Bab 4

Romance Completed 40892

( RingRing )

Telefon Astrella Sofia tiba-tiba berdering menandakan masuknya sebuah pesanan mesej.

Dengan pantas , Astrella Sofia mencapai telefon bimbitnya dan membaca pesanan dari nombor yang tidak dikenali itu.

" Meet me at Saujana Cafe during lunch hour. "

Sejurus membaca pesanan ringkas tersebut , dahi astrella Sofia segera berkerut.

" Hm ? Lunch hour ? "

" Saujana Cafe ? " 

" Hmmmm ? "

Bisik hati Astrella Sofia yang agak terkejut setelah membaca mesej yang diterima dari nombor yang tidak dikenali itu.

" Siapakah ? "

" Salam takda apa takda.. tiba-tiba je.. "

" Hmm ? "

" Suka-suka hati pulak tu arah aku jumpa dia ? "

" What ? "

Tambah Astrella Sofia lagi bermonolog sendiri.

Setelah beberapa minit merenung paparan mesej tersebut , Astrella Sofia masih tidak mempunyai sebarang idea berkenaan siapakah gerangan penghantar mesej tersebut.

" Ah , lantak dia laa entah siapa-siapa tah tiber jeee "

Akhirya , Astrella Sofia pun meletakkan telefon bimbitnya ditepi dan menyambung semula kerjanya.

 Jam terus berdetik. Waktu makan tengah hari pun tiba. Seperti kebiasaannya , Astrella Sofia akan pergi ke restoran milik sahabat baiknya dan suami iaitu Zahra Alisa.

" Haa itu la tuu ..! " 

" kann ahahah "

Ketawa Astrella Sofia , Zahra Alisa dan Edrina Ammara yang berbual mengenai perkara 5 tahun lepas.

" Itula tak sangka kan dulu"

" Bercinta bagai nak rak sekalii jaga jodoh orang rupanya ! Hahahaha "

Tambah Zahra Alisa lagi sambil tertawa. 

Makan tengah hari mereka bertiga dipenuhi tawa dan riang sehinggalah telefon Astrella Sofia mula berdering buat kali ke-5.

( RingRing )

" Emm Fi jawablah call tu. "

" Dari tadi berbunyi. Mana tau urgent kee "

Nasihat Zahra Alisa kepada Astrella Sofia yang dari tadinya membiarkan telefon pintarnya berdering.

" Itulah angkatla Fi. "

Sokong Edrina Ammara terhadap apa yang dikatakan oleh Zahra Alisa tadi.

Astrella yang hendak menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulutnya tadi lantas menurunkan sudu ditangan kanannya dan mencapai telefon pintar bersebelahan tangan kirinya.

" Tengok ni. "

Arah Astrella Sofia kepada dua orang sahabat baiknya itu sedang telefon pintarnya dihalakan menghadap mereka berdua.

" haa angkatlah. "

Ujar Edrina Ammara kepada Astrella Sofia sejurus melihat nombor tidak dikenali terpapar di skrin telefon Astrella Sofia.

" Kau angkatlah. Tak nak aku angkat. Dah la nombor tak kenal. "

" Lepastu , tadi dia mesej aku. Suka hati je arah aku jumpa dia dekat kafe mana tah "

Balas Astrella Sofia menceritakan apa yang berlaku.

" Meh sini. Nak angkat call pun jadi masalah "

Celah Zahra Alisa secara bersahaja sambil mencapai telefon pintar milik Astrella Sofia dihadapan mukanya itu.

Tanpa membuang masa , Zahra Alisa pun menjawab panggilan dari nombor yang tidak dikenali itu.

" Hello miss ? Where you at ? Ini ke cara kau ha ? Lepas langgar kereta aku ,  kau nak lari macam tu je ? "

Belum sempat Zahra Alisa berkata apa-apa , suara garau seorang lelaki jelas kedengaran marah dicorong talian tersebut.

Astrella Sofia dan Edrina Ammara yang melihat mata Zahra Alisa membulat itu segera mengerutkan dahi mereka.

" Emm , Encik saya minta maaf tapi boleh saya tahu siapa yang encik cari ? "

Tanya Zahra Alisa dengan sopan kepada lelaki diatas talian itu.

" Alright. Listen here. You better come and meet me."

 " Sebelum aku serang kau dekat office. Faham ? "

Tegas lelaki tersebut kepada Zahra Alisa tanpa mengetahui siapakah yang menjawab panggilannya itu.

" B-but .., "

Usai mengatakan itu panggilan antara mereka berdua diamtikan oleh lelaki tersebut sebelum Zahra Alisa sempat menjelaskan siapa dirinya.

Sejurus panggilan tersebut dimatikan , Zahra Alisa menghulurkan telefon bimbit milik Astrella Sofia ke tangan kanan Astrella Sofia semula.

" Ha .., dia cakap apa ? "

Soal Edrina Ammara dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

" Okay orang yang call tu lelaki. "

" ... dan dia tengah marah. "

Kata Zahra Alisa yang memulakan cerita dengan memberitahu jantina dan emosi si pemanggil itu.

" Lelaki ? Marah ? "

" Siapa ? "

" Kau ada gaduh dengan sesiapa ke Fi ? "

Soalan demi persoalan dilontarkan oleh Edrina Ammara kepada Astrella Sofia seiringan pandangan matanya yang turut beralih keada Astrella Sofia dihadapannya.

Kerutan dahi Astrella Sofia semakin bertambah setelah mendengarkan persoalan tersebut.

" Ha ? Mana ada. "

Jawab Astrella Sofia dengan selamba.

" Kau biar betul Fi ? "

" Mamat tu cakap tadi lebih baik kau datang jumpa dia sekarang "

" Kalau tak dia nak serang office. "

" So.. "

Jelas Zahra Alisa akam apa yang dikatakan oleh lelaki berkenaan. 

" Maknanya dia kenal kau la Fi ! "

Sambung Edrina Ammara dengan kuat menyuarakan andaiannya.

" Laki tu cakap dia nak serang aku kat office ? "

Soal Astrella Sofia sedang matanya tertumpu pada wajah Zahra Alisa.

" Yaa "

" Dia ingat kau nak lari lepas dah langgar kereta dia. "

Terang Zahra Alisa lagi.

" Langgar kereta ? "

Soal Astrella Sofia yang agak terkejut.

" Aku langgar kereta dia ? "

" Hmm ? "

Tambah Astrella Sofia yang masih kebingungan.

Setelah hampir seminit Astrella Sofia mengulang persoalan yang sama , tiba-tiba 

" Hah ! Oh my god ! " 

Jerit Astrella Sofia bernada agak kuat sedang matanya membulat.

" Hmm , guys sorry I got to go. "

Ujar Astrella Sofia sedang dirinya kelihatan tergesa-gesa.

Dengan pantas Astrella Sofia berlari menuju ke kereta Mini Cooper berwarna putih miliknya itu dan memasuki perut kereta tersebut.

Tanpa membuang masa enjin kereta dihidupkan dan minyak ditekan. Aplikasi " Waze " dibuka ditelefon pintarnya dan lokasi Saujana Cafe dituju.

" Ya Allah..! Macam mana aku boleh lupa ni ...? " 

" Haih apa kau dah buat ni Fiii " 

Sepanjang perjalanan ke Saujna Cafe , Astrella Sofia bermonolog sendiri perihal sikap dirinya itu.

" So , you're really asking for it. Sorry miss , you got the wrong man here. " 

Ucap Que Raikal sambil tersenyum senget sejurus panggilan telefonnya dimatikan.

Tanpa berlengah , Que Raikal segera mencapai kunci keretanya dan berjalan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran segelas kopi yang dipesanan tadi.

Usai membayar , Que Raikal mengatur langkahnya keluar dari kafe tersebut. Enjin kereta BMW hitam mula dipanaskan. Berkadar segera , Que Raikal memecut ke lokasi yang dituju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience