Bab 1

Romance Completed 40892

Tepat jam 5.30 pagi , jam penggera Astrella Sofia berbunyi.

" Hmm noooo... 5 minutes more please.. "

Rungut Astrella Sofia bersuara serak. Tanpa membuka mata , Astrella Sofia meraba-raba jam penggera diatas kabinet sebelah katilnya itu dan menutup jam penggera tersebut.

( TokTok )

Dengan lembut pintu bilik Astrella Sofia diketuk oleh Puan Naira , ibunya.

" Fi , bangun..! Mandi..! Nak subuh dah ni. "

" Fi..? Bangun ..! "

Bernada lembut Puan Naira mengejut anak gadisnya itu.

" yaaa , Fi bangun ni.. "

Sahut Astrella Sofia kepada ibunya walaupun matanya masih tertutup rapat. Meskipun sudah berusia 23 tahun , Astrella Sofia masih bersikap seakan gadis remaja.

Tepat jam 7.45 pagi , Astrella Sofia tergesa-gesa keluar dari biliknya dan menuruni anak-anak tangga.

" Aduh dah lambatttt "

Keluh Astrella Sofia yang panik kerana sudah terlewat untuk ke tempat kerja.

" Fi ? Jom la breakfast dengan mummy daddy. "

Pelawa Puan Naira kepada Astrella Sofia untuk bersarapan bersama.

" Sorry mommy daddy , Fi dah lambattt"

" got to go. "

" Love you mwah mwah ! "

Penuh sopan Astrella Sofia mengatakan itu sambil mencium tangan kedua ibu bapanya yang sedang bersarapan.

Usai itu , Astrella Sofia pun berlari anak menuju ke pintu utama rumahnya dan mencapai kasut bertumit tinggi berwarna putih.

Berkaki ayam Astrella Sofia sekali lagi berlari anak menuju ke kereta Mini Cooper berwarna putih miliknya.

" Abang tengok la anak abang tu. "

Ucap Puan Naira secara tiba-tiba kepada Encik Eqwan.

Encik Eqwan yang tadinya sedang ralit membaca surat khabar lantas mengalihkan pandangan kepada isterinya , Puan Naira bersama wajah yang berkerut.

" Kenapa dengan Fi ? "

Soal Encik Eqwan dengan ringkas.

" Yela , hari-hari lewat. Nak breakfast pun tak sempat. Banyak sangat ke kerja dekat office tu bang ? "

Ujar Puan Naira kepada suaminya sekaligus mengajukan pertanyaan.

" Saya bangga dengan anak kita. "

" Walaupun dia anak boss , tetap juga dia tepati masa. "

" Kerja , biasalah Cik Puan Naira oii. "

" Fi tu ada jawatan. Banyak tanggungjawabnya. "

Jawab Encik Eqwan secara panjang lebar kepada isterinya.

" Haih. Saya kesian la tengok Fi tu. Dekat rumah pun kerja. Dekat office memang tempat kerja. Hidup dia asyik pasal kerja je. "

Luah Puan Naira kepada Encik Eqwan mengenai anak bongsu mereka itu.

" Nak buat macam mana. Awak bukan tak kenal anak awak. Dia memang dari dulu lagi macam tu. Selagi tak siap , selagi tu dia pulun buat. "

Balas Encik Eqwan kepada Puan Naira dengan bersahaja.

" Itu lah.. haih.. "

Keluh Puan Naira dengan lembut.

Seperti ibu-ibu yang lain , Puan Naira juga mahu melihat anak gadis bongsunya itu menikmati zaman muda.

Di mana hidupnya tidak terlalu berfokus kepada kerja yang tak pernah berkesudahan.

" Haih macam mana boleh lambat ni. "

" Jammed la pulakk.. Ya Allah.. "

Keluh Astrella Sofia yang sedang memandu kereta Mini Cooper berwarna putih miliknya itu.

( RingRing )

Telefon bimbit Astrella Sofia berbunyi menandakan masuknya panggilan dari seseorang.

Dengan pantas pandangan Astrella Sofia di alihkan. Tangan kanannya mula mencapai telefon pintar didalam beg tangan bersebelahan tempat duduk pemandu sedang tangan kirinya mengawal stereng kereta.

Tiba-tiba , kereta Astrella Sofia bergoncang. Berkadar segera pandangan Astrella Sofia kembali dialihkan ke hadapan.

" Oh my god ! Ya Allah !  Astaghfirullah. "

Astrella Sofia yang terkejut lantas mengucap.

Sedang Astrella Sofia tercengang melihat kereta dihadapannya yang telah dilanggar itu , keluarlah pemilik kereta BMW berwarna hitam itu.

Bersama wajah ketat , lelaki yang memakai sut hitam berkemeja putih dan berkaca mata hitam mengatur langkahnya menuju ke kereta Astrella Sofia.

Tiba sahaja dihadapan pintu kereta pemandu , lelaki tersebut berdiri dan menunggu Astrella Sofia keluar.

" Ya Allah.. Apa aku nak buat ni..?! Matilah aku... "

" Apesal muka dia ketat sangat... "

" aku dah lambat nak pergi meetingg..  "

" Ya Allah mudahkanlah urusan aku.. "

Astrella Sofia yang panik hanya memandang keluar tingkap keretanya sedang hatinya meminta pertolongan dari Yang Maha Esa.

" Bismillah... "

Lafaz Astrella Sofia sambil menghembus lembut nafasnya agar bertenang.

" Perempuan ni tak reti nak keluar ke ?! "

Cemuh Que Raikal diluar kereta Astrella Sofia.

Dengan perasaan marah yang membuak-buak Que Raikal mencabut kaca mata hitamnya dan membongkokkan tubuhnya.

Belum sempat Que Raikal membongkok sehingga wajahnya terpampang dihadapan tingkap kereta Astrella Sofia , tiba-tiba wajahnya melekap di cermin kereta tersebut.

Lalu tubuh Que Raikal ditolak ketepi. Tanpa sengaja Astrella Sofia menolak Que Raikal ketepi hanya dengan membuka pintu kereta.

Sudahlah berjemur dibawah terik matahari. Kereta kesayangan dilanggar. Ditolak ketepi pula ? Hati Que Raikal semakin membara-bara.

Dengan tegak Que Raikal berdiri dan mengatur langkahnya menuju ke hadapan Astrella Sofia.

" Em.. Encik , saya minta maaf sangat. S-saya tak sengaja.. "

" em.. Ni kad saya. Apa-apa nanti Encik call lah. Saya ada meeting. Saya kena cepat. Assalamualaikum. "

Ujar Astrella Sofia dengan jelas sambil menghulurkan kad perniagaannya kepada Que Raikal bersama segaris senyuman nipis.

Sejurus Que Raikal mencapai kad perniagaan itu Astrella Sofia segera memasuki perut keretanya.

Lalu kereta Astrella Sofia di hon sebagai tanda menyuruh Que Raikal ketepi. Sambil tersenyum manis Astrella Sofia memandang Que Raikal.

Namun begitu Que Raikal yang masih panas hati hanya merenung Astrella Sofia dengan wajah ketat.

Kereta Astrella Sofia sekali lagi di hon kan. Tetapi Que Raikal tetap tidak berganjak.

" Eh mamat ni. Aku langgar kang ! "

Bisik hati Astrella Sofia yang mulai membara.

Sebagai amaran terkahir , Astrella Sofia menghonkan keretanya sekali lagi. Que Raikal , tetap tidak berganjak.

" Okay fine ! "

Jerit hati Astrella Sofia yang tidak mampu bersabar lagi.

Dengan pantas Astrella Sofia mengundurkan keretanya dan memulas stereng. Lalu Astrella Sofia pun meneruskan perjalanannya ke pejabat.

" Ya Allah. Aku dah la dah lambat ! Dia boleh pulak posing dekat situ ? Eeeeee geram betul ! "

Bebel Astrella Sofia sendiri mencuba melepaskan amarahnya terhadap lelaki yang tidak dikenali tadi.

" Berani betul perempuan tu eh. "

Ujar Que Raikal sedang matanya terpaku memandang kad perniagaan yang diberi oleh Astrella Sofia sebentar tadi.

" Astrella Sofia ? Hmm. Unik. "

Tambah Que Raikal sambil tersenyum senget.

Kad perniagaan Astrella Sofia disimpan didalam poket kiri seluarnya. Kini pandangan mata Que Raikal tertumpu ke arah bonet kereta BMW miliknya yang sudah kemik dilanggar.

Dengan lembut Que Raikal menggosok bahagiaan kereta itu dan berkata.

" Hmm , kesian my baby ! It's okay , nanti I repair you okay ? "

Ucap Que Raikal sambil mencebik.

( RingRing )

Telefon Que Raikal berdering.

Nama Marissa jelas terpapar di skrin.

" hello ? Encik Que lambat lagi ke ? Client dah lama tunggu ni.. "

Suara Marissa , Setiausaha Que Raikal kedengaran dicorong talian tersebut.

" Damn ! Aku ada meeting ! "

Desis hati Que Raikal.

" Hello ? Encik Que ? "

Panggil Marissa yang masih tidak mendengar respon Que Raikal.

" Ah , yes... Sorry Mar. I forgot ! You cakap dekat dia 10 minutes more. I'm on my way ! "

Jawab Que Raikal kepada setiausahanya.

" Alright boss "

Balas Marissa dengan ringkas.

Dengan pantas Que Raikal menghidupkan enjin kereta dan memecut menuju ke pejabatnya , Menara Holdings. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience