" Astrella. "
Panggil Que Raikal dengan lembut.
Astrella Sofia yang mendengarkan itu segera berpaling.
" E-encik.. "
Panggil Astrella Sofia dengan mata yang terbuntang.
" Sayang ? Jom. "
Ajak Tengku Zafran yang kini sudah berada dibelakang Astrella Sofia setelah selesai membuat pembayaran.
" Sayang ? "
Panggil Tengku Zafran dengan lembut kepada Astrella Sofia yang terpaku melihat Que Raikal.
" Hey ? Sayang ? "
Panggil Tengku Zafran sekali lagi.
Akhirnya , Astrella Sofia pun tersedar dari lamunannya.
" Ha , yeah. You dah siap bayar ? "
Soal Astrella Sofia yang kini memandang wajah Tengku Zafran.
" Dah , jom ? "
Jawab Tengku Zafran dengan ringkas.
Lalu Tengku Zafran dan Astrella Sofia pun mengatur langkah mereka keluar dari kedai tersebut.
Disebelah Que Raikal , Astrella Sofia berjalan. Namun pergelangan lengan Aatrella Sofia digenggam erat Que Raikal.
Dengan itu , langkah kaki Astrella Sofia pun terhenti.
" Kau .., nak ikut dia ? "
" Kau.., tak nak balik ? "
Bisik Que Raikal dicuping telinga Astrella Sofia.
Astrella Sofia yang mendengarkan itu segera mengalihkan pandangannya memandang Que Raikal yang berada dikirinya.
" I have my own reasons. Please. "
Balas Astrella Sofia dengan tegas.
Setelah mengatakan itu , langkah kaki Astrella Sofia diteruskan meski pergelangannya masih digenggam erat Que Raikal.
Sedang genggaman tangan antara Que Raikal dan Astrella Sofia ditarik , Que Raikal berkata.
" Maaf , aku dah janji dengan family kau. "
" Dan aku dah janji pada diri aku. "
" .. untuk bawa kau balik. "
Wajah Que Raikal yang tadinya hanya memandang ke hadapan kini beralih memandang wajah Astrella Sofia.
" Aku takkan lepaskan kau , Astrella. "
Ujar Que Raikal dengan serius.
Tengku Zafran yang sedar akan apa yang berlaku segera menolak dada Que Raikal.
" Bro , she's mine. "
Kata Tengku Zafran kepada Que Raikal dengan jelas.
" Says who ? "
" She's my future. "
" So please. "
Balas Que Raikal dengan tenang. Que Raikal dan Tengku Zafran kini saling berpandangan dengan riak wajah yang marah.
Lalu Que Raikal pun menarik tangannya yang menggenggam pergelangan tangan Astrella Sofia ke belakangnya.
" Get lost. "
Tambah Que Raikal.
Tengku Zafran yang semakin berang mendengar kata-kata yang terbit dari bibir Que Raikal segera menghayunkan genggaman tangan kanannya ke pipi Que Raikal.
Que Raikal terjatuh dan genggaman antaranya dan Astrella Sofia terlerai.
Tanpa membuang masa , Tengku Zafran menarik tangan Astrella Sofia dan berlari menuju ke tempat parkir.
Akibat faktor kesihatan yang teruk , Tengku Zafran berhenti berlari dan bersandar pada dinding seketika.
" Zaf , are you okay ? "
Astrella Sofia yang melihat keadaan Tengku Zafran bertanyakan itu kerana khuatir.
Tanpa berkata apa-apa Tengku Zafran kembali meneruskan langkahnya. Genggaman tangannya dan Astrella Sofua semakin diperkemas.
Dengan tercungap-cungap , Tengku Zafran menghampiri kereta Honda Camry berwarna hitam.
Astrella Sofia yang sudah berada di dalam kereta tersebut semakin cemas melihat keadaan Tengku Zafran.
" You , bagi I drive.. "
" You , please.. "
Rayu Astrella Sofia sambil menangis memandang Tengku Zafran yang mahu memulakan pemanduan.
" Sayang.. I-i love y-you so m-much. "
Dengan tercungap-cungap Tengku Zafran mengatakan itu. Lalu tangan kanan Tengku Zafran menarik kepala Astrella Sofia dengan lemah.
Dahi Astrella Sofia , dikucup lembut Tengku Zafran sedang air mata Tengku Zafran mengalir lembut membasahi wajah pucat dan cengkung itu.
Nafas Tengku Zafran yang tercungap-cungap dirasakan oleh Astrella Sofia semakin membuatkan Astrella Sofia sebak.
Setelah beberapa saat , Tengku Zafran pun melepaskan Astrella Sofia dan meneruskan perjalanan.
Dengan pantas Tengku Zafran memecut pulang ke rumahnya.
Melihat kereta BMW berwarna hitam milik Que Raikal dibelakang , membuatkan Astrella Sofia semakin cemas.
" Arghhh "
Jerit Tengku Zafran yang mengerang kesakitan. Tangan kiri Tengku Zafran segera memegang kepalanya dan menarik-narik rambutnya akibat sakit.
" You... "
Panggil Astrella Sofia sambil menangis.
" You , bagi I drive please.. "
" Zafran.. "
Rayu Astrella Sofia kepada Tengku Zafran akibat khuatir melihat keadaan Tengku Zafran.
Namun begitu , Tengku Zafran tidak mengendahkan Astrella Sofia.
Pemanduan Tengku Zafran ditinggkatkan kelajuannya. Lampu merah dilanggar dengan sengaja.
" Arghhh "
Tiba-tiba , jeritan Astrella Sofia dengan didengarkan.
Berkadar segera , Tengku Zafran memeluk Astrella Sofia sekaligus melindungi Astrella Sofia daripada terkena serpihan kaca itu.
Astrella Sofia dan Tengku Zafran terlibat dalam kemalangan jalan raya dimana kereta yang dinaiki mereka berdua dilanggar oleh kereta Alphad putih.
" S-sa..yang... "
" I-i.. l-love.. y-ou.. "
Dengan mata yang berkaca Tengku Zafran mengucapkan itu bernada lemah.
Pandangan mata Tengku Zafran yang melihat Astrella Sofia tidak sedarkan diri dalam dakapannya itu akhirnya tertutup hingga mengalirkan air mata membasahi pipi cengkung dan wajah pucat itu.
" Astrella ! "
Jerit Que Raikal yang bergegas keluar dari keretanya dan berlari menuju ke tempat duduk Astrella Sofia.
Orang awam mula memenuhi tempat kejadian. Setelah beberapa minit menunggu , pasukan penyelamat pun tiba.
Astrella Sofia , Tengku Zafran dan dua lagi mangsa dihantar ke hoslital berdekatan berkadar segera untuk menerima rawatan.
Seluruh ahli keluarga Astrella Sofia ditelefon oleh Que Raikal dalam keadaan cemas.
Setelah selesai memaklumkan keberadaan dan keadaan Astrella Sofia kepada ahli keluarganya , Que Raikal duduk di tempat duduk yang tersedia di luar bilik itu sambil berdoa kepada Allah untuk menyelamatkan Astrella Sofia.
" Ya Allah , selamatkanlah Astrella Sofia. "
Desis hati Que Raikal yang berdoa sesungguhnya sementara menunggu Astrella Sofia dirawat.
Setelah hampirĀ 1 jam berlalu , Doktor Afnan pun keluar dari bilik tersebut.
" Doktor , macam mana keadaan Astrella ? "
Soal Que Raikal yang kini sudah berdiri dihadapan Doktor Afnan.
" Dia selamat. Cuma... "
Kata-kata Doktor Afnan tergantung seketika.
Que Raikal yang tadinya tersenyum lekas pudar senyumannya.
" Cuma apa doktor ? "
Soal Que Raikal dengan dahi yang berkerut.
" Dia lumpuh separuh badan. Maafkan saya. "
Ujar Doktor Afnan kepada Que Raikal.
Que Raikal yang mendengarkan itu segera terduduk bersandar di kerusi yang disediakan.
Usai itu , Doktor Afnan pun berlalu pergi meninggalkan Que Raikal.
30 minit pun berlalu , keluarga Astrella Sofia akhirnya tiba di hospital tersebut.
" Ya Allah... "
Ucap Que Raikal bersama nafas tercungap-cungap akibat terkejut.
Pandangan mata Que Raikal hanya memandang dinding dihadapannya dengan pandangan kosong. Tangan kanan memegang lembut dadanya yang berdegup kencang.
Pelbagai buah fikiran mula menerpa ruang fikir Que Raikal.
" Beratnya ujian-Mu ini ya Allah.. "
Beriring air mata yang mengalir lembut , Que Raikal mengucapkan itu dengan sebak.
Que Raikal terfikir bagaimanakah keadaan Astrella Sofia setelah mengetahui bahawa dirinya kini bergelar orang kurang upaya.
Bagaimanakah penerimaan Astrella Sofia setelah mengetahui bahawa dirinya tidak mampu untuk berjalan lagi.
Perkara-perkara tersebut , mula membimbangkan Que Raikal.
Luaran Que Raikal hanya duduk berdiam membatu , sedang jiwa dan hatinya dipenuhi kebimbangan tentang Astrella Sofia tanpa noktah.
Share this novel