BAB 33

Romance Completed 68960

tiba sahaja di rumah Datuk Mazlan dan Datin Fatimah,Azhani terus keluar daripada perut kereta dan menyalam tangan kedua ibu bapa mertuanya.Hatinya merasa rindu pada wajah mereka.”Maaf ye mak, Az dengan abang Ariff datang lambat sikit.Tadi singgah supermarket sekejap.”Datin Fatimah tersenyum.”Tak apa.Mak tak kisah.Janji kamu berdua datang.”Melihat senyuman Datin Fatimah membuatkan dia teringat kepada ibunya di kampung.Kerinduan Azhani kepada Mak Cik Yah hanya tuhan sahaja yang tahu.Syed Ariff pula menyalami ayahnya Datuk Mazlan.”Ayah sihat?”Soal Syed Ariff.”Kami dekat sini sihat-sihat aje Ariff.”Kata Datuk Mazlan.Kemudian mereka memasuki ke dalam rumah.

Datin Fatimah menghidangkan pelbagai lauk di atas meja sekaligus menaikkan selera Azhani.Azhani memandang setiap lauk itu dengan perasaan gembira.”Mak,mak ke yang masak semua ni?.Sedapnya~Bau pun dah menyelerakan.”Kata Azhani.Datin Fatimah pula meletakkan jag air di atas meja.”Habis,Az ingat siapa lagi yang masak?.Abah kamu?.Jangan harapla dia nak masak.”Kata Datin Fatimah.Datuk Mazlan yang mendengari perbualan itu hanya tersenyum.Syed Ariff menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di sebelah Azhani.”Hai sayang,dah tak sabar nak makan dah ke?”.Kata Syed Ariff.”Mestila,tengok pun dah macam kenyang apatah lagi makan.Heheh.”Azhani tersenyum lebar.”Kalau sayang makan semua lauk ni abang rasa nanti sayang mesti jadi gemuk!.”Mata Azhani membulat.Apa?!.Gemuk? Suami aku ni kan!.”Abang!.Azhani mana ada gemuk.Abang la yang gemuk,asyik makan,makan,makan.Itu je abang tahu.”Balas Azhani.Pinggang aku yang ramping ni dia kata gemuk? Memang sah aku marah.”Ooo..Kata abang pulak yang gemuk..Ni apa ni!.Pipi sayang pun dah chubby panggil abang gemuk pulak.”Syed Ariff menarik-narik pipi Azhani.

“Iee..Tengok! Abang pegang pipi Azhani lagi sekali.Rimas Azhani tau,Lepaslah!.”

“Amboi,sejak bila pandai rimas dengan abang ha..”

“Adoi,lepas,lepas,lepas!”

Azhani menarik tangan Syed Ariff namun lelaki itu masih mencubit pipinya yang sudah merah.Kemudian Syed Ariff ketawa.Datin Fatimah dan Datuk Mazlan berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum.Bersyukur mereka melihat kebahagiaan menantu dan anak mereka.Nampaknya,Azhani betul-betul sudah mengubah kehidupan Syed Ariff.

Selepas makan,Syed Ariff terus meminta diri untuk pulang menyatakan bahawa dia dan Azhani akan keluar berjalan-jalan selepas ini.Azhani pelik.Sejak bila lelaki itu beritahu mereka akan berjalan pun dia tidak tahu.Ah,ikut sajalah rentak suami aku ni.Azhani menyalam ibu mertuanya untuk pulang.”Mak,Azhani pergi dulu ye.Maafla kalau singgah rumah mak sekejap sangat.Insyallah nanti Azhani ziarah mak dan ayah lagi.”Kata Azhani.

“Tak apa Azhani.Asalkan kamu berdua jenguk kami sekali sekala pun kami tak kisah.Cuma, ayah dengan mak kamu ni bosan sikit duduk aje dekat dalam rumah besar ni.Kami teringin juga mengendong cucu.”Kata Datuk Mazlan.”Azhani terkejut.Cucu?!

“Iyala Az.Mak nak sangat tengok korang berdua ni ada anak.Mak pun teringin juga bermain dengan cucu-cucu mak nanti.”Datin Fatimah tersenyum.Gulp! Azhani hanya menelan air.Ya Allah,jauhnya pemikiran kedua ibu bapa mertua aku!Tapi sedih jugak aku tengok wajah mereka yang penuh harapan.Hati Azhani bercampur.”Insyaallah mak.Kalau Allah beri rezeki.”Azhani tersenyum.

“Sayang! Jomla masuk kereta.Enjin dah panas ni!”Jerit Syed Ariff yang berdiri di sebelah keretanya.”Mak,ayah.Az pergi dulu ye,abang Ariff dah panggil pulak”.Datin Fatimah dan Datuk Mazlan menganggukkan kepala mereka.Azhani berlalu pergi memasuki kereta itu.Kemudian kereta itu keluar daripada perkarangan rumah.Datuk Mazlan memeluk bahu isterinya.”Seronok abang tengok anak kita gembira dengan Az sekarang .Mah pulak macam mana?”Soal Datuk Mazlan melihat muka isterinya.”Abang tanya Mah macam tu pulak.Siapa yang tak gembira bang bila lihat anakya sendiri bahagia menemui jodoh.”Jawab Datin Fatimah.Mereka berdua senyum,hati mereka sangat tenang.

“Abang,boleh abang bagitau Az sejak bila abang inform dekat Az yang kita nak keluar jalan-jalan hari ni?”.Soal Azhani sambil melihat Syed Ariff tenang memandu seperti biasa.

“Nope.Abang tak pernah inform dekat Az.”

“So,apa kes tadi abang bagitau mak dan ayah yang kita nak pergi jalan-jalan pulak hari ni?”

“Entahlah.Tiba-tiba abang rasa nak keluar dengan Az pulak hari ni.Apasal,tak boleh ke?”Syed Ariff memandang Azhani sekilas.

“Bukan Az tak nak.Cuma Az baru nak luangkan masa lama sikit dengan mak tadi.Tak sempat borak pun.”Kata Azhani.

“Maafkan abang ye Az.Lain kali kita jenguk mak dan ayah lama-lama sikit.”Syed Ariff meminta maaf.

“It’s okay.Az bukan marah abang pun.Az ikut je la abang pergi mana.”

“Ooo..Ikut aje abang pergi mana ye..Kalau abang pergi tandas,nak ikut jugak?”.Syed Ariff tersenyum.

“Iee..Apa abang ni! Fikir macam tu pulak.Malasla nak layan abang.”Syed Ariff ketawa.Hei,suami aku ni dengan arwah Lia dua kali lima je pemikiran diorang.Azhani melemparkan pandanganya ke luar.dalam rajuk-rajuk sebenarnya hatinya gembira melihat senyuman suaminya itu.

Syed Ariff menuju ke Setia City Mall kemudian memakirkan keretanya.Mereka berdua berjalan-jalan sekitar pusat beli belah itu.Azhani melihat koleksi-koleksi baju yang cantik di dalam cermin butik itu.Fuyoo,harga baju kurung dekat sini pun boleh tahan cekik darahnya.Azhani memerhati baju itu dengan teliti.Apabila ada tangan yang menjalar di jari jemarinya Azhani terus memusingkan kepalanya memandang Syed Ariff.Syed Ariff mengangat kening.”Kenapa? Takkanla sekarang abang nak pegang tangan Az pun tak boleh.”Jawab Syed Ariff.Azhani mengeluh.Haih,terpaksa la aku ikut kata dia kali ni.”Pegangla~Azhani tak kisah.”Azhani menjawab malas.Syed Ariff tersenyum girang.Tak sampai sesaat,mereka berdua sedang berjalan sambil memegang tangan.Muka Azhani merah.Masih lagi malu untuk memegang tangan Syed Ariff di tempat awam macam ni.Kemudian matanya tertancap pada seutas gelang yang berada di sebuah kedai aksesori.Azhani melihat gelang itu lama.Cantiknya.Gelang tu siap ada hiasan reben yang comel lagi.Azhani tersenyum.Syed Ariff menyedari perlakuan isterinya itu.

“Sayang suka gelang tu ke?”

“Ermm..Cantik sangat rekaan dia.Comel!.”

Syed Ariff gembira melihat senyum Azhani.

“Kalau Azhani suka abang boleh belikan.”Syed Ariff mula mengeluarkan dompetnya.

“Eh,tak payahla bang!.Simpan balik abang punya dompet tu.”Azhani menarik tangan Syed Ariff daripada mengambil dompetnya di poket.

“La..Apasal? Tadi kata suka? “Wajah Syed Ariff berkerut.

“Memangla Az suka,tapi cuba abang tengok harga dia tu.Mahal kan.Tak payahla bang.Bazir duit je.”Kata Azhani.

“Pasal duit Azhani jangan risau boleh tak.Abang ada duitla.”Syed Ariff kata selamba.

Amboii,sedapnya mulut suami aku ni kata macam tu.Dia ingat duit ni turun dari langit apa!.”Abang,Az tahu duit abang tu banyak sangat sampai berlambak.Tapi,kita kena la jimat jugak dengan duit yang kita ada.Tak semestinya Azhani suka barang tu Az kena beli.”Terang Azhani.

“Ceh,macam perli abang je.”Syed Ariff mengangkat kening.

“Ehehe..Memang pun.”

“Betul ni sayang tak nak gelang tu?”Syed Ariff masih menyoal.Sudut hatinya yakin isterinya amat menyukai gelang itu.

“Betul,Azhani tak nak gelang tu.Dah ,jom la pergi!”.

Azhani menarik Syed Ariff jauh dari kedai itu.Nanti lelaki ni soal macam-macam pulak dekat aku.Kemudian mereka berdua menuju ke tingkat atas.Syed Ariff mula senyap membuatkan Azhani menjadi pelik.Dia mengerling kepada suaminya.Apasal senyap pulak mamat ni?.Wajah Syed Ariff seakan-seakan sedang memikirkan sesuatu.Scara tiba langkah Syed Ariff terhenti membuatkan Azhani terkejut.”Abang ni kenapa berhenti pulak?”Soal Azhani.Syed Ariff menatap mata isterinya lama.Azhani makin bingung dengan perlakuan suaminya.Apa kena dengan suami aku ni?Azhani melambai-lambaikan tangan di hadapan Syed Ariff.”Abang~Abang ok ke tak ni?”

“Sayang,sayang tunggu sini sekejap boleh tak?”Syed Ariff mula bersuara.

“Hah?.Apasal pulak? Abang nak pergi mana?”Azhani terkejut.Suami aku nak tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini.

“Errmm..Abang nak pergi dekat satu kedai ni sekejap.Azhani tunggu abang dekat sini boleh? “Mata lelaki itu seakan berharap.Haih,misteri betul la suami aku ni.”Abang nak pergi kedai mana?”Soal Azhani.”Ala..Adala satu kedai ni.Azhani tak perlu tau.”Kata Syed Ariff lagi.Azhani mengeluh.”Iyerlah,abang pergilah.Tapi jangan lama-lama tau!Azhani tak nak tinggal dekat sini sorang-sorang”Azhani memberikan amaran.”Ok,I promise.Thanks sayang.”Kata Syed Ariff dan terus menuju ke tingkat bawah.Haih,entah kedai mana entah suami aku ni nak pergi.Azhani duduk di bangku yang disediakan.Dia mula menunggu Syed Ariff.

27 minit kemudian....

Azhani mula bangun daripada bangku itu dan melihat jam tanganya.Kemudian dia melihat pula sekelilingya.Tidak nampak langsung bayangan suaminya itu.Ish,mana suami aku ni pergi? Lama betul,kata sekejap je.Ini dah nak sampai 30 minit tak nampak bayang! Takkanla dia tinggal kan aku dekat sini?!.Ish,tak mungkin,tak mungkin.Azhani mengusir fikiran jahatnya yang tidak masuk akal.Selepas bosan memandang semua wajah pengunjung di pusat beli belah itu.Azhani duduk semula di bangku itu.Bosanya,kedai mana la suami aku ni pergi?.Kemudian mata Azhani mula tertancap di kedai buku MPH.Dia bangun kemudian menuju ke kedai buku itu.Sementara tunggu suami aku yang lambat gila tahap gaban tu,baik aku singgah kedai buku cari novel.Takla bosan!.

Azhani masuk ke dalam kedai itu kemudian pergi ke bahagian novel.Sudah lama juga dia tidak membeli novel,apatah lagi membuka buku novel.Mungkin kerana kesibukan masa.Dia juga rindu dalam alam pembacaan.Dia membelek-belek buku novel yang menarik perhatiannya.Kemudian dia mengambil satu novel itu dan membaca sinopsisnya.

Tanpa kesedarannya,Azhani telah meluangkan banyak masa di bahagian novel itu.Dia telah hampir membaca seluruh sinopsis di dalam satu rak buku itu.Azhani memandang jam tanganya.Ya Allah,dah lama sangat aku dekat dalam kedai ni.Tak pasal-pasal nanti Ariff pulak yang cari aku.Azhani meletakkan semula buku itu di raknya.Tiba-tiba ada tangan yang menyentuh bahunya membuatkan Azhani terkejut.Cepat-cepat dia berpaling kebelakang.Kelihatan dua remaja perempuan yang masih berpakaian sekolah berada di hadapannya.Salah seorang remaja perempuan itu memandang Azhani dari atas sehingga ke bawah berulang kali.Azhani pelik.Kenapa pulak dengan budak ni? Pakaian aku ada masalah ke? .”Kenapa adik tengok akak macam tu? “Soal Azhani dengan lembut.Dua orang remaja itu mula berbisik-bisik.Muka Azhani semakin berkerut.Kemudian salah seorang remaja perempuan itu mula bersuara.

“Akak,tadi suami akak cari akak dekat luar kedai tadi.”Kata pelajar remaja itu.

Azhani terkejut beruk.Eh,famous sangat ke aku ni?

“Err..Macam mana adik ni tahu akak dah bersuami?”Azhani menyoal.

“Emm.Saya pun tak pasti.Tapi tadi ada sorang abang hensem ni dia tegur kitaorang,dia cakap dia tengah cari isteri dia yang pakai baju merah dengan tudung warna ungu cerah.Saya rasa akak la orangya.”Terang pelajar itu.

Terkejut Azhani mendengar ayat yang keluar daripada pelajar itu.Mukanya mula merona merah kerana malu.Haih,sampai macam tu sekali suami aku ni cari aku.Macam aku ni hilang pulak.Malu betul aku dekat pelajar depan aku ni!

“Terima kasih ya dik sebab beritahu.Akak pun nak keluar sekarang cari suami akak.Bye.”Azhani cuba memaniskan mukanya.Kemudian dia keluar berlalu pergi.Pelajar berdua itu hanya tersenyum melihat gelagat Azhani.Azhani keluar daripada kedai itu dan memandang sekelilingya.Ish,tolongla jangan cakap suami aku ni cerita dekat semua pengunjung yang aku ni hilang.Kemudian dia mula melihat Syed Ariff dari jauh.Ha,itupun suami aku! Azhani mula meluru kepada Syed Ariff.Lelaki itu bagaikan sedang meyoal dua orang pengunjung beli belah berbangsa Cina.

“Isteri saya dia pakai tudung warna ungu cerah dan...”Tidak sempat Syed Ariff menuturkan katanya tiba-tiba ada tangan yang memegang bahunya.

“Abang,Azhani dekat sinila! “Kata Azhani.

“Ha,Azhani! “ Terkejut Syed Ariff melihat Azhani.Kemudian dia berpaling semula kepada dua orang pengunjung tadi.”Tak apalah cik.Saya dah jumpa isteri saya balik.Terima kasih ya.”Senyum Syed Ariff.Azhani malu.Dua orang pengunjung itu hanya tersenyum dan menganggukkan kepala kemudian berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience