Bab 9

Romance Completed 40892

" Astaghfirullah halazim ! " 

Jerit Astrella Sofia yang baru tersedar dari mimpinya yang merupakan imbasan memori 2 tahun yang lalu. 

" Ya Allah.. "

Berkadar segera Astrella Sofia mengucap. Jantung yang berdegup laju jelas terasa.

Astrella Sofia yang kini tercungap-cungap akibat terkejut perlahan-lahan meletakkan tangan kanannya didada.

Selang beberapa minit , Astrella Sofia pun beransur tenang.

" Allahuakhbar Allahuakhbar "

Azan subuh mula berkumandang. Tanpa membuang masa , Astrella Sofia segera membuka telekungnya dan mengatur langkah ke tandas untuk mengambil wudhuk dan solat berjemaah bersama ahli keluarga.

Pagi itu , semuanya berjalan lancar seperti kebiasaanya. Namun siapa sangka , tiba-tiba sahaja ada perkara yang tak diigini berlaku.

Dibelakang tiang yang terdapat dikawasan parkir itu , berdirinya seorang lelaki berseragam hitam juga bertopeng muka hitam dan bertopi hitam bersembunyi dan terus memerhatikan kereta Mini Cooper putih yang baru tiba.

" Sorry , I need to do this.. "

Ucap lelaki tersebut bernada sebak sedang  matanya tidak berkelip dari terus memerhatikan kereta tersebut.

Pisau lipat berukir kayu digenggam erat tangan kanannya.

Sejurus wanita itu keluar dari kereta tersebut , lelaki berseragam hitam tadi pun berjalan sepantas mungkin mendekati wanita itu.

Astrella Sofia yang baru hendak menutup pintu keretanya setelah mengambil beg laptop itu lantas terkedu apabila pintu keretanya itu ditolak dengan kuat secara tiba-tiba.

Dengan nafas yang tercunga-cungap , lelaki itu mula berbisik dicuping telinga Astrella Sofia.

" Jangan bergerak. Aku .., "

Suara ini. Astrella Sofia sangat mengenali suara ini. Tengku Zafran. Astrella Sofia yang sudah berjaya mengecam siapakah gerangan lelaki tersebut , hanya mampu berdiam diri. Air mata , mula bertakung ditubir mata Astrella Sofia.

" Aku nak kau dengar apa yang aku cakap ni baik-baik. "

" Kalau kau sayang nyawa kau .., "

" Kau kena terima aku balik. "

" Kalau tak ..., "

Kata-kata Zafran dengan sengaja dibiarkan tergantung.

Entah mengapa , dibahagian bawah dagu Astrella Sofia terasa seakan ada sesuatu yang dingin dan tajam sedang menekan bawah dagunya itu.

Perlahan-lahan Astrella Sofia menjelingkan matanya memandang wajah Zafran yang berang dan mata yang berkaca.

" H-how could you do this to me..? "

Bernada serak dan sebak Astrella Sofia menanyakan itu kepada Zafran.

" You , make me do this to you. "

" You , paksa I buat macam ni sayang. "

Balas Zafran kepada persoalan Astrella Sofia sebentar tadi bersama nada suara sebak dan air mata yang gugur , perlahan-lahan membasahi pipinya.

Pisau lipat yang tadinya menyentuh bahagian bawah dagu Astrella Sofia ditekan perlahan oleh Zafran hingga kulit Astrella Sofia terhiris dan berdarah.

" Sekarang I nak you jawab. "

" Getback with me , or ... "

Kata-kata Zafran sekali lagi dibiarkan tergantung.

" Die ? "

Sambung Astrella Sofia bernada serak sedang matanya terus mengalirkan air mata.

Zafran yang mendegarkan itu segera mengukirkan senyum.

" Then , go on. "

" K-kill.. me. "

Ujar Astrella Sofia dengan beraninya yang seakan-akan mencabar Zafran untuk membunuhnya.

Setelah mendengarkan itu , senyuman Zafran pudar.

Tangan kanan Zafran yang tadinya menggenggam kemas pisau lipat terasa longlai. Akhirnya , kaki kiri Zafran melangkah berundur setapak dari Astrella Sofia. Pisau lipat ditangan Zafran yang sudah berbekas darah Astrella Sofia dibiarkan jatuh ke lantai.

Mata Zafran yang berkaca dan merah terus menatap wajah Astrella Sofia. 

" J-jangan.. "

" J-jangan cabar aku lah ..! "

Jerit Zafran sedang kedua-dua tangannya menarik rambut. Dengan kasar , tangan kanan Zafran meraup kasar wajahnya.

" Zaf.. I'm sorry. We can't get back. "

" I , still ada maruah Zaf. "

" Cukup... Cukuplah I biar your mom pijak maruah I dulu. "

" Enough Zaf. Enough. "

Ujar Astrella Sofia bernada sebak kepada Zafran sedang dirinya bersandar pada kereta Mini Cooper itu.

" DIAM ! "

Jerit Zafran sekuat hati.

Dengan pantas , Zafran kembali mencapai pisau lipat miliknya diatas lantai itu dan mencuba untuk menikam dada Astrella Sofia.

Astrella Sofia yang terdiam. Setelah melihat tindakan Zafran itu , Astrella Sofiia dapat merasakan bahawa Zafran ingin menikamnya.

 Astrella Sofia buntu dan panik. Oleh itu , Astrella Sofia hanya berdiam dan memejamkan matanya serapat mungkin.

Namun begitu , setelah beberapa detik berlalu nafas yang tercungap-cungap jelas terasa dihadapan muka Astrella Sofia yang membuatkan dirinya mahu membuka mata.

" Y-you .., you need to pay this. "

" Al-right ? "

Ucap Que Raikal bernada lembut dalam keadaan tercungap-cungap sambil mengukirkan segaris senyuman nipis diwajah.

" E-encik... "

Panggil Astrella Sofia kepada Que Raikal dengan mata yang terbeliak.

" K-kau tak boleh lari ... "

" d-dari aku.. lagi. "

" As-strella Sof-fia. " 

Lafaz Que Raikal dengan tercungap-cungap sebelum pengsan akibat menahan kesakitan ditikam pada bahagian belakang bahu kirinya.

" Eh... "

Ucap Astrella Sofia yang terkejut melihat Que Raikal tidak menyedarkan diri. Berkadar segera , Astrella Sofia memeluk erat tubuh Que Raikal supaya tidak terjatuh. 

Wajah Zafran yang cuak jelas kelihatan oleh Astrella Sofia. Akibat terkejut dan panik , pisau lipat ditangannya dilepaskan. Zafran , berlari lintang pukang tanpa hala tuju yang pasti.

Pelukan Astrella Sofia terhadap Que Raikal semakin dikemaskan. Perlahan-lahan tubuh Que Raikal direbahkan duduk bersandar pada keretanya Mini Cooper putih miliknya sedang bibir Astrella Sofia melaung kata " Tolong " berulang kali.

" Tolong ! "

" Tolong ! "

" Tolong ! "

Sehinggalah pengawal keselamatan tiba dan membantu Astrella Sofia memapah tubuh Que Raikal untuk dibaringkan di tempat duduk belakang kereta Astrella Sofia.

Lantas itu , Astrella Sofia memandu Que Raikal ke Hospital Seri Damai untuk mendapatkan rawatan.

" Ya Allah cepat lahh " 

Rungut Astrella Sofia bersulam tangisan apabila tersangkut dalam trafik jem  dan panik melihat keadaan Que Raikal.

Que Raikal yang baru tersedar perlahan-lahan duduk dan memegang sit pemandu dan diduduki oleh Astrella Sofia.

" Relax. A-aku okay. "

Kata Que Raikal bernada lemah yang cuba untuk menenangkan Astrella Sofia.

" Okay apanya ? Darah awak banyak tau keluar... "

Balas Asterlla Sofia sambil menangis kerana berasa bersalah terhadap Que Raikal.

" ya... "

Ucap Que Raikal  sekali lagi bernada lemah dan berhias segaris senyuman nipis.

" you pun satu. haih kenapa la you buat macam tu. "

" bahaya tau tak ?! "

Kata Astrella Sofia yang  bermonolog sendiri dan masih tidar sedar bahawa dia sedang berbual dengan Que Raikal.

" kau , f-future wife aku. "

Balas Que Raikal dengan ringkas kepada Astrella Sofia bernada lemah.

" Wait. "

Ujar Astrella Sofia yang baru tersedar bahawa dirinya sedang berbual dengan Que Raikal.

Berkadar segera , Astrella Sofia berpaling ke belakang dan melihat Que Raikal.

Wajah Que Raikal yang pucat dan sedang duduk membongkok jelas kelihatan.

" Ya Allah. Encik , you baring sekarang. Please. Dah nak sampai dah. Hold on okay ? "

Kata Astrella Sofia kepada Que Raikal dengan sopan.

Tanpa membantah , Que Raikal pun merebahkan tubuhnya berbaring di tempat duduk belakang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience