Bab 33

Romance Completed 40892

Majlis pernikahan Astrella Sofia dan Que Raikal berlangsung dengan meriah. Sehinggalah pada jam 1 petang , kemunculan Zennirah Aisyah menimbulkan kekecohan.

Sedang Que Raikal dan Astrella Sofia duduk menikmati hidangan makan tengah harinya di meja beradab bersama kedua ibu bapa , kehadiran Zennirah Aisyah yang tidak disangka membuatkan pasangan pengantin itu terkedu seketika.

" Que , how dare you do this to me ? "

Soal Zennirah Aisyah kepada Que Raikal.

" What did I do ? "

Soalan berbalas soalan , dengan dahi tang berkerut Que Raikal bertanyakan itu kepada Zennirah Aisyah.

Zennirah Aisyah yang melihat wajah Que Raikal sudah berkerut seribu segera mengherotkan pipinya sehingga terukir segaris senyuman nipis diwajahnya.

" how dare you tak ajak I datang majlis wedding you ? "

Balas Zennirah Aisyah sambil tersenyum nipis.

Que Raikal yang mendengarkan itu semakin mengerutkan dahinya.

Que Raikal kini berada dalam ketidakpercayaan akan apa yang didengar kedua telinganya itu.

" what ? "

Dengan ringkas , Que Raikal mengatakan itu jelas menunjukkan kekeliruannya.

" Congratulations for both of you ! "

" I'm happy for you guys. "

Tanpa menghiraukan Que Raikal , Zennirah Aisyah mengatakan itu dengan nada riang.

Astrella Sofia yang berasa aneh hanya mengikut rentak Zennirah Aisyah.

" Thank you , Zennirah. "

Berhias segaris senyuman nipis , Astrella Sofia mengucapkan terima kasih kepada Zennirah Aisyah.

" Your welcome. I , pergi dulu. "

Balas Zennirah Aisyah sekaligus meminta untuk berundur diri dengan sopan.

Astrella Sofia yang mendengarkan itu segera mengangguk perlahan bersama wajah berhias senyuman nipis.

Que Raikal yang masih tidak percaya dengan apa yang berlaku terus memandang Zennirah Aisyah dengan dahi yang berkerut.

" This can't be real. "

" Apa yang dia cuba buat ni ? "

Desis hati Que Raikal sedang bibirnya diketap.

" Hubby..? "

Panggil Astrella Sofia dengan lembut setelah melihat suaminya merenung Sennirah Aisyah dengan dahi tang berkerut dalam suatu tempoh yang agak lama.

" Hubby ? "

Panggil Astrella Sofia sekali lagi dengan lembut.

" Em ? Ye sayang. "

Ujar Que Raikal sejurus sedar akan lamunannya yang sibuk memikirkan motif Zennirah Aisyah berkelakuan sebegitu.

Kerana buat Que Raikal , perbuatan Zennirah Aisyah yang berubah secara mendadak itu amatlah mencuringakan.

" Dah.., jangan fikir sangat. "

" Inshaa Allah. Takda apa-apa. Okay ? "

Pujuk Astrella Sofia dengan lembut berhias senyuman manis diwajahnya sedang tangan kanannya mengusap perlahan tangan kanan Que Raikal.

Meski Que Raikal belum meluahkan apa-apa kepada Astrella Sofia , namun isterinya itu seakan tahu isi hati Que Raikal.

Tanpa sebarang kata , Que Raikal hanya mengangguk perlahan berhias senyuman manis diwajahnya.

Setelah beberapa hari menetap di rumah keluarga Astrella Sofia , Que Raikal membuat keputusan untuk berpindah.

Astrella Sofia hanya akur dengan perancangan Que Raikal.

Seawal jam 9 pagi , usai bersarapan kedua ibu bapa Astrella Sofia , pasangan pengantin itu pun bersedia untuk berpindah ke rumah baru.

Tangan Encik Eqwan dan Puan Naira disalam penuh sayang oleh Que Raikal dan Astrella Sofia.

" Fi , jaga makan pakai Que tau. "

" Que , tolong jaga Fi ya. "

" Kalau ada apa-apa call je Mummy Daddy tau. "

Pesan Puan Naira kepada Que Raikal dan Astrella Sofia.

Que Raikal dan Astrella Sofia yang mendengarkan itu segera mengangguk faham.

Lalu , Que Raikal dan Astrella Sofia pun memulakan perjalanan menuju ke rumah pertama mereka berdua.

Setelah menempuhi perjalanan yang memakan masa selama hampir sejam akibat kesesakan lalu lintas , akhirnya Astrella Sofia dan Que Raikal tiba di rumah mereka.

Kereta Que Raikal diberhentikan dihadapan pintu pagar. Dengan pantas Que Raikal keluar dari kereta dan berlari ke arah pintu kereta Astrella Sofia untuk membuka pintu.

Namun seperti biasa , Astrella Sofia sudah membuka pintu kereta terlebih dahulu.

" Sayangg "

Panggil Que Raikal sambil merungut.

Astrella Sofia yang melihat gelagat Que Raikal itu segera tertawa kecil.

" Saya boleh buka pintu sendiri laaaa "

Jawab Astrella Sofia bersama segaris senyuman manis diwajahnya.

Astrella Sofia pun segera berdiri. Langkah mendekati Que Raikal diambil.

Dihadapan Que Raikal yang tinggi lampai , Astrella Sofia berdiri sambil mendongakkan wajahnya.

" alololo husband sayang merajuk ke ni ? "

Dengan manja Astrella Sofia mengatakan itu mencuba untuk memujuk Que Raikal.

" Takdalah. Dah , jom masuk. "

Ucap Que Raikal sambil tersenyum.

Pintu pagar yang di mangga segera dibuka. Langkah kaki mereka berdua menuju pintu utama rumah diambil.

Berpimpinan tangan Que Raikal dan Astrella Sofia melangkah masuk.

Tombol pintu utama rumah mereka dipulas dan ditolak.

" Assalamualaikum. "

Salam diberikan oleh Que Raikal dan Astrella Sofia sejurus pintu rumah dibuka.

Langkah kanan diambil oleh pasangan pengantin baru itu.

" Hubby ! cantiknyaaa ! "

Bernada riang Astrella Sofia mengatakan itu setelah melihat ruangan rumah mereka.

" Sayang suka ? "

Soal Que Raikal dengan lembut.

" Suka sangat. Thank you hubby ! "

Jawab Astrella Sofia dengan riang sedang tubuh Que Raikal dipeluk erat Astrella Sofia.

Sejak dari detik itu , maka bermulalah kisah hidup pasangan pengantin baru itu bergelar suami isteri.

Seawal jam 10 malam , Que Raikal dan Astrella Sofia membuat keputusan untuk menonton televisyen di bilik mereka.

Diatas katil bersaiz king , terduduknya Astrella Sofia dan Que Raikal.

Sedang Que Raikal duduk bersandarkan bantal , diatas dada bidang Que Raikal , Astrella Sofia bersandar.

" Hubby.., thank you for everything. "

" Sedar tak sedar , dah nak sebulan kita jadi husband and wife kan ? "

Ucap Astrella Sofia dengan lembut.

Que Raikal yang mendengarkan itu segera mencium dahi Astrella Sofia penuh sayang.

" Your welcome sayang. "

" Itulah. Nasib baiklah kita dah jadi pengantin 40 hari yang terbatal , kan ? "
Ujar Que Raikal sambil tersenyum nipis.

" sayang tak tau macam mana kalau kita cuma ada 40 hari untuk hidup bersama. "

Jawab Astrella Sofia meluahkan rasa.

" Me too , sayang. "

" Hubby janji , hubby akan jaga sayang sampai hujung nyawa hubby. "

" I love you so much. "

" Only you , my plus one. "

Balas Que Raikal dengan lembut.

Dengan erat , tubuh Astrella Sofia dipeluk oleh Que Raikal.

Satu jam pun berlalu , tanpa sengaja Astrella Sofia tertidur didalam dakapan Que Raikal.

Dengan berhati-hati Que Raikal menekan tombol alat kawalan jauh dan menutup televisyen.

Rambut Astrella Sofia yang terurai dibelai lembut tangan kanan Que Raikal.

Segaris senyuman bahagia jelas terpancar diwajah Que Raikal.

'" No matter what happens "

" Saya akan jaga awak Astrella. "

" Takkan ada sesiapa yang boleh sakitkan awak. "

" Tak ada sesiapa boleh pisahkan awak dan saya. "

Ujar Que Raikal dengan nada perlahan sedang mata terpaku pada skrin televisyen yang hitam itu.

Tepat jam 5.30 pagi , seperti kebiasaannya Astrella Sofia tersedar dari tidurnya.

Perlahan-lahan mata digosok oleh tangan kanan Astrella Sofia.

" Ya Allah.. "

Ucap Astrella Sofia akibat terkejut melihat posisi mereka berdua tidur itu.

Tanpa berganjak , Que Raikal tidur sambil duduk memeluk Astrella Sofia yang bersandar pada bahu bidang Que Raikal.

" Hubby..? "

" Bangun , hubby. "

" Dah subuh ni. "

Dengan lembut Astrella Sofia mengejut Que Raikal sedang tangan kanannya mengusap lembut pipi kiri Que Raikal

Que Raikal yang sudah tersedar dari tidur segera menarik tangan Astrella Sofia dipipinya dan segera mencium tangan kanan isterinya itu.

" Morning sayang. "

Ucap Que Raikal dengan suara yang serak berhias senyuman manis.

Berkadar segera , Astrella Sofia yang dari tadinya duduk tegak dihadapan Que Raikal menjawab.

" Morning Hubby. "

Berhias senyuman manis , Astrella Sofia mengatakan itu.

" Bangun , pergi mandi. "

" Subuh subuh "

Kata Astrella Sofia dengan lembut.

Usai solat subuh berjemaah , tangan Que Raikal segera disalam Astrella Sofia. Manakala dahi Astrella Sofia , dikucupa sayang oleh Que Raikal.

Berdua mereka , hidup berbahagia melayari mahligai cinta bersama dirumah yang kini dianggap istana mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience