri,kamu tak pelik ke tengok Az tu?”

“Pelik kak,kenapa?”

“Akak tak fahamlah.Senang-senang je dia tolak si Zakaria tu macam tu.Zakaria tu bukan calang-calang orang tau.Ke,Az ni dah ada teman lelaki?”Duga kak Farihah sambil meletakkan jarinya di dagu.

“Putri tak tau la kak.Tapi,Putri rasa Az mesti dah ada seseorang.”

“Itulah,akak pun fikir macam tu.”

“Ish,kita fikir pasal orang,diri kita pun tak solat lagi.Dah sana,Putri nak solat.”

Kata Putri kemudian keluar daripada tempat kaunter itu.Kak Farihah hanya mencebik dan duduk di kaunter.Dia adalah orang yang dikecualikan solat kerana hal perempuan.Kemudian,mata kak Farihah tertancap pada gelang bersebelahan dengan beg Azhani.

“Ini gelang Azhani kan?”

Usai menunaikan solat,Azhani kembali ke kaunter.Dia melihat kak Farihah tiada di kaunter.Pergi tandas kut kak Farihah ni? Azhani memasukkan telekungnya ke dalam beg kemudian mencapai gelang yang diletakkannya di atas meja.Eh? Mana gelang aku?

Azhani mencari di bawah meja namun tiada.Dia mula resah.Seingat aku,aku letak dekat sebelah beg? Mana ni?! Azhani mencari disekeliling kaunter.Kalau betul dia telah hilangkan gelang itu,dia seperti terasa hendak menangis.Tolong lah jangan hilang!

Putri yang kebetulan melalui di hadapan kaunter pelik melihat keadaan Azhani.

“Kau cari sesuatu ke Az?”

“Putri,gelang kesayangan aku hilang.Tolong cari.” Azhani mempamerkan wajah gusarnya.

“Kali terakhir kau letak dekat mana gelang tu?”

“Aku letak dekat atas kaunter sebab aku nak ambil whuduk.Selesai je solat aku tengok terus hilang.Macam mana ni,gelang tu penting bagi aku.”

“Ok,relax girl.Aku cari dekat sana kau pergi cari dalam surau belakang.”Arah Putri.Azhani terus meluru kebelakang.Nampak gayanya penting sangat gelang tu pada Azhani.Fikir Putri.

Putri mencari di segenap ruang,tapi masih tidak diketemuinya.

“Kau cari apa Putri?”Soal kak Farihah apabila keluar daripada tandas.

“Ni ha,kak.Gelang Az hilang.Dia risau sangat ni,akak tolong cari sekali boleh tak?”

“Gelang Az?”

“Yelah,gelang Az.”

Kemudian Azhani muncul menghampiri mereka.

“Jumpa tak Putri?”

“Sorry beb.Aku tak jumpa.”

Azhani hampa.Bagaimanalah dia boleh cuai menghilangkan benda penting macam tu? Itulah sahaja benda yang diberi oleh Syed Ariff padanya.

“Oh,gelang Az ke.”Kata kak Farihah.

“Kenapa? Akak nampak gelang Az ke?” Azhani mula mengharap.

“Sebenarnya,akak nampak gelang Az tadi dekat atas kaunter.Akak masukkan la gelang Az dalam beg Az.Nanti ada pelanggan ambil macam mana.Lain kali jangan macam tu tau Az.”Nasihat kak Farihah.Putri sudah tersenyum lega.

“Yeke?! Terima kasih kak! Terima kasih banyak-banyak.Kau pun sama Putri.”Ucap Azhani kemudian mengambil begnya dan mencari gelang yang dimaksudkan.Dia memakai gelang itu dengan gembira.

“Penting sangat ke gelang tu Az sampai kau gembira macam ni aku tengok.”Soal Putri.

“Penting.Penting sangat.Kalau hilang,Az rasa macam nak menangis je.”Balas Azhani.

“Entah-entah buah hati dia yang bagi.”Kata kak Farihah.

Azhani hanya tersenyum panjang.

**********

Kelab yang bergema dengan muzik rentak itu riuh dengan para wanita dan lelaki yang menari di atas ‘dance floor’.Sebahagian daripada mereka menari bagai melupakan dunia malah merelakan tubuh mereka disentuh.Zakaria yang duduk di sisi bar hanya memerhatikan sahaja tarian itu.Dia memesan satu ‘beer’ untuk diminum.Kemudian,dia mengetuk jarinya di atas meja mengikut rentak muzik yang rancak semasa menunggu pesanannya tiba.

Sementara itu,fikirannya menerawang.Dia tidak tahu mengapa sejak akhir ini dia suka bertemu dengan pekerja di kedai mummy nya,Azhani.Gadis yang unik dan jujur yang tidak pernah dijumpainya.Zakaria tersenyum apabila mengenang kembali perbualan dia bersama Azhani tentang tuhan.

“Tapi encik,walaupun saya rasa bahaya jaga kedai ni seorang diri.Tapi saya tak takut sebab nanti akan ada orang yang sentiasa jaga saya.”Jawab Azhani.

“Jaga awak?Siapa? Boyfriend awak?”Zakaria menduga.

“Tak.Encik salah.”Geleng Azhani.

“Jadi siapa?”

“Allah.Allah akan sentiasa jaga saya.Sebab itula saya takkan takut.”Jawab Azhani dengan yakin.

“Betul tak encik?”

Zakaria menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia tidak tahu mengapa sehingga saat ini dia masih teringatkan Azhani.Sejujurnya dia katakan,Azhani adalah insan yang pertama menyedarkan dia tentang Allah.Selama ini,dia tidak pernah mengambil kira agama yang dipelajarinya sejak belajar di luar negara.Apa yang dia tahu adalah keseronokan dan perempuan.Namun,menjumpai Azhani,semua itu berubah.

“Waiter!” Panggil Zakaria.Pelayan lelaki yang berbangsa Cina itu mula menghampiri Zakaria.

“Ye,encik?”

“Saya nak cancel kan beer saya tadi tu.Just give me a coke.”Balas Zakaria.Lelaki Cina itu hanya menganggukkan kepala.

Azhani,awak memang gadis menarik.Kata hati Zakaria

“Sayang! You dekat sini rupanya!”

Terkejut Zakaria apabila satu tubuh perempuan memeluknya daripada belakang.

“Elisya?!” Zakaria berpaling kebelakang.Memang betul lah Elisya,teman wanitanya.

“Sayang,you dekat sini rupanya.Jom la kita menari.Tengok diorang,sweet jerr.Jom.”Ajak Elisya dengan gaya menggoda.Kemudian menyisir rambutnya perangnya kebelakang.Zakaria merenung Elisya dalam-dalam.Kalau dibandingkan Elisya dengan Azhani,memang bagaikan langit dengan bumi.Elisya sering memakai ‘dress’ tahap atas lutut manakala Azhani pula bertutup litup.Zakaria hanya menganggap Elisya sebahagian daripada koleksi teman wanitanya sahaja.

“Hei,kenapa pandang I macam tu? Cantik sangat ke I malam ni?” Senyum Elisya.

“Elisya,i don’t have the mood right now.”

“Kenapa? Kita just nak menari je kan.U sayang I kan,jomla menari sayang,” Elisya memuncungkan bibir comelnya.

Malas melayan karenah Elisya,Zakaria meminum air ‘coke’ yang dipesannya.Elisya mencebik apabila Zakaria tidak melayannya.Kemudian dia melabuhkan punggungnya di sebelah kerusi panjang Zakaria.

“Bukan you selalu minum beer ke?”

“Suka hati I la nak minum apa.”Balas Zakaria.

“Kenapa ni?You macam tak nak layan I je.You dah ada perempuan lain ye?!”Marah Elisya.

“Mana ada la.”

“Habis,kenapa you macam ni? You tau tak,I jeles sangat masa you renung cashier girl dekat kedai mummy you hari tu.Cantik sangat ke? “ Kutuk Elisya dengan gaya gediknya.

Mendengar nama Azhani,Zakaria tebayang wajah tenang dan redup itu.

“Cantik.Cute sangat..”Kata Zakaria tanpa selindung.Dia tersenyum lebar.

“Hei,you teringatkan perempuan tu lagi! Erggh,geramnya I.Wake up Zack,she just a cashier girl.I lagi perfect untuk U!” Geram Elisya.

“Elisya,please la jangan bising.I mengaku I tertarik dengan dia,so what?” Zakaria merenung mata Elisya dengan serius.

Elisya tidak terkata.Dendamnya mula membakar kepada gadis yang dimaksudkan oleh Zakaria.

“Tapi Zack,I sayang U.I perfect berbanding gadis tu.”Pujuk Elisya.

“Sudah lah Elisya,you just my collection ok.Jangan melebihi batas.”Kata Zakaria.

“Saya tahu saya ni hanya koleksi perempuan awak.Tapi saya akan sentiasa di sisi awak Zack,sebab saya cintakan awak!”Luah Elisya.Dia rela menjadi kedua atau ketiga,asalkan dia di sisi Zakaria.

“Enough Elisya.Pening kepala I cakap dengan U.I nak keluar daripada sini.”

Kata Zakaria kemudian meluru keluar daripada kelab itu.Elisya sebal dengan sikap Zakaria.Dia tidak menyangka ‘cashier girl’ itu yang akan berada dalam hati Zakaria.I takkan lepaskan you,Zack!

***********

Malam itu,mata Azhani serius tertancap pada skrin televisyen.Malam ni episod akhir,aku kena tengok apa yang terjadi dekat heroin drama ni! Semangat Azhani berkobar-kobar.Asyikin datang menghampiri Azhani dengan membawa semangkuk bertih jagung.Dia menolak Azhani yang duduk di sofa.

“Hei,banyak sofa dekat rumah ni.Sofa yang aku duduk jugak yang kau nak ye.”Perli Azhani

“Ala..kau duduk dekat bawah pun kira ok..”Senyum Asyikin.Azhani mencebik.

Azhani memanjangkan tangannya untuk mengambil bertih jagung pada Asyikin kemudian memasukkan ke dalam mulutnya.Lama pulak drama ni nak start?

“Az,aku tanya satu soalan boleh tak?”Soal Asyikin.

“Apa dia?”

“Aku pelik,selama kau duduk serumah dengan aku.Aku tak pernah nampak pun kau telefon suami kau atau chat dekat ‘skype’ ke? Kau tak rindu ke suami kau?”Soal Asyikin.Bingung juga dia.

Nak cakap apa ye? Azhani resah dalam hati.Otaknya sudah kosong dengan alasan.Kemudian,drama yang ditunggunya mula tersiar di kaca televisyen.

“Oh,drama dah start!.Nanti la kita bincang ye Asyikin”Ngelat Azhani.

Asyikin hanya mengeluh kecil.Fuh Azhani bersyukur dalam hati.Tapi,berapa lama lagi rahsia ni boleh bertahan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience