Bab 15

Romance Completed 40892

* Keesokan Harinya *

Seperti yang dirancang , Astrella Sofia bersama kedua ibu bapanya pergi melawat Que Raikal di hospital.

Seawal jam 9 pagi , Astrella dan kedua ibu bapanya pun tiba di wad 320.

" Assalamualaikum "

Bernada lembut salam diberi dan pintu wad Que Raikal dibuka ileh Astrella Sofia.

" Waalaikum- "

Que Raikal yang ralit membaca buku dan menjawab salam itu tiba-tiba terhenti sejurus matanya memandang ke arah pintu wad itu.

" ...-salam. "

Setelah beberapa saat Que Raikal terpaku melihat Astrella Sofia , ucapan salam Que Raikal akhirnya dilafaz penuh.

" eh ? "

Desis hati Que Raikal yang  berasa agak aneh setelah melihat kedua ibu bapa Astrella Sofia. Dengan pantas , Que Raikal membetulkan posisi tubuhnya dan menutup buku yang dibacanya sebentar tadi.

Perlahan-lahan langkah kaki Astrella Sofia serta Encik Eqwan dan Puan Naira mendekati katil Que Raikal.

" Assalamualaikum , Encik Que. "

Ucapan salam dari Encik Eqwan yang kini berdiri disamping Que Raikal.

" Waailakumsalam.. "

Dengan pantas Que Raikal menjawab salam Encik Eqwan dan menghulurkan tangannya kepada Encik Eqwan untuk bersalam.

Salaman Que Raikal segera disambut Encik Eqwan bersama segaris senyuman nipis.

" Uncle datang ni nak melawat kamu. "

Ujar Encik Eqwan yang memulakan bicara antara dirinya dan Que Raikal.

" Ouhh , terima kasih Uncle sudi datang melawat saya. Duduklah Uncle , Aunty. "

Ucapan terima kasih diberikan kepada Encik Eqwan oleh Que Rikal berorong senyuman manis. Lalu Encik Eqwan dipelawa duduk di kerusi yang berada disamping katil Que Raikal itu.

Tanpa berkata apa-apa Encik Eqwan dan Puan Naira segera melabuhkan tubuhnya diatas kerusi tersebut.

" Sepatutnya Uncle yang ucap terima kasih dekat kamu .., sebab kamu dah selamatkan anak Uncle semalam. Kalau tak ada kamu , Uncle tak tahu apa jadi dekat Fi. "

Dengan panjang lebar Encik Eqwan menzahirkan rasa syukurnya kepada Que Raikal.

" Eh , tak ada apalah Uncle. Memang tanggungjawab saya. "

Balas Que Raikal secara spontan. 

Wajah Astrella Sofia segera berubah setelah mendengarkan kata-kata yang keluar dari bibir QUe Raikal.

Encik Eqwan dan Puan Naira yang mendengrkan itu lantas mengerutkan dahi. 

" Tanggungjawab kamu ? "

Soal Encik Eqwan kepada Que Raikal.

" Astrella tak bagi tahu apa-apa dekat Uncle dengan Aunty lagi ke ? "

Soalan , berbalas soalan. Kata Que Raikal yang bertanya  kepada Encik Eqwan dan Puan Naira.

Encik Eqwan dan Puan Naira segera berpandangan antara satu sama lain untuk beberapa saat. 

Manakala pandangan Que Raikal kiini tertumpu kepada Astrella Sofia yang juga memandangnya dengan mata yang membulat. Astrella Sofia yang berdiri dibelakang kerusi kedua ibu bapanya segera menggeleng sebagai isyarat kepada Que Raikal.

Namun begitu , Que Raikal tidak mengendahkan isyarat tersebut dan meneruskan rancangannya.

" Aku takkan lepaskan kau Astrella. "

Desis hati Que Raikal.

Lalu Que Raikal pun menyambung rancangannya dan berkata.

" Sayang. Kenapa awak tak bagi tahu parents awak pasal kita lagi ? "

" Kan kita dah bincang haritu ? "

Bernada lembut Que Raikal mengajukan persoalan itu kepada Astrella Sofia. 

Sejurus mendengarkan itu , Encik Eqwan dan Puan Naira yang saling berpandangan tadi seger mengalihkan pandangan mereka kepada Que Raikal.

" YA ALLAH THIS GUYYY ! "

Jerit hati Astrella Sofia dengan mata yang terbeliak memandang Que Raikal.

" Sayang ? "

Ujar Puan Naira yang berasa aneh. 

" Okay Uncle , Aunty.. macam ni.. Saya dengan Astrella dah buat keputusan untuk nikah. "

" Family saya pun dah ready nak hantar rombongan meminang hujung bukan ni. "

" Saya ingatkan Astrella dah bagi tahu Uncle dengan Aunty.. "

" Kalau boleh saya nak nikah cepat dengan Astrella. "

" Bukan apa.. saya sayang sangat dekat dia Uncle , Aunty. "

Dengan panjang lebar Que Raikal cuba untuk menyakinkan Encik Eqwan dan Puan Naira.

" Fi ? "

" Betul ke ni ? "

Soal Puan Naira yang kini berpaling memandang wajah Astrella Sofia.

Namun begitu Astrella Sofia hanya berdiam memandang Que Raikal.

" Fi ? Mummy tanya ni. Betul ke ni ? "

" Fi nak kahwin ? "

Soal Puan Naira bersulam keterujaan.

 " Ha.. uhm.. "

Astrella Sofia hanya memandang Puan Naira dengan pandangan kosong. Astrella Sofi tidak tahu hendak mengatakan apa kepada Puan Naira setelah melihat keterujaan dan senyuman diwajah Puan Naira itu.

" Dah lama ke kamu berdua berkawan ? "

Soal Encik Eqwan kepada Que Raikal.

" Tak lama pun Uncle. Tapi .., saya betul-betul nak memperisterikan Astrella. "

" Lagi pun , tak elok kan kalau berkawan lama-lama tanpa apa-apa ikatan ? "

Jawab Que Raikal kepada Encik Eqwan.

" Kalau Astrella dah setuju untuk kahwin , Uncle dengan Aunty tak ada masalah. "

" Lagi cepat , lagi bagus. "

Ujar Encik Eqwan sambil tersenyum lebar.

Setelah berbual panjang , Astrella Sofia dan kedua ibu bapanya pun pulang ke rumah. Tiba saja di bilik , tubuh Astrella Sofia segera dihamparkan di atas katilnya.

" Hmm.. "

Keluhan Astrella Sofia jelas kedengaran.

" Kenapa... dia buat macam tu eh ? "

" Nikah , untuk 40 hari ? "

" Lepas tu ? Jadi stranger ? "

" But why 40 hari ? "

" Baru kenal dah ajak kahwin ? "

" Ya Allah. Jujur aku buntu. "

" Mummy dengan Daddy nampak happy sangat tadi.. "

" Macam mana aku nak terus terang dekat Mummy Daddy ? "

" Hm.. "

Bisik hati Astrella Sofia yang buntu memikirkan perkara tersebut.

Sejujurnya , Astrella Sofia merasakan bahawa rancangan Que Raikal untuk bernikah dengannya selama 40 hari itu sungguh tidak masuk akal.

Namun dengan apa yang telah Que Raikal lakukan , membuatkan Astrella Sofia tersepit.

Sedang Astrella Sofia runsing memikirkan perkara tersebut , di hospital Que Raikal sedang tersenyum sendiri merasakan bahawa dia pasti akan berjaya mengahwini Astrella Sofia.

" Kau , kena jadi wife aku. "

" Only you , for me. "

" Astrella Sofia. "

Bernada perlahan Que Raikal mengatakan itu sedang pipinya diherotkan sehingga mengukir segaris senyuman manis yang menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik.

" Sayang ? Hei.. I datang ni. "

" You ikut I okay ? "

" Tak ada sesiapa boleh pisahkan kita lagi. "

Bernada perlahan suara itu dibisikkan lembut ke cuping telinga kanan Astrella Sofia yang sedang nyenyak tidur. 

Dengan mata yang membulat terpaku pada wajah Astrella Sofia , lelaki berseragam hitam itu tersenyum senget sedang tangan kanannya membelai rambut Astrella Sofia yang terurai.

Astrella Sofia yang baru sahaja tersedar dari tidur segera ditekup bibirnya. Perlahan-lahan lelaki tersebut menggelengkan kepalanya dan tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience