Bab 11

Romance Completed 40892

* 7 hari sebelum kejadian  *

" Meet me at Grinders Cafe "

" 5 p.m. "

" Don't late. Urgent. "

Dengan ringkas dan padat Que Raikal menghantarkan pesanan mesej tersebut kepada Astrella Sofia seawal jam 8 pagi sementara menunggu ibu dan ayahnya iaitu Puan Era dan Encik Sharif turun ke meja makan untuk bersarapan bersama-sama.

" Amboii anak bujang Mama sorang ni. Pagi-pagi lagi dah tersengih tengok fon tu "

" Mesej buah hati ke tu ? "

Usik Puan Era yang kini berdiri dihadapan Que Raikl sambil tersenyum nipis.

" Eh , Mama ni.. Mana adalah. "

Jawab Que Raikal dengan ringkas sedang tangannya segera meletakkan telefon bimbit berjenama Apple itu diatas meja.

" You ni macam tak kenal pulak anak bujang you yang sorang ni. "

" Girlfriend dia , kereta-kereta dia tu je. "

" kan Que ? "

Usik Encik Sharif secara spontan dengan mengatakan itu kepada isterinya , Puan Era.

" Tak mainlah girlfriend-girlfriend bagai ni. "

" Nanti Que bawa balik  menantu untuk Mama Papa okay ? "

" Come on , I'm a grown man already. "

" Takda masa dah nak bercinta monyet ni. "

" Hahahah "

Balas Que Raikal sambil tertawa kecil melihat wajah kedua ibu bapanya itu.

Encik Sharif dan Puan Era yang menganggap kata-kata Que Raikal itu sebagai gurauan turut tertawa. 

( TingTing ! )

Astrella Sofia yang baru sahaja tiba dipejabatnya segera membuka telefon pintarnya setelah mendengar pesanan mesej masuk secara bertubi-tubi.

" Siapa pula mesej pagi-pagi ni. "

Dengan wajah yang berkerut hati Astrella Sofia merungut sedang tangannya segera menyentuh skrin telefon pintarnya itu.

" Meet me at Grinders Cafe "

" 5 p.m. "

" Don't late. Urgent. "

Terkumat kamit bibir Astrella Sofia membaca mesej-mesej yang dihantar oleh Que Raikal dengan nama kenalan " Poyo " yang telah ditetapkan ditelefon bimbitnya itu.

" DON'T LATE ? "

" Eh eh mamat poyo ni. Takda benda lain ke nak cakap ? "

" Don't late , don't late. Urghh "

Bebel Astrella Sofia sendiri sedang dahinya berkerut memandang paparan skrin telefon pintarnya itu. 

" Hmm sabar Astrella Sofia. Sabar. "

" It's okay. Ni last kau jumpa dia. "

" Be nice to him. It's okay. Pahala orang bersabar tu besar. Sabar..sabar. "

Sedang nafas ditarik dengan sedalam-dalamnya , Astrella Sofia mengatakan itu sebagai nasihat kepada dirinya sendiri supaya bersabar akan sikap Que Raikal itu.

Setelah ketenangan dicapai , Astrella Sofia pun mulai menaip sebuah pesanan ringkas sebagai balasan kepada Que Raikal.

" Okay , I'll try my best to be there on time. "

" Bye. "

Dengan ringkas Astrella Sofia menghantarkan itu kepada Que Raikal.

Pesanan yang dihantar oleh Astrella Sofia itu segera dibaca oleh Que Raikal sejurus diterima. 

" Bye ? "

" Ni betul-betul tak nak borak panjang ni.. "

" Okay , takpa takpa.. "

" Jual mahal ? I likee "

Bebel Que Raikal sambil tersengeh sendiri melihat paparan mesej yang terpapar pada telefon pintarnya itu. 

Usai itu Que Raikal dan Astrella Sofia pun menjalani hari mereka berdua seperti biasa dengan kesibukan dan timbunan kerja di pejabat mereka sehinggalah ke jam 4.30 petang.

Tepat jam 4.30 petang Que Raikal dengan segera menyusun rapi kertas dan fail kerja yang berselerak diatas meja kerjanya itu. Komputer riba ditutup dan dimasukkan disimpan ke dalam beg galas hitamnya.

" Okay , let's go Que. "

Ucap Que Raikal sejurus selesai mengemas meja kerjanya itu.

Tanpa membuang masa , Que Raikal menyarungkan kot hitamnya dan mencapai kunci kereta serta telefon pintar diatas meja. Berlari anak , Que Raikal keluar dari pejabatnya dan menuju ke tempat parkir.

Waliff Attar yang melihat Que Raikal berlari anak itu lantas mengerutkan wjaahnya. 

" Aiii , awalnya balik. Tak sihat ke ? "

" Tapi berlari. "

" Hmm ? "

Ujar Waliff Attar yang bermonolog sendiri melihat gelgat sahabatnya yang seorang itu.

" Hoi ! Kau termenung apa dekat sini ha ? "

Jerkah Nadien Firdaus kepada Waliff Attar yang berdiri ditengah-tengah jalan itu sambil menghempuk lembut bahu sahabatnya itu dengan fail pejabat.

" Aduhhh kau ni Dien. "

Ucap Waliff Attar sedang tangan kanannya menggosok-gosok bahu kirinya itu.

Naiden Firdaus yang melihat reaksi Waliff Attar itu lantas tertawa.

" Kau termenung apa ? Kot ye pun rindu isteri sabarlah. Nak balik dah pun hahahah "

Kata Nadien Firdaus yang berbaur gurauan kepada Waliff Attar.

" Rindu isteri apanya. Aku tengah pelik tengok kawan kita tu ha. "

" Tak pernah-pernah dia balik awal. Ni baru 4.30 dia dah keluar dah. "

" Siap berlari tu. "

Jelas Waliff Attar kepada Nadien Firdaus berkenaan apa yang dilihatnya sebentar tadi. 

" Ada la tu apa-apa jadi. " 

Balas Nadien Firdaus dengan ringkas.

" Hm mungkinlah "

Jawab Waliff Attar dengan pendek.

Lalu mereka berdua pun kembali ke posisi masing-masing dan kembali menyiapkan tugasan yang belum diselesaikan.

" Assalamualaikum warahmatullah "

" Assalamualaikum warahmatullah "

Salam diberikan ke kanan dan kiri bahu Que Raikal. Dengan lembut , tangan kanan Que Raikal meraup wajahnya. 

Selesai solat Asar didirikan , kedua-dua tangan ditadahkan memohon doa kepada Sang Pencipta.

Beberapa surah dibaca lalu diaminkan. Kemudian , Que Raikal pun berdiri dan mengatur langkahnya keluar dari masjid tersebut dan menuju ke kereta BMW hitam miliknya.

Sedang langkah kaki Que Raikal mengatur langkah menuju ke keretanya , jam tangan dipakai. Pandangan mata Que Raikal tertumpu kepada kedua tangannya itu.

Tiba-tiba bahunya terlanggar seorang wanita.

" Auch. "

Jerit lembut wanita itu yang kini sudah jatuh terduduk diatas jalan tar itu. 

Que Raikal yang terkejut segera mengalihkan wajahnya kepada wanita tersebut dan melutut dihadapan wanita itu.

" Ya Allah , Miss. Are you okay ? "

Soal Que Raikal kepada wanita yang sedang menunduk itu.

" Sorry sorry salah saya. "

Ucap Astrella Sofia sambil mengangkat wajahnya memandang Que Raikal yang sedang melutut dihadapannya ketika itu. 

" KAU ?! "

" AWAK ?! "

Ucap Que Raikal dan Astrella Sofia secara serentak sejurus mata mereka berdua berpandangan.

" Haih. Mamat poyo ni lagi. Ya Allah kejap lagi kan aku nak jumpa dia. Dekat sini pun nak jumpa jugak ke ? "

Bisik hati Astrella Sofia sedang matanya merenung tajam ke wajah Que Raikal.

" Eh kejap.. "

" Dia ? Ya Allah. Ni ke jawapan tu ? "

Desis hati Que Raikal yang juga sedang merenung ke dalam anak mata Astrella Sofia yang berwarna hazel itu.

" Eee you buat apa dekat sini ? Kejap lagi kan nak jumpa. You stalk I ke ? "

Rungut Astrella Sofia kepada Que Raikal sementara kedua-dua tangannya  sibuk memasukkan barang miliknya yang berterabur diatas jalan akibat terjatuh itu ke dalam beg tangan.

" Encik ?! Hello ? "

Panggil Astrella Sofia kepada Que Raikal yang masih merenung kearah matanya itu.

Que Raikal yang tersedar segera berdiri tegak dihadapan Astrella Sofia dan memasukkan kedua-dua tangannya kedalam poket seluar.

Astrella Sofia yang sudah selesai mengutip barang-barangnya segera mencuba untuk berdiri namun tak berjaya.

Que Raikal yang melihat itu segera membongkokkan tubuhnya dan menunduk memandang Astrella Sofia.

Lalu Que Raikal pun berkata dengan nada perlahan. 

" Boleh bangun tak tu ? "

Astrella Sofia yang melihat sikap Que Raikal itu lantas menjeling tajam.

" Dah nampak aku macam ni. Boleh tanya lagi ? Kaki pun , time ni la nak terseliuh. "

Desis hati Astrella Sofia yang membebel melepaskan amarah.

" haih kau ni. " 

Tiba-tiba suara Que Raikal kedengaran begitu dekat dengan telinga Astrella Sofia.

Akibat terkejut , dengan pantas Astrella Sofia mengangkat wajahnya. 

Wajah Que Raikal , kini benar-benar dekat dengan wajahnya.

Jantung Astrella Sofia tiba-tiba berdegup laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience