BAB 35

Romance Completed 68960

Jarum jam sudah menunjukkan angka 11 malam.Azhani memandang pintu bilik pejabat Syed Ariff dengan pelik.Apa suami aku buat dalam bilik tu ? Dari tadi tak keluar-keluar.Azhani yang menunggu Syed Ariff keluar daripada bilik untuk makan malam sejak pukul 9 malam tadi mula bengang.Dia sibuk ke? Azhani menuju ke hadapan pintu pejabat Syed Ariff.Dia berkira-kira untuk mengetuk pintu itu atau tidak.

Ketukan di pintu itu mengalihkan pandangan Syed Ariff yang sedang sibuk membuat data syarikat.”Abang,boleh Az masuk.”Kedengaran suara Az di luar pintu.Syed Ariff tersenyum.”Masukla Az.”Pintu tebuka dan terpacul wajah Azhani.Syed Ariff tersenyum lagi.Melihat wajah isterinya bagai menghilangkan semua tekanan di otaknya.Azhani berdiri di sisi Syed Ariff.Dia melihat wajah Syed Ariff seperti serabut dengan kerjanya.

“Abang tak nak makan ke? “Soal Azhani.

“Abang nak.But,i want to finish my job first.Sayang belum makan ke?”

“Az?. Oh,Az tak makan lagi.Az nak tunggu abang.”Jawab Azhani.

“Sayang,please jangan tunggu abang.Abang lama lagi nak settlekan kerja ni.Sayang makan dulu ok.”Lembut suara Syed Ariff.Azhani terus duduk di kerusi hadapan Syed Ariff.”Tak nak! Az nak tunggu abang jugak.Tak apa bang,abang buat kerja abang.Biar Azhani tunggu.Ok.” Azhani tersengih.”Betul ni sayang tak lapar? Sanggup tunggu abang? “Duga Syed Ariff.”Yup.Azhani tunggu.”

Syed Ariff senyum.”Thanks sayang.”Azhani hanya membalas senyuman.Syed Ariff kembali menyambung kerjanya.Azhani melihat semua fail,kertas dan presentation yang berlambak di atas kerja.Kesiannya suami aku,banyak betul kerja yang dia kena buat.Azhani merenung Syed Ariff membuat plan di atas kertas.

“Abang..”Panggil Azhani.

“Ye,sayang.”

“Syarikat ayah ada musuh ke?” Soal Azhani tanpa berfikir.Entah kenapa soalan itu timbul di otaknya.

“Kenapa sayang soal macam tu ?”Pelik Syed Ariff.

“Entahla.Sengaja Az nak tau.”

“Ok.Maksud sayang musuh yang macam mana.”

“Ala,musuhla.Azhani selalu tengok drama kalau syarikat tu mesti ada musuh.Musuh syarikat la katakan.Ayah ada musuh syarikat ke bang?” Soal Azhani lagi.

“Hmm.Sayang banyak sangat tengok drama kot.” Balas Syed Ariff.

“Abang,Az serius ni.” Desak Azhani.

Syed Ariff meletakkan pen nya.Dia merenung wajah Azhani.Pelik-pelik jerla yang disoal isteri aku ni.”Cepatla bang.Ada ke tak?” Gesa Azhani.

“Abang tak tahu sangat.Tapi ayah ada kata dekat abang ada satu syarikat ni selalu sabotaj Company Mazlan Holding.”Kata Syed Ariff.

“Sabotaj? “

Syed Ariff menganggukkan kepalanya.”Bukan sabotaj je.Banyak jugak perkara buruk yang diorang buat.Diorang ni dikatakan selalu iri hati dengan syarikat ayah.Diorang selalu upah pekerja samaran supaya tukar data-data syarikat ayah.Nasib baik ayah selalu dapat kesan.”

“Syarikat apa tu bang ?”Azhani mula rasa ingin tahu.

“ Nama syarikat tu Sinar Jaya Company.Sebenarnya,syarikat tu pernah buat urusan perniagaan dengan ayah.Tapi ayah tolak.Mungkin sebab tu kot diorang berdendam.”Terang Syed Ariff.

“Habis,kenapa ayah tolak ?”

“Abang tak pasti,tapi ayah ada cakap yang syarikat diorang tu ada hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.So,sebab tu la ayah tolak tawaran diorang.Plus,pemilik syarikat tu pun berbangsa Cina.Tak silap abang nama dia Meng Kong kot.”Kata Syed Ariff.

“Ooo..Macam tu.”Azhani menganggukkan kepalanya seakan mengerti.Banyak jugak ye konflik company ayah mertua aku.Tak sangka syarikat ayah mertua aku pun ada musuh macam dalam dekat tv tu.Nasib baikla ayah mertua aku tu bijak.Plus,suami aku sekali.Heheh..

“Yang sayang nak tau semua benda ni kenapa?”Kening Syed Ariff terangkat.

“Ala,takkan la Az nak tau pun salah.”Azhani memuncungkan mulutnya.

Syed Ariff ketawa.Haih,comel pulak isteri aku ni.

“Az,sementara abang siapkan data ni.Sayang dudukla dulu dekat sofa sana,ok.”

“Ok.”Azhani terus menuju di sofa yang berada di sudut bilik dan merebahkan punggungnya di sofa yang lembut itu.Wah,lembutnya sofa ni.Aku suka.Mulut Azhani menguap.Kemudian dia melentokkan kepalanya sedikit di sofa.Hmm..Nampaknya lama lagi kerja suami aku ni nak habis.

Dua jam setengah kemudian...

Syed Ariff menyandarkan badannya di kerusi kemudian mengeliat panjang.Fuh,habis jugak kerja aku.Dia menyusun semula fail dan kertas pembentanganya di meja.Kemudian dia memandang jam di dinding.Sudah pukul 12.29 malam.Wah,lama jugak aku siapkan data syarikat ni.Kemudian dia mengalihkan pandanganya di sudut bilik.Syed Ariff tersenyum melihat Azhani yang tidur nyenyak di sofa.Dia menghampiri Azhani.Kata je nak tunggu,tapi tidur jugak minah ni.Syed Ariff mencempung tubuh Azhani keluar daripada bilik.Boleh tahan ringan jugak ye badan isteri aku ni.Syed Ariff mendaki tangga ke atas.Nasib baik pintu bilik mereka sudah terbuka,kalau tidak.

Syed Ariff meletakkan tubuh Azhani di atas katil kemudian menyelimutkan badannya sehingga paras dada.Azhani mengeliat kecil kemudian mengiring ke kanan.Syed Ariff merebahkan tubuhnya di sisi Azhani.Dia memandang wajah itu dengan penuh kasih.Kemudian dia mencium dahi Azhani lama.”Thanks sayang.”Ucap Syed Ariff lalu melelapkan matanya.

“Baik mak,nanti Az dengan abang Ariff datang ye.Waalaikummussalam.”Azhani mematikan talian telefonnya.Pagi itu,selepas Azhani membuat panggilan untuk ibunya di kampung,dia bingkas bangun keluar dari bilik lantas pergi ke dapur untuk membuat secawan kopi untuk Syed Ariff.Sebenarnya nak bodek suami aku sikit sebab nak balik kampung.Azhani tersengih.Dia teringat akan perbualannya bersama Mak Cik Yah pagi tadi.Dengar suara ibunya yang serak-serak membuatkan dia rindu kasih seorang ibu.Hatinya sudah nekad untuk pulang ke kampung pada hari ini juga.Azhani membawa dulang itu ke ruang tamu kemudian mencari-cari kelibat suaminya.Eh,mana pulak mamat ni? Azhani pergi ke halaman luar.Laa..Tengah baca suratkhabar dekat tepi kolam ikan rupanya.Azhani menghampiri Syed Ariff.

“Abang nak kopi?” Sapa Azhani lembut kemudian tersenyum kearah suaminya.Muka Syed Ariff berkerut.Azhani meletakkan dulang itu ke bawah kemudian memberikan secawan kopi itu kepada Syed Ariff.Syed Ariff melipat surat khabarnya kemudian mencapai cawan itu.Dia menghirup kopi itu perlahan.Emm,sedap jugak kopi yang isteri aku buat ni.Azhani tersenyum apabila melihat Syed Ariff meminum kopinya sehingga separuh.”Sedap tak bang?” Soal Azhani.”Sedap.Abang suka betul dengan kopi Az.Tapi kenapa tetiba jer Az buatkan kopi untuk abang.”Syed Ariff mengesan sesuatu.Azhani tersenyum.”Saja je,tak boleh ke?”.Jawab Azhani.”Abang rasa Az ni macam nakkan sesuatu je.”Syed Ariff memandang wajah isterinya.Macam ada udang sebalik batu.”Abang ni,suka sangat fikir Azhani macam tu.Minum je la kopi tu.”Gesa Azhani.

Syed Ariff hanya menjongketkan bahu dan menyambung minum kopinya.”Ermm..abang..”Azhani bersuara lembut sambil bermain-main dengan jari Syed Ariff.Ha,gerenti bini aku ni nakkan sesuatu ni!Getus hati Syed Ariff.”Az,abang tau sangat Az nakkan sesuatu.Don’t make thing complicated ,okay.”Kata Syed Ariff.Azhani tersengih-sengih.Ish,suami aku ni dah tau pulak plan aku nak bodek dia.”Errmm...sebenarnya kan bang,boleh tak kalau kita balik rumah mak dekat kampung.Az rindu la dekat mak.”Tutur Azhani perlahan.”Nak balik rumah mak? Hari ni jugak?”Soal Syed Ariff.”Iyerla,tak boleh ke bang? Ala bang,please...Az rindu sangat dekat mak ni.”Azhani merayu.

“Bukan tak boleh.Tapi,petang nanti abang ada meeting dengan client dekat syarikat ayah.”Kata Syed Ariff.Azhani hampa mendengar jawapan daripada mulut Syed Ariff.Serta merta mukanya berubah musam.”Tak apa la bang kalau abang sibuk.”Jawab Azhani.Syed Ariff tersenyum melihat reaksi isterinya.Ini mesti kes nak merajuk ni.Heheh..

“Az..”Panggil Syed Ariff.

“Apa dia.”Jawab Azhani laju.Ha,kan aku dah agak.Minah ni mesti merajuk punya.Syed Ariff memegang kedua belah tangan isterinya.”Sayang merajuk dengan abang ek?”Kata Syed Ariff.”Mana ada.Abang kan sibuk,takkan la Az nak paksa pulak.”Balas Azhani. Azhani memalingkan mukanya.Syed Ariff menarik muka isterinya.”Az.Az betul-betul nak balik rumah mak ke?”.Azhani mengangukkan kepalanya.Syed Ariff tersenyum.”Sayang,you know what.I can cancel the meeting.It’s that make you happy?”

Azhani terus memalingkan mukanya menghadap Syed Ariff.Hilang terus segala rajuknya.”Betul ke bang?! Abang nak cancel meeting abang?”Tanya Azhani gembira. Syed Ariff menganggukkan kepalanya.”Yup.siapa lagi kalau bukan untuk isteri abang yang comel ni.”Syed Ariff mencuit hidung isterinya.”Yaay!Thanks abang.Az sayang abang.”Azhani memeluk suaminya dengan kegembiraan.Bestnye,dapat balik kampung!

Tiba sahaja kereta Syed Ariff di perkarangan rumah Mak Cik Yah.Azhani terus keluar daripada kereta dan meluru ke emaknya.Syed Ariff keluar daripada kereta sambil tersenyum.Rindu sangat la tu dengan maknya.Cik Yah yang melihat anaknya turun daripada kereta terus memberhentikan tugasnya menyapu daun di tanah.”Ha,datang pun kamu Azhani.Eh,Ariff pun ada sekali?”Soal Mak Cik Yah.Syed Ariff menyalami tangan ibu mertuanya.”Ha’ah mak.Ariff pun ingat nak datang sekali jenguk-jenguk mak sekejap.”Jawab Syed Ariff.”Bagusla kalau Ariff ada sekali.Gembira hati mak.”Senyum Mak Cik Yah.Azhani memeluk ibunya erat.”Mak! Rindu betul Azhani dengan mak.”Kata Azhani.Mak Cik Yah tersenyum lebar.”Mak pun rindu dengan Az jugak.Nasib baik Az datang jenguk mak ye.”Kata Mak Cik Yah.”Mak,mak janganla cakap macam tu.Insyaallah setiap bulan Az akan cuba lawat mak.”Terang Az.

Sejuk hati Mak Cik Yah mendengar jawapan dari mulut anaknya.”Iyerlah,mak percaya.Sekarang,Azhani dengan Ariff pergi bawak barang masuk dalam bilik dulu.Nanti mak buatkan kuih.”Kata Mak Cik Yah.Gembira hati Azhani.Wah,dah lama jugak aku tak makan kuih buatan tangan mak,seronoknya! .”Baiklah mak.”Jawab Syed Ariff.”Sayang,tolong abang jap ambik barang dekat dalam bonet.”Panggil Syed Ariff.”Ok,bang.”Azhani meluru ke suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience