Hari pertama latihan.
Iris melangkah laju tapi tenang, menuju ke arah dewan. Dengan hirupan air ais coklat yang erat dipegang tangan, Iris terus melangkah. Sebelum terhenti dengan satu suara yang memanggil namanya. Tanpa menunggu masa, Iris pantas berpaling, menghadap insan yang memanggil. Hanya dengan melihat wajahnya, cukup untuk membuatkan Iris mengeluh panjang, penuh kebencian.
Dia memandang mata insan itu tepat, dalam diam. Menunggu untuk pihak sana berbicara terlebih dahulu. Kan dia yang memanggil?
“Iris.”
Iris mengangkat laju sebelah kening. Tanda ‘kenapa’. Namun Iris pastikan ketara jelas dalam bentuk menyampah dan sindiran sinis.
“Sihat?”
“Seperti yang kau nampak.” Iris menjawab senada. Sambil memusing separa badan. Mengejek.
“Okay…..” Insan itu mengangguk berulang kali sebelum menunduk kepala.
“Done? Okay.” Iris terus berpusing, melangkah pergi.
“Tunggu!” Dia berlari sebelum berhenti mengdepakan tangan, menghalang Iris lebih pergi.
“Apa lagi……”
“Af!”
Mendengar sahaja suara itu, Iris benar-benar mengeluh panjang. Dia menyampah dan tahu apa yang akan berlaku dalam beberapa detik. Dan sumpah. Perkara itu adalah perkara yang paling terakhir yang ingin dia hadapi sepagi-pagi ini.
“Perempuan!” Iris dapat rasakan bahunya ditarik kuat. Dan sepantas itu juga matanya bertentang dengan mata yang penuh merah kemarahan itu.
“Iris. Nama aku Iris, Amira.” Sekali lagi iris mengeluh sambil menjulingkan mata.
“Apa nampak aku kisah? Hah?!”
“Suka hati kau la.” Iris menepis kasar tangan Amira Sofea yang berada di bahu. Lalu berpaling menghadap Afnan kembali.
“Please take care of your own woman.” Bisiknya apabila berada di sebelah Afnan. Tepat di telinga. Bernada tajam dan separa menyampah.
Sempat Iris menghadiahkan satu jelingan tajam kepada Amira Sofea sebelum berlalu dengan senyuman sinis.
“Wei perempuan gila! Aku tak habis cakap dengan kau lagi!”
Nonsense.
Dan Iris terus melangkah pergi.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
“Iris.”
“Hi, Adam.”
Iris mengambil tempat duduk di sebelah Adam. Sambil mata memandang Afnan dan Amira Sofea yang sedang melangkah masuk dari pintu.
Berselang lebih kurang sepuluh langkah, Afnan dan Amira Sofea mengambil tempat duduk. Iris hanya buat tak tahu dan hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada Encik Hilman yang sedang berbincang dengan seseorang di atas pentas.
Iris cuba bertenang. Tapi siapa sahaja yang boleh bertenang kalau asyik ditenung tajam oleh seseorang?
“Iris. Nak tukar tempat?” Adam yang juga seperti dapat merasai, cuba untuk bertukar tempat.
Iris cuma senyum dan menggeleng.
Tidak guna lari. Dia sudah terperangkap. Jadi cuma satu cara untuk dia kekal waras.
Be professional.
Berulang kali Iris berzikir kata itu di dalam hati sambil menarik nafas panjang.
“Baiklah. Tahniah saya ucapkan kepada Adam, Iris dan juga Afnan serta Amira.” Keempat-empat menepuk tangan laju. Bangga.
“Amira. Boleh beritahu saya berapa lama lagi festival U akan berlangsung?”
“Sebulan.”
“Seperti yang saya telah terangkan sebelumnya, berapa jumlah lagu yang kamu berempat akan menarikan? Iris?”
“Tiga, Encik Hilman.”
“Ya, betul. Tiga. Satu untuk pasangan Adam dan Iris. Satu lagi untuk pasangan Afnan dan Amira. Dan untuk lagu yang terakhir, adalah gabungan dua pasangan dua tersebut. The Couples.”
Sepi. Terlalu sepi. Mereka berempat langsung tidak bersuara dan bereaksi. Hanya ketegangan di muka.
Iris tahu lagu pertama dan kedua adalah langsung tidak bermasalah sama sekali. Yang sebenarnya bermasalahnya adalah…..
Lagu ketiga.
Lagu yang di mana mereka berempat harus menyatu dalam satu pentas dan tarian.
Four In One dalam kata lainnya.
Bagai kombinasi air bandung, air kelapa, air coke, dan kopi. Bayangkan betapa sedapnya. Begitu sangat menyatu.
“Lagu yang pertama dan kedua akan mula dipelajari esok, pada waktu yang berbeza untuk kedua lagu. Untuk hari ini, kamu berempat akan berlatih bersama untuk lagu yang ketiga.”
Krik. Krik. Krik. Krik. Krik. Krik.
“Should we start now, guys? Herm?”
“Herm.” Dalam senada mereka berempat menyahut, membalas.
Cukup untuk membuatkan Encik Hilman ketawa keras.
Share this novel