BAB 29

Romance Completed 68960

Azhani duduk di birai katil sambil mengesat air matanya.Hatinya bengkak.Kenapa aku menangis?.Bukan aku ke yang relakan dia keluar dengan siapa-siapa.Ah,Azhani. Kalau kau menangis maksudnya kau cintakan dia la tu.Peristiwa Melena dan Syed Ariff terbayang lagi di mindanya.Azhani menekup wajahnya.Kenapa hubungan aku dengan Syed Ariff boleh jadi sampai macam ni?.Syed Ariff dengan aku terlalu berbeza.Azhani bingkas bangun dari katil dan menuju ke almari.Dia mengeluarkan beg yang besar dan memasukkan semua baju di dalamnya.Dia tidak tahu hendak pergi ke mana tapi yang penting dia perlu keluar daripada rumah itu.Hatinya sudah tidak sanggup.

Azhani keluar daripada rumah besar itu.Tidak ada satu barang pun yang ditinggalkan di dalam biliknya.Azhani mengunci pagar dan untuk kali terakhir dia memandang rumah banglo itu.Dia tahu keluar rumah tanpa izin suami adalah dosa.Tetapi mungkin sekarang Syed Ariff sedang bergembira dengan Melena.Kalau Syed Ariff sedang bergembira biarlah dia pergi.Hati Azhani dipagut sayu,dia berjalan lemah ke perhentian bas.

Kereta Syed Ariff berhenti di perkarangan rumah.Dia bergegas memasuki ke dalam rumahnya untuk mencari Azhani.Rumahnya kelihatan gelap.Apasal rumah ni gelap?.Azhani keluar ke?.Syed Ariff mencari Azhani di serata rumah tetapi dia tidak mendapati bayang Azhani di segenap rumahnya. hatinya mula berasa resah.Takkanla Azhani....Syed Ariff menolak pintu bilik Azhani dengan kasar.Bilik itu gelap dan tidak berpenghuni.Syed Ariff membuka almari Azhani.Kosong.Pakaian Azhani semuanya hilang.Syed Ariff terkejut.Dia terduduk di birai katil.Azhani tinggalkan aku?!.Syed Ariff meraup wajahnya.Kini dia berasa benar-benar bodoh.Kalaulah dia tidak buat perancangan bodoh untuk keluar dengan Melena dan berbincang masalah ini dengan Azhani.Kemungkinan semua ini takkan berlaku.Hati Syed Ariff tidak tenteram.Dia seperti hilang segala upaya jika Azhani betul-betul meninggalkannya.

Apa aku nak buat?.Dekat mana aku nak cari dia?!.Syed Ariff berjalan mundar-mandir.Kalau dia keluar malam ni.Tak mungkin dia pergi jauh,kan?.Mungkin aku ada harapan lagi untuk cari dia!.Syed Ariff bingkas bangun dan keluar daripada rumah.Dia perlu cari Azhani sebelum terlambat.Dia rela ketepikan segala egonya asalkan Azhani berada di sisinya.

Azhani mengesat air matanya untuk kesekalian lagi.Aduh,kenapa la air mata ni tak nak berhenti!.Azhani memandang sekelilingnya.Sekarang ni hanya tinggal Azhani seorang sahaja di perhentian bas itu.Aku nak pergi mana ni?.Kalau aku ada masalah aku selalu pergi rumah Lia.Tapi rumah Lia dah kena sewa.Aku nak pergi mana malam-malam macam ni?.Azhani mula risau.Agaknya Syed Ariff perasan ke tak aku keluar dari rumah?.Marah ke dia?.Ish,kenapala aku sempat fikirkan tentang mamat tu lagi!.Azhani menggeleng-gelengkan kepalanya.Azhani melihat sekelilingnya.Dia tidak melihat bas ataupun teksi di jalanraya.

“Azhani!!”.Azhani terdengar jeritan Syed Ariff dan terus berpaling.Dia melihat Syed Ariff sedang berlari ke arahnya.Syed Ariff?!.Macam mana dia jumpa aku dekat sini pulak!.Adoii.Azhani terus mengambil begnya dan lari sekuat hati.”Azhani,jangan lari!!.”Laung Syed Ariff.Azhani terus berlari dan Syed Ariff mengejarnya.

“Habis yang awak kejar saya tu kenapa?!!.”Azhani meneruskan lariannya.

“Ok,ok..Stop!.Aku takkan kejar kau.”

Azhani dan Syed Ariff serentak berhenti namun jarak mereka masih jauh.Mereka berdua tercungap-cungap akibat letih berlari.Telefon Azhani bergetar menandakan mendapat panggilan daripada Syed Ariff.Azhani mengangkatnya dengan pantas.

“Kenapa kau lari.Penat aku cari kau tau tak!.”Nafas Syed Ariff masih tercungap-cungap di gagang talian.

“Dah awak kejar saya.Saya lari la..”

“Kenapa kau keluar rumah tanpa mintak kebenaran aku?.”

“Saya ingat awak tak kisah.”

“Tak kisah?.Kau tau tak aku nak cari kau macam nak gila!.Kau nak pergi mana malam-malam macam ni?.”Syed Ariff terus menyoal.

“Pasal tu awak tak perlu tau..Sa..saya taula saya nak pergi mana nanti.”Jawab Azhani kalut.Dia sendiri pun tidak tahu hendak kemana dituju.

“Aku kan suami kau.Aku patut tau mana kau pergi.”

Azhani menarik nafasnya dalam-dalam.”Awak,saya rasa baik kita hentikan je la hubungan ni.Saya dah tak larat nak menipu dekat ibu bapa awak.Lagipun awak kan dah ada Melena.Awak lepaskan je la saya.Boleh ye wak..”

“Lepaskan kau?!.No way!.Az,kau betul-betul dah salah faham..”

“Salah faham apa lagi?.Saya nampak la awak dengan Melena dekat hotel tadi!”.Azhani mula geram.Syed Ariff bagaikan tidak mahu berterus terang dengannya.

“Kau ada dekat hotel tadi?!.”Syed Ariff terkejut.

“Sudahla,Kita bincang hal ni sekarang pun tak ada guna.”Azhani memutuskan talian kemudian terus lari meninggalkan Syed Ariff.

Jangan harap aku nak lepaskan kau!.Syed Ariff tidak mengalah.Lantas Syed Ariff berlari dengan laju dan akhirnya dapat juga dia merentap lengan gadis itu.Azhani terkejut.Eh,lajunya lelaki ni lari?!.”Eii..Lepaslah.Saya kata saya tak nak balik,saya tak nak balikla!.”Bentak Azhani.”Kau yang nak sangat bincangkan hal tu malam ni kan.Jom bincang dekat rumah!.”Syed Ariff menarik Azhani dengan kasar.”Dah tak ada apa-apa yang nak dibincangkan dah!..Lepaslah!.”Azhani cuba merungkaikan genggaman lelaki itu.”Tak ada.Kita bincangkan malam ni jugak!.”Syed Ariff menarik Azhani sehingga di hadapan kereta.Azhani rimas.”Ok,ok!.Saya akan bincang dengan awak.Tapi lepaskan tangan saya dulu.”Azhani mengalah.Syed Ariff memandang Azhani dengan tajam.”Betul ni?.”.

“Ye,betul.Saya akan bincang dengan awak.”Syed Ariff mula melepaskan tangan Azhani.

“Tapi saya tak nak bincang dekat rumah.”

“Habis kau nak bincang dekat mana lagi?!.”Syed Ariff pelik.

“Tak kisah la dekat mana-mana dalam kereta ke atau restoran.Asalkan bukan dekat rumah.”Azhani berkata tegas.Syed Ariff mengeluh berat.

“Ok.Kita bincang dalam kereta.”

Syed Ariff membuka pintu kereta untuk Azhani dan Azhani memasuki ke dalamnya.Kemudian kereta itu meluncur ke jalanraya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience