* 2 tahun yang lalu , New York *
" You , malam ni you balik lambat ? "
Soal Darleena dengan mata yang membulat memandang Tengku Zafran yang kini bergelar suaminya.
" Yeah. I balik macam biasa. Don't wait for me okay ? "
Jawab Tengku Zafran yang sedang menyarungkan kasut pejabatnya itu sambil tersenyum nipis kepada isterinya.
" Hmm , okay. "
Keluh Darleena yang kini menunduk memandang lantai.
Tengku Zafran yang melihatkan itu segera meletakkan tangan kanannya diatas kepala Darleena dan berkata
" I'll try untuk balik awal okay ? "
Berhias senyum , Tengku Zafran mengatakan itu.
" Betul ni ? "
Soal Darleena bernada manja sedang matanya membulat memandang Tengku Zafran.
" Betul. "
Jawab Tengku Zafran dengan ringkas.
Lalu tangan kanan Tengku Zafran pun disalam oleh Darleena sebelum Tengku Zafran memulakan perjalanan ke pejabat.
Sejurus Tengku Zafran memulakan perjalanan ke pejabat , pintu utama kediamannya ditutup oleh Darleena.
" You , kalau tak balik langsung pun takpe Zaf. Only then , my life would be better "
Ujar Darleena sambil tertawa kecil.
Perkahwinan antara Tengku Zafran dan Darleena yang sememangnya terikat tanpa sebarang cinta itu hanyalah sebuah kepalsuan buat Darleena.
Darleena yang tidak pernah bersetuju untuk menikahi Tengku Zafran terpaksa berpura menjadi seorang isteri yang mencintai suaminya demi mengikis kekayaan keluarga Tengku Zafran.
Tengku Zafran dikahwinkan dengan Darleena atas kepatuhannya terhadap ibunya , Puan Kamariah.
Manakala Darleena dikahwinkan dengan Tengku Zafran , untuk menyelamatkan keluarganya dari diisytiharkan muflis.
Hadirnya Tengku Zafran dalam keluarga Darleena telah membantu Syarikat Encik Sahar yang bertapak di New York dari gulung tikar.
Setelah berkahwin , Tengku Zafran belajar untuk mencintai isterinya Darleena meskipun perkahwinan itu adalah atas dasar paksaan keluarga.
Bagaimanana pun cinta Tengku Zafran hanya dibalas dengan kepuraan Darleena.
Seperti yang dijanjikan , Tengku Zafran cuba untuk pulang awal dari kerja.
Namun begitu , kepulangannya yang tidak terduga itu telah membongkarkan sikap sebenar Darleena.
" Y-you buat apa ni ? "
Soal Tengku Zafran dengan tergagap-gagap kepada isterinya.
" B-biy. I-i.. "
Darleena yang terkejut melihat Tengku Zafran sudah berdiri dihadapan pintu bilik mereka itu segera berdiri dari katil dan mendekati Tengku Zafran.
Tangan kanan Tengku Zafran segera ditarik dan digenggam Darleena. Namun dengan segera , Tengku Zafran menepis tangan Darleena.
" Jangan sentuh aku. Jijik. "
Bernada perlahan Tengku Zafran mengucapkan itu kepada Darleena.
" Kau suruh jantan ni keluar sekarang. "
" Aku penat. Aku nak rehat. "
Arah Tengku Zafran kepada Darleena dengan ringkas.
Tengku Zafran yang sudah beberapa kali mengalami situasi yang sama kini tampak lebih tenang dari sebelumnya. Meskipun hatinya kini hancur berderai , namun dia kekal tenang dihadapan Darleena.
" B-biy. I'm sorry.. You rest lah. Take your time okay ? I'll leave you alone. Nanti you dah okay just give me a call okay ? "
Tanpa sebarang rasa bersalah , Darleena mengatakan itu kepada suaminya.
Tengku Zafran yang mendengarkan itu bergegas ke bilik kerjanya.
Dengan lesu Tengku Zafran menutup pintu biliknya. Diatas lantai Tengku Zafran duduk bersandar pada pintu.
" Ya Allah , beratnya ujian ni.. "
" Dimana lagi silapnya aku sebagai suami ? "
" Aku cuba untuk cintakan dia. "
" Tapi ini yang aku dapat ? "
Beriring tangis Tengku Zafran membisikkan kata-kata tersebut dalam hatinya.
Sedang Tengku Zafran meratap hati yang hancur berderai , Darleena sedang bergembira bersama teman lelakinya.
Sejak dari kejadian tersebut , Tengku Zafran mula bersikap dingin dengan isterinnya. Mereka berdua tidak lagi makan semeja mahupun tidur sekatil. Tengku Zafran benar-benar berubah.
" You , you tak boleh layan I macam ni. You ingat I tunggul ke dekat rumah ni ha ?! "
Bernada marah Darleena meluahkan isi hatinya kepada Tengku Zafran yang baru pulang dari kerja.
" You jangan sampai I report dekat your mom. "
Berunsur ugutan Darleena mengatakan itu kepada Tengku Zafran.
Tengku Zafran yang mendengarkan itu segera menghentikan langkahnya dari terus menuju ke bilik utamanya.
" Bagitaulah. Senang sikit kerja aku. "
Balas Tengku Zafran kepada Darleena dengan mendatar.
" Kerja you ? Kerja apa ni ? "
Soal Darleena kepada Tengku Zafran.
Berkadar segera Tengku Zafran berpaling dan mengatur langkah mendekati Darleena.
Dihadapan Darleena , Tengku Zafran berdiri tegak.
" Kau jangan ingat aku tak tahu anak dalam perut kau tu anak siapa. "
Ujar Tengku Zafran dengan perlahan.
" W-what ?! Are you denying your child now ? "
Dengan mata yang terbeliak Darleena mengatakan itu sedang kedua-dua tangannya memegang perutnya.
" Drop your act Darleena. Aku tak bodoh. "
Dengan tenang Tengku Zafran mengucapkan itu dihadapan muka Darleena.
Lalu Tengku Zafran pun berpaling dan meneruskan langkah menuju ke bilik kerjanya.
Darleena yang terkejut mendengarkan kata-kata yang terbit dari bibir suaminya itu hanya berdiam dan melihat susuk tubuh Tengku Zafran dari belakang.
" W-where d-did my husband go ...? "
Tergagap-gagap , hati Darleena berkata begitu.
( RingRing )
Nada dering telefon bimbit Tengku Zafran jelas kedengaran memecahkan keheningan malam.
" Assalamualaikum , Boss. Maklumat perempuan yang Boss minta tu saya dah dapatkan. Nama penuh , Astrella Sofia Dato' Eqwan. Seorang penuntut di universiti...., "
Suara seorang lelaki yang garau jelas kedengaran menyebutkan butiran diri Astrella Sofia secara terperinci kepada Tengku Zafran.
" Good. Aku nak mulai hari ni kau update setiap gerak geri dia. Check sama ada dia dah berkahwin atau belum. "
Balas Tengku Zafran kepada lelaki tersebut.
" Baik Boss. Nanti saya update semula. "
Ucap lelaki bersuara garau itu kepada Tengku Zafran.
Setelah itu , panggilan antara mereka berdua pun di matikan.
" Sayang , as I promised... "
" ... I , takkan pernah tinggalkan you. "
" Leaving you , is my biggest mistake sayang. "
" I'll be back... and take you as my wife. "
Ujar Tengku Zafran sedang tangannya mengusap lembut bingkai gambar yang terletaknya sekeping foto antara dirinya dan Astrella Sofia.
( TokTok )
Ketukan pintu bilik kerja Tengku Zafran kuat kedengaran secara bertubi-tubi itu telah berjaya menghentikan lamunan Tengku Zafran.
" Biy ! Tolong ! Biy ! "
Jerit Darleena mengerang kesakitan.
" Kau nak apa ? "
Balas Tengku Zafran yang masih nelum berganjak dari tempat duduknya.
" Tolong ! Perut I sakit ! "
" Biy ! Tolongg ! "
Jerit Darleena sambil menangis menahan kesakitan.
" Haih menyusahkan betul. "
Keluh Tengku Zafran yang baru sahaja berdiri dan mengatur langkahnya ke pintu bilik. Tombol pintu dipulas dan ditarik kasar Tengku Zafran.
Oleh kerana kesakitan yang dirasakan , Darleena bersandar pada pintu tersebut. Setelah pintu itu ditarik dengan kasar oleh Tengku Zafran , Darleena pun terjatuh ke lantai.
Darah mula terlihat mengalir di kaki Darleena.
Tengku Zafran yang melihat itu hanya memandang Darleena dengan pandangan kosong.
Darleena yang sedang menahan kesakitan perlahan-lahan memeluk kaki kiri Tengku Zafran dan merayu.
" Y-you .., t-tolong I... "
Rayu Darleena sambil menangis.
Tengku Zafran yang masih berdiri tegak , akhirnya membongkokkan tubuhnya dan mendukung isterinya , Darleena ke kereta.
Setelah selesai diperiksa , doktor menjelaskan kepada Tengku Zafran bahawa anak didalam kandungan Darleena yang berusia 6 bulan itu tidak dapat diselamatkan dan harus dilahirkan segera.
Bertanggalkan 19 Januari , lahirlah anak lelaki yang tidak bernyawa setelah mengambil masa selama hampir dua jam Darleena bertarung nyawa.
" Semua ni salah kau , Zafran. "
" Kau kejam. "
Dengan bibir yang kering dan suara yang serak , Darleena mengucapkan itu kepada suaminya yang kini berdiri tegak di kiri katil.
" Kau bunuh anak kita Zaf. "
Ucap Darleena dengan penuh kekecewaan.
Tengku Zafran yang mendegarkan itu hanya memandang Darleena dengan pandangan kosong.
Share this novel