Hari demi hari terus berlalu dengan pantas. Astrella Sofia dan Que Raikal akhirnya sah bergelar suamin isteri dengan sekali lafaz.
Bertempat di rumah Astrella Sofia , akad nikah dijalankan.
" Aku kahwinkan dikau dengan anak perempuanku Astrella Sofia Binti Dato' Eqwan dengan emas kahwinnya RM 25Ā 000 tunai ! "
Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus perlahan oleh Que Raikal.
" Aku terima nikahnya Astrella Sofia Binti Dato' Eqwan dengan emas kahwinnya RM 25 000 tunai. "
Lafas Que Raikal dengan nada suara penuh kelelakian dan tenang.
" Sah ? "
" Sah ! "
" Alhamdulillah ! "
Dengan sekali lafaz , Que RaikalĀ dan Astrella Sofia kini sah bergelar pasangan suami dan isteri.
Usai lafaz akad , tangan ditadahkan memanjatkan doa buat pasangan pengantin yang baru di ijab kabulkan itu.
Air mata kebahagiaan jelas kelihatan mengalir lembut dipipi Astrella Sofia.
Setelah doa diaminkan , Que Raikal dengan pantas berdiri dan mengatur langkahnya mendekati isterinya.
Dihadapan Astrella Sofia , Que Raikal duduk berlutut.
Cincin perkahwinan dihulurkan oleh Puan Naira kepada Que Raikal.
Dengan tangan yang menggigil Que Raikal mencapai sebentuk cincin milik Astrella Sofia untuk disarungkan.
Tangan kanan Astrella Sofia yang turut menggigil dihulurkan.
Sedaya upaya Que Raikal cuba untuk menyentuh tangan Astrella Sofia. Namun , setiap kali tangan mereka berdua bersentuhan pastinya Que Raikal dan Astrella Sofia akan tertunduk malu.
Gelagat pasangan pengantin baru ini berjaya membuatkan para tetamu yang hadir ke majlis akad nikah mereka tidak kering gusi.
Setelah hampir 5 minit berlalu , akhirnya cincin berjaya disarungkan di kedua-dua jari manis pasangan suami isteri itu.
Tangan Que Raikal disalam penuh sayang oleh Astrella Sofia. Foto mereka berdua terus diambil oleh jurugambar yang telah dibayar.
Usai bersalaman , Que Raikal mencium lembut dahi isterinya sedanga matanya tertutup rapat. Air mata kebahagian Que Raikal , mengalir lembut membasahi wajahnya.
Setelah selesai bergambar berdua , kini tibalah sesi bergambar bersama kedua keluarga dan para tetamu.
Tepat jam 10 malam sesudah menikmati makanan yang disediakan oleh pihak katering , para tetamu akhinrya pulang.
Keluarga Que Raikal , kedua sahabat Astrella Sofia dan Que Raikal turut mengundur diri untuk pulang ke rumah dan bersedia untuk majlis resepsi pasangan pengantin itu pada keesokan harinya.
Selesai majlis akad nikah , Astrella Sofia yang duduk diatas sofa diruang tamu didekati Que Raikal.
Dihadapan Astrella Sofia , Que Raikal berlutut sedang matanya memandang tangan Astrella Sofia yang sudah bercincin di jari manis.
Tangan kanan Astrella Sofia digenggam erat tangan Que Raikal laluĀ dicium.
" Hmm cantik cincin ni. "
Ujar Que Raikal sedang jari jemarinya bermain cincin kahwin dijari manis Astrella Sofia.
Astrella Sofia yang melihat sikap keanak-anakan Que Raikal itu segera mengukirkan senyuman manis diwajahnya.
Tangan kiri Astrella Sofia , dengan lembut membelai-belai rambut Que Raikal.
" Cantik sangat Hubby. "
Balas Astrella Sofia berhias senyuman lebar diwajah.
Que Raikal yanf mendengarkan itu segera mengangkat wajahnya mendongak memandang wajah Astrella Sofia.
Sejurus Que Raikal mendongak , Astrella Sofia berkata.
" Hai , suami saya. "
Berhias senyuman manis dan nada suara perlahan , Astrella Sofia mengatakan itu kepada Que Raikal.
" Hai , isteri saya. "
Balas Que Raikal dengan nada perlahan berhias senyuman lebar diwajahnya.
" Terima kasih , sebab sudi jadi isteri saya. "
" Astrella Sofia. "
Ucap Que Raikal sedang mata mereka berdua saling berpandangan kedalam anak mata masing-masing.
Lalu , Que Raikal kembali menunduk memandang kedua tangan Asteella Sofia yang dibelai tangannya.
" Hubby janji , hubby akan jaga sayang , hubungan kita dan anak-anak kita baik-baik. "
Ujar Que Raikal dengan lembut.
" Anak ? Awak nak baby ke hubby ? "
Soal Astrella Sofia kepada Que Raikal.
Dengan pantas Que Raikal mendongam memandang wajah Astrella Sofia dan mengangguk.
" Nak nak nak "
Kata Que Raikal seiringan kepalanya mengangguk.
" alaaaa "
" susah la sayang nanti. "
Keluh Astrella Sofia.
" Susah kenapa , sayang ? "
Tanya Que Raikal dengan dahi yang berkerut.
" Yelaa , hubby pun dah macam baby. Macam mana sayang nak handle nanti. hahahah "
Ujar Astrella Sofia sambil tertawa kecil.
" Sayangggg . Hubby baru manja sikit dah cakap hubby macam baby eh "
" Amboiii biasa dia tuu "
Ucap Que Raikal kepada Astrella Sofia.
Usai Que Raikal mengucapkan itu , meletuslah ketawa antara pasangan pengantin baru itu.
* Keesokan harinya *
Tepat jam 5.30 pagi , Astrella Sofia dengan lembut membelai rambut Que Raikal. Tanpa sedar , bibir Astrella Sofia diherotkan hingga berukir senyuman indah.
Que Raikal yang akhirnya tersedar dari lena segera membuka kelopak matanya.
Sejurus kedua bebola matanya dibuka , wajah Astrella Sofia yang tersenyum manis jelas kelihatan. Que Raikal yang masih mengantuk segera menutup matanya kembali.
" Good morning sayang. "
Ucap Que Raikal dengan suara yang serak dan manja.
Lalu tangan kanan Astrella Sofia yang tadinya membelai rambut Que Raikal segera ditarik dan dicium oleh Que Raikal.
" Good morning , hubby. "
Balas Astrella Sofia bersama segaris senyuman manis diwajah.
" Hubby , bangun cepat. Pergi mandi. Dah nak subuh ni. "
" Harini hubby jadi imam tau. "
" Jemaah sekali dengan Mummy Daddy. "
Dengan lembut Astrella Sofia mengejutkan suaminya dari tidur.
" Emm ? Okay sayang. "
Jawab Que Raikal dengan suara yang serak.
Dengan pantas , Que Raikal bangun dari tidurnya dan mengatur langkah ke tandas untuk mandi.
Astrella Sofia yang melihat gelagat Que Raikal itu tersenyum sendiri.
" Haih , husband aku ke tu ? "
" lain betul perangai sebelum kahwin dengan lepas kahwin. "
Bisik hati Astrella Sofia sambil tertawa kecil.
Setelah kedua pasangan pengantin itu selesai mandi dan bersiap untuk solat , tepat jam 6 pagi Astrella Sofia dan Que Raikal mengatur langkah mereka ke surau kecil yang tersedia di rumah Encik Eqwan untuk solat berjemaah.
Solat subuh dilaksanakan secara berjemaah , buat pertama kalinya , solat Astrella Sofia berimamkan suaminya.
Usai solat subuh didirikan , doa ditadahkan dan diaminkan. Tepat jam 7 pagi , Astrella Sofia turun ke dapur untuk membantu Puan Naira dan Mak Melor iaitu bibik mereka memasak sarapan pagi.
Setelah hampir 30 minit , hidangan sarapan pagi siap dihidang. Dengan gembira , mereka berempat menikmati hidangan sarapan pagi itu sambil berborak dan bergurau senda antara satu sama lain.
Tepat jam 11 pagi , Que Raikal dan Astrella Sofia sibuk bersiap memakai pakaian pengantin.
Setelah selesai memakai pakaian pengantin , jam didinding menunjukkan pukul 11.30 pagi. Jurusolek akhirnya tiba.
Usai itu , Que Raikal dan Astrella Sofia pun turun ke khemah majlis persandingan.
Berbaju Melayu songket hitam keemasan pada Que Raikal kelihatan segak bergaya mengenakan tengkolok dan kain sampin songket.
Manakala Astrella Sofia pula , berbajuĀ kebarungĀ songket hitam bersulam bunga warna emas bahagian pergelangan tangan mengenakan kerongsang berwarna emas.
Bertudung selendang hitam kosongĀ kelihatan manis memegang bunga jambangan bunga plastik yang diwarnakan warna emas.
Diatas pelamin berwarna putih dan berteraskan bunga plastik juga bunga besi bwrwarna gangsa , Que Raikal dan Astrella Sofia kelihatan berseri dan menonjol.
Share this novel