BAB 46

Romance Completed 68960

Pagi itu,selesai mandi.Azhani keluar dengan tuala yang masih berada di atas kepalanya.Daripada bilik,dia mengintai ke ruang tamunya yang kelihatan kosong.Awal jugak Asyikin pergi kerja hari ini? Kemudian matanya beralih pula pada sarapan di atas meja.Azhani mendapati terdapat sekeping memo berwarna kuning terlekat di atas meja.Dia meneliti setiap perkataan yang dicoret oleh Asyikin.

Az,aku dah buatkan kau sarapan.Kau mesti makan,wajib! Kalau tak kau bukan kawan aku lagi.

-syikin_comel

Azhani tergelak kecil membaca memo itu.Perasan betul Asyikin ni gelar diri dia ‘Syikin_comel’.Terpaksa la aku makan sarapan kali ni.Azhani meletakkan kembali memo itu di atas meja dan berlalu ke ruang sofa.Dia merebahkan badannya di atas sofa yang empuk itu dan meletakkan tangan di atas dahinya.

Akalnya mula ligat memikir kembali peristiwa yang terjadi semalam.Syed Ariff sudah kembali.Kembali selepas hampir setahun meninggalkan aku tanpa khabar berita.Marahkah aku? Rindu ke aku padanya?Azhani sedar perbuatannya memutuskan talian telefon semalam mungkin akan membuatkan ibu mentuanya terasa hati.Tetapi dia tidak boleh menghalang tindakannya.Dia masih terkejut kerana tidak sangka suara Syed Ariff yang didengarinya semalam.

Malas untuk berfikir lagi,Azhani mengambil telefon bimbitnya yang disimpan di dalam kocek baju tidurnya semalam.Dia mendail nombor Putri.

“Hello.Saya putri berkhidmat untuk ‘Florist Mariah’.Boleh saya bantu?”

Suara Putri mula kedengaran di talian.Azhani tersenyum apabila teringatkan perkara yang dibincangkannya dengan kak Farihah tentang ‘sistematik’.Nampaknya Putri memang jenis orang begitu.

“Assalammualaikum.Putri,ini aku la.” Balas Azhani.

“ ‘Aku’ ni siapa?” Kata Putri masih bingung.

Ya Allah,takkanlah dia tak cam suara aku kot?

“Putri,ini aku la.Azhani! Aigoo...”

“La...rupanya ko Az.Hei,apasal kau tak datang lagi ni ha! Dah pukul berapa sekarang ni.Main telefon-telefon pulak.” Sergah Putri dalam telefon.

“Putri,itu la sebab aku telefon kau ni.Aku rasa aku tak masuk kerja la hari ni.”

“Ha,apasal?!” Suara Putri seperti mengejut.

“Tunggu.Kau dengan kak Farihah sibuk ke hari ini? Kalau macam tu tak apa la.Nanti aku datang.”

“Tak,Az.Aku just pelik je tetiba kau mintak cuti hari ini.Hari ni kitaorang tak sibuk mana pun.”

“So,boleh ye aku ambil cuti.Pelik sangat ke?”

“Az,bagi aku memang pelik kau ambil cuti.Pelik bagus! Selama kau bekerja dekat sini,kau tak pernah pun ambil cuti.Aku pun pelik dengan kau ni.”

Azhani ketawa.Dia tidak menafikan kata-kata Putri,memang benar dia tidak pernah mengambil dan meminta cuti.Mungkin kerana dia ingin sibukkan dirinya daripada teringatkan Syed Ariff?

“Haha..Masa tu memang aku tak ada ‘feel’ nak ambik cuti.Tetiba hari ni teringin plak nak ‘feel’ cuti tu macam mana.Boleh ye Putri..”Rayu Azhani.

“Banyak la kau punya ‘feel’.Aku rasa boleh je bagi kau cuti memandangkan kau punya prestasi kerja pun bagus .”Kata Putri.

“Yes! Thanks Putri.”

“Hei,jangan gembira dulu.Aku kena tau jugak sebab apa kau nak cuti ni ha?”

“Err....”

Azhani mati akal.Dia pun tidak tahu mengapa dia hendak mengambil cuti hari ini.Yang dia tahu hendak menenangkan fikiran dia yang kusut bagai nak rak ni.Ermm..Bagi alasan apa ye?Fikir la otak!

“A..aku batuk hari ni.Sakit tekak lepastu pening-pening.Uhuk,uhuk!” Sengaja Azhani batuk dengan kuat.Suaranya pun dikasarkan.Bantai je lah alasan apa yang ada! Harap-harap dapat anugerah la ye lakonan tak terbayar aku ni.

“Aiikk,tadi suara macam ok je,sekarang pening-pening pulak? Betul ke kau sakit ni Azhani oi.”

“We,suara aku ok tadi je.Bila dah pagi macam ni baru la dia datang.Uhuk,uhuk! Ala,boleh la ye Putri.Aku pening sangat ni,bagi la aku’ feel’ sikit macam mana cuti.”Azhani tidak mengalah.

“Ermm..Oklah.Aku bagi kau cuti dua tiga hari.Tapi ingat jangan lupa datang kerja minggu depan!”

“Yes boss!”

“Oh,ya.Dan jangan lupa makan ubat tau.Bye!” Putri mematikan talian.

Azhani melepaskan nafas lega kemudian tersenyum.Putri,maafkan aku sebab berbohong dengan kau,tapi aku perlu sangat rehatkan otak aku untuk 24 jam.Azhani meletakkan telefonnya di atas meja kopi kemudian bangun daripada sofa.Dia menanggalkan tuala yang berada di atas kepalanya kemudian melangkah ke dalam bilik untuk menukar pakaian.Hari ini dia sudah nekad untuk melepaskan tekanan dan merehatkan akalnya daripada masalah-masalah kusut yang membelengu dirinya semalam.

Jari Zakaria terhenti menaip apabila Elisya meredah masuk ke dalambilik pejabatnya.Seperti biasa,Zakaria memandang Zaty dengan riak muka yang mengarahkan setiausahanya keluar daripada kamar itu.Zaty angguk dan dengan akur keluar daripada bilik itu.Zakaria merenung tajam terhadap wanita di hadapannya.

“Elisya,I betul-betul tak tahan dengan perangai U lagi.Jangan sampai kali ni I panggil pengawal untuk hantar U keluar!” Marah Zakaria.Makin lama perempuan ini makin melampaui batas kemarahannya.

Elisya tidak mengendahkan perasaan marah Zakaria malah tersenyum manis serta memegang erat sampul surat besar berwarna kuning di tanganya.Dia menghampiri Zakaria dan seperti biasa merangkul lengan sasa lelaki itu.

“Zack,jangan la marah I macam ni.Oklah,I janji takkan masuk ofis U macam tu lagi.Sekarang ni promise dengan I yang U akan makan lunch dengan I tengahari ni.Boleh?” Elisya mengeratkan lagi pegangannya.Zakaria mula rimas dengan sikap Elisya.Dengan kasar dia melepaskan rangkulan tangan Elisya daripadanya.

“Tak boleh.I sibuk!” Balas Zakaria dengan kasar kemudian melabuhkan punggungnya di kerusi pejabat.Elisya pula mencebik sinis.Dasar lelaki penipu,sibuk apa bila asyik jumpa perempuan Azhani tak guna tu.

“Tsk.Zack,U jangan nak tipu I la.Sibuk apa waktu lunch hari ni? Sibuk jumpa ‘cashier girl’ Azhani kesayangan U tu!” Tengking Elisya.

“Elisya,ma..macam mana kau tahu yang.....”

“U ingat I bodoh ke Zack.Itu yang U kata sibuk sangat waktu lunch rupanya.”

“Aku tak sangka kau intip aku Elisya?!” Marah Zakaria.

“Zack,I lagi tak sangka U buta tuli sukakan perempuan gila tu!”

“Watch you’r mouth Elisya.Jangan sekali-kali kaitkan nama Azhani dengan perkataan macam tu!” Mata Zakaria mula mencerlung.Hatinya baran apabila nama Azhani dihina sebegitu.

Elisya seperti tidak percaya.Sekarang ni Zack pun telah menyebelahi perempuan itu.Ini memang melampau!Tak apa,kita tengok siapa yang akan terkejut hari ini.

“Ok,fine! U suka sangat dengan ‘cashier girl’ U tu.Cuba U tengok apa dalam ni!”

Balas Elisya kemudian menghempas kasar sampul besar berwarna kuning itu di atas meja Zakaria.Muka Zakaria berkerut.

“What this?”

“Itu adalah segala maklumat yang U kena tahu tentang Azhani.I upah orang pengintip I sendiri.”Terang Elisya.

Darah Zakaria mula menyirap lalu bangun daripada kerusi itu.

“Elisya,U memang dah melampau!” Zakaria mempamerkan wajah bengangnya.

Tindakan Elisya mengupah pengintip untuk mencari segala-galanya tentang Azhani membuatkan hati Zakaria membakar.Dia merasa bersalah pula pada Azhani yang menjadi mangsa keadaan.

“Sayang,tak guna U nak marah I sekarang.Semuanya dah terlambat.I dah tahu segalanya tentang Azhani.Dan I nak U lihat apa benda yang menarik I jumpa dalam sampul tu.”Elisya masih tersenyum sinis sambil matanya mengerling kearah sampul surat itu.Zakaria meraupkan wajahnya.Gila,takkan la dia hendak menceroboh privasi Azhani begini? Tetapi Elisya kata ada benda menarik di dalamnya.Patut ke aku...

“Come on la Zack.I tahu U nak tengok apa dalamnya.Just open it.”Halus suara Elisya cuba merasuk fikiran Zakaria.

Dengan keluhan berat,Zakaria menghampiri meja itu dan mengambil sampul surat yang berwarna kuning.Hatinya berbelah bagi saat membuka sampul itu.Sebelum itu,dia menjeling kearah Elisya.

“Aku takkan maafkan kau untuk hal ni,Elisya.”Zakaria memberi amaran.

Elisya membuat riak selamba dan mengangkat kedua-dua tangannya tanda mengalah.

“I tak kisah.Yang I tahu,U bukak sampul tu dan hajat I akan terbayar.Easy right?”

Sekali lagi,Zakaria mengambil nafas panjang dan membuka sampul itu.Dia tidak sangka yang dirinya terdesak untuk mengetahui segalanya tentang Azhani.Dia meneliti semua tulisan taip yang berkaitan Azhani.Sehinggalah matanya tertancap pada satu perkataan,jantungnya bagaikan berhenti berdegup seketika.

“Status Azhani..Sudah berkahwin..”Tutur Zakaria dengan perlahan.Dia seperti tidak percaya.

Elisya mendengar itu dengan sorakan kemenangan di dalam hati.

“Yes,Zack.Azhani sudah berkahwin,dah bersuami.U minat dekat perempuan yang telah berkahwin Zack! Itu ke yang U nak? Sedarla Zack,I lagi perfect dari dia.” Jerit Elisya.

“A..Aku tak percaya semua ni..” Zack bangun kemudian meraupkan rambutnya kebelakang.Jadi,apa yang Azhani terangkan semuanya benar.Dia sudah berkahwin! Itukah sebabnya dia menjauhkan diri daripada aku.?Tetapi mengapa dia enggan beritahu aku tentang suaminya? Apa yang Azhani perlu rahsiakan?!

Zakaria terdiam seketika.Mindanya ligat berfikir tentang Azhani.Hatinya meronta ingin jawapan tentang semua soalan yang membelengu otaknya.Elisya pula tersenyum senang dan menghampiri Zakaria yang seperti sukar menerima keadaan.Dia memegang lembut bahu lelaki itu.

“Sudahlah Zack.Lupakan dia,dia milik orang lain.I sebaliknya akan sentiasa bersama U Zack,I akan buat U bahagia dengan I macam dulu.”Bisik Elisya dengan yakin.

Zakaria sudah nekad,dia perlu melihat Azhani untuk mengisi semua jawapan di dalam hatinya.Zakaria menepis kasar tangan Elisya membuatkan gadis itu terkejut lalu berlalu ke pintu.Dia harus ke ‘Florist Mariah’!

“Zack,tolonglah! Apa kurangnya I berbanding dengan perempuan tu!” Jerit Elisya apabila Zakaria di muka pintu.Zakaria menoleh kebelakang.Dia dapat melihat riak wajah Elisya yang resah.Kini,hatinya muak mendengar kata rayuan Elisya lagi.

“Kau memang tak kurang satu pun Elisya.Tapi malangnya bukan kau yang berada dalam hati aku.Azhani lebih baik dan bagus daripada kau.Dan,aku tak kisah kalau dia betul-betul sudah berkahwin sebab aku cintakan dia.”Putus Zakaria kemudian keluar daripada pejabat itu dengan pantas.

Elisya sudah hilang kawalan.Hatinya membara dengan marak.

“Damn you Zack!”

Jerit Elisya kemudian mencampak semua barang di meja pejabat Zakaria dengan marah.Nafasnya turun naik.Apabila tiada lagi barang untuk dibaling,Elisya terduduk di lantai.Air matanya menitis.

“Susah sangat ke kau nak faham cinta aku Zack?Kau buang aku bila aku cuba mempertahankan cinta kita.Tak guna Zakaria!”

Marah hatinya.Elisya merintih dengan lama.Kini,hatinya sudah tersemat untuk memastikan hidup Azhani sengsara sepertinya.

Zakaria menghempas pintu keretanya dengan kasar.Dengan langkah laju,dia menolak pintu kedai bunga itu dan bergegas masuk ke dalam.Matanya terkejut apabila mendapati bukan Azhani yang berada di kaunter seperti biasa,tetapi Putri yang menggantikannya.

“Eh? Encik Zakaria?” Putri terkejut dengan kedatangan pemuda di hadapanya.

Zakaria menuju ke kaunter.

“Putri,Azhani mana? Saya nak jumpa dengan dia sekarang jugak.” Kata Zakaria dengan nada terdesak.

Putri yang masih terkejut melihat wajah Zakaria yang gusar itu memberanikan mulutnya untuk berkata.

“Ma..maaf Encik Zakaria.Tapi Azhani tak kerja hari ini.Dia ambil cuti.”

“Cuti? Sebab apa?!”

“Err...Azhani cuti sakit.Dia beritahu saya tadi dia pening-pening.”Tutur Putri perlahan.

“Azhani sakit?! Putri,awak kena beri saya alamat rumah dia.Saya betul-betul risau ni.” Kata Zakaria tanpa berfikir.Hatinya sudah cukup risau.

Terkejut Putri mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Zakaria.Ya Allah.sampai macam tu sekali tindakan Encik Zakaria! Gila lah kalau aku beri alamat Azhani,sebab aku tak tahu apa yang Encik Zakaria akan buat dengan alamat tu.

“Tolong Putri,saya rayu pada awak.”Rintih Zakaria.

“Sekali lagi,saya betul-betul minta maaf Encik Zakaria.Walaupun hati saya nak tolong encik,tapi saya tak boleh beri alamat pekerja kepada pelanggan.Itu adalah arahan majikan saya sendiri.” Kali ini Putri menegaskan suaranya.

Zakaria mengeluh berat.Dia tahu dia tidak sepatutnya mendesak lagi kepada Putri.Cukuplah gadis itu terkejut melihat wajah gusarnya.

“Tak apa lah Putri.Saya faham awak hanya jalankan tugas awak.Anyway,thank you.”

Balas Zakaria dengan senyuman yang lemah kemudian berlalu perlahan keluar daripada kedai.Masuk sahaja ke dalam perut kereta,Zakaria memukul stereng keretanya.Dia marah.Bukan pada Azhani tetapi pada dirinya.Hatinya benar-benar terdesak untuk sekali lagi melihat wajah Azhani.Gadis yang amat istimewa padanya,yang membuka pintu baru hidupnya.Zakaria merasa rugi.Apabila terjumpa dengan sesuatu yang penting,malangnya ia adalah milik orang lain.Zakaria keluh kesal.

Azhani menyedut straw ‘ice blended mocha’ nya sambil memerhati setiap pakaian yang terdapat di dalam setiap butik.Sudah hampir sejam dia berjalan sekitar pusat beli-belah Anggerik itu namun tiada satu benda pun yang menarik hatinya untuk membeli.

Kenapa la dengan aku ni? Aku datang sini untuk tenangkan fikiran daripada fikir hal semalam.Tapi kenapa otak aku ni rasa macam beku je,tengok semua baju ni pun macam takdek ‘feel.Haih...

Selesai habis sahaja minumannya,Azhani membuang cawan kertas itu ke dalam tong sampah kemudian merebahkan punggungnya di atas bangku kerusi yang disediakan.Malas untuk memaksa dirinya berjalan lagi,mata Azhani meliar di sekelilingnya.

Tanpa disedarinya,matanya tertarik pada sepasang baju muslimah yang berada di dalam butik hadapannya.Dia meneliti baju itu daripada jarak jauhnya.Mulutnya tersenyum.Cantiknya baju tu,dari sini pun boleh nampak kainya lembut.Apabila hatinya benar-benar tertarik,Azhani mula melangkah kaki ke butik itu.Tidak sampai separuh langkah,telefon bimbitnya bergetar.Azhani mengambil telefon bimbitnya ke dalam tas tangan kemudian melihat pemanggilnya.Asyikin?

“Assalammualaikum.Ha,kenapa ko call aku ni?” Soal Azhani.

“Waalaikummussalam.Apasal bising sangat tu?”

“Aku dekat pusat beli belah la sekarang.”

“Eh,kau tak pergi kerja?”

“Aku ambil cuti.”

“Ha,baguslah.Aku call ni pun nak suruh kau beli barang basah.Makanan dekat dapur semua dah kosong.Nanti aku bayar balik.”

“Kau nak aku beli apa?”

“Pasal tu,nanti aku sms kan shopping list dekat kau.Tapi kau jangan lupa beli coklat kegemaran aku tau!”

“Saya menurut perintah cik.”

“Haha..baguslah.Aku letak dulu tau.Kerja berlambak ni.”

“Okla.Jumpa malam ni ye,bye.”

“Bye.”

Asyikin memutuskan talianya.Azhani merenung telefon bimbitnya.Minah ni kalau telefon aku mesti tak ada hal lain,makanan je! Siap order coklat pulak tu.Simpan sahaja telefon bimbitnya ke dalam beg,Azhani menyambung langkahnya ke butik.

Tidak sampai satu langkah dia menuju,seorang lelaki terlanggar bahunya membuatkan Azhani terdorong ke lantai.Azhani memegang bahunya yang terasa sakit.Aduh,apa pulak cabaran aku kali ni untuk pergi ke butik pakaian tu!

“Cik..cik maafkan saya.Saya tak nampak cik tadi!”

Azhani dapat mendengar nada kesal dalam suara lelaki itu walaupun tidak melihatnya kerana Azhani tertunduk di lantai.Aku tau la aku ni kecik! Gerutu hati Azhani.Pemuda itu cuba menolong Azhani untuk berdiri namun Azhani menolak.

“Err..Tak apa.Saya boleh bangun sendiri.”

Azhani hanya dapat memandang sekilas rambut pemuda itu.Suara dia macam aku pernah dengar.Mungkin ini suara...

“Eh?! Gelang saya hilang!”

Azhani meraba lenganya,namun gelangnya sudah tiada di situ.Azhani resah,matanya liar memandang lantai di bawah cuba mencari gelang kesayangannya.

“Gelang cik? Mungkin gelang tu terjatuh masa kita berlanggar.”

“Iye,iye.Saya pun rasa macam tu.” Kata Azhani namun matanya masih tidak melihat wajah pemuda itu.Baginya sekarang yang penting gelang itu mesti dijumpainya.

“Biar saya tolong cik cari gelang tu.”

Balas pemuda itu dan matanya pun mencari seutas gelang yang dimaksudkan.Kemudian matanya tertangkap pada satu sinaran memancar seperti manik.Matanya mula fokus pada cahaya itu.Itu macam....Gelang!

Pemuda itu tersenyum kemudian mengutip gelang itu.Jauh jugak ye gelang ni terpelanting.Hatinya lega.Kemudian dia mendapati sesuatu yang pelik tentang gelang itu.Dia meneliti gelang itu betul-betul.Ya,dia kenal gelang ini.Gelang ini takkan dilupakanya kerana dialah tuan yang membelinya.Lantas mata pemuda itu memandang Azhani yang masih mencari gelang di lantai.Pemuda itu terkedu setelah jelas melihat wajah gadis yang dilanggarnya tadi.

“Azhani..”

Azhani terhenti apabila mendengar pemuda itu memanggil namanya daripada belakang.Suara ni?Bagaimanakah aku boleh lupa suara ni? Hanya seorang sahaja yang aku kenal ada suara ini.Azhani terkejut dan dadanya mula berombak.Dia berpaling kebelakang perlahan-lahan dan melihat wajah pemuda yang dilanggarnya tadi.

“Syed Ariff...”

Mereka berdua terkejut.Azhani mahupun Syed Ariff membeku di tengah-tengah kesesakan orang ramai.Mata mereka menatap sesama sendiri.Syed Ariff merenung mata itu lama.Dia rindu pandangan itu malah termasuk wajah itu juga.Kali ini apa yang ditunggunya sudah berada di depan mata.Syed Ariff melangkah kehadapan.Rindunya sudah tidak tetanggung melihat wajah Azhani.

Azhani terkedu.Dia dapat mengesan kelainan wajah pada Syed Ariff.Mukanya semakin cerah,rambutnya pula lurus dan ketepi.Azhani memegang erat dadanya.Insan yang dirindui sudah berada di hadapan mata dan dia masih tidak dapat mempercayainya.

“Abang rindu Az...” Kata Syed Ariff dan cuba mencapai tangan Azhani.

Azhani yang menapak kebelakang membuatkan riak yang terkejut pada wajah Syed Ariff.

“Abang tinggalkan Az..”

Tutur Azhani perlahan-lahan.Kata-kata itu terkeluar daripada mulutnya tanpa dia sedari.

“Az abang boleh terangkan.Itu semua...”

“Az kena pergi.”

Azhani lari dengan nafas turun naik tanpa melihat kebelakang lagi.Kenapa aku lari? Itulah apa yang akal Azhani kata namun langkahnya masih pantas berlari.Syed Ariff terkesima,dia tidak menyangka Azhani akan lari daripadanya.

Cukuplah aku lepas kan Azhani kali ni.Aku tak mahu kehilangannya lagi.Syed Ariff laju mengejar Azhani daripada belakang.

“Az!” Jerit Syed Ariff

Azhani mengendahkan jeritan itu malah mempercepatkan lagi larianya sehingga dia melihat sebuah butik kain yang ramai pengunjung.Syed Ariff resah apabila bayangan Azhani hilang daripada pandangnya.Dia berhenti berlari dengan nafas tercungap-cungap.Syed Ariff memandang sekeliling namun gagal menangkap bayangan Azhani.Ingin sahaja dia menjerit nama isterinya supaya Azhani keluar.Namun dia tahu itu mustahil.Syed Ariff meraupkan wajahnya.Kalaulah Azhani mendengar sedikit daripada penjelasannya.

Azhani mengintai belakang Syed Ariff daripada dinding butik yang dimasukinya.Dia dapat melihat wajah gusar lelaki itu apabila hilang menjejakinya.Azhani meredakan nafasnya.Dia rindu semua tentang Syed Ariff.Namun dia marah apabila memikirkan Syed Ariff sanggup meninggalkanya sewaktu dia memerlukan lelaki itu.Tapi sanggupkah dirinya lari daripada Syed Ariff selamanya? Apa yang aku buat ni?

Malam itu,usai menunaikan solat maghrib.Azhani keluar daripada biliknya ingin menyusun barang dapuryang baru dibelinya di pasar.Dia menyimpan barang basah di dalam peti sejuk manakala tin-tin dan kotak makanan di dalam cabinet.Selesai menyusun,Azhani keluarkan pula rempah dan benda yang ingin dimasaknya.Malam ini giliran dia pula membuat makan malam.

Azhani menjenguk pintu bilik Asyikin seketika.Daripada petang tadi aku tengok Asyikin ni tak keluar pun daripada bilik dia.Pelik betul,selalunya minah ni keluar waktu macam ni lepastu suruh aku masak.Dia ada masalah ke?

Azhani menggeleng-gelengkan kepalanya.Cuba fokuskan fikirannya kepada masakan sebelum memikirkan hal lain.Selesai menghidangkan makanan,Azhani melihat Asyikin masih tidak keluar daripada biliknya.Muka Azhani berkerut.Sikap Asyikin hari ini sudah masuk tahap pelik bin ajaib ni!

Tahap berlengah,Azhani pergi kehadapan muka pintu Asyikin dan dengan perlahan mengetuk pintu gadis itu.

“Asyikin,aku dah masak lauk ni.Jom kita makan.”Kata Azhani

Apabila tiada balas kepada sahutan Azhani.Azhani mendekatkan telinganya pada pintu bilik Asyikin.Apa dia buat dalam bilik ni?

“Na..nanti aku keluar.Kau pergi la hidangkan makanan dulu.” Balas Asyikin perlahan-lahan.

Azhani dapat mengesan serak-serak dalam suara Azhani.Menangiskah dia?

“Aku dah hidangkan makanan tadi.Keluar la,kita makan jom.”

“Entahlah we..Aku rasa tak lapar la.Kau makan la dulu.”

Muka Azhani berkerut.Mesti ada sesuatu terjadi dekat Asyikin ni.

“Asyikin,kau ok ke?”

Dengan perlahan-lahan Azhani menolak pintu bilik Asyikin dan menapak masuk ke dalam bilik Asyikin yang kelihatan samar gelap.Tak bukak lampu ke Asyikin ni? Apabila mendapati tubuh Asyikin terduduk di bawah katil,Azhani terus menuju kepadanya.

“Syikin,apasal kau duduk dekat sini?”

Azhani menghampiri Asyikin kemudian duduk di sisi sahabatnya.Kemudian Asyikin menoleh memandangnya dengan mata yang sembap akibat menangis serta hidung Asyikin yang sudah kemerahan.Azhani terkejut.

“Kau menangis?!”

Asyikin hanya mengangguk perlahan.

“Kenapa ni Syikin? Cuba cerita dekat aku.Jangan la buat aku risau macam ni.”Pujuk Azhani kemudian mengambil sekotak tisu dan mengelap muka Asyikin yang basah.Nampaknya bukan aku seorang sahaja yang ada masalah hari ini.Asyikin mula membuka mulutnya untuk berkata.

“Aku sedih sangat Az..”

“Luahkan la pada aku Syikin.Mungkin aku boleh membantu.”Kata Azhani.

Asyikin mengambil lagi sehelai tisu dan menghembus hidungnya.Azhani pula meletakkan tangan pada bahu kawanya.

“Aku sedih pasal Hanif.”

“Hanif? Pakwe doktor kau tu?” Teka Azhani.

Asyikin mengangguk perlahan.

“Kenapa dengan Hanif?”

“Hari ni hari annivessary kitaorang.Aku pergi la hospital dia sebab nak bagi dia hadiah yang dah lama aku beli untuk dia.Aku excited sangat pagi tadi.”

“Lepas tu,apa jadi?”

“Aku nak masuk bilik dia,dari luar aku dengar suara perempuan.Aku ingat tu pesakit dia jadi aku tunggu.Bila lama aku tunggu tu aku terus masuk dalam bilik kerja dia.A..aku terkejut sangat Az.Aku nampak dengan mata aku sendiri yang dia berpelukan dengan seorang jururawat perempuan dekat sana!”

Kata Asyikin kemudian sekali lagi menghembus hidungnya dan matanya berair.Azhani merasa simpati pada sahabatnya.Tak guna betul punya Hanif! Sudah la curang,ada ‘affair’ dengan ‘nurse’ sendiri pulak tu! Nak je aku terajang dia sekarang.

“Sabar Syikin,sabar.So,lepas kau nampak semua tu.Kau minta ‘break’?”

Asyikin menggeleng.

“Aku tak minta putus terus.Aku suruh dia terangkan dekat aku siapa yang dia suka selama ni.Tapi dia senyap je.Aku marah sangat sampai aku campak hadiah tu dekat muka dia.Lepas ni aku dah tak nak ada kena mengena dengan dia Az!” Balas Asyikin dengan nada geram.Teringat sahaja tentang Hanif,hati Asyikin membara.

Azhani memeluk rakanya cuba memberi sokongan.Asyikin membalas pelukan itu dan sekali lagi mengeluarkan air matanya.Azhani faham akan perasaan Asyikin kerana dia pun pernah mengalaminya.Dia teringat lagi peristiwa dia ternampak Syed Ariff dan Melena berpelukan.Huh,memang tidak boleh dilupakan.Azhani menepuk bahu sahabatnya perlahan.

“Baguslah Asyikin,lupa kan je lah Hanif tu.Mungkin Allah mahu pertemukan kau dengan lelaki yang lebih baik.”

“‘Tapi aku marah Az.Selama ni dia curang pada aku mana aku tak sakit.”

“Sabar Syikin,aku yakin mamat sengal tu nanti akan dapat balasan dia jugak!.Sanggup dia buat kawan aku macam ni.Geramnya aku!”Luah Azhani.

Asyikin tergelak kecil.

“Thanks Az sebab sudi dengar cerita cinta bodoh aku ni.Kau memang ada bila aku perlukan kau.”Senyum Asyikin.Azhani gembira mendengar itu.

“Syikin,kita kan kawan.Bila kau susah aku mestila kena tolong.Dah,malam ni kita lupakan lelaki sengal tu dan jom makan.Ok,kau wajib cakap ye!”

“Baik madam!”

Kemudian mereka berdua ketawa bersama.

“Dah,jom bangun.”

Kata Azhani kemudian mengangkat Asyikin daripada lantai.Mereka berdua menuju ke dapur.

“Kau kata tadi dah hidangkan lauk.Ni nasi pun tak ada dekat atas meja ni.”Kata Asyikin.

Azhani tersengih.Eh? Haah,aku lupa lah pulak.Hehe.

“Haha..aku lupa pasal nasi.Aku hidang lauk je.”

“Kau ni kan.Pergi hidang nasi cepat.Aku dah lapar ni.” Kata Asyikin kemudian berlalu ke ruang tamu.

Azhani mencebik.Ceh,tadi dia beriya-iya sangat tak nak makan.Sekarang ni nak arahkan aku pulak.Asyikin,Asyikin.Cepat benar perangai kau ni berubah ye.Lantas Azhani membuka periuk nasi dan menghidangkannya ke atas meja.

“Az!” Jerit Asyikin.

Terkejut Azhani dibuatnya mendengar jeritan Asyikin daripada ruang tamu.Kemudian dia melihat Asyikin berlari kearahnya

“Kau ni kenapa Asyikin? Menjerit-jerit dekat ruang tamu malam-malam macam ni?”

“Az,aku nampak ada satu kereta dekat luar depan rumah kita.Mencurigakan la!” Kata Asyikin.

“Ha,kereta?!” Azhani terkejut.

“Iye.Cuba kau tengok!”

Kata Asyikin kemudian menarik Azhani sehingga ke ruang tamu dan menyelak sedikit langsir tingkap mereka.

“Cuba kau tengok tu...”Kata Asyikin.

Azhani meneliti dengan betul.Memang benar terdapat sebuah kereta berwarna hitam pakir di hadapan rumah mereka.

“Iye la Asyikin.Siapa agaknya ye?” Soal Azhani.

“Kau tanya aku Az,memang sah la aku tak tau.Entah-entah ‘stalker’ tak?”

“Stalker?! Ish,kau jangan nak takutkan aku boleh tak!”

Bulu roma Azhani sudah meremang.Eiiii,cuaknya aku.

“Mungkin jugak.Kau tau-tau je la aku ni cantikkan.”Puji Asyikin pada dirinya sendiri.

“Huish,kau jangan nak main-main boleh tak! Aku dah seram sejuk ni.”

“Eh?! Tengok tu,orang tu keluar daripada kereta la!”

Mata Azhani dan Asyikin mula fokus pada susuk tubuh yang keluar daripada perut kereta itu.Apabila melihat lelaki yang keluar daripada kereta itu menghampiri pagar rumah mereka.Mereka berdua terkejut.

“Az,itukan suami ‘hot’ kau,Syed Ariff! Ya Allah,dia mesti datang nak jumpa kau.Tak sangkanya! “ Kata Asyikin dengan gembira.

Mata Azhani membulat dan mulutnya hampir ternganga.

“Tak..tak mungkin.Macam mana dia boleh ada dekat sini?!” Kata Azhani tanpa sedar.

“Kau ni Az.Itukan suami kau,pergi la keluar jumpa dia!” Desak Asyikin.

Mustahil! Macam mana Syed Ariff tahu alamat rumah sewa aku ni? Azhani menelan air liur sedalam-dalamnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience