BAB 19

Drama Series 15379

“Iris. Saya sebenarnya….” Pipi Afnan memerah. Comel di mata Iris.

Tapi ini Iris. Dia cuma menyepi mendiamkan diri tapi juga masih setia menunggu ayat seterusnya. Dia ingin menikmati saat ini. A very rare moment. Tiba-tiba hati ingin mengusik. Iris mula membuat muka bosan.

“If nothing, I need to go. Bye.” Iris acah-acah mengangkat kaki melangkah pergi. Tapi sudah nama pun acah-acah. Seperti penguin Iris berjalan. Kura-kura pun boleh menangis melihat betapa pantasnya.

“Iris, tunggu!” Afnan separa menjerit.

Menjadi! Cepat-cepat Iris menyembunyikan senyuman yang mula terukir.

“Saya sebenarnya nak ajak awak makan malam. This night.”

Seperti skrip asal, Iris cuma menyepi dan memandangnya kosong.

“Will you?” Mendayu.

‘Alahai Afnan. Macam mana la saya tak cair dengan awak? That sexiness of your voice.’ Tapi Iris masih ingin bermain.

“Will I?” Iris mengangkat kening.

Afnan menundukkan kepala. Mungkin sudah menganggap Iris akan menolak.

“I will.” Iris ketawa halus.

“Huh?” Pantas Afnan mengangkat kepala. Tepat memandang mata Iris. Mungkin cuba mencari kejujuran dan kepastian di situ.

Makin kuat Iris ketawa. “I. Will. Really!” Iris menyebut satu-persatu. Tanda dia benar-benar memaksudkannya.

“Saya akan mesej awak tempat dan masa. And….” Wajah Afnan bercahaya.

“Please wear that tonight.”

“That? What that?”

Afnan senyum lalu melangkah pergi.

Meninggalkan Iris yang sedang termangu sendirian. Dari game kita datang, kepada game kita kembali.

Indeed.

===================================================================

“Iris. Tadi ada orang hantar kotak. Katanya untuk kau. Tu! Ada atas katil.” Nada menunjukkan kotak separuh besar berbalut warna biru laut keemasan di atas katil.

“Dari siapa?” Tanya Iris sambil membuka tudung.

“Orang tu cuma pengantar tapi dia kata ‘You will know when you read the letter inside it.’ Jadi jawapan untuk persoalan kau tu ada dalam kotak tu.”

Selesai sahaja Iris membuka tudung dan menukar baju, tangannya terus membelek kotak tersebut. Pandai jugak orang ni pilih cover. Pantas Iris mengoyakkan balutan tersebut dengan cermat. Sayang nak hancurkan. Sebab cantik sangat!

Habis sahaja balutan dibuka, satu haruman wangi mula menusuk hidung. Haruman yang lembut dan halus. Bau yang tidak asing. Seperti bauan yang baru sahaja dia hidu.

Bau…….

“Ini bau bunga mawar!” Jerit Iris dan Nada serentak.

Pantas tangan Iris membuka kotak. Hatinya seakan-akan sudah boleh mengagak siapakah pengirim kotak tersebut. Jadi inilah maksudnya tadi. Sedang terpampang indah sehelai blaus labuh berwarna putih keemasan, tudung sutera putih dan juga sepasang kasut tumit tinggi. Juga berwarna putih keemasan. Terlalu cantik hinggakan membuat bukan hanya dia, tapi Nada juga terpana.

“Dia yang bagi.” Iris memandang Nada. Matanya berkaca.

“Apa?”

“Dia ajak aku makan malam. Malam ni.”

“Siapa?” Iris diam memandang sebelum Nada membeliakkan mata. “Jangan kata…”

Iris mengangguk laju. Mengiyakan insan yang dimaksudkan.

“Afnan.”

“Crush kau?!” Iris dapat merasakan seluruh bangunan bergegar kuat dengan jeritan Nada.

Iris mengangguk untuk kali kedua.

“Arghhhhhhhh!!!!” Nada melompat-lompat Sambil bertepuk.

“Spa. Aku belanja! Cepat siap. Jom!”

“Ha?”

“Spa!!! Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Sebab aku yakin, Iris.” Tajam Nada memandang sambil mencengkam bahu Iris.

“Yakin apa?”

“Yakin yang malam ni…. Akan jadi malam yang sangat istimewa.” Ujar Nada dengan senyuman kemiangan.

===================================================================

Iris melangkah masuk ke dalam sebuah restoran yang dimaksudkan Afnan di mesej. Tapi ianya sangat aneh.

Restoran itu bagaikan tidak berpenghuni.

Bercahaya. Namun kosong.

Sangat kosong. Iris benar-benar langsung tidak nampak sebarang kewujudan makhluk hidup. Yang ada cuma…..

Iris menundukkan kepala.

Melihat kelopak bunga mawar di atas lantai. Tersusun panjang dan rapi. Bagaikan satu penanda arah. Atau karpet merah? Lampu yang berkerlipan disekelilingnya bersinar dengan sangat indah. Lebih-lebih lagi asbab hanya lampu itu yang menyinari.

“Ya Allah…. Cantiknya.” Iris tidak pasti adakah ini memang untuk dirinya. Dia benar-benar dalam ketidakpercayaan. Tapi yang pasti ianya cukup untuk membuatkan air mata bergenang.

“Hi. Selamat datang. Boleh saya tahu nama cik?” Ujar seorang pelayan wanita yang baru menampakkan diri di sisi pintu masuk restoran.

“Iris. Lee Iris Irina.”

“Selamat datang Cik Iris. Terima kasih kerana memilih restoran kami. Silakan.” Iris berjalan masuk dengan perasaan gemuruh diselangi bacaan basmalah. Ini merupakan pengalaman pertamanya. Iris perlahan-lahan berjalan mengikuti arah kelopak mawar sebelum sebuah lagu mula berkumandang perlahan menemani.

Kisah Ku Inginkan. Lagu yang sangat dia gemari. Dinyanyikan oleh penyanyi yang paling disukai. Dato’ Siti Nurhaliza dan Judika. Mata Iris makin berbalam. Dan terus mengikuti kelopak mawar. Berjalan tenang. Menikmati aroma bunga. Dan juga saat ini.

Kelopak mawar menunjukkan destinasi akhirnya. Tingkat dua restoran. Ruang tersebut penuh dengan balon-balon berwarna putih dan juga keemasan. Diselangi dengan sebuah meja yang dihias indah di tengah-tengah ruangan. Berkain putih suci dan diselimuti oleh beberapa kelopak mawar merah. Minimalis tapi auranya paling kuat mengisi ruangan.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Iris membalas perlahan dan berpusing.

Matanya terpana. Suit putih dengan tali leher berwarna keemasan di tengahnya cukup membuatkan mata Iris terpana. Rambut hitamnya yang lebat berkilau di bawah cahaya bagaikan ada sapuan permata di dalamnya. Mata hazelnya yang redup berbundar. Hidung yang separa mancung serta bibir merahnya membuatkan Iris begitu ingin untuk..…..

Terus Iris menampar pipi.

“Iris, awak okay? Kenapa tiba-tiba tampar pipi?” Afnan yang nyata kerisauan memandang pipi Iris. Hanya Afnan yang memandang tahu seberapa merahnya pipi dirinya sekarang.

Iris tersengih malu dan menyapu pipi. Cuba untuk menghilangkan kesan merah yang berkemungkinan besar muncul nyata di pipi kanannya.

“Lalat.” Iris menguntumkan senyuman manis tanpa sebarang perasaan bersalah.

Afnan ketawa. Cukup menampakkan barisan gigi putihnya yang bersinar. Sorry sir. Tapi sekarang kita bukan tengah shooting iklan Colgate.

“Ok….. Ok. Iris, should we?” Afnan menunjuk ke arah meja seperti gaya seorang lelaki budiman.

Iris mengangguk lalu mereka berjalan beriringan bersama. Lagu yang sedang berkumandang menemani makin memaniskan saat ini.

“Untuk mula, kita order makan dulu?” Iris setuju dan Afnan memanggil pelayan yang berada tidak jauh.

“Awak nak makan apa, Iris? Dah pilih?” Ujar Afnan sambil membelek menu.

“Yap. One steak. Medium well. Fries on the side with strawberry juice please.”

“Alright. The same too for me but with orange juice. Thanks.”

Pelayan tersebut berlalu dan akhirnya tinggal hanya Iris dan Afnan berdua. Tekanan mulai terbentuk dan kejanggalan jelas memancar antara mereka berdua. Ianya sangat terlalu memenuhi. Sampaikan Iris dan Afnan langsung tidak bertentang mata dan hanya menjeling memandang satu sama lain.

Nyata dan jelas ini merupakan kali pertama buat mereka berdua.

Mereka berdua menjeling dan terus menjeling sebelum akhirnya ketawa keduanya meletus.

“Agak terserlah ini kali pertama kita.” Ucap Iris diselang tawa.

Afnan mengangguk. Mengiyakan tanpa sebarang penafian.

“You’re the first. Dalam erti kata lain….” Tepat Afnan memandang.

“Iris, you’re my first love.”

‘Awak juga, Afnan. Awak juga cinta pertama saya.’ Hati Iris menjerit.

Iris tidak mengutarakannya. Tapi matanya, Iris yakin memberikan jawapan yang sangat jelas.

“Sejak bila?” Ujar Iris sambil mendekat dan menopang wajah.

“Saya mula tertarik pada awak dari waktu dekat hutan tu lagi. Tapi perasaan cinta itu berputik bila saya berjumpa dengan awak sekali lagi. Dari ketarikan pandang pertama kepada cinta pandang kedua. Semuanya terjadi secara semula jadi. It’s just happened.” Afnan tersenyum lalu menundukkan kepala. Terserlah kemerahan di pipi.

Malu. Iris tersenyum. Sungguh ini merupakan pemandangan yang paling terindah baginya.

“Saya pula……” Pancingan Iris berjaya apabila Afnan sekelip mata menegakkan kepalanya. Memandang tepat Iris.

Iris makin melebarkan senyuman.

“Saat saya mula jatuh cinta pada awak bila kita berjumpa sekali lagi di sini. Sama macam awak. Orang yang selamatkan saya ketika saya dalam keadaan separuh nyawa dan juga melayan saya bagaikan seorang puteri. Tiada perempuan yang tidak akan jatuh cinta. It’s so simple. Berilah dan tunjukkan rasa cinta itu, nescaya wanita juga akan melakukan yang sama. Jika memang benar awak yang memegang kunci pintu hati. And that’s my answer.”

Afnan bagaikan terpegun mendengar jawapan Iris. Matanya masih teguh memandang wanita pemilik hati. Malah mata yang memandang itu memaparkan rasa cinta yang sangat teguh. Mata yang begitu galak memerhati, namun jua redup. Redup memandang si dia. Khusus untuk dia. Wanita itu juga sama. Lalu terciptalah keheningan antara mereka. Menikmati keindahan mata masing-masing. Tiada sebarang bicara namun ianya sangat berbicara. Mata masing-masing bagaikan tenggelam pada pandangan mata yang memandang.

Pandangan yang penuh dengan rasa cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience