" eh , En-encik buat apa ni ?! "
Dengan tergagap-gagap Astrella Sofia bertanya kepada Que Raikal.
" Tolong kau bangunlah. Lambat sangat. "
Ujar Que Raikal sambil berdiri sedang tangannya menarik beg tangan yang juga digenggam oleh Astrella Sofia serta lengan baju Astrella Sofia sehingga Astrella SOfia berdiri.
" Boleh jalan tak ni ? "
Soal Que Raikal kepada Astrella Sofia tanpa perasaan.
Astrella Sofia yang kini sudah berdiri segera menarik tangannya hingga bahagian lengan bajunya yang digenggam oleh Que Raikal tadi terlepas. Que Raikal yang melihat itu segera melepaskan beg tangan Astrella Sofia yang digenggam tangan kirinya tadi.
" Boleh. "
Jawab Astrella Sofia dengan ringkas.
Lalu dengan terhincut-hincut Astrella Sofia berjalan meninggalkan Que Raikal dibelakang
" Ego bukan main. "
Kata Que Raikal dengan perlahan sambil mengherotkan bibirnya sehingga mengukir segaris senyuman nipis diwajah.
Setelah mengucapkan itu , Que Raikal pun berlari anak mengejar Astrella Sofia yang berjarak hanya beberapa langkah darinya.
" Kalau tak boleh , cakap je tak boleh. "
Ucap Que Raikal yang kini sudah berada disisi Astrella Sofia.
" Boleh lah. Saya tengah jalan kan ni. "
Bernada marah Astrella Sofia mengatakan itu.
" Haih. Jalan pun terhincut-hincut. Ada hati nak bawa kereta ? "
Usik Que Raikal kepada Astrella Sofia sambil tersenyum senget memandang wajah Astrella Sofia yang merah padam itu.
" Ishhh jangan sibuk laaa "
Astrella Sofia melenting. Langkah kakinya terhenti. Wajahnya mendongak , matanya tajam merenung ke dalam mata Que Raikal.
Que Raikal pun menghentikan langkahnya. Wajahnya ditundukkan. Matanya merenung ke dalam mata Astrella Sofia.
Segaris senyuman nipis , jelas terpapar diwajah Que Raikal.
" Betul ni ? "
Soal Que Raikal bernada lembut.
" Yes , please ! "
Jawab Astrella Sofia dengan nada yang agak tinggi.
" Okay fine. "
Sejurus kata-kata itu terlafaz dari bibir Que Raikal , tubuh Que Raikal ditegakkan dan kedua-dua tangan Que Raikal diangkat ke paras telinga.
Astrella Sofia yang terseliuh kakinya segera berpaut pada bahu kiri Que Raikal akibat mahu terjatuh.
" Hmm. Dah habis belum ? "
Ucap Que Raikal bernada perlahan sambil menjeling ke arah kiri bahunya dimana Astrella Sofia berpaut.
" H-habis apa ? "
Soal Astrella Sofia yang kebingungan.
" Dah habis ke tunjuk ego ? "
Balas Que Raikal berunsur sindiran.
" Ish mamat ni. Ya Allah dalam banyak-banyak lelaki , kenapa la yang gentleman , yang baik tak jumpa dengan aku ? "
Desis hati Astrella Sofia yang berupa rungutan.
" Dah , tak payah nak mengada. Naik dengan aku. Balik aku hantar. "
Arah Que Raikal dengan tegas sedang matanya masih menjeling wajah Astrella Sofia.
" T-tapi.. "
Astrella Sofia cuba untuk mencelah.
" Full stop. "
Tegas Que Raikal sekali lagi.
Dengan itu , Astrella Sofia akhirnya akur dan berhenti membantah.
Tanpa membuang masa , Que Raikal pun kembali mengenggam lengan baju Astrella Sofia menuju ke kereta BMW hitam miliknya.
Sejurus tiba dipintu kereta , Que Raikal membukakan pintu dan membantu Astrella Sofia untuk duduk di tempat duduk penumpang itu. Usai itu , Que Raikal menutup pintu itu secara oerlahan dan berhati-hati.
Setelah mengambil masa dalam 15 minit perjalanan , Que Raikal dan Astrella Sofia akhirnya tiba di Grinders Cafe tepat jam 5 petang.
" Tunggu jap. "
Ujar Que Raikal sejurus keretanya diberhentikan di tempat parkir tersebut.
Astrella Sofia yang degil segera membuka pintu keretanya.
Que Raikal yang melihat itu segera keluar dari keretanya dan berlari anak menuju ke pintu kereta penumpang disebelah pemandu itu.
" Huhhh "
Keluh Que Raikal yang kini sudah berdiri dihadapan pintu Astrella Sofia. Mata Astrella Sofia dan Que Raikal , saling berpandangan.
" Kau ni degil kan ? "
Ucap Que Raikal dengan wajah yang berkerut memandang Astrella Sofia.
" Apa pula ? Saya nak keluar je.. "
Jawab Astrella Sofia bersama riak wajah menyampah.
" Haih ye lah. Sini aku tolong. "
Balas Que Raikal yang sudah malas berbalas mulut sedang tubuhnya dibongkokkan. Berkada segera , Que Raikal menggenggam lengan baju Astrella Sofia dan memimpin Astrella Sofia memasuki kafe tersebut.
Bersebelahan tingkap , Que Raikal dan Astrella Sofia duduk.
Setelah beberapa minit berlalu , pesanan minuman akhirnya tiba. Que Raikal dan Astrella Sofia mula membicarakan berkaitan kejadian pelanggaran kereta tersebut.
" Okay , coffee dah sampai. So kau pun tau atas tujuan apa aku nak jumpa kau hari ni kan ? "
Ujar Que Raikal yang memulakan bicaranya.
" Oh ya. Pasal kereta kan ? I'm really sorry about that day. I'm in hurry. "
Balas Astrella Sofia yang memohon maaf atas kejadian tersebut.
" Shhh. Aku tak nak dengar kau minta maaf. "
Ucap Que Raikal kepada Astrella Sofia.
" Okay... So , Encik dah tau berapa kos kerosakan tu ? "
Kata Astrella Sofia yang cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat.
" Emm dah. "
Jawab Que Raikal sedang tangannya meletakkan gelas yang berisi kopi itu diatas meja.
" Okay , how much ? "
Soal Astrella Sofia denga sopan.
" Kau. "
Balas Que Raikal dengan ringkas dan padat.
" Sorry ? "
Dengan dahi yang berkerut Astrella Sofia mengatakan itu.
" Kos ganti rugi tu. Kau. "
Ulang Que Raikal dengan tenang.
" Apa yang Encik cuba nak sampaikan ni ? Saya.., tak faham. "
Sekali lagi dengan sopan Astrella Sofia bertanya.
" Aku tak nak duit kau. Aku nak kau. Kahwin dengan aku. Itu bayaran ganti rugi kereta yang kau langgar. "
Dengan jelas Que Raikal menerangkan perkara tersebut kepada Astrella Sofia.
" What ?! "
" Encik dah gila ke ?! "
Tengking Astrella Sofia kepada Que Raikal yang duduk dihadapannya itu.
" Ya , aku memang gila. "
" Tadi kau tanya bayaran kereta aku yang dah kemik kau langgar haritu. "
" Jadi , inilah bayarannya. "
Ujar Que Raikal dengan tenang dan bersahaja.
" Encik , saya tak kenal Encik siapa. Encik pun tak kenal siapa saya. "
" Encik ingat kahwin ni apa ? "
Balas Astrella Sofia dengan dahi yang berkerut memandang Que Raikal dihadapannya.
" Nyatakan jumlah kos repair kereta Encik tu. Saya akan bayar. DENGAN DUIT. "
Tegas Astrella Sofia kepada Que Raikal.
" Bayaran yang aku terima cuma kau. "
" Jadi pengantin aku selama 40 hari. "
" Aku tak bagi kau pilihan. Tapi arahan. "
Kata Que Raikal kepada Astrella Sofia yang bertegas tidak mahu menerima sebarang jumlah wang sebagai ganti rugi kerosakkan keretanya tempoh hari.
" Dan saya pilih untuk tidak mengikut arahan Encik. "
Ujar Astrella Sofia dengan nada mendatar.
" Terima kasih. Assalamualaikum. "
Berhias senyuman Astrella Sofia mengucapkan terima kasih dan memberi salam kepada Que Raikal sebelum bergegas keluar dari kafe tersebut dalam keadaan terhincut-hincut.
" Sama-sama. Waalaikumsalam. "
Jawab Que Raikal bernada mendatar sedang matanya tertumpu ke arah Astrella Sofia yang sedang menuju keluar dari kafe.
" Ouhh , tunjuk keras kepala ya ? I likeee "
Bisik hati Que Raikal sedang pipinya diherotkan sehingga mengukir segaris senyuman nipis diwajahnya
Dengan tenang dan bersahaja , Que Raikal meneguk air kopi yang masih hangat itu.
" Eh jap. Ya Allah ! "
Sedang Que Raikal menikmati minumanannya itu , dia akhirnya teringat bahawa kaki Astrella Sofia terseliuh dan mereka datang ke kafe itu bersama-sama. Dengan lembut , Que Raikal menepuk dahinya.
Bayaran minuman segera dibuat. Berlari anak Que Raikal cuba mengejar Astrella Sofia. Namun malangnya , Astrella Sofia sudah hilang dari penglihatannya.
" Aduhhh macam mana kau boleh lupaaa ? "
Bisik hati Que Raikal yang berasa marah terhadap dirinya itu.
" Hm tak faham betul la aku dengan lelaki macam dia tu. "
" Dia ingat aku apa ? Macam tu je alasan nak kahwin dengan aku ? "
" Mana datang la manusia macam ni ? Haih. "
Keluh Astrella Sofia berserta rungutan didalam hatinya sementara matanya merenung panorama diluar jendela kereta yang dipandu oleh pemandu grab itu.
Share this novel