Bab 38

Romance Completed 40892

Dari kejauhan , Tengku Zafreil tersenyum sendiri melihat pasangan suami isteri itu berpelukan. 

" Kau berhak bahagia Astrella. "

Ucap Tengku Zafreil ikhlas dari hatinya.

Buat Tengku Zafreil setelah apa yang telah menimpa Astrella Sofia , kini sudah tiba masanya untuk Astrella Sofia berbahagia bersama suami dan keluarganya.

" Que Raikal ! "

" How dare you tutup pintu macam tu je ? "

Tatkala sendiri , Zennirah Aisyah melepaskan amarahnya memikirkan apa yang berlaku semalam.

Kemarahan Zennirah Aisyah terus membara didasar hatinya apabila Que Raikal tidak terbeli dengan lakonanya yang berpura mabuk itu.

" Come on Que.. "

" Aku ada kau je.. "

Ujar Zennirah Aisyah bernada perlahan sedang jari jemari tidak henti-henti menaip pesanan berbaur rayuan kepada Que Raikal.

Namun begitu , mesej yang dihantarkan itu tidak sampai kepada Que Raikal kerana Que Raikal telah menyekat sebarang pesanan ringkas mahupun panggilan dari nombor telefon milik Zennirah Aisyah.

" Lambat abang balik harini ? "

Soal Alaya dengan lembut kepada suaminya , Waliff Attar yang baru pulang dari tempat kerja itu sambil menghulurkan tangan kanan untuk bersalaman.

Berhias senyuman , Waliff Attar menghulurkan tangannya. Lalu pasangan suami isteri itu pun bersalaman.

Langkah kaki Waliff Attar segera diambil memasuki rumah kediamannya itu. Diatas meja di ruang tamu beg kerja dan kunci kereta diletakkan perlahan.

Tubuh Waliff Attar yang lesu akibat penat bekerja seharian dihamparkan duduk bersandar pada sofa diruang tamu. 

" Lewat sikit la anje. "

" Abang dengan Dien tolong cover kerja Que yang tak settle sikit-sikit tu. "

Jawab Waliff Attar menjelaskan sebab dirinya lewat pulang ke rumah pada hari itu.

" Nah bang , air. "

Kata Alaya kepada suaminya sambil meletakkan secawan kopi O' panas diatas meja.

" Thank you , anje. "

Ucap Waliff Attr dengan lembut.

Disamping Waliff Attar , Alaya duduk berlabuh.

" Que pergi mana ? "

Tanya Alaya dengan penuh rasa ingin tahu.

" Honeymoon. Dia kan baru kahwin. "

" Takpelah , dulu masa kita dengan Dien pergi honeymoon Que tolong cover kerja kitorang. "

" Ha.., sekarang turn kitorang la pula nak buat macam tu dekat Que. "

Jelas Waliff Attar kepada isterinya.

" Ouh.. "

" Yang Zennirah tu macam mana abang ? "

Tanya Alaya lagi setelah apa yang  diceritakan oleh suaminya malam itu.

" Que dah buat report. "

Jawab Waliff Attar dengan ringkas.

" Haih. Takutlah saya dengan Zennirah tu bang. "

" Dulu dia baik je. "

" Tapi sekarang... "

Luah Alaya kepada suaminya. Pada jarak pandang Alaya , Zennirah Aisyah adalah seorang wanita yang baik dan berbudi bahasa dahulunya.

Namun setelah mendengar dan melihat keadaan Zennirah Aisyah disaat ini benar-benar berbeza. Zennirah Aisyah kini lebih agresif dan berani.

" Kenapa Zennirah tiba-tiba je cari Que balik ni bang ? "

" hmm saya peliklah. "

Keluh Alaya kepada Waliff Attar yang berasa aneh akan apa yang dilakukan oleh Zennirah Aisyah.

" Dah , tak payah risau sangatlah. Sekali lagi Zennirah kacau Que.. ha tau la polis nak buat apa. "

Pesan Waliff Attar kepada isterinya supaya tidak terlalu sibuk memikirkan permasalahan yang dialami oleh sahabat mereka itu.

" Hm yelah kalau abang dah cakap macam tu. "

Akur Alaya akan apa yang dinasihatkan oleh suaminya.

Tepat jam 10 malam , setelah meluangkan masa bersama diluar Que Raikal dan Astrella Sofia pun pulang ke bilik memandangkan sudah lewat.

Sejurus tiba di bilik , tanpa membuka tudung katil dituju. Diatas katil bersaiz Queen , tubuh Astrella Sofia dihamparkan.

" Sayang.., cuci makeup tu dulu. "

Nasihat Que Raikal yang kini sudah menukar pakaiannya kepada baju tidur.

" Sayang.. "

Panggil Que Raikal dengan lembut setelah beberapa saat berlalu.

Langkah kaki Que Raikal , segera diambil mendekati isterinya yang sudah terbaring diatas katil itu.

Dikiri katil Que Raikal berlutut. Senyuman diwajah Que Raikal , jelas terpancar sejurus melihat isterinya sudah tertidur.

" Haih , isteri hubby ni.. "

" penat sangat ya ? "

" Eeee tidur pun cantiklah dia ni ! "

Ucap Que Raikal sedang tangan kanannya mengusap lembut kepala isterinya yang masih bertudung itu.

Berkadar segera , tudung Astrella Sofia segera dibuka dengan berhati-hati oleh Que Raikal.

Lalu tisu basah untuk mencuci solekan diwajah diambil dengan pantas.

Dengan lembut , wajah Astrella Sofia yang masih bersolek itu di lap menggunakan tisu tersebut oleh Que Raikal.

Usai itu , posisi tidur Astrella Sofia dibetulkan dan di selimut.

Kemudian , wudhu' diambil dan solat sunat didirikan oleh Que Raikal.

Disamping Astrella Sofia , Que Raikal duduk bersandar pada bantal sedang bibir ralit mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Setelah hampir satu jam berlalu , Al-Quran ditutup dan diletakkan di kabinet bersebelahan katilnya.

Jam didinding sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Dahi Astrella Sofia segera dicium penuh sayang oleh Que Raikal.

" I love you sayang. "

Ucap Que Raikal bernada perlahan dan bersuara serak sedang bibir diherotkan hingga menguntumkan senyuman manis diwajah tampannya.

Lalu , Que Raikal pun menarik tubuh Astrella Sofia kedalam pelukannya. Didada bidang Que Raikal , wajah Astrella Sofia dihadapkan.

Rambut Astrella Sofia yang terurai dibelai lembut oleh Que Raikal dengan mata yang tertutup.

Berpelukan , tidurlah mereka berdua dengan nyenyak.

Seawal jam 5.00 pagi , Que Raikal bangun untuk membersihkan diri dan bersiap untuk menunaikan solat subuh.

Wajah Astrella Sofia yang masih dipelukannya direnung lama oleh Que Raikal.

Tanpa mengejutkan Astrella Sofia , Que Raikal terus bersiap. Setelah siap , berbaju melayu dan berkain pelekat Que Raikal duduk disamping Astrella Sofia.

" Sayang.., hey.. bangun. Dah nak subuh ni. "

" Sayang.. "

Kejut Que Raikal dengan lembut sedang tangan kanannya menepuk lembut bahu Astrella Sofia.

Astrella Sofia yang baru tersedar dari tidur lena , segera menggosokkan matanya.

Sejurus Astrella Sofia membuka kedua kelopak matanya , wajah Que Raikal yang tersenyum jelas terpapar sekaligus membuatkan Astrella Sofia tersenyum sama.

" Hai , good morning sayang. "

Ucap Que Raikal dengan manja. Lalu tangan kanan Astrella Sofia dicium lembut oleh Que Raikal seperti kebiasannya.

" Morning hubby. "

Balas Astrella Sofia dengan suara serak.

"  Em ? Dah pukul berapa ni ? "

Tambah Astrella Sofia bersuara serak , Astrella Sofia bertanya.

" Dah 5.30 ni. Sayang pergilah mandi , siap-siap. "

" lepas tu kita solat jemaah , okay ? "

" hubby rindu nak jadi imam sayang nii "

Luah Que Raikal sambil tersenyum.

Tepat jam 6 pagi , azan subuh pun berkumandang. Solat subuh segera didirikan pasangan suami isteri ini secara berjemaah.

Usai solat , doa dibacakan oleh Que Raikal dan diaminkan mereka berdua. Tangan Que Raikal disalam manakala dahi Astrella Sofia dicium penuh sayang.

Hubungan antara Astrella Sofia dan Que Raikal , semakin pulih.

Menikmati waktu berdua bersama , Que Raikal dan Astrella Sofia tidak melepaskan peluang untuk mencipta memori indah disitu.

Di taman bunga , Que Raikal dan Astrella Sofia menikmati keindahan panorama.

Sedang Astrella Sofia dan Que Raikal ketawa bergurau senda , Darleena dan Tengku Zafreil datang menyapa.

" Astrella , hi ! "

" Wahh , husband datang carii "

Tegur Darleena dengan mesra.

" Darleena , hi ! "

Balas Astrella Sofia dengan riang.

Berkadar segera , Que Raikal mengalihkan pandangannya memandang Darleena sambil tersenyum.

Namun sejurus melihat wajah Tengku Zafreil , senyuman Que Raikal segera pudar.

Pergelangan tangan kanan Astrella Sofia lantas digenggam erat tangan kiri Que Raikal.

Que Raikal , kini melangkah setapak kehadapan Astrella Sofia.

Dengan wajah yang berkerut dan gigi yang diketap , Que Raikal merenung tajam ke dalam anak mata Tengku Zafreil yang berdiri dihadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience