BAB 24

Romance Completed 68960

Azhani membuka almari.Dia mengambil bajunya di dalam almari dan memasukkan ke dalam bagasinya yang besar.Hari ni dia akan pergi ke rumah ibunya dan mungkin akan tidur di sana untuk beberapa hari.Semalam dia membuat panggilan kepada ibunya.

“Salam mak,ni Az.”

“Oh,Az.Mak ingat siapa tadi telefon mak malam-malam.Ni kenapa kamu telefon ni?.”Soal Cik Yah.

“Tak ada apa-apa,sengaja je Az nak telefon mak.Rindu~.Mak sihat?.”Tanya Azhani girang.

“Mak sihat.Mak pun rindu dekat Az.Ariff sihat?.”

“Abang Ariff sihat je mak.Mak janganla risau.”Kata Azhani.Kemudian,diadapat menangkap bunyi batukan daripada ibunya.”Mak,mak tak sihat ek?.”Soal Azhani.

“Mak sihatla Az.Mak cuma batuk sikit je,kamu janganla risau sangat.Uhuk!.Uhuk!.”Kata Cik Yah cuba menahan batuknya.

“Mak,mak tak sihat ni.Mak dah makan ubat ke belum?.”Azhani risau.

“Mak tak makan lagi.Ubat tak ada,mak pun malasla nak pergi klinik.Ala,nanti mak belila.Kamu janganla risau.”Kata Cik Yah.

“Mak, macam mana Az tak risau.Tak apa la mak nanti esok Az datang rumah mak ok.”Kata Azhani.

“Ish,tak payahla kamu susah-susah.Nanti mak suruh je Acik Mun tu belikan ubat untuk mak.Walaupun mak takut Ariff tak benarkan.”

“Azhani nak datang jugak rumah mak esok ni!Tak apa mak,abang Ariff benarkan.”Balas Azhani,nadanya mendesak.

“Errmm..Kalau kamu nak datang,datang je la.Nanti mak tunggu ye.”

“Ok,mak.Nanti Azhani datang ye.Salam.”

“Salam.”

Azhani teringat perbualan dia dan ibunya semalam.Kemudian Azhani mengangkat bagasinya yang berat keluar dari bilik.”Betul ke kau tak nak aku hantar ni.”Kata Syed Ariff apabila melihat Azhani menolak bagasinya.Azhani melihat wajah Syed Ariff yang risau.Kenapa la mamat ni risau pulak pasal aku ni?.”Awak,Lia kan dah ada dekat depan rumah.Awak tak payahla nak hantar saya.”Terang Azhani.”Aku cuma....”Kata-kata Syed Ariff terhenti.Aduh,takkanla aku nak bagitahu minah ni yang aku risau.”Awak cuma?.”Azhani menanti ayat daripada Syed Ariff.”Aku cuma takut kau dengan kawan kau tu melencong tempat lain.Kau tu bukan boleh percaya sangat!.”Kata Syed Ariff.Azhani mendengus.”Awak,awak tahu tak mak saya ni tengah sakit.Takkanla saya nak melencong tempat lain pulak.Apa la awak ni.”Azhani terus menarik bagasinya ke luar rumah.Lia yang sedang menunggu di tepi kereta terus membuka bonet kereta dan memasukkan beg Azhani di dalamnya.”Jomla beb kita pergi.Nanti lambat.”Gesa Azhani.Lia menepuk dahi sahabatnya itu.”Apa kau ni,tepuk dahi orang!.”Marah Azhani.”Aku tepuk dahi kau ni sebab kau ni pelupa.Aku nak tanya ni,kau dah salam suami kau ke belum?.”Soal Lia.Azhani menepuk dahinya.Ya Allah macam mana aku boleh lupa nak salam mamat tu.Itula Azhani nak cepat sangat!.Azhani meluru ke Syed Ariff yang sedang terjegat di hadapan pintu.”Awak,minta maaf ye lupa nak salam awak tadi.”Azhani tersenyum sumbing.Syed Ariff menjeling kepada Azhani.”Itula kau,bila nak cepat lupa semua benda.”Kata Syed Ariff.”Iyerla,semuanya salah saya kan.”Syed Ariff menghulurkan tangannya.Azhani mencium tangan Syed Ariff dan apabila ingin melepaskan tangannya, secara spontan Syed Ariff mencium dahi Azhani.Azhani terkedu.”Itu peringatan dekat kau supaya tak jadi orang lembab.”Kata Syed Ariff sambil tersenyum.Azhani terkejut dan terus menuju ke kereta Lia.”Aku nampakla apa korang buat tadi..Alala,sweetnya.”Lia tersengih.Azhani menjeling kepada Lia.”Dahla,kau jangan nak fikir bukan-bukan.Jom masuk kereta.”Kemudian mereka berdua memasuki ke dalam kereta dan meluncur ke jalan.Syed Ariff melihat kereta itu sehingga hilang daripada pandangan matanya.Entah kenapa hatinya rasa kosong apabila melihat pemergian Azhani.

“Beb,tolong ambilkan gula-gula dekat seat belakang sekejap.”Kata Lia yang sedang tenang memandu di jalanraya.”Gula-gula?.Kau mengantuk ke?.”Soal Azhani.”Ish kau ni banyak cakap pulak.Ambil jer la.”Marah Lia.”Yerla,aku nak ambil la ni.”Azhani mempalingkan badannya kebelakangan dan mengambil satu paket gula-gula. ”Nah,bukak mulut.”Azhani membuka balutan gula itu dan memasukkan ke dalam mulut Lia.Kemudian muka Lia berkerut seribu.”Masamnya gula ni!.Betul ke gula yang kau ambil ni?.”Soal Lia.Azhani ketawa.”Betulla.Mungkin gula-gula tu memang masam kot.Heheh..”Azhani tersenyum.”Beb,aku nak tanya kau.Kau dengan mamat tu serius ke?.”Soal Lia.Muka Azhani pula berkerut.Serius?.Apa maksud Lia ni?.”Maksud kau Lia,serius aku dengan mamat tu macam mana?.”Kata Azhani.”Serius la..Maksudnya korang berdua ni dah sama macam pasangan lain ke?.”Kata Lia.Oh,itu.Aku ingat apa la Lia kata tadi.”Lia,aku dengan mamat tu pernah serius.Tidur pun bilik asing-asing,nak serius macam mana.Yang kau tanya ni kenapa?.”Azhani memandang Lia.”Tak ada la.Time aku tengok mamat tu cium dahi kau tadi,aku betul-betul ingat korang ni dah macam pasangan lain.Aku pun nak jugak tengok kau bahagia macam orang lain Az.”Terang Lia.Azhani terharu mendengar percakapan dari Lia.Aduh,tak sangka Lia nampak mamat tu cium dahi aku tadi.Malunya!.”Thanks Lia sebab doakan kebahagiaan untuk aku.Aku pun berharap kau akan bahagia kelak.”Kemudian mereka berdua tersenyum.

Secara mengejut, sebuah kereta memasuki lorong jalan mereka daripada hadapan membuatkan mereka berdua terkejut.”Lia,hati-hati!.”Jerit Azhani.Tidak sempat Lia menekan pedal brek,kereta itu telah merempuh mereka dari hadapan.Bussh!.Pandangan Azhani semakin kelam.

Jari Syed Ariff terhenti semasa menaip komputer.Dia merasa dadanya.Kenapa hatinya merasa tidak tenang?.Seperti sesuatu buruk akan berlaku.Muka Azhani mula terbayang di minda.Tiba-tiba telefonya berbunyi,dia mengangkatnya.”Isteri saya kemalangan?!!.”Terkejut Syed Ariff mendengar berita daripada pihak yang menelefonnya.Hatinya bagaikan mahu jatuh.Dengan pantasnya dia mencapai kunci kereta dan dompet dan terus meluru keluar dari rumah.Hatinya resah.Azhani,kau tak boleh mati!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience