BAB 14

Drama Series 15366

Iris menceritakan segalanya dari A hingga Z kepada Nada. Siapa dia dan bagaimana mereka bertemu. Nada begitu terkejut dan tidak menyangka insan yang diceritakan oleh Iris adalah dia. Insan yang langsung tidak disangka sama sekali. Dan oleh kerana itu, Iris telah berjanji untuk membawa sahabatnya itu bertemu dengan insan tersebut suatu hari nanti. Sekarang, selain fokus dengan kelab tarian, ada satu benda yang wajib Iris letakkan sebagai keutamaan teratas.

Pertandingan novel.

Antara pertandingan berprestij di universiti ini, khusus untuk jurusan yang diambil olehnya. Hanya novel yang terbaik akan diberikan penghargaan untuk diterbitkan di bawah syarikat penerbitan universiti ini.

Semua tahu. Satu Malaysia tahu. Bahkan seluruh pelusuk Asia sedia maklum. Bahawasanya apa sahaja buku yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan universiti ini akan menjadi ‘Gold Book’ untuk jangka masa yang panjang.

Best Seller? Itu cuma bagi buku yang hanya laris dalam Malaysia.

Gold Book? Terlaris aatu Asia.

Nampak bezanya?

Dan itu adalah sebab mengapa Iris memilih universiti ini dan juga jurusan ini. Hanya para pelajar jurusan penulisan di Universiti Aura yang layak untuk menyertai.

Ini adalah perjuangan. Untuk peroleh pingat yang seterusnya.

The Greatest One.

======================================================================

Lapan malam. Waktu yang tepat untuk makan malam. Dan oleh kerana itu, Iris dan Nada melangkah kaki menuju ke kafe. Dengan lajunya semestinya. Berlawan tingkah mereka berdua. Sudah seperti kanak-kanak ribena.

“Wei, Iris. Bukan semalam kita dah decide nak makan McD ke untuk makan malam ni? Dah kenapa yang terbentang depan mata aku ni…… kafe kolej?” Nada cemberut tidak puas hati.

“Eh eh kau. Tadi petang siapa yang menggedik kata teringin nak makan nasi goreng dengan sambal ikan keli?” Nada mengekek dan Iris hanya memandang kegeraman.

“Ala sorry la. Tiba-tiba ja ikan keli Mak Cik Gayah tu dok seru-seru aku. Nada…. Nada…. Makan la aku….” Dengan lagak seperti ingin memohon penampar.

Makin menjeling Iris memandang sahabat kesayangannya.

“Banyak la kau! Nasib ikan keli yang dok seru. Kalau cik ponti? Ha! Bersenandung la kau sekali dengan dia sorang-sorang. Tak kuasa aku nak join sekali.” Iris memuncungkan bibir. Mana tidaknya. McD tu pun tengah menyeru dirinya yang entah bagaimana boleh berada di sini!

Herm…. Redha je lah, Iris.

“Iris.”

‘Nak pujuk lagi la tu! Aku patut kuatkan pertahanan.’ Iris memeluk kedua lengan. Menandakan tanda protes yang sangat-sangat seagungnya.

“Iris!!!!” Kuat bisikan Nada di telinga. Diselangi dengan tusukan di pinggang.

Berkerut muka Iris menahan kesakitan memandang Nada. Tusukan berbisa!

“Crush kau!”

“Ha?!” Iris masih lagi tidak mendengar. Masih dalam usaha untuk menghilangkan kesakitan.

“Crush kau, gila!!” Nada pantas memegang pipi Iris lalu menggerakkan kepala kepada satu arah.

Jantung mula berdegup kencang. Mata langsung tidak lepas dari memandangnya. Si dia yang langsung tidak pernah berpisah dengan sahabat baiknya itu. Sama seperti dia dan Nada. Iris senyum sambil mata juga sedang fokus memandang mereka yang jalan beriringan sehingga hilang memasuki kafe.

Dia yang kacak menggayakan hoodie berwarna hitam. Bagaikan seorang alpha male. Sekurangnya di matanya.

Betapa fokusnya si dia yang bernama Iris sampaikan insan yang berada di sebelahnya sedang melebarkan senyuman penuh kutukan pun langsung tidak diperasani.

Sangat dengan penuh kesadisan.

======================================================================

Melayang-layang mata Iris memandang sekeliling. Cuba mencari sesiapa sahaja yang sedang memakai hoodie berwarna hitam. Tapi alahai! Ramainya yang pakai baju yang sama.

Iris mengeluh. Mungkin tiada jodoh mereka malam ini.

“Mak cik. Nasi goreng dengan sambal ikan keli satu. Extra pedas ea.”

Mata Iris masih sama. Melayang-layang.

“Adik yang sebelah tu nak order apa?”

“Crush.”

“…………………………………….”

Sepi.

Eh?

“Apa dia Iris?” Bertambah kerutan di dahi Nada. Bukan cuma Nada. Mak cik kafe pun sedang elok merenung dirinya. Renungan yang bermaksud bila-bila masa sahaja telefon di hospital sakit jiwa terdekat akan berdering.

Iris cuma mampu menghamburkan ketawa kecil berupa malu. Berusaha mengelak pandangan Mak Cik Gayah. Pantas dirinya melihat menu yang terpampang jelas tergantung di hadapan.

“Nasi goreng cili padi satu dengan sepinggan sotong goreng tepung. Extra crispy.”

Terus Iris pantas menghulurkan duit sejumlah RM 12 kepada Mak Cik Gayah. Sebelum satu tangan juga menghulurkan jumlah yang sama.

“Saya order yang sama juga, mak cik.”

Kepala tunggu apa lagi. Menghadap terus kepada empunya tangan.

“Eh, Adam.”

Dan di belakangnya juga. Afnan.

‘Bercinta ke apa diaorang ni? Dah la pakai jenis baju yang sama. Ini? Warna pun sama.’ Maksud pandangan Iris dan Nada.

Tapi si dia yang satu itu lebih kacak. Susah untuk Iris mengalihkan pandangan darinya.

Iris pantas mengalihkan kepala agar tidak kantoi. Masih belum masanya lagi. Tapi namanya juga Iris. Sempat lagi mata menjeling. Terus kedua-dua pipi ditepuk. Atau lebih tepat, ditampar tepat pada sasaran.

“Woi Iris! Kau dah kenapa tampar muka sendiri? Kalau tak cukup dengan dua tangan, aku nak tambah lagi dua ni.” Selamba Nada memerli. Terus jelingan dengan penuh kepadatan Iris hamparkan khusus untuk sahabat baik satunya itu.

“Siapa ni?” Nada berbisik sambil sedikit menjeling ke arah Adam dan Afnan.

“Lupa nak kenalkan. Nada, ini Adam. Yang sebelah dia pulak, Afnan. Aku yakin kau familiar kan dengan Afnan? Ingat lagi tak masa perkhemahan kita waktu Tingkatan Lima dulu? Ala dekat hutan tu. Dialah orangnya.”

“Ya Allah! Patut lah macam familiar semacam. Macam pernah jumpa sebelum ni. Tak sangka kan jodoh takdir korang kuat?” Afnan ketawa dan Iris cuma tersenyum.

“Saya Nada. Sahabat Iris dari kecil. Dan bakal jadi bridesmaid kepada salah seorang pengantin dari korang nanti.” Menjegil mata Iris. Kecil besar kecil besar dia memandang Nada.

“Ha?” Keduanya ternganga. Muka pula macam keliru. Naif betul.

“Kita makan sekali, nak? More people more merrier, right?” Terus Nada menukar topik. Cadangan yang sangat bernas!

‘Terima kasih banyak-banyak Nada. Kau betul-betul tak nak malam aku berlalu dengan tenang kan? Sungguh sangat sahabat sejati.’ Hati Iris mula memanas.

Kami berempat duduk berhampiran dengan kedai Mak Cik Gayah. Senang untuk mendengar sekiranya nama dipanggil.

Iris duduk bersebelahan Nada dan Adam serta Afnan mengadap secara berhadapan. Iris boleh merasakan kakinya sedang ditendang lembut. Iris melihat Nada yang galak mengangkat sebelah kening berulang kali. Perli memerli memang amalan mulia mereka sedari awal perkenalan.

“Auch!” Nyaring orang yang di sebelah menjerit.

“Nada, kau okey?” Hampir serentak kami bertiga bertanya. Iris yakin mukanya cukup 100% sedang menunjukkan reaksi risau. Dia kan pelakon kelas A. Haha!

“Tak…Tak. Tadi ada kucing cakar kaki. Tajam betul kuku dia. Ni kalau dapat…. aku potong satu-satu.”

Seram betul bunyi. Iris buat muka sedih lalu memeluk Nada.

“Ala kesian dia. Tak pe…Tak pe. Nanti kita cari kucing tu sama-sama ye?” Nada menjeling tajam. Tengah tahan geram la tu. Iris senyum sinis.

“No 14, 15, 16 dan 17!” Kring! Kring! Bergema satu kafe dengan bunyi loceng Mak Cik Gayah.

“Iris… Kau ambikkan untuk aku punya, boleh? Kaki aku sakit lagi.” Eh! Eh! Cemberut comel pula mulut si Nada. Layan kan je lah.

“Iyolah.”

“Adam. Kau teman Iris, boleh?”

“Boleh je. Aku ambikkan sekali kau punya, Afnan.”

“Ha okey. Thanks.”

Sempat Iris melihat Nada mengenyitkan mata. Saja nak bagi kantoi! Betul la orang kata musuh yang paling licik adalah orang yang paling dekat dengan kita. Emak!! Nak balik!!!! Huwaaaaa!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience