" Emm , sayang. "
" thank you tau. "
" saya janji , saya takkan sia-siakan peluang yang awak bagi ni. "
" saya bersyukur sangat awak. "
Ucap Que Raikal meluahkan rasa syukur dihatinya kepada Astrella Sofia yang berada disampingnya.
" semua ni dah tertulis untuk kita awak. "
" alhamdulillah. semoga , ini yang terbaik untuk kita berdua. "
" terima kasih sebab selalu ada dengan saya. "
" inshaa Allah , kalau jodoh..tak ke mana kan ? "
Bala Astrella Sofia berhias senyuman nipis diwajah.
Que Raikal dan Astrella Sofia yang duduk diatas pelamin dan saling berpandangan itu sengaja diusik oleh Imran , sepupu Astrella Sofia.
" Okay , 1.., 2.., 3.., "
" Okay cun "
Jerit Imran sambil memegang kamera mengambil gambar Que Raikal dan Astrella Sofia itu.
Que Raikal dan Astrella Sofia yang mendengarkan itu segera menunduk tersipu malu.
Siapa sangka , dari kisah pelanggaran kereta kedua hati ini terpaut cinta. Bermula dengan bukan sesiapa kini bertukar kepada insan istimewa.
Selama setahun berlalu seperti Que Raikal dan Astrella Sofia , Tengku Zafreil juga memperbaiki taraf kehidupannya.
Sejak pemergian abang kembarnya , Tengku Zafreil sebagai satu-satunya waris harta Tengku Zarid iaitu ayahnya mula menggalas tanggungjawab untuk memajukan syarikat milik keluarga mereka.
Darleena yang menghidapi masalah mental akibat kehilangan anak sulungnya 3 tahun lalu kini semakin pulih setelah Tengku Zafreil mendapatkan rawatan buat Darleena.
Sebagai bukti cinta , Tengku Zafreil yang nencintai Darleena sejak kecil mengikat tali perkahwinan antara mereka berdua.
Memandangkan mereka berdua hanya sebatang kara , majlis perkahwinan digantikan dengan kenduri doa selamat secara kecil-kecilan.
Hari demi hari , Darleena dan Tengku Zafreil bersama-sama mengubah diri mereka dan mendalami ajaran Islam yang sudah lama ditinggalkan.
Cinta dihati Darleena buat Tengku Zafreil mula berputik. Berdua mereka bahagia melayari bahtera perkahwinan.
Usai solat Isyak berjemaah , Tengku Zafreil menadahkan doa. Setelah doa diaminkan , tangan Tengku Zafreil dicium lembut oleh Darleena.
Sedang mereka berdua bersalaman , Darleena berkata
" Abang.., terima kasih. Abang banyak ubah Darleena. "
" Abang bimbing Darleena.., "
" Jaga Darleena.., "
" Terima kasih sangat. "
Ucap Darleena dengan sebak.
Tengku Zafreil yang melihatkan itu segera menarik lembut wajah Darleena dengan tangan kirinya.
" Your welcome , my wife. "
" Kita berubah sama-sama ye ? "
Balas Tengku Zafreil dengan lembut berhias senyuman nipis diwajah sedang matanya menatap isterinya yang bertelekug.
Air mata yang jatuh membasahi wajah Darleena segera diseka kasar oleh tangannya. Dengan lembut Darleena mengangguk sebagai tanda setuju.
Setelah beberapa minggu bergelar tunangan orang , Que Raikal dan Astrella Sofia semakin akrab.
Sesudah hampir setahun Que Raikal seakan bertepuk sebelah tangan , akhirnya Astrella Sofia mula menunjukkan rasa cintanya kepada Que Raikal setelah bergelar tunang.
Sedar tidak sedar , sudah 5 bulan Astrella Sofia dan Que Raikal bertunangan.
5 bulan berlalu dengan pantas , cinta dihati Astrella Sofia dan Que Raikal semakin memekar ditaman hati.
Namun sesungguhnya , dugaan bertunang itu bukanlah perkara yang mudah untuk ditempuhi.
Zennirah Aisyah , bekas kekasih Que Raikal akhirnya pulang setelah hampir 7 tahun menghilangkan diri.
Seorang pereka fesyen yang terkenal dipersada dunia , Zennirah Aisyah membuat keputusan untuk menetap di Malaysia bersama Que Raikal.
Waliff Attar dan Nadien Firdaus dihubungi oleh Zennirah Aisyah.
Dengan bersungguh-sungguh , Zennirah Aisyah bertanya tentang Que Raikal kepada dua sahabat karib Que Raikal itu.
Waliff Attar dan Nadien Firdaus yang mahukan sahabat mereka itu mengecapi bahagia bersama Astrella Sofia terus menasihati Zennirah Aisyah untuk melupakan Que Raikal.
Meskipun telah dinasihat dan diberitahu khabar terkini Que Raikal yang bergelar tunangan orang , Zennirah Aisyah tetap memilih untuk memekakkan telinga dan tidak mempercayai itu.
Menara Holdings , dipejabat Que Raikal sibuk menyelesaikan tugasannya. Tepat jam 12.45.tengah hari, suara seorang wanita yang menjerit menimbulkan kekecohan.
" I nak jumpa Que ! "
" Apa masalah korang berdua ni ? "
" I tahu Que still waiting for me right ? "
" He loves me ! "
" Tepilah ! "
Jerit Zennirah Aisyah dengan marah kepada Waliff Attar dan Nadien Firdaus yang menghalangnya dari berjumpa Que Raikal.
" You balik la Zennirah. "
" Sudah-sudahlah buat kacau. "
Pujuk Waliff Attar dengan baik.
" I takkan balik selagi I tak jumpa Que ! "
" Que ! "
Jerit Zennirah Aisyah cuba mengugut Waliff Attar dan Nadien Firadus.
" Eh kau pergi balik la perempuan. "
" MOVE ON ! "
Tengking Nadien Firdaus yang sudah berang.
" Dien.., sabar. "
Tegur Waliff Attar yang meminta sahabatnya itu untuk bersabar.
" takdelah. dulu bukan main tinggal kawan kita. "
" nak kejar cita-cita sangat kan ? "
" sekarang Que dah bahagia terhegeh-hegeh pulak. "
Luah Nadien Firdaus dengan marah sedang mata menjeling tajam ke arah Zennirah Aisyah dihadapannya.
" pergi balik la perempuan. "
" kau tak malu ke hah ? "
Ujar Nadien Firdaus dengan marah.
" Que ! I datang ni ! "
" Que Raikal ! "
Jerit Zennirah Aisyah dengan kuat tanpa menghiraukan Waliff Attar dan Nadien Firdaus.
Que Raikal yang mendengar kebisingan diluar pejabatnya segera mengatur langkah keluar.
" Apa bising-bising ni ? "
Soal Que Raikal kepada salah seorang pekerjanya yang berdiri dihadapan pintu pejabat Que Raikal.
" Ada orang cari Encik Que. Tapi Encik Attar dengan Encik Nadien tak bagi. "
Terang Aiman kepada Que Raikal.
Bersama rasa penuh ingin tahu , Que Raikal segera melangkah mendekati Waliff Attar dan Nadien Firdaus.
" Tar , Dien. What happened ? "
Tanya Que Raikal sejurus tiba dibelakang Waliff Attar dan Nadien Firdaus.
" Perempuan ni. Tak faham bahasa. "
Ujar Nadien Firdaus tanpa sedar bahawa itu adalah Que Raikal.
" Que ! There you are..! "
Jerit Zennirah Aisyah sejurus berpaling.
" Z-zennirah ? "
Panggil Que Raikal dengan tergagap-gagap akibat terkejut. Dahi Que Raikal segera dikerutkan.
Waliff Attar dan Nadien Firdaus yang berada dihadapan Que Raikal segera ditolak ketepi oleh Zennirah Aisyah.
Bahu Que Raikal yang agak berotot segera dirangkul Zennirah Aisyah.
" You , tengok diorang ni. '"
Zennirah Aisyah mula mengadu.
Belum sempat Zennirah Aisyah bercerita mengenai dua sahabat Que Raikal itu , dengan kasar Que Raikal menepis Zennirah Aisyah.
Waliff Attar dan Nadien Firdaus yang melihat kejadian itu segera tertawa kecil.
" Kau buat apa dekat sini ?! "
Tengking Que Raikal dengan marah.
" I-i.. I cari you la B. "
Kata Zennirah Aisyah tanpa malu.
Sekali lagu , lengan Que Raikal dipeluk oleh Zennirah Aisyah.
" You tak rindu I ke ? "
" 7 tahun I tau kita tak jumpa. "
Soal Zennirah Aisyah tanpa segan dan silu.
" A-awak.., "
Dengan gagap , suara Astrella Sofia kedengaran.
Que Raikal yang mendengarkan itu segera berpaling. Astrella Sofia yang duduk diatas kerusi roda itu dipandang oleh Que Raikal.
" S-sayang ! "
Jerit Que Raikal dengan kuat. Zennirah Aisyah yang memeluk lengan Que Raikal segera ditolak ketepi sekuat hati.
Dihadapan Astrella Sofia , Que Raikal berlutut.
" s-sayang.. s-saya boleh jelaskan semua ni. "
Ujar Que Raikal yang panik akibat tidak mahu Astrella Sofia berfikir bukan-bukan tentang dirinya.
" Jom ? Awak cakap nak lunch dengan saya harini ? "
Tanpa bertindak terburu-buru , Astrella Sofia berlagak seperti tiada apa-apa. Dengan tenang , dan bernada lembut , Astrella Sofia mengatakan itu kepada Que Raikal.
" Sayang tunggu sini kejap ye. Saya ambik car key dengan purse dekat office. "
Berhias senyum nipis Que Raikal mengatakan itu sedang tangan kanannya mengusap lembut kepada Astrella Sofia yang berlapik tudung bawal putih.
Astrella Sofia yang mendengarkan itu segera mengangguk faham bersama wajah tersenyum.
Berkadar segera Que Raikal berlari ke pejabatnya. Kunci kereta dan dompet dicapai lalu. dengan pantas Que Raikal berlari menuju kepada Astrella Sofia.
" Ni ke tunang Que tu ? "
" Perempuan cacat ni ? "
Zennirah Aisyah yang kini berada dihadapan Astrella Sofia , rancak menghina fizikal Astrella Sofia.
" Ya , saya lumpuh. "
Berhias senyuman nipis Astrella Sofia menjawab dengan tenang.
" Kesiannya Que. "
" Ada tunang , tapi OKU. "
Dengan lantang Zennirah Aisyah mengatakan itu sedang matanya menjeling tajam ke arah Astrella Sofia.
Que Raikal yang kini sudah berdiri dibelakang Nadien Firdaus dan Waliff Attar , cuba untuk melangkah namun ditaha oleh dua sahabat baiknya.
" Sabar Que. Dengar dulu apa Astrella nak cakap. "
Bisik Waliff Attar ditelinga Que Raikal.
" Alhamdulillah , Que terima saya seadanya. "
" dia terima saya sebagai tunang dia. Walaupun saya cacat. "
" nampaklah dekat situ , Que pandang hati. Bukan rupa. "
" kesian awak. Nanti balik , cuci hati tu bersih-bersih okay ? Biarlah akhlak dan fizikal tu sama cantik. "
" jadi perempuan ni bukan sekadar jaga maruah diri. Maruah keluarga pun kena jaga juga tau. "
Berhias senyuman Astrella Sofia menghentam Zennirah Aisyah dengan lembut.
Astrella Sofia yang berjaya membuatkan Zennirah Aisyah terdiam membuatkan semua yang berada disekeliling mereka tertawa.
" Sayang ? Buat apa dekat belakang tu ? Jom. "
Panggil Astrella Sofia dengan manja kepada Que Raikal.
Lalu Que Raikal pun segera berlari kepada Astrella Sofia dan berkata.
" Yaa , sayang. Jom. "
Usai itu Que Raikal pun menolak kerusi roda Astrella Sofia masuk ke dalam lif. Mereka berdua , kini menuju ke Grinder Cafe untuk makan tengah hari bersama.
Share this novel