" Ya Allah , aku mohon hanya pada-Mu. "
" Permudahkanlah urusanku dalam menghalalkan hubungan ku dan Astrella. "
" Aku bermohon , dan berserah hanya pada-Mu Ya Allah. "
" Amin , amin ya rabbal alamin. "
Terkumat kamit , Que Raikal membacakan doanya itu bersama tangannya yang ditadahkan penuh pengharapan.
Dengan kasar tadahan tangan memohon doa diraup pada wajah kacaknya itu.
Usai solat sunat dan berdoa , Que Raikal memandang kosong pada corak bentangan sejadahnya.
" Astrella Sofia Dato' Eqwan. "
" Semoga kau jodoh yang tertulis untuk ku. "
Ucap perlahan bibir Que Raikal.
( TokTok )
Ketukan pintu kedengaran lembut diketuk.
" Que ? Dah siap ke tu ? "
" Jom. Nanti lambat sampai rumah Astrella. "
Kata Puan Era yang bertanya kepada anak lelakinya itu.
" ya , Que dah siap ni kejap.. "
Sahut Que Raikal dengan sopan.
Berkadar segera , Que Raikal melipat rapi bentangan sejadahnya dan diletakkan di atas katil.
Dihadapan cermin Que Raikal berdiri. Rambut yang berserabai dikemaskan dengan pantas.
Setelah itu , tombol pintu biliknya dipulas dan ditarik. Wajah Puan Era jelas kelihatan disebalik pintu.
" Wah , hensemnya anak Mama pakai macam nii "
Berbaju melayu hitam , bersampin emas Que Raikal kelihatan segak mengenakan baju tradisional itu.
" Eh , jap. "
Ujar Que Raikal yang baru tersedar bahawa dirinya belum memakai songkok sebagai pelengkap penampilannya.
Dengan pantas songkok diatas meja solek dicapai dan dipakai oleh Que Raikal.
Dihadapan cermin Que Raikal melihat diri dan memakai songkok dikepala dengan kemas.
" Que , apa pun jawapan Astrella.. "
" Que kena redha tau. "
" Inshaa Allah , itulah yang terbaik untuk Que dan Astrella "
Ucap lembut Puan Era yang kini berada disamping Que Raikal.
Que Raikal yang mendegarkan itu segera berpaling menghadap Puan Era.
" Mama , Que dah tawakkal. "
" Apa pun jawapan Astrella , Que terima berlapang dada. "
" Inshaa Allah. "
Ujar Que Raikal dengan tenang.
" Dah besar dah anak Mama ni. "
" Kalau Astrella terima pinangan ni.. "
" Jadi tunang orang la anak Mama ni. "
Balas Puan Era sambil tersenyum nipis.
" Dah , jom Ma. "
" Nanti lambat. "
Ajak Que Raikal memandangkan jam sudah menunjukkan jam 10 pagi.
Menaiki kereta Alphad putih dan beberapa buah kereta lagi dibelakang , Que Raikal san keluarga menuju ke rumah Encik Eqwan.
Sejurus tiba dihadapan rumah Encik Eqwan , ahli keluarga Que Raikal disambut mesra keluarga Astrella Sofia.
Berteman sepupu rapatnya , Que Raikal duduk berdiam didalam kereta Alphad itu bersama Akashah.Â
" Que , kau ni. Relax je aku tengok. "
" Aku dulu masa family aku hantar rombongan meminang Aisy , aku nervous teruk tho "
" Tapi kau ni , terlebih relax dah ni. "
" Nak kata kahwin paksa , bukan. "
" ahahahah "
Tegur Akshah berbaur usikan itu diberikan kepada Que Raikal.
Que Raikal yang tadinya ralit memandang paparan skrin telefon segera mengangkat wajahnya memandang wajah Akashah disebelahnya.
" Hm ? "
" Aku dah redha siap-siap. "
" Kalau jawapan dia ' ya ' alhamdulillah. "
" Kalau jawapan dia ' tak ' pun alhamdulillah juga. "
" Tak kira apa pun jawapan Astrella , aku terima. "
" mungkin itu yang terbaik. "
Ujar Que Raikal dengan selamba.
" Kau jangan risau la. "
" Mesti Astrella terima. "
" Perempuan ni , apa yang dia nak adalah effort seorang lelaki tu untuk menghalalkan dia. "
" Dah nak dua tahun kan kau tunggu dia ? "
" Kau selalu ada dengan dia. Takkanlah dia tak rasa apa-apa. "
Kata Akashah kepada Que Raikal berkenaan kisah cinta sepupunya itu dari sudut pandang Akashah.
Que Raikal yang mendengarkan itu , hanya mampu tersenyum nipis.
Panorama diluar jendela kereta terus ditatap oleh Que Raikal.
" Kuatkan hatiku Ya Allah. "
" Kuatkan hati ini , untuk terus bersangka baik pada suratan takdir yang telah tertulis. "
Bisik hati kecil Que Raikal yang meminta pertolong Sang Pencipta agar dirinya tidak begitu kecewa sekiranya jawapan Astrella Sofia adalah ' tidak '.
Setelah hampir setengah jam berlalu , akhrinya jawapan diterima oleh Que Raikal.
" Que. "
Panggil Azrina , sepupu perempuan Que Raikal sambil mengetuk perlahan tingkap kereta.
Que Raikal yang tadinya ralit bermain telefon segera menurunkan tingkap keretanya.
" Ha , Rina. Dah dapat jawapan ke ? "
Soal Que Raikal bernada serius.
" Dah.. "
" Kak Astrella panggil kau masuk. "
" Dia nak jumpa kau.. "
Ujar Azrina yang menyampaikan pesanan Astrella Sofia bernada sedih.
Que Raikal yang mendengarkan itu , segera menarik nafas sedalamnya.
Perlahan-lahan nafas Que Raikal dihela. Dengan tenang Que Raikal melangkah keluar dari kereta dan menuju ke pintu utama rumah Encik Eqwan.
Bersama hati yang gundah gulana , Que Raikal membuka kasutnya. Kaki kanan mula melangkah , memasuki ruang tamu rumah Encik Eqwan.
Que Raikal yang dari tadinya menunduk perlahan-lahan mengangkat wajahnya.
" Que , Astrella tunggu dekat halaman belakang tu. "
" Katanya ada benda nak bincang dengan Que. "
Kata Puan Naira kepada Que Raikal dengan lembut.
" Ouh.., okay Mummy.. "
Jawab Que Raikal dengan ringkas.
Lalu , Que Raikal pun mengatur langkahnya menuju ke halaman belakang rumah Encik Eqwan.
Dengan perlahan pintu sliding ditarik oleh Que Raikal. Astrella Sofia yang sedang duduk di meja bulat itu didekati Que Raikal.
Dihadapan Astrella Sofia , Que Raikal berlutut sedang wajahnya mendongak memandang Astrella Sofia.
" Astrella.. "
" Apa yang awak nak bincangkan dengan saya tu ? "
Persoalan itu , diajukan lembut oleh Que Raikal kepada Astrella Sofia.
Astrella Sofia yang dari tadinya memandang panorama alam itu semakin membuatkan Que Raikal resah.
" Awak.. saya tanya.., "
" Awak nak bincang apa dengan saya ? "
" Awak marah eh family saya datang masuk meminang awak ? "
" Sayang.. jawablah. "
Pujuk Que Raikal yang kini terdesak menginginkan jawapan dari Astrella Sofia.
Astrella Sofia yang tadinya ralit memandang panorama alam itu lantas mengalihkan pandangan matanya.
Wajah Astrella Sofia yang berkerut ditundukkan memandang wajah Que Raikal yang berlutut dikakinya itu.
" Awak , rumah saya ni ada kerusi tau. "
" Awak tak suka duduk atas kerusi ke ? "
Tanya Astrella Sofia dengan spontan.
" Tak nak. "
Jawab Que Raikal dengan ringkas.
" Sayang cakaplah.. Awak nak bincang apa dengan saya..? "
Pujuk Que Raikal sekali lagi yang mahu mendengarkan jawapan dari bibir Astrella Sofia.
" Saya tak kan cakap selagi awak tak duduk atas kerusi ni. "
Ugut Astrella Sofia kepada Que Raikal.
" Hm.. Okay.. "
Keluh lembut Que Raikal. Akhirnya , Que Raikal akur dengan kata-akta Astrella Sofia.
Kerusi besi segera ditarik sehingga benar-benar berada dihadapn Astrella Sofia.
Diatas kerusi besi berhadapan Astrella Sofia , Que Raikal berlabuh.
" Good boy. "
Ucap Astrella Sofia berhias senyuman nipis diberikan kepada Que Raikal.
" Okay , now.. apa yang awak nak bincangkan tu hm ? "
" cakaplah sayang. Jangan buat saya menunggu please.. "
Pujuk Que Raikal buat kesekian kalinya.
" Awak betul ke nak jadikan saya isteri awak ? "
" saya ni oku tau. "
Soalan pertama diajukan kepada Que Raikal dengan bersahaja.
" Ya Allah , sayang. Saya ikhlas nak nikahi awak. "
Jawab jujur Que Raikal.
" Awak tak malu ke ada isteri lumpuh ? "
Soal Astrella Sofia sekali lagi.
" Tak , saya bangga sekiranya saya memiliki awak sebagai isteri saya. "
Ujar Que Raikal dengan yakin.
" Bangga sebab ? "
Tanya Astrella Sofia.
" Sebab saya memiliki isteri yang solehah. Isteri yang sopan dalam bicaranya , baik budi pekertinya , menutup auratnya , bijak menjaga air muka keluarganya , dan isteri.., yang menjaga hubungannya dengan Allah. "
Dengan panjang lebar Que Raikal menjawab persoalan Astrella Sofia.
" Rombongan meminang ni , awak sendiri yang nak.. atau dalam keterpaksaan ? "
Soalan kedua mula diajukan Astrella Sofia.
" Atas cadangan Papa dengan Daddy. Saya setuju dengan cadangan ayah kita. "
" Tapi itu tak bermakna saya terpaksa. "
" Saya dengan sukanya bersetuju. "
" Sebab saya memang dah lama nak memperisterikan awak. "
" Jadi saya terima cadangan ayah kita sebagai tanda sudah tiba masanya untuk saya berani melamar awak secara rasmi. "
Jawapan yang panjang dipenuhi kejujuran , dilontarkan kepada Astrella Sofia.
" Kalau macam tu.., kahwinilah saya. "
" selama 40 hari. "
Ujar Astrella Sofia secara tiba-tiba.
Que Raikal yang mendengarkan itu segera memandang Astrella Sofia denganmata yang terbuntang dan dahi yang berkerut.
Share this novel