Bab 16

Romance Completed 40892

( TokTok )

Ketukan pintu bilik Astrella Sofia jelas kedengaran.

" Fi ? Bangun .. dah nak masuk waktu subuh ni. "

Bernada lembut Puan Naira mengejut anak gadisnya itu untuk bangun menunaikan solat subuh.

" Fi ..? "

Panggil Puan Naira sekali lagi. Namun begitu , tiada sebarang jawapan didengarinya.

" haih. Tak menyaut pun hari ni.. "

Desis hati Puan Naira yang mula merasakan tidak  sedap hati.

Tanpa membuang masa , tombol pintu bilik Astrella Sofia segera dipulas.

Sejurus pintu bilik Astrella Sofia dibuka , raut wajah Puan Naira berubah.

" Abang ! "

" Abang ! "

Puan Naira menjerit memanggil suaminya.

Dalam keadaan cemas Encik Eqwan pun tiba disamping Puan Naira.

" Kenapa awak ni menjerit pagi-pagi ? "

Soal Encik Eqwan yang panik melihat sikap isteriya itu.

" Fi takda... "

Ujar Puan Naira  bernada sebak. 

" Hah ? Tak ada pergi mana ? "

Soal Encik Eqwan sekali lagi. 

" T-tingkap tu.. "

Dengan tergagap-gagap Puan Naira mengatakan itu sedang tangannya menunjukkan ke arah tingkap yang terbuka.

Encik Eqwan yang tadinya memandangh wajah isterinya segera berpaling ke arah tingkap tersebut.

Berkadar segera Encik Eqwan berlari ke arah tingkap tersebut.

Namun begitu , tiada sebarang bukti yang tertinggal melainkan kesan tapak kasut.

Sedang encik Eqwan sibuk meneliti kawasan tingkap tersebut Puan Naira mula sesak nafas dan pengsan.

Encik Eqwan yang mendengar bunyi yag kuat segera menoleh dan mendapati isterinya sudah terlantar diatas lantai.

Lantas itu Encik Eqwan pun membawa isterinya ke hospital berdekatan dalam keadaan cemas.

Selesai mendengarkan soal keadaan Puan Naira , Encik Eqwan segera menunaikan solat subuh dan menelefon anak lelakinya , Adrian serta Que Raikal yang sudah dianggap seperti menantunya itu.

Que Raikal yang masih mendapatkan rawatan di hospital itu segera bersiap dan keluar dari hospital tersebut sejurus mendengar khabar berita mengenai Astrella Sofia.

Menaiki teksi , Que Raikal terus menuju ke hospital dimana Puan Naira ditempatkan dan berjumpa Encik Eqwan.

" Assalamualaikum , Uncle. "

Dengan tercungap-cungap Que Raikal memberikan salam dan memasuki wad Puan Naira.

Encik Eqwan yang sedang duduk disamping isterinya itu segera menoleh ke arah pintu wad. Que Raikal yang berbaju t-shirt putih dan seluar jeans hitam jelas kelihatan.

" waalaikumsalam.., Que ! "

Jawab Encik Eqwan yang terkejut melihat Que Raikal.

Langkah diatur oleh Que Raikal mendekati Encik Eqwan. 

" Uncle "

Sapa Que Raikal sambil menghulurkan tangan kananya untuk bersalam.

Salaman Que Raikal disambut mesra Encik Eqwan.

" Macam mana keadaan Aunty ? "

Soal Que Raikal dengan dahi yang berkerut.

" She's fine. Aunty terkejut sampai pengsan. "

Jelas Encik Eqwan kepada Que Raikal.

" I see.. macam mana Astrella boleh hilang Uncle ? "

Soal Que Raikal dalam keadaan panik. 

" Uncle pun tak tahu. Pagi tadi , Aunty kejut Fi untuk subuh macam biasa. Tiba-tiba Aunty menjerit panggil Uncle. "

" Uncle sampai-sampai , tingkap bilik Fi terbuka. Yang tinggal cuma kesan tapak kasut je dekat bingkai tingkap tu. "

Terang Encik Eqwan kepada Que Raikal.

" Ya Allah. "

Ucap Que Raikal sedang tangan kanannya mencengkam dada. Que Raikal yang tercungap-cungap segera menunduk. 

Entah mengapa , debaran dihatinya itu tidak mampu dikawal. Degupan jantung Que Raikal semakin kuat.

Tepat jam 7.30 pagi , Adrian dan isterinya Diana pun tiba di wad Puan Naira.

" Daddy ? Mummy okay ? "

Soal Adrian kepada bapanya.

" She's fine. Terkejut sikit. Sebab tu pengsan.. "

Jelas Encik Eqwan kepada anak lelakinya itu.

" haih.. apalah nasib Fi. Haritu hampir kena tikam. Ni hilang pula.. "

Keluh Adrian mengenangkan nasib adik perempuannya yang satu itu.

" Penculik tu tak ada tinggalkan apa-apa ke Uncle ? " 

Soal Que Raikal kepada Encik Eqwan secara tiba-tiba.

" Haah daddy. Notes ke ? "

Sokong Adrian.

" Daddy tak sempat nak check apa-apa. "

" ha tak apa macam ni. Ad bawa Que ke rumah. You guys carilah apa-apa bukti selain dari kesan takap kasut dekat rumah. Biar Diana duduk sini jaga Mummy. Dia pun dah sarat tu. "

Arah Encik Eqwan kepada Que Raikal dan Adrian.

" Okay Daddy. Daddy tolong tengok-tengokkan Diana eh. "

Ujar Adrian kepada Encik Eqwan.

" Assaalmualaikum "

Salam diberi lalu Que Raikal dan Adrian pun bersalaman dengan Encik Eqwan.

Usai itu menaiki kereta Honda Civic berwarna putih milik Adrian , dua jejaka tersebut pun memulakan perjalanan ke rumah Encik Eqwan.

Tiba sahaja dirumah Encik Eqwan , bilik Astrella Sofia segera dituju.

Setelah hampir 10 minit mencari bahan bukti , akhirnya Que Raikal menjumpai sebuah nota bertulis tangan.

Diatas helaian kertas itu tertulisnya ayat yang berbunyi.

" Astrella Sofia milik aku. Jangan cuba pisahkan aku dengan dia kalau nak dia hidup. "

Que Raikal yang membacakan itu segera menarik nafas sedalam-dalamnya dan memanggil Adrian yang turut sibuk mencari bahan bukti.

" Ad. Kau tengok ni. "

Adrian yang mendengar Que Raikal memanggilnya itu segera mengatur langkahnya mendekati Que Raikal.

Terkumat kamit bibir Adrian membacakan nota tersebut.

" Hah ? Jap. Aku macam kenal la tulisan ni. "

Ucap Adrian sejurus membaca tulisan tersebut.

Lalu berkadar segera Adrian menyelongkar almari milik adiknya itu. Sebuah kotak berwarna hitam segera diambil dan diletakkan diatas katil.

Perlahan-lahan kotak itu dibuka. Gambar-gambar Astrella Sofia dan Tengku Zafran jelas kelihatan.

Sekeping nota kecil berwarna kuning diambil oleh Que Raikal dan diletakkan disebelah nota tadi.

Dengan teliti Que Raikal dan Adrian membandingkan tulisan tersebut.

" Tak guna kau Tengku Zafran ! "

Jerit Adrian dalam keadaan marah.

Que Raikal yang melihat tulisan tersebut segera berlari menuju ke arah tingkap bilik Astrella Sofia.

Kesan tapak kasut itu dilihat dengan teliti.

" Ad , kau cam tak tapak kasut ni ? "

Soal Que Raikal yang  masih kekal tenang dalam mencari bahan bukti.

Adrian yang mendengarkan itu segera mendekati Que Raikal.

" Ha ? tapak kasut ni ? "

Soal Adrian kepada Que Raikal.

" Ye , tapak kasut ni. Sama dengan tapak kasut kejadian tikam tu. "

Jelas Que Raikal kepada Adrian.

" Maksudnya .., "

Dengan wajah yang berkerut Adrian memandang wajah Que Raikal dan cuba merungkai misteri kejadian tersebut.

" Yeah. "

" Tengku Zafran. "

Belum sempat Adrian berkata apa-apa , Que Raikal memotong kata-kata Adrian dan menyatakan perkara tersebut.

Usai itu , Que Raikal pun mengambil gambar tapak kasut tersebut dan nota kecil bertulis tangan tadi ke balai polis.

Tepat jam 8.10 pagi , laporan polis berkaitan kehilangan Astrella Sofia segera dibuat oleh Adrian dan Que Raikal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience