Sejak dari kejadian Que Raikal memberitahu Astrella Sofia berkaitan pengantin selama 40 hari itu , Astrella Sofia terus mengendahkan Que Raikal dan berbuat seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Setiap pagi , Que Raikal akan datang ke pejabat Astrella Sofia dan mengusik Astrella Sofia.
" Hello , future wife ! Breakfast jom ? "
Dengan wajah yang tersengih Que Raikal menyapa Astrella Sofia yang baru sahaja keluar dari perut kereta Mini Cooper putih itu.
Astrella Sofia yang sedar akan kehadiran Que Raikal itu hanya membuat tidak tahu dan berdiam diri.
" Banyak betul tiang dekat parking lot ni. Siap ada tiang jadian lagi. "
" Apalah nasib kau ni Que. Haih. "
Namun begitu , Astrella Sofia hanya meneruskan sikap dinginnya dan berbuat tidak tahu. Tanpa membuang masa , Astrella Sofia mengatur langkahnya memasuki pejabat dan meninggalkan Que Raikal dibelakang.
" Eh dia nii. Buat tak tahu je dengan aku ? "
" Huhh. Sabar Que. Kau yang nak kahwin dengan dia. "
" Bukan dia. "
Desis hati Que Raikal yang cuba untuk bersabar dalam mendapatkan persetujuan Astrella Sofia sebagai pengantin perempuannya untuk 40 hari.
Que Raikal yang melihat Astrella Sofia sudah kehadapan itu segera berlari anak mengejarnya. Sejurus tiba disamping Astrella Sofia , Que Raikal menggengam lengan baju kanan Astrella Sofia dengan niat membantu Astrella Sofia berjalan akibat kakinya yang terseliuh.
" Kau ni tak payah la sombong sangat. "
" Aku ajak kahwin je. Kahwin dekat Malaysia. Secara sah. Bukan aku ajak kau kahwin lari dekat siam sana. "
" Kita kahwin macam orang biasa. Untuk 40 hari. "
" Terima je lah aku. Ingat senang ke nak dapat aku ? "
Ujar Que Raikal kepada Astrella Sofia yang mencuba untuk memujuk Astrella Sofia setuju akan rancangannya itu.
" Saya , tak nak. "
Jawab Astrella Sofia dengan ringkas sedang matanya menjeling tajam ke arah Que Raikal.
" But why ? "
" Bukan lama pun "
" 40 hari je. Ya Allah. Apa yang susah sangat kau ni ha ? "
Kata Que Raikal kepada Astrella Sofia dengan dahi yang berkerut.
Dihadapan lif langkah kaki mereka berdua terhenti. Tangan kiri Astrella Sofia segera memicit tombol lif pada dinding itu.
" Saya cakap saya tak nak. Saya tak nak lah. Boleh faham ? Dah , lepaslah "
Dengan nada yang mendatar Astrella Sofia mengatakan itu sedang matanya memandang tepat ke dalam mata Que Raikal. Tangan kanan Astrella Sofia menepis tangan Que Raikal yang menggenggam lengan bajunya itu.
Usai mengatakan itu , Astrella Sofia meneruskan langkahnya menaiki lif dan menuju ke bilik pejabatnya.
Que Raikal yang masih terkejut melihat sikap Astrella Sofia sebentar tadi terpaku seketika.
" Ya Allah. Dia ni.. "
" Yes ! Memang tak salah. Dia memang orang yang tepat untuk plan aku ni. "
" Mahal. I likeeee "
Tersengih panjang , Que Raikal bermonolog sendiri dihadapan lif itu.
Usai itu Que Raikal pun berlalu pergi dari kawasan pejabat Astrella Sofia dan menuju ke Syarikat milik keluarganya.
Begitulah hari-hari Que Raikal dan Astrella Sofia sejak Que Raikal menyatakan rancangan ' gila ' itu kepada Astrella Sofia.
Perkara tersebut berlalu , sehinggalah berlakunya kejadian tikaman tersebut.
* Hari Kejadian *
" Fi ? Kerja ke harini ? "
Soal Puan Naira secara tiba-tiba kepada Astrella Sofia yang baru melabuhkan tubuh di meja makan itu.
Astrella Sofia yang merasa agak aneh hanya tersenyum nipis memandang wajah Puan Naira dan berkata.
" Pergilah Mummy. Kenapa ? "
Soal Astrella Sofia kepada Puan Naira dengan lembut.
" Kaki tu terseliuh dah nak seminggu kan ? Cuti la hari ni. Teman Mummy pergi spa nak ? "
Ujar Puan Naira kepada Astrella Sofia.
" Kaki Fi dah elok. Sikit-sikit je sakit. Nanti eloklah... "
Jawab Astrella Sofia dengan sopan.
" Mummy okay ? "
Soal Astrella Sofia kepada Puan Naira dek kerana kata-kata yang diucapkan oleh Puan Naira sebentar tadi membuatkan Astrella Sofia berasa agak janggal.
" Fi rehatlah dekat rumah. Mummy tak sedap hatilah "
Kata Puan Naira kepada Astrella Sofia yang menyatakan apa yang dirasakannya itu.
" Eh .., tak boleh Mummy.. Fi ada meeting dengan Dato' Jamal hari ni. "
Balas Astrella Sofia dengan sopan kepada ibunya , Puan Naira.
" Pleaseee... "
" Mummy betul-betul rasa tak sedap hati ni.. "
Pujuk Puan Naira kepada Astrella Sofia.
" Awak ni.. Tak ada apa lah tu. Perasaan awak je. "
" Biarlah Fi pergi kerja. Dia ada meeting. "
Celah Encik Eqwan bernada lembut sedang matanya tertumpu kepada wajah isteriya Puan Naira
Astrella Sofia yang melihat wajah ibunya dalam kegelisahan itu segera berdiri dan menapak menuju ke samping ibunya.
Puan Naira yang sedang duduk itu dipeluk oleh Astrella Sofia dari bahagian belakang.
" Mummy , don't worry k ? "
" I'll be fine. Mummy doakan Fi selamat okay ? "
" Habis je kerja Fi balik okay ? "
Dengan lembut Astrella Sofia membisikkan kata-kata itu dicuping telinga Puan Naira.
" Promise ? Habis kerja terus balik tau. "
Ucap Puan Naira yang masih dilanda keresahan.
" Promise. "
Jawab Astrella Sofia dengan ringkas.
Lalu , pelukan antara Puan Naira dn Astrella Sofia dileraikan.
" Mummy , salam ? "
Dengan sopan tangankanan Astrella Sofia dihulurkan kepada Puan Naira.
" Eh ? Nak pergi office dah ke ? Tak nak sarapan ? "
Soal Puan Naira kepada Astrella Sofia.
" Takpelah Mummy , Fi breakfast dekat office je. Dah lewat ni. "
Jawab Astrella Sofia bernada perlahan.
" Hm Okay. Take care. Make sure makan. "
Pesan Puan Naira kepada anak gadisnya itu.
" Okay Mummy. Daddy ? "
Jawab Astrella Sofia sambil tersengih. Lalu tangan kanan Astrella Sofia dihulurkan kepada Encik Eqwan pula.
Setelah tangan kedua orang tuanya disalam , Astrella Sofia pun kemali ke tempat duduknya tadi dan mengambil beg tangan serta kunci keretanya. Tanpa membuang masa , Astrella Sofia bergegas menuju ke Syarikat Setia Jaya Holdings.
" Hah , tu pun dah sampaiii "
Ucap Que Raikal dengan nada riang sejurus melihat kereta Mini Cooper putih yang dipandu oleh Astrella Sofia itu tiba dia lot parkir.
" Okay Que , hari ni dia kena jugak setuju. "
Bisik hati Que Raikal sedang tangannya merapikan rambutnya.
Namun begitu sebelum Que Raikal sempat keluar dari keretanya , seorang lelaki berseragam hitam itu mendekati Astrella Sofia.
" Siapa tu ? Takkan dia upah bodyguard kot ? "
Desis hati Que Raikal yang sedang memerhati Astrella Sofia dari cermin keretanya itu.
Que Raikal terus memerhatikan Astrella Sofia sehingga terlihat sebilah pisau yang digenggam oleh lelaki tersebut.
" P-pisau ? Future wife aku tu ..! "
Bisik hati que Raikal dalam keadaan marah. Tanpa membuang masa Que Raikal keluar dari perut kereta BMW hitamnya itu.
Tib-tiba , pisau yang digenggam lelaki berseragam itu dihayunkan menghala ke arah Astrella Sofia.
Que Raikal yang melihatkan itu segera berlari ke arah Astrella Sofia dan memeluk tubuh Astrella Sofia agar dirinya menjadi ganti untuk menerima tikaman tersebut.
Share this novel