BAB 47

Romance Completed 68960

Tangan Azhani masih teragak-agak hendak memulas tombol pintu rumahnya.Dia menarik nafas panjang sekali lagi.Asyikin pula sudah tersengih lebar.

“Syikin,aku berharap sangat kau boleh berhenti tersengih sebelum aku keluar daripada pintu ni.”Kata Azhani.Meluat pula melihat rakanya gembira semacam.Yang jumpa Syed Ariff nya aku,bukan dia.Pelik betul!

“Az,aku excited ni sebab kau tau tak.Kau dengan suami kau dah lama tak jumpa.Patutnya kau happy bagai.Ini,bukak pintu pun macam tak rela.Kau tak sayang suami kau ek?”Kata Asyikin.

“Aku bukan tak sayang,tapi....”

Kalau Asyikin tahu hal sebenar yang terjadi antara aku dengan Syed Ariff.Mesti minah ni takkan cakap macam ni sekarang.

“Sudah,sudah! Tak payah nak terang dekat aku bagai nak rak.Yang penting kau keluar sekarang jumpa suami kau.Pergi la.”Arah Asyikin kemudian sambung dengan sengihanya.

Dengan hati berbelah bagi,Azhani memulas tombol pintu itu.Belum sempat Azhani langkah keluar,Asyikin telah menolaknya dan tersenyum lebar.

“Good luck my friend.Hehe..” Bisik Asyikin kemudian menutup pintu dengan pantas.

IshAsyikin ni nak halau aku ke apa? Kata hati Azhani.Buat kali ketiga dia menarik nafas sedalam-dalamnya.Dia tidak tahu bagaimana mahu bersemuka dengan Syed Ariff.Dia menghampiri pagar,Azhani melihat Syed Ariff berjalan mundar-mandir dan masih tidak mengetahui kehadiranya.

Syed Ariff resah.Dia takut kalau-kalau Azhani tidak mahu menjumpainya kerana hal petang tadi.Dia berkira-kira hendak memberi salam atau pun tidak dihadapan rumah sewa itu.

“A..abang...”Tutur Azhani perlahan.

“Az?!” Syed Ariff terkejut apabila melihat Azhani sudah berada di hadapanya.

“Macam mana abang tahu alamat rum...”

Tidak sempat Azhani menghabiskan ayatnya secara tiba Syed Ariff memeluknya dengan erat.Terkejut Azhani dibuatnya,nasib baiklah ada pagar rumahnya yang berada di tengah mereka.

“Abang,Lepaslah! Tak malu ke dengan Asyikin ada dekat dalam rumah tu!”

Azhani malu diperlakukan sebegitu.Dia menumbuk-numbuk dada Syed Ariff.Dengan perlahan Syed Ariff merungkaikan tangannya.

“Err..Maafkan abang.” Kata Syed Ariff malu dengan perlakuanya.

Aduhh,dia ni kan agak-agak la jugak.Malunya kalau jiran nampak tadi! Muka Azhani sudah merona merah.

“Az,tolonglah dengar penjelasan abang sebelum...”

Syed Ariff terkejut apabila Azhani mengangkat tanganya.

“Abang,stop.Jangan bincang hal kita dekat sini.Kita bincang dekat tempat lain.Az masuk rumah sekejap ambil jaket” Kata Azhani kemudian berpaling pergi ke pintu.Syed Ariff yang mengerti terus memasuki keretanya dan menghidupkan enjin.

Azhani yang memasuki rumahnya terkejut apabila Asyikin terjegat di hadapan pintu sambil menghulurkan jaket nya kepada Azhani.Azhani tidak menyangka.

“Macam mana kau tahu aku nak ambil jaket?” Soal Azhani.

“Please la Az.Aku tau kau takkan bagi suami kau masuk rumah sebab ada aku.So, aku dah dapat agak korang akan keluar.Nah,ambil cepat!” Kata Asyikin.

“Terima kasih Syikin.”

Balas Azhani dengan senyuman kemudian mengambil huluran jaket itu daripada tangan Asyikin.Selesai memakai jaket Azhani menuju ke pintu.Saat membuka pintu.

“Aku nampak apa yang korang buat tadi.Sweet gila!” Jerit Asyikin berserta ketawanya dan berlalu ke dapur Muka Azhani pula sudah seperti udang kena bakar.Argghh,malunya.Ini semua Syed Ariff punya pasal.

Azhani memasuki kereta Syed Ariff kemudian memakai tali pinggang keledar.

“Az nak pergi mana?”

“Errmm..Restoran mana-mana je lah.”Balas Azhani dengan perlahan.

Kemudian kereta Syed Ariff meluncur di jalanraya.Setibanya mereka di hadapan sebuah restoran,mereka berdua keluar daripada kereta dan memilih meja makan di hujung sekali bersebelahan dengan tingkap untuk lebih privasi.Azhani masih diam melayan perasaanya sementara Syed Ariff telah memesan jus oren untuk mereka berdua.Syed Ariff memandang Azhani yang masih menyepi.

“Az,talk to me something.” Terdengar suara Syed Ariff memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

“Abang nak Az cakap apa.” Kata Azhani masih memandang ke luar tingkap.

“Pandang abang Az.”

Dengan keluhan Azhani memandang wajah suaminya.

“Jadi,apa yang abang nak jelaskan pada Az.”

“Kenapa Az lari daripada abang petang tadi.” Kata Syed Ariff.

Tukar topik la pula mamat ni!

“Az ingat tak bersedia lagi jumpa abang.Az terkejut.”

“Jadi Az lari?”

“Ye.”

“Az,abang risau sangat bila tengok Az lari daripada abang macam tu.”

“Habis kenapa abang tinggalkan Az selama ni! Hampir setahun abang tinggalkan Az,so abang expect Az tak marah?!” Entah mengapa Azhani merasa dirinya menjadi emosional.

“Abang tahu ni semua salah abang sebab lari daripada Az!Tapi Az kena faham,abang sayang Az sebab tu la abang buat macam tu.Abang rasa bersalah sangat sebab abang, Az terlantar dekat hospital.Abang ingat lari daripada Az adalah jalan yang terbaik.Tapi abang silap,sebab abang betul-betul rindukan Az.”

“Lama Az tunggu kenapa abang baru nak balik pada Az sekarang? Abang sedar tak yang kita boleh harungi semua masalah ni bersama!”

“Abang tau abang silap.Tolonglah maafkan abang Az..” Rintih Syed Ariff.

Sungguh hatinya terseksa melihat sikap dingin Azhani kepadanya.

“Az..Azhani tak tau nak cakap apa dengan abang.”

Balas Azhani kemudian memalingkan pandanganya ke tingkap.Air matanya mula menitis.Dia tidak mahu Syed Ariff melihat air matanya.Sejujurnya dia marah kerana amat merindui lelaki itu.

“Az marah abang?”

Azhani menyepi.

“Az,please look at me.”

Azhani tidak berganjak.Dengan lembut Syed Ariff mengambil tangan Azhani dan menciumnya.Terkejut dengan perlakuan itu,dengan pantas Azhani menarik tanganya.Malu kalau orang di restoran akan melihat mereka.

“Abang ni kenapa?!” Marah Azhani.

“Az,tolong maafkan abang.Abang sayang Az dan abang tak nak kehilangan Az lagi.Abang janji akan sentiasa bersama Az lepas ni.Az nak tengok abang jadi gila ke?”

“Boleh je..”

“Az,abang serius!”

“You’r lying.”

“I’m not!”

“Buktikanlah..”

“Ok! Abang panjat meja sekarang!”

Nekad Syed Ariff kemudian bangun daripada kerusi.Azhani yang tidak menyangka cepat-cepat menarik Syed duduk kembali.Ish,gila betul suami aku ni!

“Abang,Az bergurau je la!” Gumam Azhani.Dia mula malu kepada orang restoran yang mula mencurigai perlakuan mereka.

“Tau pun.Tadi kata nak abang jadi gila sangat kan.” Sengih Syed Ariff.Dia gembira Azhani menghalang perbuatanya.Dia tahu isterinya juga merinduinya.

“Kalau abang nak jadi gila sekali pun,jangan la dekat-dekat dengan Az!” Balas Azhani.

“Az menangis sebab abang?”

“Mana ada.”

“Habis ni apa?”

Kata Syed Ariff kemudian mengesat air mata di pipi isterinya.

“Maafkan abang Az?”

“Abang nak Az maafkan abang selepas abang hilang selama 8 bulan ni,macam tu?!”

“Please...Abang sayang Az.”Rayu Syed Ariff.

Azhani melepaskan nafas berat.Dia tahu dia takkan dapat menipu dirinya tentang Syed Ariff.Lambat laun dia akan menyayangi lelaki ini semula.

“Abang kena janji sesuatu.” Kata Azhani.

“Apa dia?”

“Jangan buat benda bodoh macam ni lagi.Az tak suka.”

Syed Ariff tersenyum.Hatinya gembira riang.Dia bersyukur kerana Azhani sanggup memaafkan dirinya.

“Thanks Az!”

Balas Syed Ariff kemudian ingin memeluk isterinya melepaskan rindu sekian lama.Namun Azhani menolak lembut dada suaminya.

“Abang,please.Kita dekat tempat awam.Abang tak malu ke nak peluk Az dekat sini?”

“Boleh je..” Syed Ariff tersenyum nakal.

“Ieee..Malas nak layan orang macam ni!”

Balas Azhani,mukanya merona merah.Syed Ariff ketawa,dia rindu ekspresi muka Azhani.

“isteri abang ni comel la!”

Azhani memalingkan mukanya sekali lagi ke tingkap.Hatinya merasa debaran seperti pertama kali berjumpa dengan Syed Ariff.Namun sebenarnya dalam hati,dia gembira dapat melihat senyuman yang amat dirinduinya.Azhani mengucapkan syukur setinggi-tingginya kepada tuhan.

Syed Ariff mengeluh berat saat keretanya tiba di hadapan rumah sewa isterinya.Azhani yang sudah membuka tali pinggangnya mula hendak membuka pintu kereta.Perbuatannya terhenti apabila Syed Ariff merentap tanganya.

“Apasal abang tarik Az ni? Az nak keluar.” Soal Azhani.

“Az tak rindu abang ek?”

“Kenapa abang cakap macam tu?”

“Habis tu,yang Az nak keluar cepat tu kenapa? Abang masih rindu tau dekat Az walaupun Az sekarang ada dekat depan mata abang.” Syed Ariff membuat nada merajuk.

“Salah abangla, abang tinggalkan Az lama-lama tu sebab apa.Padan muka!” Balas Azhani kemudian mencubit pipi suaminya.Dalam hati sebenarnya Azhani juga mengharap mahu bersama dengan Syed Ariff malam ini.Rindunya masih tidak terubat.Namun dia tidak boleh pentingkan diri,Asyikin dekat dalam rumah tu takkan la nak tinggal macam tu je!

“Az,boleh tak kita lupakan pasal tu.Sekarang ni abang dah ada depan Az,dah kembali pada Az pun.”Lirih Syed Ariff.

Bibir Azhani menguntumkan senyuman.Dia rasa bahagia Syed Ariff mengucapkan ayat itu padanya.

“Abang kata senang la,abang tak tahu macam mana Az rasa semasa abang tinggalkan Az.Huh!”

Syed Ariff tersenyum.

“Az rasa terseksa kan tanpa abang? Mengaku je la.”

“Senyapla.” Azhani malu untuk mengaku perasaanya.

“Az,tolonglah.Jom la balik rumah kita.” Syed Ariff memujuk.

“Malam ni?!”

“Abang sanggup! Jom!”

Azhani memandang wajah Syed Ariff yang penuh harapan.Az pun teringin sangat nak balik rumah kita abang.Kata benaknya.Kemudian,Azhani memegang lembut tangan Syed Ariff.

“Abang,Az pun rindu sangat dekat abang.Lepas berbulan-bulan tak jumpa,abang ingat cukup ke bagi Az tengok wajah abang untuk satu malam ni .Az nak sangat balik rumah kita tapi Az jugak ada hal dekat sini dengan Asyikin.Nanti kalau ada masa yang sesuai Az janji Az akan balik rumah kita balik.” Luah Azhani.

“Tapia abang rindu Az..”Keluh Syed Ariff.Dia mengelus pipi lembut isterinya.

Azhani mengenggam erat tangan suaminya.

“Az rindu abang jugak.Tapi please abang,Az tak boleh tinggalkan barang Az dekat sini macam tu je.”Azhani memandang tepat-tepat mata coklat cair kepunyaan Syed Ariff.

Syed Ariff mengeluh berat buat kali kedua.Dia mahu bersama Azhani.Kalau boleh ingin sahaja dia membawa Azhani kembali ke rumah mereka sekarang.Sudah lama tidak berjumpa,akhirnya pertemuan yang singkat ini sahaja pengubat rindunya selama ini.Syed Ariff sudah merasakan ini suatu ujian bagi naluri lelakinya.

Lalu,dia menarik dan memeluk Azhani.Sungguh berat untuk dilepaskan.Azhani yang terkejut dengan tindakan itu hanya merelakan.Hati wanitanya sudah berdegup seperti lari satu padang.Namun pada waktu yang sama dia rindu belaian itu.

“Janji tau balik rumah kita...”Halus suara Syed Ariff berbaur dengan nada kesedihan.

“Az janji.” Azhani tersenyum.Dia membalas pelukan itu berserta hatinya yang sudah menggebu bunga.

Sehinggalah Azhani tersedar Syed Ariff sudah memeluknya terlalu lama.Hei,suami aku nak lepaskan aku ke tidak?Dah hampir sepuluh minit dia peluk aku ni.Bahaya betul kalau tulang aku tercabut ni!

“Abang,Az rasa dah cukup-cukup la ni abang peluk Az.Az kena masuk rumah ni.”

“Nantila..”

“Mana boleh! Nanti jiran nampak jadi cerita lain pulak.Abang nak ke kita kena tangkap basah dekat sini.Az tak nak!” Balas Azhani.

“Abang rela je.Biar dapat kahwin dengan Az dua kali.Abang suka sangat.”

“Abang,Az serius! Lepaskan Az.”

Azhani yang mula bergelut membuatkan Syed Ariff perlahan-lahan merungkaikan pelukan itu.Muka Syed Ariff masih masam kesedihan.Tatkala satu soalan datang menyingkap ke fikiran Azhani.Eh?Aku lupa nak tanya Syed Ariff macam mana dia dapat alamat rumah sewa aku dari tadi!

“Abang,dari tadi ada satu soalan yang Az nak abang jawab.”

“Apa dia?”

“Macam mana abang dapat alamat rumah sewa Az?Setahu Az.Az tak pernah beri alamat rumah ni dekat abang?”

Syed Ariff tersenyum apabila melihat wajah berkerut isterinya.Azhani tahu Syed Ariff mesti tahu sesuatu.

“Entahlah,memang takdir kut Az takleh lari daripada abang selamanya.”Balas Syed Ariff dengan bersahaja.

“Abang,Az serius ni.Cepat la bagitahu Az.”

“Ok,sebelum tu cuba Az fikir alamat rumah ni Az bagi dekat siapa je?”

“Az bagi dekat ibu,ayah,mak....”

Kemudian Azhani terdiam.jawapanya sudah tersedia dalam akalnya.Datin Fatimah kah? .Syed Ariff pula menjungkitkan keningnya.

“So? Az dapat teka tak?”

“Mak! Mak kan yang bagi abang alamat rumah Az!” Kata Azhani dengan bersungguh-sungguh.Dia yakin Datin Fatimah yang memberi alamat rumahnya kepada Syed Ariff.

“Yup! Az betul.Mak la yang beri abang.Tapi kalau Az nak tahu,sebenarnya mula-mula mak dengan ayah tak nak beri langsung apa-apa maklumat tentang Az pada abang.Mereka marah sangat time tu.”Cerita Syed Ariff.

“Iye ke? Az,tak sangka pulak.Jadi,macam mana abang boleh tau jugak Az tinggal dekat mana?”

“Abang merayu.”Kata Syed Ariff.

Muka Azhani mula kemerahan.Tidak dapat dia bayangkan Syed Ariff sanggup merayu kerana dirinya.

“Abang merayu dekat mak habis-habisan masa tu.Itupun mak macam berat hati dengan abang.Lepas lama-lama tu,barulah mak beri dengan abang.Itu pun mak beri syarat.”

“Syarat?”

“Syaratnya.abang kena janji dengan mak yang abang akan bawa Az dengan abang dekat rumah mak dengan ayah.”Terang Syed Ariff.

Azhani hanya menganggukkan kepalanya.Apabila menyedari dirinya terlalu lama di dalam kereta Syed Ariff,Azhani tersentak melihat jam yang menunjukkan waktu telah lewat malam.Uissh,dah malam sangat ni.Kalau jiran nampak ni bahaya!

“Okla abang,Az keluar dulu ye.”

Kata Azhani kemudian meluru membuka pintu kereta dan keluar menjejak tanah.

“Az,dah lupa ke nak salam abang.”Perli Syed Ariff sambil menghulur tanganya ke luar tingkap.Azhani menepuk dahinya.Aduh,macam mana la boleh terlupa.Kemudian dia menghampiri tingkap kereta itu dan mencium tangan Syed Ariff.Dapat dia merasakan perasaan syahdu menular dalam hatinya.

“Okla,Az masuk dalam du..”

Tidak sempat berkata Syed Ariff buat kali kedua menarik lengan Azhani dan tidak sampai sesaat bibir mereka sudah bertaut.Hati Azhani berdebar.Dia tergamam dengan tindakan Syed Ariff.

“Itulah bayaran Az sebab jauh daripada abang.”Syed Ariff tersenyum nakal.

Muka Azhani merah padam.

“Abang ni pun jangan la buat macam tu dekat luar macam ni! Az tak suka!” Marah Azhani dengan perasaan malu bercampur.Syed Ariff hanya tersengih panjang.

“Jangan lupa tau siap awal pagi esok sebab nanti abang akan jemput Az kita pergi rumah mak dengan ayah.Bye.”

Senyum Syed Ariff kemudian menaikkan cermin tingkapnya dan keretanya sudah meluncur di atas jalanraya.Azhani menyentuh bibirnya.Bahaya betul aku ada suami yang jenis macam ni.Tak tahu malu betul! Nasib baik ini waktu malam,gelap-gelita.Kalau siang hari dia cium aku macam tu memang sah aku kena kahwin dengan dia buat kali kedua.

Kemudian Azhani menggeleng-geleng pula kepalanya.Ish,malas la nak fiir pasal benda tadi.Baik aku masuk rumah tidur sekarang! Lantas,Azhani meluru mengeluarkan kunci kemudian memasuki ke dalam rumahnya.

Daripada tadi,senyuman Syed Ariff tidak pernah lekang daripada bibirnya semasa memandu.Hatinya betul-betul gembira bagaikan dia sudah memiliki dunia ini.Dia bersyukur dia sudah berbaik dengan Azhani dan gadis itu masih merinduinya.Wajah Azhani sudah terbayang sekali lagi di mindanya.Sekali lagi bibirnya mengucapkan syukur.

Langkah sahaja ke dalam rumah,Azhani pelik melihat rumahnya yang samar gelap.Aiik,dah tidur ke Asyikin ni? Kemudian mata Azhani melirik pula pada televisyen yang terpasang di ruang tamu.Dia melihat mata Asyikin tertancap dengan penuh minat pada cerita ‘titanic’ yang disiarkan di televisyen.Azhani tersenyum panjang apabila melihat tisu berselerakan dan dua kotak tisu yang berada di sisi Asyikin sudah habis digunakan.

“Amboii,tengok cerita ‘feeling’ habis minah ni!” Sergah Azhani daripada belakang.

Asyikin yang terkejut cepat-cepat mengusap dadanya.

“Kau ni Azhani,masuk rumah tak bagi salam! Aku ingat hantu mana la yang terkejut kan aku tadi.Huish.”Marah Asyikin manakala Azhani pula hanya tersengih.

“Aku bagi salam dalam hati tadi.Aku ingat kau dah tido,rumah pun gelap je.”

“Aku sengaja tutup lampu,baru ada ‘feel’ nak tengok cerita sedih macam ni.Aku ingat kau balik lambat.Kau pergi makan ke dengan Syed Ariff ke?”

Azhani hanya menganggukkan kepalanya.

“Baguslah,sebab lauk kau masak tadi tu aku dah habiskan.Sorry,ye.Aku lapar.Hehe..”

Asyikin tersenyum mempamerkan barisan giginya.

“Lauk dah habis?! Alhamdulillah,sedap jugak aku masak sampai habis kau makan.Haha..”

“Jangan nak perasan boleh tak.Aku habiskan pun sebab aku lapar.”

“Tapi habis jugak.” Kata Azhani perlahan.Asyikin hanya mencebik kemudian matanya kembali terarah pada siaran di televisyen.Azhani yang tidak ingin mengacau Asyikin menonton televisyen berniat untuk pergi ke tingkat atas.

“Oklah,aku nak tidur dulu.” Kata Azhani sambil menepuk bahu Asyikin.

“Eh,sekejap!”

Azhani menoleh.

“Apa lagi?”

“Ermmm..Kau dah fikir masak-masak?”

“Fikir apa?” Dahi Azhani berkerut.

“Tak ada apa-apa lah.” Balas Asyikin kemudian kembali melihat kaca televisyen.Sedangkan dalam hatinya terdapat satu soalan yang ingin disoalkan kepada Azhani.

Azhani menggelengkan kepalanya.Macam-macam la Asyikin ni.Apa maksud dia dengan fikir masak-masak? Penat untuk berfikir Azhani mengangkat kakinya mendaki tangga kemudian menolak pintu biliknya.Dia membuka jaket Asyikin kemudian merebahkan tubuhnya di atas katil.Satu senyuman terbit di bibir.

Alhamdulillah,terima kasih kepada Allah.Itulah ayat yang boleh diluahkan selepas apa yang terjadi antara dia dengan Syed Ariff.Kini,Azhani sudah belajar satu pelajaran penting dalam hidupnya,kesabaran.Sesungguhnya kesabaran dia menunggu Syed Ariff sudah dibalas oleh Allah.Azhani sedar dia perlu memahami hasrat hatinya sendiri untukmengetahui sesuatu jawapan.Tanpa membuang masa,Azhani bangkit daripada katil kemudian bangun untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat hajat dan sujud syukur.

Pagi itu,Azhani sudah bersiap awal kerana telah berjanji untuk keluar bersama Syed Ariff.Dia menyapu perlahan jem pada roti kemudian matanya memandang Asyikin yang sedang bergegas turun daripada tangga.Asyikin menarik kerusi di meja makan kemudian melabuhkan punggungnya.Asyikin mengambil sekeping roti bakar.

“Kau ni dah lambat pergi kerja ke?” Soal Azhani pelik juga melihat tudung Asyikin yang tidak kemas seperti selalu.

“Aku bukan lambat,cuma hari ni aku kena datang awal daripada bos aku untuk kemaskini kan‘presentation’ dia.” Kata Asyikin.

“Haih,lambat la tu.Semalam tengok movie tak ingat dunia.”

“Ala,bukan salah aku.Siapa suruh cerita ‘titanic’ tu nak tayang malam semalam jugak.”

“Dah,cepat makan.Engkau tu dah lambat tau tak.Bercakap je banyak.” Kata Azhani kemudian memberikan rotinya yang telah diletakkan jem pada Asyikin.

“Thanks.”Balas Asyikin kemudian menyambut roti itu daripada Azhani.

“Kau pulak.Cuti lagi Az?” Soal Asyikin kemudian memasukkan roti kedalam mulut.

“Hari ni last day.Esok aku kerja balik.”

“Biar aku teka.Hari ni kau nak keluar dengan suami kesayangan kau tu kan?”

“Suka hati aku la!”

“Ha,betul la tu anggapan aku.Aww,so sweet~” Sengih Asyikin.

“Sudah la,kau ni banyak cakap tau.Pergi kerja cepat!” Desak Azhani.Dia malas untuk membuka topik tentang Syed Ariff dengan Asyikin.Nanti minah tu mula cakap benda merapu pulak.

“Iyerla.Aku keluar la ni.”

Kata Asyikin kemudian mengambil kunci keretanya dan pergi ke muka pintu.

“Bye mak datin.Bergembira la ye ‘dating’ dengan cik abang kau tu! Haha..”

Jerit Asyikin bersama tawanya kemudian menutup pintu rumah.

“Heii,aku ni tak masuk label sebagai datin lagi tau!” Jerit Azhani namun bayang Asyikin telah memasuki keretanya daripada luar.

Isshh,geram betul dengan Asyikin ni! Azhani mengetap bibir.Tidak mahu membuang masa,Azhani cepat-cepat mengemas meja makannya dan mecuci pinggan takut jikalau Syed Ariff datang awal daripada apa yang disangkanya.Selesai mencuci pinggan,Azhani terdengar bunyi telefon bimbitnya bergetar.Satu mesej tiba.

Sayang,abang dekat luar.

-Syed Ariff.

Azhani tersenyum membaca mesej itu dan meluru ke tingkap lantas menyelak kain langsir.Dia dapat melihat kereta Syed Ariff berada di luar rumahnya.Mamat ni kalau aku fikir sikit je mesti dah tiba,panjang umur betul.Lantas Azhani menutup suis di dapurnya dan membuka pintu rumah.Dia memakai sandalnya lalu membuka pagar dan menghampiri kereta berwarna hitam itu.Azhani mengetuk tingkap kereta Syed Ariff.Cermin kereta di turunkan bawah.

“Assalammualaikum.Abang,awalnya sampai?”

“Salah ke abang datang awal?” Senyum Syed Ariff.

Mamat ni,aku kata soalan dia balas dengan soalan.Azhani mencebik.Malas untuk bertikam lidah,Azhani terus masuk ke dalam perut kereta lalu memakai tali pinggang keledar.

“Kita nak terus pergi rumah mak dengan ayah ke? Az tak sabar nak jumpa diorang.” Kata Azhani dengan riang.Walaupun sering melawat mereka,namun kasihnya sentiasa bertambah dari hari ke hari.

“Nope.” Balas Syed Ariff dengan spontan.Azhani terkejut.

“Semalam bukan abang cakap nak pergi rumah mak dengan ayah ke? Habis kita nak buat apa ni?”

“Hari ni,memang la kita akan pergi ke rumah mak dengan ayah.Tapi abang nak makan dengan Az dulu.I don’t eat breakfast yet.”

“Tak sarapan lagi? Lain kali jangan la datang awal-awal kalau tak sarapan.Membazir duit je makan dekat luar nanti.”

“Kenapa? Az risau pasal abang ek?” Duga Syed Ariff.

Azhani merenung tajam.Orang tengah cakap serius ni dia main-main pulak!

“Sebenarnya abang sengaja tak nak breakfast hari ni.Abang nak makan dengan isteri abang yang seorang ni.” Terang Syed Ariff.

“Lain kali abang makan je la,tak payah susah payah nak makan dengan Az.Az takut abang lapar nanti..”

“Az,i just want to eat breakfast with my wife.Is that wrong?”

Azhani mengalah.Tak mungkin dia akan menang kalau bercakap dengan suami dia yang bertuah ni.Azhani hanya tersenyum.

“Fine.Kita makan dulu,ok.Puas hati?:

Syed Ariff tersenyum kemudian mencium tangan isterinya.Muka Azhani sudah tersedia ‘blusher’ tidak terbayar dengan perlakuan Syed Ariff yang terlebih romantik pagi ini.

“Very satisfied! “

Kata Syed Ariff kemudian keretanya menuju ke sebuah restoran.

Syed Ariff memesan hidangan nasi goreng untuk dirinya manakala Azhani hanya memesan teh tarik kerana dia sudah bersarapan pagi tadi.

“Betul ni Az tak nak makan?”

“Abang,Az dah sarapan dekat rumah tadi.Pesan air pun cukupla.”

“Ok.”

Balas Syed Ariff kemudian memandang pelayan restoran yang mencatit pesanan mereka.

“Saya nak satu nasi goreng dengan dua teh tarik.Itu je.”

Pelayan itu menganggukkan kepalanya kemudian beredar pergi ke meja lain.Sementara menunggu,Azhani merenung wajah Syed Ariff sedalam-dalamnya membuatkan wajah Syed Ariff berkerut.Ada sesuatu ke dekat muka aku?

“Kenapa Az pandang abang macam tu?”

Azhani tidak menjawab malah menyambung renungan dalamnya.

“Az,stop! Abang tak suka Az renung abang macam tu.”

“Hmmm....” Azhani masih tidak mengalah.

Syed Ariff yang tidak tahan dengan perangai isterinya terus menarik pipi Azhani membuatkan Azhani mendengus.

“Sakitla bang!”

‘Siapa suruh tak nak dengar cakap abang.Ha,renung la lagi! Lelaki depan Az ni kan memang ‘handsome’.” Syed Ariff ketawa.Azhani pula menepuk tangan Syed Ariff supaya berhenti menarik pipinya.

“Ieee..Perasan! Siapa kata dia handsome.”

“Ooo..Tak handsome ye.” Syed Ariff masih menarik-narik pipi isterinya.

“Ok,ok! Abang handsome,Az give up.Sekarang lepaskan pipi Az.Dah merahla”

Marah Azhani.Syed Ariff pula mula melepaskan pipi isterinya yang kemerah-merahan.

“Abang ni jahat.Apa salah pipi Az.Kesian pipi Az..”Muncung Azhani.

“Siapa suruh tenung abang macam tu.Az fikir apa sebenarnya ni?” Soal Syed Ariff.Bingung juga dengan perlakuan isterinya.Syed Ariff dapat mendengar keluhan Azhani sebelum berkata.

“Sebenarnya,Az terfikir jugak tadi.Semasa abang menghilangkan diri daripada Az,abang pergi mana sebenarnya?”

“Kenapa Az fikir macam tu?”

“Entahla.Tapi Az tengok abang lain sangat daripada yang sebelum ni.Maksud Az kulit abang makin putih dan rambut abang pulak...Errmm..Susah la Az nak cakap!”

“So Az rasa abang menghilangkan diri dekat mana?” Kening Syed Ariff terangkat dan melihat wajah Azhani.Azhani pula tidak menyangka Syed Ariff akan menyoalnya soal sebegitu.Padahal dialah orang yang ingin tahu sekali tentang jawapan kepada soalan Syed Ariff.Azhani cuba memerah otaknya.

“Az tak pasti.Tapi yang Az tahu bukan dalam negeri ni kan?”

“Why?”

“Because you’r skin so white than usually.It’s impossible around here..”

“You’r genius,Az”

Kata Syed Ariff membuatkan mata Azhani membulat.Jadi betul lah dia pergi ke luar negara?!

“Seriously!” Azhani masih tidak percaya.

Syed Ariff hanya menganggukkan kepalanya.

“Sampai luar negara abang menghilang? Abang pergi mana?”

Kata Azhani.Dia teringat pula penipuan dia pada Asyikin dahulu tentang Syed Ariff pergi ke Jordan.Well,sekurang-kurangnya aku betul tentang Syed Ariff pergi ke luar negara.Aku tak ada la tipu minah tu sangat.Heheh..

“Abang pergi ke London.Abang duduk dekat Loughborough,universiti tempat abang belajar dulu.Abang dah lama tak pergi ke sana,sebab itu la abang ingat itu je la tempat yang boleh tenangkan fikiran abang.”Luah Syed Ariff.

Terdetik juga Azhani bahawa selama ini dia tidak pernah mengetahui apa-apa tentang suaminya.

“Abang tinggal dengan siapa? Seorang diri?”

“Abang tinggal dengan kawan lama abang,Mike dengan isterinya.Mereka baik sangat sebab sanggup tumpangkan abang tidur dekat rumah mereka pada masa yang lama.”

“Jadi,abang dapat ketenangan ke dekat sana?” Kata Azhani.Hatinya penuh rasa ingin tahu.

“Pada mulanya,abang betul-betul rasa tenang.Mungkin sebab abang fikir,bila jauh dengan Az jadi abang dapat lindung Az daripada masalah yang abang buat.”

Hati Azhani berdegup kencang.

“Tapi,bila masa berlalu.Abang asyik fikir macam mana keadaan Az dekat sini.Az sihat ke tak? Sejak tu abang tersedar yang abang selalu risau pasal Az.Dari awal lagi sebenarnya tenang yang abang dapat adalah sementara.Abang mula rasa lari daripada Az adalah kesalahan besar yang abang pernah buat.Jauh daripada Az hanya membuatkan abang rindu dan sayang Az dengan lebih mendalam.You really special to me,Az” Ucap Syed Ariff dengan penuh kasih.

Azhani tidak terkata.Hanya senyuman yang berputik ikhlas daripada hati yang dapat Azhani hadiahkan terhadap ucapan indah Syed Ariff.Hatinya sejujurnya gembira dan tidak dapat diluahkan dengan kata.Syed Ariff merenung wajah isterinya mengerti erti senyuman tulen Azhani.Syed Ariff hanya dapat mengucapkan.

“Terima kasih.”

Mereka berdua bertatapan sehingga makanan yang mereka pesan sudah tiba di atas meja.Azhani membiarkan Syed Ariff yang kelaparan menjamu selera manakala Azhani pula merenung pandangan luar dengan hati berbunga.

Tiba sahaja di rumah ibu bapa mentua Azhani,Datin Fatimah lah insan yang paling bahagia menjemput anak dan menantu kesayanganya ke dalam rumah.Datin Fatimah tidak berhenti mengucapkan syukur yang meniti di bibirnya kerana masalah diantara mereka akhirnya dapat disatukan.Mereka sekeluarga bersantai di ruang tamu.

“Ya Allah,mak gembira sangat tengok Ariff dengan Az rapat macam ni.Mak betul-betul terharu!” Kata Datin Fatimah menggambarkan kegembiraanya.Datuk Mazlan tergelak kecil.

“Sudahlah mah,jangan emosional sangat.Ini semua atas kuasa Allah mereka bersatu.”Kata Datuk Mazlan.

“Mah gembira sangat bang..” Datin Fatimah memegang lengan suaminya.

Azhani dan Syed Ariff tersenyum memandang wajah masing-masing.Mereka tidak menyangka perkara ini akan menggembirakan hati Datin Fatimah sampai begitu sekali.Tercalit rasa bersyukur dalam diri mereka.

“Mak,ini semua berkat doa mak yang ingin menyatukan Az dengan abang Ariff.Az tetap akan jadi menantu mak sampai bila-bila.”

Datin Fatimah memeluk erat menantunya manakala Datuk Mazlan pula menepuk bahu anak lelaki kesayanganya.

“Ingat Ariff.Lain kali jangan buat perkara macam ni lagi.Ayah dah cakap apa yang berlaku ni bukan salah Ariff,ingat tu.” Nasihat Datuk Mazlan.

“Ariff faham ayah.Ariff rasa bodoh sebab tak dengar betul-betul nasihat ayah masa tu.Ariff terlalu ‘frust’.”

“Sudah,apa yang dah lepas kita biarkan lepas.Yang penting sekarang kamu sentiasa di sisi Azhani dan itu membuatkan ayah bangga dengan kamu.”

“Mak pun bangga sebab Ariff dapat buat keputusan yang betul.”Kata Datin Fatimah.

“Terima kasih ayah,mak .” Balas Syed Ariff

Datin Fatimah tersenyum memandang Azhani.

“Oklah,kalau macam tu.Mak dah buatkan kuih khas untuk korang berdua.Mak nak pergi ke dapur sekejap.” Kata Datin Fatimah kemudian berlalu ke dapur.

“Bang! Ke sini sekejap!” Laung Datin Fatimah memanggil suaminya.Datuk Mazlan pun menuju ke dapur.

“Az seronok tengok mak dengan ayah gembira sangat tentang kita,bang.”

“Abang akan sentiasa dengan Az.”

Azhani tersenyum memandang Syed Ariff apabila mendengar kata itu.Pegangan tangan mereka dieratkan tanpa disedari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience