BAB 12

Romance Completed 68960

“Eh,kau nak kahwin dengan Syed Ariff?!.”Lia terkejut bagaikan tidak percaya apa yang baru didengarinya.Petang itu Azhani singgah di rumah Lia dan menceritakan segalanya dari A sehingga Z.”Ko tengok muka aku,aku serius ke atau main-main.”Azhani berkata mempamerkan wajah gusarnya.”Azhani,kau tau tak perkara ni bukan main-main.Kenapa kau tak tolak je?.”Lia menyoal.”A..aku cuba nak tolak,lepastu bila aku tengok je muka datuk.Aku tak tau nak buat apa!.”Azhani makin pening kepala.Lia mengeluh dan menggeleng-gelengkan kepala.Huh,macam-macam masalah menimpa sahabat aku ni.”Sanggup ke kau jadi isteri kepada lelaki macamtu.Sifat dia pun kau taktau.”

“Itula,kenapala aku ni bodoh sangat cakap macamtu dekat datuk!.”Azhani menekup tapak tangan ke wajahnya.Dia sudah tidak tahu untuk membuat apa-apa.Otaknya seakan-akan susah berfikir.Lia meletakkan tangan di atas bahu sahabatnya,cuba memberi sokongan.”Huh,macamnila Azhani.Cuba kau berjumpa balik dengan mamat tu suruh dia lupakan semua idea gila ni.Mungkin kalau kau berunding sikit mamat tu akan pertimbangkan kata kau.”Lia memberi idea.Azhani memandang Lia.”Masalahnya Lia,aku betul-betul dah tak boleh tarik balik.Sebab aku la yang dah cakap kat datuk semuanya,nanti datuk kata apa pulak.”

“So,kau nak buat apa sekarang?.”

“Entahlah Lia.Benda dah jadi,aku rasa aku patut terima semua ni dengan reda.”Azhani mula putus asa.

“Sabarla Azhani,aku rasa semua ni mesti ada hikmahnya.Kalau kau perlukan pertolongan,kau jangan la segan-segan nak cari aku ok.”Lia mempamerkan senyumannya yang manis.Azhani terharu mendengar percakapan Lia lalu terus dipeluk sahabatnya.”Thanks Lia,kalau tak ada kau.Aku tak tau la aku nak luahkan dekat siapa masalah aku ni.Mungkin sekarang aku dah kena barah hati,,hehe.”Lia ketawa.”So,lepasni aku kena panggil ko datin la.”Lia cuba menyakat sahabatnya.Terbeliak mata Azhani.”Amboi,mentang-mentang aku kahwin dengan anak datuk so kena panggil datin la ye!.”.Mereka berdua ketawa.Ya allah,terima kasih kerana mengurniakan aku sahabat seperti Lia.Aku reda segala cubaan Mu.

Keesokan harinya,Syed Ariff menghubungi Azhani menyuruhnya berjumpa di Restoran Kilauan Emas.Dari mana Syed Ariff mendapat nombor telefonnya pun dia tidak tahu.

“Hei,jumpa aku nanti dekat restoran Kilauan Emas pukul 9 pagi.Kalau kau lambat, siap kau.”Syed Ariff berkata dengan mengugut.Eh,mamat ni.Dia yang telefon aku pagi-pagi lepas tu ugut aku pulak.Mamat hampeh!.

“Eh,macam mana bos tahu saya punya...”Tidak sempat Azhani berkata Syed Ariff terus mematikan gagang pertalian.Iee..mamat ni geramnya aku!.Nak je aku patahkan riuk semua tulang kau.Puas hati.Azhani mencebik apabila teringatkan peristiwa telefon pagi tadi.Azhani memandang jam tangannya,dia sekarang berada di dalam restoran Kilauan Emas.”Lambatnya mamat hampeh ni,tadi bukan main lagi suruh aku datang awal.Lain kali jangan datang terus.”Azhani membebel sambil mengutuk dalam hati..Kemudian matanya tertangkap kepada seorang lelaki yang mula menghampirinya.Syed Ariff yang hanya mengenakan baju T-shirt berwarna hijau ‘Beetles’ berjaket hitam dan hanya berseluar jeans meluru kearah Azhani.Ramai mata wanita yang memandang.Azhani terpegun melihat Syed Ariff yang berpakaian ‘casual’.Wah,hensemnya mamat hampeh hari ni!.Azhani,kau tak boleh kalah.Tolongla jangan cair wahai hatiku.Azhani berlagak tenang sementara Syed Ariff pula terus menarik kerusi duduk dihadapan Azhani.Ramai wanita yang berada di restoran itu mula rasa cemburu.

“Jadi,kenapa bos nak jumpa saya?.”Azhani cuba membuat muka selamba,cuba berlakon watak tenangnya walaupun dalam hatinya berdegup seperti lari seratus pusingan.Syed Ariff tidak menghiraukan pertanyaan Azhani.Dia memesan dua air kemudian menghadap Azhani semula.”Aku nak bincang dengan kau tentang perkahwinan kita”.Syed Ariff memulakan perbincangan.Azhani mendengus.

“Maaf ye bos.Bukan perkahwinan ‘kita’,tapi perkahwinan paksaan bos.”Azhani menjawab.Dia yang paksa kata perkahwinan kita pulak.Syed Ariff malas melayan karenah Azhani.”Aku nak kau tau,yang aku kahwin dengan kau bukan sebab cinta.Tapi sebab harta ayah aku.So,aku bagi amaran dekat kau janganla sekali-kali jatuh cinta dengan aku.Mana la tau,aku nikan ‘handsome’.”Azhani buat muka muaknya.

“Bos,tolongla jangan buat saya muntah dekat sini.Sini dah la takdek baldi ok.”Azhanni menafikan perasaanya.”Mana la tau,sebenarnya awak ada suka saya sikit-sikit.”Syed Ariff tersenyum nakal.Azhani mencebik.”So,saya cuma nak pastikan yang perkahwinan kita ni adalah dasar perkahwinan kontrak.Awak cakap je berapa banyak duit awak nak.Nanti saya bagi.”Azhani bagaikan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Syed Ariff.Duit?.Dia ingat perkahwinan perkara main-main ke.”Bos,bos ni tak belajar agama ke?.Perkahwinan kontrak tu adalah haram.Macam yang encik katakan,semua masalah ni berpunca daripada saya jadi saya la orang yang sukarela untuk perkahwinan ni.Tak payahla perkahwinan kontrak-kontrak ni,buang masa je!.Asalkan bos tanggung makan minum saya cukup.”Terang Azhani panjang lebar.Syed Ariff mula rasa dirinya direndah-rendahkan.”Kau tak perlu ajar aku ok!.Aku taula semua ajaran agama aku.”

“Tapi bos tak ikutkan semua ajaran tu.”Azhani tersenyum.Syed Ariff mula rasa dirinya dikalahkan.”Sudahla,sekarang aku nak kau ikut aku.”Syed Ariff mula bangun dari kerusi dan menarik Azhani keluar daripada restoran.Hati Azhani mula berdebar apabila Syed Ariff menggenggam tanganya.”Bos,lepaslah.Saya boleh jalan sendiri la.”Azhani memberontak lalu Syed Ariff melepaskan tangannya.”Bos nak bawak saya pergi mana ni?.”Tanya Azhani.

“Aku nak bawak kau masuk bilik.”Kata Syed Ariff sambil tersenyum nakal.Azhani terus menjarakkan dirinnya daripada Syed Ariff.”Bos jangan nak buat kerja gila,kalau tak saya lari.”Azhani mula takut.Syed Ariff ketawa.”Kau ni lawakla,kejap-kejap takut dengan aku.Aku ni belum gila lagi sampai nak bawak kau masuk bilik.”Azhani mula bengang.”Habis,kita nak pergi mana ni?.”

“Aku nak bawak kau pergi kedai cincinla lembap”.Syed Ariff menunding jarinya di atas dahi Azhani.Tsk,lain kali cakap je la nak pergi kedai cincin.Tak payah tarik-tarik.Azhani mencebik dalam hati.”Dah,jom cepat.”Syed Ariff terus berlalu ke parkir kereta dan Azhani mengikutnya dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience