Bab 14

Romance Completed 40892

Setelah urusan Que Raikal di hospital selesai , Astrella Sofia pun bergegas pulang ke Syarikat Setia Jaya Holdings untuk mengumpul bukti atas tujuan membuat laporan berkenaan kejadian tersebut.

" Fi ? "

Panggil Puan Naira sejurus melihat kelibat Astrella Sofia di bilik pengawasan tersebut.

" Mummy , Daddy. "

Panggil Astrella Sofia berhias senyum sedang langkahnya mendekati kedua orang tuanya itu. Lalu tangan Encik Eqwan dan Puan Naira segera disalam oleh Astrella Sofia sebagai tanda hormat.

" Fi okay ? Risau Mummy tau... "

Ujar Puan Naira sedang tangannya memeluk erat Astrella Sofia didalam dakapan.

"  Alhamduillah , Fi okay. "

Jawab Astrella Sofia sambil tersenyum nipis.

" Orang yang selamatkan Fi ? Dia okay ? "

Soal Encik Eqwan kepada Astrella Sofia.

" Alhamdulillah , tak ada apa yang serius. Cuma dia banyak hilang darah. And luka dia agak dalam. So , dia kena duduk ward for a few days. "

Balas Astrella Sofia yang menjelaskan keadaan Que Raikal kepada ayahnya itu.

" Alhamdulillah. "

" Esok bawa Daddy dengan Mummy melawat dia okay ? Daddy nak cakap terima kasih dekat dia. "

Pinta Encik Eqwan kepada Astrella Sofia sambil tersenyum nipis.

" Okay Daddy. Esok kita jumpa Encik Que. "

Ujar Astrella Sofia kepada Encik Eqwan bersama wajahnya yang tersenyum nipis.

" Em.. macam mana ? Rakaman cctv tu.. ada kan Daddy ? "

Soal Astrella Sofia yang bertanya kepada ayahnya  berkaitan bahan bukti.

" Ada. Daddy dah minta Ad pergi buat report tadi. "

Jelas Encik Eqwan kepada Astrella Sofia.

" Nanti Inspektor akan datang jumpa Fi dengan Encik .. ?

Kata-kata Encik Eqwan tergantung dek kerana tidak tahu akan nama pemuda yang telah menyelamatkan anak gadisnya itu.

" Encik Que , Daddy. "

Sambung Astrella Sofia dengan ringkas.

" Yes. Hari ni Fi rehatlah. Urusan office biar Daddy dengan Ad yang handle. "

Arah Encik Eqwan kepada Astrella Sofia sekaligus menjelaskan bahawa dirinya dan anak lelakinya , Adrian  akan menguruskan kerja-kerja Astrella Sofia yang tertangguh pada hari itu.

" Takpa ke Daddy ? Fi.. seganlah. Lagi pun Fi tak injured pun.. "

Ucap Astrella Sofia kepada Encik Eqwan , meluahkan rasa serba salah dihatinya itu. Sejak kecil , Astrella SOfia sememangnya diajar untuk tidak menyusahkan orang lain. 

" Its okay. Ad pun risaukan Fi. "

" Takpe , Fi cuti je hari ni. "

Ujar Encik Eqwan kepada Astrella Sofia.

" Hm.. Okay Daddy.. "

Balas Astrella Sofia yang hanya menurut arahan ayahnya itu.

" Dah . Fi balik dengan Mummy. Pak Rashid dah tunggu dekat entrance tu. " 

Arah Encik Eqwan sekali lagi. 

" Okay Daddy. Apa-apa update Fi eh ? Thank you Daddy. "

Ucap Astrella Sofia kepada Encik Eqwan sedang tangan kanan dihulurkan untuk bersalaman dengan ayahnya itu.

" Your welcome , princess Daddy. "

Jawab Encik Eqwan dengan wajah yang tersenyum manis. Lalu bersalamanlah Encik Eqwan dan Astrella Sofia.

" Saya balik dulu. Awak pun , ganti kerja Fi je tau. Jumpa dekat rumah. " 

Pesan Puan Naira kepada Encik Eqwan bernada serius sambil bersalaman dengan suaminya itu.

" Iye lah sayang.  Saya tauu. "

Balas Encik Eqwan sambil tersengih.

Astrella Sofia yang melihat gelagat pasangan yang sudah berusia itu tersenyum sendiri.

" Haih , sweetnyalah Mummy Daddy Fi ni.. Hormat orang single pleaseee "

Usik Astrella Sofia sambil tertawa kecil.

" Siapa suruh single , kan Daddy ? "

Usikan berbalas usikan. Kini giliran Puan Naira pula mengusik anak gadis mereka itu.

" Eeee Mummy niii "

Rungut Astrella Sofia bernada manja.

Encik Eqwan yang melihat gelagat isteri dan anak gadisnya itu lantas tertawa kecil.

Usai itu , Astrella Sofia dan Puan Naira pun pulang ke rumah dengan menaiki kereta Alphad hitam yang dipandu oleh pemandu peribadi mereka , Pak Rashid.

Disebelah petang , setelah tibanya waktu untuk pulang Waliff Attar dan Nadien Firdaus segera bergegas ke hospital dimana Que Raikal ditempatkan.

" Bro ! "

Panggil Nadien Firdaus dengan kuat sejurus langkah kakinya memasuki wad Que Raikal.

" Oii ! Hahahahah "

Balas Que Raikal beriring ketawa kecil setelah melihat kehadiran dua sahabat baiknya itu.

Usai bertegur , Waliff Attar dan Nadien Firdaus mengatur langkah kaki mereka menuju ke katil Que Raikal.

Disamping Que Raikal , Waliff Attar dan Nadien Firdaus duduk di kerusi pelawat.

" Kau cemana ? "

" Ada serious injured ke ? "

" Nak gugur jantung kitorang dengar pasal tu kau tau tak ? "

" Uncle pun dah on the way balik dari China pasal kau tau "

Betubi-tubi , Waliff Attar membicarakan kesan daripada kejadian tersebut.

" Hmmm aku okay je. Just kena jahit sikit sebab tikaman tu dalam. Alhamdulillah nothing serious pun. "

Jawab Que Raikal yang menjelaskan keadaannya.

" Macam mana kau boleh kena tikam ni  Que ? "

Kini tiba giliran Nadien Firdaus menyoal siasat Que Raikal.

" Bukan apa .., kitorang pelik. Kau tu dah lah sejenis tak peduli hal orang. Selfish... "

" And paling pelik ialah , macam mana kau boleh ada dekat Setia Jaya Holdings sedangkan meeting kau hari ni dekat office je ? "

Tambah Nadien Firdaus yang menyuarakan persoalannya berkaitan kejadian tersebut.

" Cuba kau cerita dekat kitorang Que. "

" Kitorang perlukan explanation. Bukan apa , tak baik buat andaian sendiri ni. Kan Dien ? "

Ucap Waliff Attar yang bersetuju dengan segala persoalan yang disuarakan oleh Nadien Firdaus sebentar tadi.

" Korang ni datang melawat aku ke datang nak korek rahsia ? "

Perli Que Raikal kepada dua sahabatnya yang kelihatan begitu ingin tahu akan kejadian tersebut.

" Dua dalam satu. "

Jawab Nadien Firdaus dengan ringkas dan padat. 

" Ini namanya sambil menyelam , minum air. Hahaha. "

Kata Waliff Attar yang menyokong jawapan Nadien Firdaus sebentar tadi.

Lalu , meletuslah ketawa antara tiga sahabat itu. 

" Yelah. Aku cerita. "

" Aku pergi sana memang nak jumpa orang. "

" Aku sampai awal. So aku tunggu je la dalam kereta. "

" Tak lama lepas ru , orang yang aku tunggu sampai. "

" Then , aku baru nak keluar kereta tengok-tengok ada la mamat ni dekat dengan dia. "

" Mula-mula nampak macam sembang-sembang biasa je. Aku tak nak lah kacau. So aku tunggu lagi. "

" Sekali aku nampak mamat tu keluarkan pisau. "

" Aku pun apa lagi terus lari keluar la. " 

" Tak guna betul dia tu. Berani dia nak sentuh future wife aku ? Ni Que Raikal kot ! "

Dengan panjang lebar Que Raikal bercerita.

" Hah ?! "

" Apaaa ? "

" Tar , kau dengar tak apa yang aku dengar  ? "

Celah Nadien Firdaus yang berasa seakan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarnya tadi.

Suasana yang sunyi sepi kini bertukar riuh setelah Que Raikal menggunakan perkataan " future wife " tersebut. 

" Aku rasa telinga aku elok lagi.. "

" Que , ulang balik ayat last kau tadi. "

Pinta Waliff Attar kepada Que Raikal yang berasa seakan tidak percaya.

" Future wife aku . "

" Itu yang korang nak dengar kan ? "

Balas Que Raikal sambil tersenyum nipis.

" Dien , panggil doktor cepat. Ada saraf fia putus ni. "

Ujar Waliff Attar yang masih tidak percaya.

 " Ha okay okay jap. " 

Jawab Nadien Firdaus secara spontan.

" Yeee future wife aku. Korang tak salah dengar. Tak ada saraf yang terputus. Aku waras lagi ni. "

Ujar Que Raikal dengan nada mendatar. 

" Weyh seriouslahhh hahahahah "

" Macam tak percaya je thp hahaha "

Ketawa Nadien Firdaus dan Waliff Attar semakin sakan.

Lalu Que Raikal pun sambung bercerita berkaitan dirinya dan Astrella Sofia kepada dua sahabatnya itu. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience