Bab 2

Romance Completed 40892

" Mana tho Dien ni ? "

Keluh Que Raikal yang tercari-cari susuk tubuh Nadien Firdaus , sahabat baiknya.

" Jap lagi sampai la tu "

Kata Walif Attar dengan bersahaja sedang matanya melilau melihat buku menu restoran tersebut.

" Haih. Janji pukul 2 , sekarang dah 2.15 kot. "

Tambah Que Raikal yang meluahkan ketidak puasan hatinya.

" Que. Member kita dah jadi laki orang. Banyak komitmen dia. Relax la. Order dulu apa-apa ke "

Balas Walif Attar kepada Que Raikal.

" Yelah "

" Aku tau la korang berdua dah kahwin. "

Ujar Que Raikal kepada Waliff Attar secara spontan.

" ha mula la tu. Hahahahah "

Kata Walif Attar sambil tertawa kecil melihat wajah Que Raikal dihadapannya itu.

" A-apaaa ? "

Soal Que Raikal sedang dahinya berkerut.

" Kau tu Que. Bukan takda orang nak tau. Berdeeeeret orang nak dekat kau. "

" Kau je jual mahal. "

Bernada serius Walif Attar mengemukakan fakta berkenaan sahabat baiknya itu , Que Raikal.

" Tar , bagi aku cinta ni tak da makna dah. "

" Buang duit , buang masa. "

" semua perempuan sama je. "

Balas Que Raikal kepada Walif Attar bernada perlahan.

" Cinta ni indah. Kalau kau jumpa insan yang tepat. "

" cuba la buka hati kau tu Que. "

Nasihat Walif Attar kepada Que Raikal.

" Ah  sudahlah. "

" Aku dah penat. "

" cukup la apa yang aku kena tanggung dulu."

" biarlah aku macam ni sampai bila-bila.  "

Jujur Que Raikal kepada Walif Attar berkenaan apa yang dirasakannya.

" Ke .., kau masih tak boleh lupakan Zennirah Aisyah ? Kekasih lama kau tu ha ? "

Dengan selamba Walif Attar mengatkan itu.

" Perempuan macam tu aku nak ingat ? Kau lupa ke aku siapa Tar ? "

" Que Raikal kot. Lelaki terhangat dipasaran. Hahahaha "

Jawab Que Raikal sambil tertawa kecil.

" Bagus la kalau macam tu. "

" Kalau tuannya kau dah lupa , kenangan pun kau padam la ikut sama. "

Kata Walif Attar kepada Que Raikal.

Que Raikal yang mendengarkan itu hanya memandang wajah Walif Attar sambil tersenyum nipis.

" Aku bukan apa Que. Aku dengan Dien , nak tengok kau bahagia. Macam mana kitorang bahagia dengan life kitorang sekarang. "

" Jangan disebabkan kisah silam kau dengan Zennirah kau kunci hati kau buat selamanya."

Nasihat Walif Attar kepada Que Raikal sekali lagi.

Walaupun dihadapannya Que Raikal berlagak seoalah-olah tidak lagi terkesan akan kisah cintanya yang dulu , namun Walif Attar seakan tahu perasaan Que Raikal.

" Hello guys , sorry tho lambat. "

Ucap Nadien Firdaus sejurus duduk disebelah Walif Attar.

" Haha. Takpe , kitorang memang datang untuk tunggu kau pun. "

Perli Que Raikal sambil tersenyum nipis.

" Aduh geng , sorry la. "

" Okay okay , harini aku belanja. "

Kata Nadien Firdaus kepada Que Raikal dan Walif Attar.

Sejak dibangku sekolah lagi , mereka bertiga sudah menetapkan syarat bahawa orang terakhir tiba di lokasi perjumpaan harus membelanja dua orang yang telah sanpai dahulu sebagai tanda maaf.

" Itu yang aku nak dengar tu. Hahaha "

Walif Attar bersuara. Lalu Walif Attar dan Que Raikal tertawa kecil.

Sedang mereka bertiga menikmati makanan yang dipesan  Que Raikal , Nadien Firdaus dan Waliff Attar mula berbual berkaitan hidup masing-masing.

" Haa , how's life ? "

" Best ke kahwinn ? "

Soal Que Raikal kepada Nadien Firdaus , sahabatnya yang bergelar pengantin baru itu.

" uhuk uhuk " 

Tanpa sengaja Nadien Firdaus tersedak akibat terkejut mendengarkan persoalan yang dilontar oleh Que Raikal secara tiba-tiba.

" ehemmmm "

Ucap Waliff Attar sambil mengusap lembut belakang Nadien Firdaus.

" Kau biar betul Que ? "

Balas Nadien Firdaus yang seakan tidak percaya persoalan itu terbit dari bibir sahabatnya yang bernama Que Raikal.

" Haa la. Kenapa ? Tak nak jawab takpe. "

Jawab Que Raikal yang seakan tidak begitu berminat untuk tahu.

" ahahaha. okay okay aku jawab.. "

Balas Nadien Firdaus sambil tertawa kecil melihat wajah Que Raikal.

" Hmm.. Okay , kalau kau tanya best ke tak kahwin. Yes ! Best gila ! "

Jawab Nadien Firdaus bernada ceria.

" Apa yang buat kahwin tu rasa best ? "

Soal Que Raikal lagi dengan perasaan ingin tahu akan keseronokan berkahwin.

" Best la. Kau balik kerja penat-penat , ada orang buatkan air.. "

" ada orang yang penat lelah masakan untuk kau. "

" jaga makan pakai kau. "

" pagi-pagi dibuatkan bekal , sarapan sama-sama."

" eyy seronok laaa ! hahahaha "

Dengan panjang lebar , Nadien Firdaus menjawab persoalan Que Raikal tadi dengan terperinci.

" Elehhh , kalau setakat buatkan air bibik aku pun hari-hari buatkan aku airrr "

Balas Que Raikal sambil mencebik memandang Nadien Firdaus.

" Mungkin air tu sama perasa , sama manisnya. Tapi , perasaan tu berbeza Que. Bibik dengan isteri , lain. "

Celah Waliff Attar antara perbualan Que Raikal dan Nadien Firdaus.

" Setuju. Itu diaaa kata-kata dari pengantin lama kita hahahaah. "

Sokong Nadien Firdaus terhadap apa yang dikatakan oleh Waliff Attar itu sambil tertawa kecil.

" Ah , korang saja je kan. Korang ingat aku tak tau korang cakap macam ni sebab nak aku kahwin kan ? "

" Sorry guys. Pintu hati aku ni tak terbuka untuk meincintai sesiapa lagi. "

Balas Que Raikal bernada serius.

" Ehhh , kau yang beria tanya tadi. "

Ujar Waliff Attar bersama senyuman nipis yang terukir diwajahnya.

" Entah , kitorang jawab jujur jee "

Sokong Nadien Firdaus.

" Ah , dah la korang sama je. "

" dah kahwin , tinggal aku sorang-sorang. "

Ucap Que Raikal sekali lagi mencebik.

" itu tandanya kau pun kena cepat-cepat kahwin Que. Sudah sudah la dengan cerita lama tu. Dah sampai masanya kau buang kenagan tu jauh-jauh. "

Kata Waliff Attar dengan serius. 

" Betul tu Que. Sampai bila kau nak membujang ? "

Sokong Nadien Firdaus serta mengajukan persoalannya kepada Que Raikal.

" Sampai ... "

Kata-kata Que Raikal tergantung. Pandangan mata Que Raikal dialihkan ke meja makanan. Wajahnya , perlahan-lahan menunduk.

" Sampai Zennirah datang balik dalam hidup kau ? Macam tu ke Que ? 

Bernada tegas , Nadien Firdaus melontarkan persoalannya kepada Que Raikal sekali gus menyambung kata-kata Que Raikal yang tergantung.

Que Raikal yang tersentak setelah mendengarkan kata-kata Nadien Firdaus itu hanya mampu melemparkan pandangan kosong kepada dua sahabat dihadapannya.

" Kenapa diam ? "

" Betul kan apa yang aku cakap ni. "

Ujar Nadien Firdaus dengan tegas.

" Que , kau tu kawan kitorang. Macam mana hebat pun lakonan kau .., kitorang tetap boleh hidu penipuan tu. "

" Lepaskan Que. Lepaskan semua tu. Lepaskan kenangan 5 tahun lepas. Lepaskan. "

Tambah Waliff Attar bernada lembut.

" Hmm. Aku tak boleh. "

" Susah. Sakit sangat Dien , Tar.. "

Luah Que Raikal bernada sedih.

" Buka hati kau Que. Kau , kena tolong diri kau sendiri. "

" Kiotrang cuma mampu  nasihat. Tapi kau je yang mampu untuk tolong diri kau. "

Naishat Waliff Attar kepada Que Raikal dengan lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience