Bab 21

Romance Completed 40892

Tepat jam 12 tengah hari , di rumah banglo milik Tengku Zafran.

Di dapur , Astrella Sofia dan Mak Melah sedang memasak hidangan makan tengah hari bersama sambil berborak kosong.

" Mak Melah , Zafran dah kahwin kan ? "

" Mana isteri dia ya ? "

Sedang Astrella Sofia sibuk memotong sayur-sayuran , soalan itu diajukan kepada Mak Melah.

Mak Melah yang tadinya tersenyum sambil mengacau rata hidangan didalam periuk tersentak seketika.

Senyuman diwajah Mak Melah segera pudar.

" Kenapa Astrella tanya ..? "

Soalan berbalas soalan. Dengan pantas , Mak Melah bertanyakan itu kepada Astrella Sofia.

" No.., Astrella nak tahu je. "

" Just wondering , mana isteri Zafran. "

" Takkanlah dia tinggalkan Zafran dalam keadaan macam ni. "

Ulas Astrella Sofia dengan jelas kepada Mak Melah.

" ouh.. "

" S-sebenarnya.. "

Dengan tergagap , Mak Melah cuba untuk menceritakan sesuatu kepada Astrella Sofia.

" Ehem "

Tengku Zafran berdehem dengan kuat. Sejurus mendengar Tengku Zafran berdehem , Mak Melah terdiam.

Tengku Zafran yang tadinya berdiri di pintu masuk dapur mula mengatur langkahnya mendekati Astrella Sofia.

" Sayang ? You buat apa dekat dapur ni ? "

Tanya Tengku Zafran dengan lembut kepada Astrella Sofia.

" I saja tolong Mak Melah memasak ni. I boring tak tahu nak buat apa.. "

Jawab Astrella Sofia sambil tersenyum nipis.

Di belakang Astrella Sofia , Tengku Zafran berdiri tegak.

" Sayang. Sayanggg "

Panggil Tengku Zafran dengan perlahan.

" Ya.. "

Sahut Astrella Sofia dengan lembut. Namun Astrella Sofia masih tidak berpaling kerana sibuk memotong sayur-sayuran.

" Sayang I panggil ni. "

Dengan manja Tengku Zafran merungut.

" Ya Allah , iyaa. You nak apa ? "

Balas Astrella Sofia yang kini sudah berpaling mengahadap Tengku Zafran.

" Kita keluar jom ? Lepas lunch kita keluar nak ? Kita pergi shopping. "

Pelawa Tengku Zafran kepada Astrella Sofia.

Sejurus mendengarkan itu , Astrella Sofia menguntumkan senyuman manis diwajahnya.

" You nak bawa I keluar ? Seriously ?? "

Soal Astrella Sofia bernada teruja.

" Ya , sayang. Dah , you pergi bersiap eh. Biar Mak Melah je yang masak. "

Berhiass segaris senyuman nipis , Tengku Zafran mengatakan itu kepada Astrella Sofia.

" Yeayyy ! "

Teriak Astrella Sofia dengan riang.

" Takpe , nanti dah siap masak I bersiap . "

Ujar Astrella Sofia yang mahu membantu Mak Melah memasak hidangan makan tengah hari itu.

Tengku Zafran yang mendengarkan itu segera menjeling ke arah Mak Melah.

Mak Melah yang takut akan jelingan tajam Tengku Zafran lantas mengangkat wajahnya memanndang Astrella Sofia. Berhias segaris senyuman nipis , Mak Melah berkata.

" eh , Astrella pergi la bersiap. Takpe , Mak Melah boleh masak sendiri. "

Ujar Mak Melah kepada Astrella Sofia.

" Okay , kalau macam tu Astrella pergi bersiap dulu ! "

Kata Astrella Sofia berhias senyuman diwajah sebagai penyeri.

Lalu Astrella Sofia pun bergegas menaiki anak tangga dan menuju ke biliknya untuk bersiap.

Sejurus Astrella Sofia hilang dari pandangan mata Tengku Zafran , langkah mendekati Mak Melah diambil olehnya.

Mak Melah yang seakan-akan takut akan Tengku Zafran hanya menunduk.

" Mak Melah , Mak Melah tahu kan saya hidup dah tak lama. "

" Saya tak takut untuk buat apa-apa. "

" Asalkan Astrella terus ada dengan saya. "

" Mak Melah faham kan maksud saya ? "

Bisik Tengku Zafran dicuping telinga Mak Melah dengan lembut.

Sebagai balasan daripada kata-kata Tengku Zafran tadi , Mak Melah lantas mengangguk faham.

Tengku Zafran yang melihat itu mengherotkan pipinya hingga terukir segaris senyuman nipis diwajahnya.

Usai itu , Tengku Zafran pun berlalu pergi meninggalkan Mak Melah di dapur sendirian.

Setelah hampir 2 minggu Astrella Sofia dilaporkan hilang , Que Raikal mengambil keputusan untuk mengwar-warkan kehilangan Astrella Sofia di laman sosial.

Wajah Astrella Sofia turut dimuat naik berserta nombor telefon Que Raikal dan ahli keluarga Astrella Sofia sendiri.

Kini , hampir seluruh Malaysia sudah mengetahui kes kehilangan Astrella Sofia.

Di pusat membeli belah , Astrella Sofia dan Tengku Zafran berjalan berdua.

Tanpa mengetahui keadaan semasa , Tengku Zafrandan Astrella Sofia menikmati waktu yang diluangkan itu dengan bahagia.

Sedang mereka membeli belah , wajah Astrella Sofia di kenal pasti oleh salah seorang pembeli.

" Abang , itu bukan orang hilang yang abang tunjuk dekat saya haritu ke ? "

Soal wanita itu kepada suaminya sambil mengarahkan jarinya kepada Astrella Sofia.

" Haah la. Kejap , abang call nombor tu. "

Jawab lelaki tersebut kepada isterinya.

Lalu berkadar segera , nombor telefon Que Raikal didail.

" Hello ? Encik. Saya nak bagitau yang saya jumpa perempuan yang Encik cari tu. "

Ujar lelaki tersebut sejurus panggilannya diangkat oleh Que Raikal.

" Encik boleh hantar lokasi dekat saya sekarang ? Okay macam ni. Saya minta tolong sangat Encik ikut perempuan tu. Nanti saya sampai , saya telefon Encik semula. "

Pinta Que Raikal kepada lelaki diatas talian itu.

" Baik Encik. Boleh-boleh. "

Balas lelaki tersebut yang bersetuju untuk membantu Que Raikal.

Panggilan antara mereka berdua pun dimatikan. Setelah menmdapatkan lokasi , dengan pantas Que Raikal memecut menuju ke sana.

Pasangan suami isteri tadi pun mula mengekori Astrella Sofia dari belakang secara senyap-senyap.

" Astrella , aku datang ni. "

Desis hati Que Raikal yang benar-benar cemas akan keselamatan Astrella Sofia.

Astrella Sofia dan Tengku Zafran yang masih tidak sedar akan keadaan sekeliling mereka masih berlengah-lengah di pusat membeli belah tersebut.

" You , yang ni cantik tak ? "

" Or.., this one suits me better ? "

Soal Astrella Sofia kepada Tengku Zafran sambil menunjukkan dua pasang kasut yang dipilih olehnya.

" Sayang , you pakai apa pun cantik. "

Jawab Tengku Zafran sambil tersenyum nipis.

" Ish you ni. Asyik cakap macam tu je. Takde ayat lain keee "

Rungut Astrella Sofia sambil mencebik.

" Cepat laaa help me ! I tak tau nak pilih mana ni.. "

Tambah Astrella Sofia yang menggesa Tengku Zafran membuat pilihan untuknya.

" Emm okay I choose this one. "

Balas Tengku Zafran sambil menunjuk ke arah kasut bertumit tinggi berwarna hitam itu.

" Okay , I'll take this one. "

Ucap Astrella Sofia kepada pekerja kedai itu sambil tersenyum.

" Wanita berusia 23 tahun dilaporkan hilang tanpa jejak 2 minggu lalu. "

Terkumat kamit bibir Tengku Zafreil membacakan sebuah ' tweet ' yang terpapar dipaparan skrin telefonnya itu.

Dengan dahi yang berkerut , Tengku Zafreil menekan gambar yang turut disertakan pada ' tweet ' individu tersebut.

" Astrella. "

Ujar Tengku Zafreil sejurus melihat gambar wanita yang terpapar pada skrin telefonnya adalah Astrella Sofia.

Dengan pantas nombor telefon Tengku Zafran dihubungi.

Setelah berkali-kali ditelefon tanpa jawapan , Tengku Zafreil membuat keputusan untuk menelefon Mak Melah dan bertanya tentang Tengku Zafran.

" Hello , Mak Melah. Zafran mana ? Kenapa dia tak angkat saya call ? "

Soal Tengku Zafreil kepada Mak Melah dalam keadaan cemas.

" Tuan Zafran keluar dengan Astrella. "

Jawab Mak Melah dengan ringkas.

" APA ?! "

Dengan mata yang terbuntang Tengku Zafreil menengking Mak Melah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience