" Lepaskan Que. Lepaskan semua tu. Lepaskan kenangan 5 tahun lepas. Lepaskan. "
" Kau kena tolong diri kau sendiri. "
Entah bagaimana , kata- kata Waliff Attar itu berulang kali dimainkan dikotak fikiran Que Raikal.
" Hmm. Macam mana , I nak lupakan you sayang ? "
" Macam mana...I nak buka hati I untuk orang lain ? "
" Macam mana... "
Ucap Que Raikal bernada sebak sedang matanya berlinang melihat sekeping gambar dirinya dan bekas kekasihnya , Zennirah Aisyah.
Perlahan-lahan jari jemari Que Raikal megusap lembut wajah Zennirah Aisyah dipaparan komputer riba itu.
" Youuuu ! Eeeeee ! Apa niii ! Tak kelakar laaaaaa ! Ish ..! "
Marah Zennirah Aisyah sambil mencebik memandang Que Raikal yang sedang tertawa berdiri dihadappannya itu.
" Hahahah alolololo kesian sayang I sorng niii "
" Kena tinggal yee "
Gelak Que Raikal sambil mengusik buah hatinya itu.
" Eeeee tak suka laaaa "
Kata Zennirah Aisyah sambil memuncung.
Namun begitu Que Raikal terus tertawa tanpa menghiraukan rajuk Zennirah Aisyah.
" Dah la. I pulak nak tinggal you ! "
Tambah Zennirah Aisyah sebelum melangkah meninggalkan teman lelakinya dibelakang.
" Ehhh Sayangggg ! "
Panggil Que Raikal sambil berlari mengejar Zennirah Aisyah sudah beberapa langkah kehadapan.
Namun panggilan Que Raikal itu tidak diendah oleh Zennirah Aisyah. Tanpa menoleh , Zennirah Aisyah terus mara kehadapan.
" Sayang ? Sorry laaaa. "
" Sayanggg ! Alololo merajuk pulak diaaa hahaha "
Kata Que Raikal bernada manja sambil tertawa nakal melihat Zennirah Aisyah yang sudah mencebik.
" Ishhhh. Sudahlahhhh ! "
Marah Zennirah Aisyah kepada Que Raikal.
" Okay okayyy dah ... jom kita pergi makann ! I lapar tunggu you tauu "
Pujuk Que Raikal sedang tangannya menggosok perlahan perutnya bagi menunjukkan bahawa dirinya lapar.
Que Raikal yang akhirnya tersedar dari imbasan memori itu segera menyeka air matanya.
Perlahan-lahan nafas ditarik oleh Que Raikal berulang kali hingga ketenangan dicapai.
" Huh.. "
Keluh Que Raikal dengan lembut.
" HOI ! "
Jerkah Edrina Ammara , sahabat baik Astrella Sofia dari bahagian belakang Astrella Sofia yang sedang duduk fokus berhadapan komputer ribanya
Astrella Sofia yang masih berada dalam keadaan terkejut hanya merenung tajam ke sahabat baiknya itu.
" Ha gelak. Gelak la puas-puas. "
Kata Astrella Sofia bernada mendatar sedang matanya masih merenung tajam ke arah Edrina Ammara yang tertawa. Perlahan-lahan , Edrina Ammara melabuhkan tubuhnya duduk berhadapan Astrella Sofia.
" Ahahahahhaha "
Gelak Edrina Ammara tanpa mempedulikan amarah sahabat baiknya itu.
" Kalau aku mati terkejut tadi maca mana ? "
Soal Astrella Sofia kepada Edrina Ammara bernada mendatar.
" Ahahaah takdanya. Kau mana ada sakit jantunggg "
Jawab Edrina Ammara kepada Astrella Sofia secara bersahaja.
" Hm. "
Keluh Astrella Sofia yang tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut.
Lalu tanpa menghiraukan kehadiran Edrina Ammara yang masih tertawa dihadapannya itu , Astrella Sofia terus menikmati secawan kopi Hazelnut Latte yang dipesannya tadi.
" Hahahahaah sorry la Fi. Aku saja nak test kau tengah fokus ke takk "
Terang Edrina Ammara kepada Astrella Sofia atas sebab mengapa dia melakukan perkara tersebut.
" Pernah ke aku tak fokus buat kerja ? "
Sudah la tak payah bagi alasan. "
" buat tambah dosa je. "
Balas Astrella Sofia dengan selamba. Bukan seperti dia baru mengenali sahabat baiknya itu semalam. Tapi sudah bertahun lamanya. Astrella Sofia sudah pun masak akan perangai Edrina Ammara itu.
" Auchhhh- ! Sakitnyaaa "
Ucap Edrina Ammara setelah mendengar kata-kata yang terbit dari bibir Astrella Sofia.
" Good. "
Balas Astrella Sofia dengan ringkas.
Secawan kopi Hazelnut Latte yang digenggam perlahan-lahan diletakkan semula.
Sejurus cawan kopi diletakkan semula , jari jemari Astrella Sofia ligat menari diatas papan kekunci komputer ribanya.
" Kau ni , tak penat ke Fi ? "
Soal Edrina Ammara kepada Astrella Sofia yang berasa aneh melihat sahabat baiknya itu yang seakan-akan tidak mengenal erti penat bekerja.
" Hm ? Penat apa ? "
Soalan , berbalas soalan. Meski mata Astrella Sofia tertumpu pada skrin komputer ribanya , Astrella Sofia tetap melayan sahabat baiknya itu.
" Penat laaa. Pagi , petang , siang , malam. Kerja , kerja , kerja. Kau tak boring ke Fi ? "
Bebel Edrina Ammara kepada Astrella Sofia meluahkan isi hatinya.
" Tak. "
Jawab Astrella Sofia dengan begitu ringkas.
" Haih kau ni. Tak terasa nak ada boyfriend ke Fi ? "
" Tak nak kahwin ? "
Soal Edrina Ammara yang secara tiba-tiba menetengahkan isu perkahwinan.
" Kahwin ? Sampai masa aku kahwin la.. "
Balas Astrella Sofia secara bersahaja.
" Memang la sampai masa kau kahwin. Tapi bila ? "
" Macam mana nak kahwin kalau boyfriend pun takda haa ? "
Bertubi-tubi Edrina Ammara melontaarkan persoalannya kepada Astrella Sofia.
" Yang penting bakal suami. Bukan boyfriend. Tak nak aku couple couple ni. Buang masa. Couple bertahun-tahun , berjanji bagai nak rak. Last-last kahwin dengan orang lain. Tak nak la akuu "
Jawab Astrella Sofia dengan panjang lebar.
" Tu sebab kau tak jumpa orang yang tepat lagi. "
" Cuba kalau kau dah jumpa orang yang tepat ? "
Balas Edrina Ammara yang masih tidak berpuas hati.
" Cukup masa , datanglah jodoh aku nanti. "
Jawab Astrella Sofia bernada mendatar.
" Betul. Cukup masa dia sampai. Tapi jodoh tak datang bergolek ye Cik Astrella Sofia. "
Ujar Edrina Ammara yang masih tidak mahu mengalah.
" Ada masa aku cari la. "
Balas Astrella Sofia dengan ringkas.
" Ya Allah permpuan niii "
" Haa yelah ambiklaaaa menang kau tuuuu "
Kata Edrina Ammara kepada Astrella Sofia yang akhirnya mengalah dalam perdebatan tersebut.
" Eh , aku tak nak menang pun. "
Ucap Astrella Sofia.
" Ah , kau tu bila je tak nak menang haaa ? "
" Haihhh "
Kata Edrina Ammara kepada Astrella Sofia. Sebagai pengubat hati yang panas , Edrina segera mencapai segelas Lemon Ice Tea miliknya dan menyedut secara sopan.
Astrella Sofia yang mendengarkan itu lantas tertawa kecil.
Itulah sikap Astrella Sofia seja kecil. Menyukai kemenangan , dalam apa jua perkara dan situasi.
" Alololo jangan lah merajuk Cik Edrina "
" Halaaa yee. Nanti aku cari la jodoh. "
Pujuk Astrella Sofia setelah melihat Edrina Ammara memuncung dihadapannya.
Edrina Ammara yang sedang menyedut air minumannya itu lantas berhenti sejurus mendengar apa yang dikatakan oleh Astrella Sofia.
" Betul ni ? Haaa kalau macam tu aku ada sorang kawan nii dia pun tengah mencari "
" kau try la kenal-kenal dengan diaa. "
" Aku tengok dia baik. Gentleman. "
Kata Edrina Ammara dengan teruja.
" Sabar .., aku tak habis cakap lagi. "
" Nanti aku cari la kalau ada masa. Hahaha "
Balas Astrella Sofia sambil tertawa.
" Ish kau ni. Lantak kau laa jangan jadi andartu sudahhh hahahaha "
Kata Edrina Ammara yang turut tertawa.
" Kalau jadi andartu paling hot pun apa salahnyaaa hahaahah "
Ujar Astrella Sofia dengan riang. Lalu , mereka berdua pun tertawa bersama. Begitulah , hubungan baik yang terjalin antara mereka berdua sejak di bangku sekolah.
Share this novel