Hari ini , sudah hari keempat Astrella Sofia berada di Tengku Legacy Villa. Bertempat sebuah kafe berhadapan pantai , Astrella Sofia duduk menunggu kehadiran kawan barunya itu.
" Awak , hai. Sorry lambat. "
" Husband saya ni ha. Sibuk nak ikut sekali. hehe "
Sapa Darleena kepada Astrella Sofia sekaligus menjelaskan sebab mengapa dirinya terlewat.
Astrella Sofia yang tadinya ralit bermain telefon , perlahan-lahan mengangkat wajahnya sedang bibirnya berkata.
" Eh.., takpe. Saya pun baru je.... "
Sejurus wajah Astrella Sofia diangkat , kata-katanya tergntung. Mata Astrella Sofia mula membulat memandang pasangan suami isteri yang sedang tersenyum dihadapannya.
" Kenalkan , ni lah husband saya yang sibuk mengalahkan menteri tu. "
Gurau Darleena semasa memperkenalkan suaminya kepada Astrella Sofia.
Namun begitu , gurauan Darleena disambut dengan kesunyian.
Astrella Sofia dan Tengku Zafreil saling merenung wajah masing-masing tanpa sebarang kata.
" Z-zafreil. "
Panggil Astrella Sofia dengan tergagap akibat terkejut.
" Astrella . "
Panggil Tengku Zafreil dengan nada mendatar.
" Eh , korang berdua kenal ke ? "
Soal Darleena yang kebingungan.
" haah , ni kawan lama abang masa dekat kolej dulu la sayang. "
" Kan Astrella ? "
Jawab Tengku Zafreil dengan pantas memandangkan isterinya tidak mengingati apa yang telah berlaku sebelum ini.
Tanpa berfikir panjang , berkadar segera Astrella Sofia mengangguk perlahan sebagai tanda setuju.
Seboleh-bolehnya , Tengku Zafreil tidak mahu isterinya mengingati apa-apa berkaitan abang kembarnya itu Tengku Zafran. Hal ini kerana perkara tersebut akan membuatkan Darleena mengimbas segala kenangannnya bersama Tengku Zafran.
Pertemuan Astrella Sofia dan Tengku Zafreil yang tidak terduga itu sedikit sebanyak memperbaiki hubungan antara mereka berdua. Sejak pemergian arwah Tengku Zafran , Astrella Sofia dan Tengku Zafreil tidak lagi saling bersua muka.
Tanpa sebarang ragu , Tengku Zafreil memohon maaf kepada Astrella Sofia atas perbuatannya hampir 2 tahun yang lalu.
Setelah mengetahui bahawa Tengku Zafreil dan Astrella Sofia adalah sahabat lama , Darleena pun menghormatinya dan memberikan masa unutk mereka berdua berbual.
Di kafe tersebut , terduduknya Astrella Sofia dan Tengku Zafreil secara berhadapan.
" Astrella , aku minta maaf ya ? "
Ujar Tengku Zafreil meminta maaf dengan ikhlas.
" Eh , takpe. Saya faham kenapa awak buat macam tu dulu. "
" Siapa je yang tak nak bahagiakan orang yang kita sayang kan ? "
" Lagi-lagi bila kita tahu.., orang tu boleh tinggalkan kita anytime. "
Balas Astrella Sofia berhias segaris senyuman nipis diwajah.
" kau dengan lelaki tu macam mana ? "
Soal Tengku Zafreil berkenaan perkembangan Astrella Sofia setelah kejadian tersebut.
" Lelaki tu ? "
Tanya Astrella Sofia dengan bersahaja. Setelah beberapa ketika Astrella Sofia pun sedar akan gerangan ' lelaki itu ' ditujukan kepada siapa.
" Ouh.. lelaki tu.. "
" We're just married "
Jawab Astrella Sofia berhias senyuman.
" Honeymoon dekat sini ke ? "
Tanya Tengku Zafreil lagi.
" Em.. no . "
" saya sorang je . "
Jawab Astrella Sofia dengan ringkas.
" I see. Kau ada masalah ke ? "
" mana tau aku boleh tolong ? "
" dapatlah aku tebus salah aku dekat kau dulu . "
Kata Tengku Zafreil yang cuba menghulurkan bantuan kepada Astrella Sofia.
" Hm. Adalah masalah sikit. "
" Saya boleh handle masalah tu. Don't worry . "
Tolak Astrella Sofia dengan sopan.
Dengan teguh , Astrella Sofia berpegang pada prinsip hidupnya soal perkahwinan dimana selagi masalah yang dialami itu mampu dikawal selagi itu tiada siapa seharusnya tahu mengenai permasalahan itu.
Tengku Zafreil yang mendengarkan itu segera mengangguk faham sebagai tanda hormat akan keputusan Astrella Sofia untuk tidak berkongsi masalah rumah tangga yang dialaminya.
Menjelang hari ke empat Astrella Sofia membawa diri , hari ini Que Raikal tekad untuk pergi mencari isterinya. Usai solat subuh didirikan pakaiannya segera dikemas dan dimasukkan ke dalam bagasi dengan rapi.
Pejabat dituju , beberapa urusan kerja segera diselesaikan. Cuti selama hampir 2 minggu diambil oleh Que Raikal sebagai cuti berbulan madu memandangkan mereka berdua masih belum berbulan madu sejak bernikah.
Bersendiri Que Raikal pulang ke rumahnya setelah selesai membuat laporan polis akan apa yang telah Zennirah Aisyah lakukan. Berserta bukti , laporan dibuat.
Sejurus selesai membuat laporan tersebut , seperti yang dirancang Que Raikal pun membersihkan dirinya dan bertolak dari rumah menuju ke Tengku Legacy Villa seawal jam empat petang.
Memandangkan hari tersebut merupakan hari bekerja , jalan raya tidaklah sesak seperti kebiasaannya.
Setelah memakan masa selama tiga jam , Que Raikal akhirnya tiba ke destinasi yang dituju iaitu , kepangkuan isteri yang tercinta.
Tiba sahaja di perkarangan Tengku Legacy Villa , bagasi yang berisi pakaiannya dibiarkan didalam kereta. Telefon pintar dicapai dan dibuka.
Nombor telefon Astrella Sofia didail. Nama ' sayang ' jelas tertera dipaparan skrin telefon Que Raikal. Berkadar segera , panggilan dibuat.
( RingRing )
Sedang Astrella Sofia menikmati keindahan pantai sendirian , nada dering telefonnya kuat kedengaran.
Nama ' hubby ' jelas terpapar diskrin telefonnya.
Nafas Astrella Sofia ditarik sedalamnya lalu dihela lembut. Lalu panggilan Que Raikal diangkat.
" Hello ? "
Ucap Astrella Sofia bernada perlahan sejurus panggilan antara mereka berdua disambungkan.
" Hello , isteri saya ! "
Balas Que Raikal dengan teruja berhias senyuman manis diwajahnya.
Sejurus mendengar suara Que Raikal yang ceria itu , bibir Astrella Sofia segera diherotkan hingga berukir senyuman manis diwajah.
" Sayang , sayang dekat mana tu ? "
Soal Que Raikal dengan lembut.
" Hm ? Mana boleh bagitahu.. Rahsia ! "
Jawab Astrella Sofia dengan sengaja.
" Ala.., bagitaulah. Hubby bukan boleh datang pun. Jauh kot sayang. "
Pujuk Que Raikal supaya isterinya memberitahu tentang keberadaannya.
" Haih. Ada ni dekat tepi pantai. "
Jawab Astrella Sofia yang beralah.
Sejurus mendapatkan jawapan , langkah kaki Que Raikal segera menuju ke pantai.
" Ouhh , sorang je ke ? "
Tanya Que Raikal lagi.
" Taklah. Ramai orang dekat sini.. "
Balas jujur Astrella Sofia.
" Ni , hubby baru balik kerja ke ? "
Soal Astrella Sofia kepada suaminya.
Namun begitu , Que Raikal hanya diam membisu. Setelah beberapa minit berdiam , Astrella Sofia bersuara sekali lagi.
" Hello ? Hubby. Ada orang ke tak ni ..? "
Panggil Astrella Sofia dengan bersahaja.
" Sayang... "
" Sayang marah Hubby lagi tak ? "
Panggilan Astrella Sofia , dibalas dengan persoalan.
" Hm.. tak.. bila fikir balik , sayang tak patut buat macam tu. Apatah lagi cakap macam tu dekat hubby. "
" I think , I.. over react that day.. "
Ujar Astrella Sofia meluahkan perasaannya.
" I don't know why... Maybe sebab.. "
Kata-kata Astrella Sofia dibiarkan tergantung seketika.
" Sebab ni ? "
Suara Que Raikal , tiba-tiba sahaja kedengaran begitu jelas dan dekat. Foto imbasan kandungan Astrella Sofia tempoh hari , dihulurkan oleh Que Raikal kepada isterinya.
Namun Astrella Sofia yang masih belum tersedar hanya mengambil foto imbasan tersebut dan menjawab.
" Hm.. ye. sebab ni la. "
Jawab Astrella Sofia dengan bersahaja.
" Haih.., sayang tak tau lah hubby... "
Rungut Astrella Sofia berkenaan emosinya yang cepat berubah itu.
" Ni.. entah kenapa sayang rasa macam hubby dekat sangat dengan sayang.. "
Adu Astrella Sofia dengan mata yang berkaca memandang foto imbasan kandungannya ditangan kanan itu.
" Alololo sayang hubby sorang niii "
Ujar Que Raikal seiringan tubuhnya memeluk erat tubuh Astrella Sofia dari belakang.
" H-hubby ..? "
Dengan tergagap Astrella Sofia memanggil suaminya.
" Iya sayang. "
Jawab Que Raikal dengan manja.
Berkadar segera , Astrella Sofia berpaling menghadap Que Raikal. Dengan erat , tubuh Que Raikal dirangkul ke dalam pelukan Astrella Sofia.
Didada bidang Que Raikal , Astrella Sofia menyandarkan kepalanya dan menangis.
" Alololo isteri hubby ni. "
" Rindu hubby ya ? "
Ucap Que Raikal sambil tersenyum lebar sedang tangan kanannya mengusap lembut kepala isterinya yang beralas tudung selendang hitam.
" Mmmuahhh ! "
Dengan penuh sayang , Que Raikal mencium lembut dahi isterinya itu.
Setelah empat hari berjauhan , kini pasangan pengantin baru itu berada sedekat nadi.
Share this novel