BAB 16

Romance Completed 68960

Dua hari telah berlalu sejak peristiwa mabuk Syed Ariff.Hubungan Azhani dan Syed Ariff masih dingin.Setiap hari mereka akan melakukan hal mereka masing-masing.Kesannya,rasa rindu mula terbit di hati masing-masing.Syed Ariff masih buntu cara untuk menegur Azhani.Sikap Azhani yang mula kerap keluar rumah dengan Lia mula membingungkan Syed Ariff.

Pada tengahari, Azhani sedang menyiapkan assignmentnya di dalam bilik.Tiba-tiba telefonnya bergegar tanda mesej masuk.Azhani mengambil telefonnya dan mula membaca sms daripada Harris.Inilah kali pertama lelaki itu menghantar sms daripadanya walaupun Harris kerap menelefon Azhani sejak mereka berdua bertukar nombor telefon.Mamat ni nak apa lagi.Tak cukup-cukup ke dia telefon aku setiap hari.Azhani mengeluh.

Saya akan tunggu awak di restoran Nando’s pukul 12 hari ni.Tolong datang ye

-Harris

Azhani melihat jam tangannya.Pukul 11.36 minit.Baik aku siap awal.Walaupun restoran tu jauh sikit dari rumah aku.Ala..malas pulak aku nak keluar hari ni.Selepas selesai bersiap.Azhani keluar dari bilik.Dia melihat Syed Ariff sedang menaip laptopnya di meja dapur.Syed Ariff juga terlihat Azhani.Tanpa menghiraukan Syed Ariff,Azhani meneruskan langkahnya ke pintu.”Kau nak pergi mana.”Syed Ariff menegurnya tetapi masih meneruskan kerjanya di laptop.Azhani berpaling memandang Syed Ariff.Dalam hati Azhani terkejut.Wah,baru sekarang lelaki ni nak tegur aku.”Saya nak keluar.Mungkin saya balik lewat sikit.”Jawab Azhani.

“Erm.Ok.”Syed Ariff masih meneruskan kerjanya di laptop.Azhani pula terus berlalu ke pintu.Selepas Azhani keluar,Syed Ariff terus menutup laptopnya dan mengintai tingkap di luar.Dia melihat Azhani mula meninggalkan perkarangan rumahnya.Lantas Syed Ariff terus pergi ke bilik menukar pakaianya dan mengambil kunci keretanya.Hari ni aku mesti tengok minah tu pergi mana.Tekad Syed Ariff.Kemudian keluar daripada rumah banglo itu.

Azhani tiba di restoran Nando’s pada pukul 12.15 minit.Agak lewat sedikit.Kemudian dia terlihat Harris melambai-lambaikan tanganya.Harris duduk di hujung restoran di tepi tingkap.

“Maaf saya lambat.Rumah saya jauh sikit dari kawasan ni.”Azhani menarik kerusi.

“Takpe.Janji awak datang.”Harris tersenyum lebar.Wah,apasal lelaki ni ceria sangat hari ni?.

“Nah!”.

Tidak sampai sesaat,pandangan Azhani sudah dihiasi dengan sejambak bunga ros merah membuatkan Azhani terkedu.”Tadi saya lalu dekat depan kedai Florist.Saya teringatkan awak jadi saya belilah.”Kata Harris.”Ambillah.Saya ikhlas tau.”.Bunga itu sungguh cantik di mata Azhani.Azhani teragak-agak untuk mengambil bunga itu daripada tangan Harris.Namun diambil jua.”Thanks.Its such a lovely flowers.Wangi pulak tu.”Azhani tersenyum.”Saya gembira awak suka”.

“So,kenapa awak nak jumpa saya ni?.”Azhani memulakan perbualan.

“Sengaja.Saya rasa bosan sikit hari ni.So,ape kata kita berdua jalan-jalan nak.”Mata Harris mula bersinar.

Azhani terdiam.Macam mana ni?Aku dah janji dengan Lia nak keluar dengan dia hari ni!.”Saya tahu hari ni awak kena keluar dengan kawan baik awak Lia kan.Takpe,Kita ajakla dia join sekali.”Azhani terkejut.Bagaikan lelaki itu tahu apa yang ada difikirannya.”O..ok.Boleh jugak.”Azhani tersenyum.”Saya hantar awak ke rumah Lia ye?.”Harris berkata.”Ok.”

Kemudian mereka berdua jalan beriringan ke parkir kereta Harris.Harris membuka kereta untuk Azhani.Tidak sempat Azhani memasuki kereta tesebut ,secara mengejut tangan Azhani direntap kasar oleh seseorang.Syed Ariff?!.Muka Azhani pucat.Takkanlah lelaki ni ekori aku dari rumah?Harris terkejut.”Jom balik!.”Syed Ariff menarik Azhani.Muka lelaki itu nampak sungguh tegang sekali.Harris menahan perbuatan Syed Ariff.”Hey,awak ni siapa?.Apa kaitan awak dengan Azhani?.”Azhani pula bergelut dengan Syed Ariff untuk melepaskan tanganya.”Ish,lepaslah”.Namun pegangan Syed Ariff sungguh kuat.”Kau jangan bising!Kita balik rumah sekarang jugak!”.Syed Ariff terus menarik Azhani.”Rumah?.Apa yang awak cakap ni?.Baik awak lepaskan Azhani sekarang.”Harris mula berang.Kemudian Syed Ariff berpaling ke Harris.Mereka berdua berpandangan tajam sekali.Lantas Syed Ariff menunjukkan cincin di jari manisnya.”Perempuan ni isteri aku.Dia hak aku.Jadi,baik kau senyap sekarang sebelum aku hilang kawalan.”Syed Ariff marah.Harris terkejut.Bagai ada petir memanah hatinya.Kemudian Syed Ariff terus menarik Azhani di kereta.Azhani memandang Harris dengan sayu.”Maafkan saya..”.Harris terkedu.

Semasa perjalanan di dalam kereta.Mereka berdua menyepi.Masing-masing dalam perasaan bengang.Syed Ariff masih tidak dapat melupakan apa yang dilihatnya tadi.Perasaanya membara saat melihat Azhani melangkah di dalam restoran untuk menjumpai Harris.Apatah lagi lelaki itu memberi bunga pada Azhani,mencampurkan lagi garam di luka hatinya.

Apabila tiba di rumah,Azhani mula memarahi Syed Ariff.”Saya tak percaya awak ekori saya dan buat Harris macam tu! Apa masalah awak ni ha?!.”.Syed Ariff berpaling kepada Azhani.”Jadi lelaki tu ada nama la sekarang.So setiap hari kau keluar untuk jumpa jantan tu la ye!.”Syed Ariff pun menghamburkan amarahnya.

“Awak dah salah faham,ini kali pertama saya keluar berjumpa dengan Harris.Tapi yang saya tak faham kenapa awak ekori saya!.Awak cemburu ke?”

“Itu bukan masalahnya sekarang.Yang penting kau keluar untuk jumpa dia dan aku tak suka.Aku larang kau keluar dengan dia!.Faham!.”Mata Syed Ariff mencerlung.

“Saya takkan ikut kata awak!”.Azhani berpaling dari Syed Ariff.Tiba-tiba ketawa Syed Ariff kedengaran di telinga Azhani.Azhani terkejut.

“Kau ada hak ke untuk lawan cakap suami.”Syed Ariff tersenyum sinis.

“Awak tak boleh buat saya macam ni!.”Azhani tidak berpuas hati.

“Aku suami kau jadi dengar arahan aku!.”

Azhani terasa bagaikan dirinya ditindas oleh Syed Ariff.Syed Ariff berani menggunakan haknya sebagai suami untuk menyekat kebebasannya.”Cukup.Mulai sekarang saya tak nak cakap dengan awak lagi!”Syed Ariff terkejut.Azhani menghempas pintu biliknya dan mengunci pintu.Dia bagaikan tidak percaya Syed Ariff akan berkelakuan sampai begitu sekali.Amarahnya menggunung.Lelaki itu cemburu ke?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience