Bab 29

Romance Completed 40892

Beberapa jam sebelum rombongan meminang yang mewakili Que Raikal datang bertandang di rumah Encik Eqwan.

Astrella Sofia yang hanya dimaklumkan akan adanya ahli keluarga besar datang untuk melawat terus memandang kosong pada baju kurung moden berwarna hitam tergantung di almarinya itu.

" Hm. Mummy kata , family je nak datang. "

" kenapa nak kena pakai baju kurung eh ? "

" siap tetapkan warna lagi. "

" Mummy pun pelik je lately. "

" Duduk dekat bilik tetamu tu lama-lama. "

" Biasanya Mummy berkepit je dengan aku. "

" aku nak masuk bilik tu pun tak boleh. Kunci Mummy pegang. "

" Haiyoo. Apa yang aku tak tahu nii "

Keluh Astrella Sofia sedang bibir rancak menyuarakan ketidakpuasan hati serta perkara yang dirasakan aneh.

Setelah penat mencari jawapan bsgi persoalan yang timbul diruang fikirannya , Astrella Sofia yang tadinya duduk diatas katil itu segera menghamparkan dirinya.

Siling yang putih dipandang kosong. Lalu kedua bebola matanya ditutup rapat.

Beberapa minit pun berlalu sedang Astrella Sofia duduk berbaring mencuba untuk melupakan persoalan yang ada , ketukan pintu biliknya memecahkan keheningan.

( TokTok )

" Fi.., akak ni. "

" Fi dah siap ? "

" Akak masuk ye ? "

Bernada lembut Diana meminta izin sebelum menerpa masuk ke ruangan bilik Astrella Sofia.

" Ya.., masuklah kak. "

Sahut Astrella Sofia dengan sopan.

Tombol pintu segera dipulas dan ditolak Diana.

" La.., Fi kenapa tak siap lagi ni ? "

Soal Diana kepada Astrella Sofia setelah melihat adik iparnya itu masih belum menukar pakaian.

" Hmm "

Keluh Astrella Sofia dengan lembut.

Langkah kaki Diana diambil mendekati Astrella Sofia. Diatas katil bersaiz Queen itu , Diana duduk berlabuh benar-benar bersebelahan Astrella Sofia.

Astrella Sofia yang tadinya berbaring segera duduk dengan sopan.

" Fi kenapa ni..? "

" cuba cerita dekat kakak ? "

Pujuk Diana yang melihat Astrella Sofia seperti resah dan gelisah.

" Entahlah kak. Lately ni Mummy dengan Daddy macam ada sembunyikan something tau. "

" Lepastu , tiba-tiba je family besar datang melawat harini. "

" Semua cantik pakai baju kurung , baju melayu lagi. "

" Dah macam raya pula "

" Akak ada tau apa-apa ke ? "

Tanpa berfikir panjang , Astrella Sofia menyuarakan satu persatu punca keresahan di dadanya.

" hmm Fi , dah lambat ni. "

" Kejap lagi family kita semua sampai. "

" Baik Fi bersiap cepat. "

" Nak pakai makeup lagi. "

" Nanti lambat pula. "

Arah Diana kepada Astrella Sofia dengan sengaja bagi mengelakkan diri dari menjawab persoalan Astrella Sofia tadi.

" Diana ? Ayang , nah pegang Rayyan kejap. Abang nak kena alih kereta ni Pak long semua dah sampai. "

Belum sempat Astrella Sofia berkata apa-apa , Adrian datang menerpa masuk kedalam biliknya bersama Rayyan anak lelaki abangnya.

" Rayyan.. Ala sayang Mummy nii "

Ucap Diana dengan lembut sedang kedua tangannya menyambut lembut tubuh anak lelakinya dari pangkuan Adrian.

Sejurus Rayyan diserahkan ke pangkuan Diana , Adrian pun berlalu pergi dengan tergesa-gesa.

" Fi pergi la bersiap cepat. "

" Family kita dah sampai tu. "

Arah Diana sekali lagi kepada Astrella Sofia.

" Okay kak , Fi bersiap kejap. "

Akur Astrella Sofia. Berkadar segera , menggunakan tongkat empat kaki Astrella Sofia berdiri dan perlahan-lahan mencapai baju kurung hitam itu.

Setelah hampir 10 minit , Astrella Sofia yang sudah berbaju kurung dan bertudung hitam itu duduk dihadapan meja soleknya.

Tanpa membuang masa , wajah Astrella Sofia disolek nipis. Setelah siap bersolek , bertongkat kaki empat Astrella Sofia berjalan mendekati katilnya semula.

Di atas katil bersaiz Queen itu Astrella Sofia duduk berlabuh. Kakak iparnya yang sedang bermain dengan Rayyan itu direnung lama oleh Astrella Sofia.

Tanpa sedar , bibir Astrella Sofia diherotkan sehingga terukir segaris senyuman manis.

Rayyan yang baru berusia 7 bulan itu dibaringkan diatas katil. Diana yang sedar bahawa dirinya direnung Astrella Sofia segera mengalihkan pandangannya memandang Astrella Sofia.

" senyum-senyum pula diaaa "

Tegur Diana sambil tersenyum.

" Eh , hahah. Tak.. Fi suka tengok akak main dengan Rayyan. Comel. "

Ujar Astrella Sofia yang sudah tersipu malu.

" Fi suka budak-budak kan ? Cepat-cepat la naik pelamin. "

" nanti mesti anak Fi comel-comel "

Kata Diana dengan selamba.

Astrella Sofia yang mendengarkan itu tersentak seketika.

" Anak ? Fi ni.. baru je boleh berjalan semula kak. Itu pun betongkat. "

" Fi ni banyak kekurangan. Kesian siapa yang kahwin dengan Fi nanti. "

" Banyak benda dia kena tolong handle. "

" Calon suami pun Fi takda lagi kak. "

Balas Astrella Sofia dengan jujur.

" Siapa kata takda ? Fi , cuba buka mata luas-luas "

" Orang tu ada je depan mata Fi. "

" Jangan menidakkan perkara yang terpampang jelas depan mata Fi. "

Jawab Diana dengan serius.

" Akak cakap pasal Que ke ? "

" Que tu baik sangat kak. Dia sentiasa ada untuk Fi. "

" Betul.., dia selalu cakap nak kahwin dengan Fi. "

" Tapi Fi takut kak. Fi takut.. kalau Fi tak mampu nak pikul tanggungjawab sebagai isteri. "

" Que deserve better , kak. Bukan orang cacat macam Fi. "

Luah Astrella Sofia dengan jujur dan rendah diri.

" Fi , perkahwinan itu untuk saling menyempurnakan antara satu sama lain. Bukan mengahwini seseorang yang sempurna dari segala-galanya. "

" Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihannya sendiri. Apa yang penting ialah pasangan kita terima kita seadanya. Baik kelebihan dan kekurangan kita. "

" Suami dan isteri itu seharusnya melengkapi. Berkongsi kehidupan , dan melengkapi apa yang kurang bersama. "

" Sebab cinta itu perlukan kedua pihak untuk merasa manisnya. Kesempurnaan diri , bukan segala-galanya Fi. "

Dengan panjang lebar Diana berpesan kepada Astrella Sofia.

Astrella Sofia yang mendengarkan itu hanya mengangguk perlahan sebagai tanda faham.

Usai itu , rombongan keluarga Que Raikal pun tiba. Majlis berlajan lancar seperti yang dirancang.

Meski pada awalnya Astrella Sofia terkedu dengan apa yang berlaku , namun Astrella Sofia berjaya menenangkan dirinya. Kini jawapan terletak pada Astrella Sofia untuk memilih.

" S-sayang.., a-apa yang awak cuba sampaikan ni ? "

Soal Que Raikal yang tergagap akibat terkejut mendengar jawapan Astrella Sofia sebentar tadi.

" Saya nak jadi suami awak untuk selamanya. "

" sampai ke akhir hayat saya. Bukan cuma 40 hari. "

Ujar Que Raikal dengan jujur.

Astrella Sofia yang melihat wajah Que Raikal berkerut seribu itu segera tertawa.

" Awak gelak apa ? Saya serius ni. "

Tegas Que Raikal akibat cemas.

" Cukuplah 40 hari kan ? "

" bukan itu ke deal yang awak tawarkan dekat saya dulu ? "

Balas Astrella Sofia dengan selamba.

" sayang.... Ya Allah. "

" masa tu.., saya tak sedar yang hati saya pilih awak sebab saya memang dah terjatuh hati dekat awak. "

" saya ingat saya kahwin dengan awak selama 40 hari semata-mata untuk rasa kemanisan cinta yang dah lama saya tolak untuk rasa. "

" Tapi sekarang lain. Saya sayangkan awak. "

" Kalau awak tak sedia.., tak apa. Saya faham. Saya takkan paksa awak untuk jadi isteri saya.. "

Ujar Que Raikal menerangkan segalanya dengan jujur.

" Betul awak sayang saya ? "

Soal Astrella Sofia dengan sengaja.

" Sayang , tolonglah. Saya cintakan awak. Saya sayangkan awak. Percayalah cakap saya ni. "

Rayu Que Raikal meminta Astrella Sofia percaya akan kata-kata yang terbit dari bibirnya.

" okay.. kalau macam tu.. "

" sekarang awak tutup mata. "

" Tutup rapat-rapat. Jangan tipuuu ! "

Arah Astrella Sofia kepada Que Raikal.

Que Raikal yang cuba untuk bertanya mengapa , segera digesa Astrella Sofia.

" Shhhh dengar cakap saya pleaseeee "

Pujuk Astrella Sofia sebelum Que Raikal sempat berkata apa-apa.

" Hm okay fine. "

Jawab ringkas Que Raikal. Lalu , Que Raikal pun menutup rapat kedua bebola matanya.

" Hulurkan tangan kanan awak cepat. "

Arah Astrella Sofia kepada Que Raikal.

" Ya Allah. Apa awak buat ni sayang. "

Rungut Que Raikal sedang tangan kanannya dihulurkan kehadapan.

Perlahan Encik Eqwan yang kini berada disamping Astrella Sofia menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Que Raikal.

" Okay dah. Buka la mata. "

Arah Astrella Sofia dengan lembut.

Sejurus Que Raikal membuka matanya , seluruh ahli keluarga mereka berdua jelas terlihat memenuhi halaman rumah itu.

" Hai , tunang saya. "

Sapa Astrella Sofia dengan manja sedang tangannya dihulurkan kepada Que Raikal.

Que Raikal yang terkejut dengan apa yang berlaku hanya mampu tersenyum dan memandang Astrella Sofia dengan mata yang berkaca.

" Congrats , my son. "

Ucap Encik Sharif sambil menepuk perlahan bahu kanan Que Raikal.

" Alhamdulillah. "

Ujar Que Raikal dengan penuh rasa syukur.

" Semua pandang sini , say cheese ! "

Jerit Arfan , sepupu kepada Astrella Sofia yang diberi tugas sebagai juru gambar pada hari tersebut.

Usai itu , kedua keluarga itu pun beralih ke bilik tetamu dimana Puan Naira telah menyiapkan sebuah pelamin kecil buat majlis pertunangan mereka berdua.

Pertunangan Astrella Sofia dan Que Raikal , dirai dengan meriah oleh keluarga besar mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience