Seawal jam 10 pagi , dirumah Astrella Sofia berusaha gigih untuk mendapatkan semula nikmat berjalan.
Diatas kerusi roda Astrella Sofia duduk sedang kedua-dua tangannya mengenggam kemas pemegang tongkat berkali 4 itu.
Tenaga dikerah sekuatnya , setelah hampir 5 minit berlalu Astrella Sofia akhirnya berjaya berdiri.
" M-mumy.. "
Dengan suara yang menggigil dan tubuh yang terketar , Astrella Sofia memanggil Puan Naira dengan lembut.
" F-fi dah boleh berdiri. "
Puan Naira yang dari tadi duduk diatas katil berhadapan Astrella Sofia memandang anak gadisnya itu dengan mata yang berkaca.
Berkadar segera Puan Naira berdiri mendekati Astrella Sofia. Tubuh Astrella Sofia dirangkul kemas Puan Naira.
" Alhamdulillah Fi. "
" Mummy proud of you. "
Bernada sebak Puan Naira membisikkan itu dicuping telinga Astrella Sofia sedang air matanya terus mengalir dibahu Astrella Sofia.
Hari demi hari Astrella Sofia tidak berputus asa dan terus berusaha untuk pulih.
Setelah hampir sebulan Astrella Sofia akhirnya berjaya untuk berjalan menggunakan tongkat berkaki empat itu.
Tepat jam 1 petang , waktu makan tengah hari pun tiba.
Seperti yang dimaklumkan , Encik Eqwan bersama Encik Sharif dan Que Raikal bertemu di Saujana Cafe.
Sejurus bertemu , Encik Eqwan dan Encik Sharif bersalaman lalu berpelukan.
Setelah beberapa detik berlalu , pelukan mereka pun terlerai. Kini giliran Que Raikal pula untuk bersalaman dengan Encik Eqwan.
Usai itu , mereka bertiga pun melabuhkan tubuh diatas kerusi tersebut.
Senyuman lebar yang terukir diwajah dua orang lelaki dipertengahan usia itu jelas menimbulkan tanda tanya kepada Que Raikal.
Encik Eqwan dan Encik Sharif terus berbual sementara menunggu hidangan makanan yang dipesan tiba.
10 minit pun berlalu , makanan yang dipesan mereka bertiga akhirnya siap.
Mereka bertiga pun menikmati hidangan makanan tersebut dengan gembira.
Sedang Que Raikal menghirup kopi panas itu , Encik Sharif dan Encik Eqwan dengan sengaja mengusik Que Raikal.
" How's your bussiness now Dato' Eqwan ? "
Soal Encik Sharif kepada Encik Eqwan berkenaan perkembangan syarikat milik keluarga Encik Eqwan itu.
" Eh , apa ni panggil Dato'. "
" Kita kan nak berbesan dah "
Balas Encik Eqwan sambil tertawa kecil.
Que Raikal yang menghirup kppi panas itu lantas tersedak mendengarkan itu.
" Que , okay ke tu ? "
Tanya Encik Eqwan kepada Que Raikal sambil tersenyum lebar.
"Â Alah biasa la tu Wan , terkejut. ahahah "
Ujar Encik Sharif sambil tertawa.
" B-besan ? "
" Pa , Daddy ? "
" Que salah dengar ke ni ? "
Soal Que Raikal dengan dahi yang berkerut kepada dua orang lelaki dihadapannya itu.
" Betul la Rif. Terkejut betul ni. ahahah "
Kata Encik Eqwan kepada Encik Sharif beriring ketawa.
" Betul la Que. Papa dengan Daddy Astrella dah bincang. "
" Hujung minggu ni Mama dengan Papa merisik Astrella untuk Que. "
" Itu pun kalau Que setuju lah. "
Jelas Encik Sharif kepada anak lelakinya itu.
Senyuman lebar , segera menjadi penghias wajah Que Raikal setelaj mendengar penjelasan Encik Sharif sebentar tadi.
" Ya Allah , betul ke ni Pa ? "
Soal Que Raikal dalam ketidak percayaan.
" Que sudi tak jadi menantu Daddy ? "
Dengan mesra Encik Eqwan mengajukan persoalan itu kepada Wue Raikal.
" mestilah sudi Daddy. "
" tapi.., Astrella tau tak pasal ni Daddy ? "
" Bukan apa... Que tak nak Astrella rasa terpaksa ke apa. "
Jawab Que Raikal sekaligus bertanya kepada mengenai Astrella Sofia.
Que Raikal bimbang sekiranya Astrella Sofia hanya akan menerima pinangan keluarganya dalam keterpaksaan.
" No worry Que. Daddy kenal anak Daddy macam mana. "
" Inshaa Allah , dia akan terima dengan seikhlas hati. "
" Yang penting Que kena berani mencuba. "
" Fi tak tahu lagi pasal ni. "
" Daddy ingat nak surprise kan dia. "
Terang Encik Eqwan berserta nasihat kepada Que Raikal.
" Okaylah kalau Daddy cakap macam tu. "
Akur Que Raikal.
" Jangan fikir sangat. "
" Inshaa Allah. Kalau dah jodoh tak kemana "
Pesan Encik Eqwan pula kepada Que Raikal.
Usai makan tengah hari bersama , mereka bertiga pun kembali membawa haluan masing-masing.
Setelah pulang dari makan tengah hari sebentar tadi , Que Raikal tidak mampu berhenti dari memikirkan penerimaan Astrella Sofia berkenaan rancangan kedua keluarga itu.
Di pejabat terduduknya Que Raikal bersandar pada kerusi sedang kedua bebola matanya ralit memandang lampiran dinding yang kosong.
" aku ni , bukan setakat ready nak pikul gelaran suami. "
" gelaran ayah pun aku dah boleh pikul. "
" tapi.., Astrella dah ready ke nak pegang gelaran wife ? "
" hmm macam mana kalau dia tak ready lagi ? "
" kalau dia tiba-tiba jauhkan diri dari aku macam mana ? "
" haih. "
Satu persatu buah pikiran Que Raikal berkaitan dirinya dan Astrella Sofia menerpa ke dalam kotak fikiran.
" Ya Allah , andai perkahwinan kami berdua mendatangkan kebaikan maka permudahkanlah semuanya. "
Desis hati Que Raikal yang memohon doa dari Tuhan yang Maha Esa.
Pada keesokan harinya , Que Raikal datang untuk berjumpa Astrella Sofia seperti kebiasaannya.
Diruang tamu terduduknya Que Raikal menanti kehadiran Astrella Sofia.
" Q-que.. "
Dengan suara yang menggigil Astrella Sofia memanggil Que Raikal.
Que Raikal yang sedang duduk diatas sofa segera berpaling.
Dengan dahi yang berkerut Que Raikal memandang wajah Astrella Sofia yang tersenyum lebar itu.
Berkadar segera Que Raikal berdiri.
" Astrella. "
Panggil Que Raikal dengan mata yang berkaca memandang wajah Astrella Sofia.
Astrella Sofia yang kini berdiri memegang tongkat berkaki empat itu benar-benar membuatkan Que Raikal terkejut.
Langkah mendekati Astrella Sofia diambil oleh Que Raikal.
Dihadapan Astrella Sofia , Que Raikal berdiri.
" Alhamdulillah , sayang.. "
Ucap Que Raikal penuh rasa syukur.
" A-awak , b-bangga tak d-dengan saya ? "
Soal Astrella Sofia kepada Que Raikal smabil. tersengih.
" Saya bangga sangat dengan awak , sayang "
" I'm so proud of you. "
Ujar Que Raikal bernada perlahan sedang tangan kanannya mengusap lembut kepada Astrella Sofia yang berlapik tudung sarung berwarna hitam itu.
Sejurus Que Raikal mengatakan itu , Astrella Sofia yang sudah lama bertahan itu hampir terjatuh.
Que Raikal yang melihat Astrella Sofia hampir terjatuh segera memapah Astrella Sofia perlahan-lahan berjalan mendekati sofa.
Tiba sahaja dihadapan sofa , Que Raikal membantu Astrella Sofia untuk duduk.
Dihadapan Astrella Sofia , Que Raikal berlutut.
" Que.., terima kasih. "
" sebab awak selalu ada dengan saya. "
" selalu nasihat saya untuk bersabar. "
" daripada saya langsung tak boleh berjalan sampai saya dah boleh berjalan sikit-sikit. "
" betul cakap Aleesa , saya beruntung sangat ada awak untuk saya. "
Ucap Astrella Sofia berhias senyuman manis.
" Sayang , kan saya dah cakap. "
" saya akan selalu ada untuk awak. "
" anytime , anywehre , any situations. "
" tak kiralah awak perlukan saya ataupun tidak.., "
" saya akan tetap disisi awak , okay ? "
Balas Que Raikal sedang pipinya diherotkan hingga segaris senyuman nipis terukir diwajah tampannya.
" I'm lucky to have you , Que Raikal. "
Kata Astrella Sofia dengan lembut.
" and I'm the luckiest grown man , to have you as my plus one. "
Ucap Que Raikal dengan lembut sebagai balasan.
Kedua-dua mata yang berkaca itu saling merenung ke dalam mata masing-masing sedang bibir tersenyum manis.
Share this novel