BAB 9

Drama Series 15382

Ya. Iris melihat semua dari tadi dengan jelas.

Pentas lakonan yang begitu sangat indah.

“Iris!!!” Iris terbenam dalam pelukan Nada. Tapi tidak mata.

Mata yang sedang tepat memandang Zuyin. Tajam. Tidak mungkin dia akan melupakan riak wajah insan tersebut saat ini. Begitu putih dan pucat lesi. Bagaikan sedang melihat mayat yang sepatutnya tidak harus hidup kembali.

Iris membiarkan Nada melepaskan tangisan dan meleraikan pelukan mereka terlebih dahulu. “Iris. Apa yang dah jadi?”

‘Bingo! Terima kasih sebab memberikan aku alat untuk memulakan peperangan ini, Nada. Tengok dengan jelas kerosakan yang akan aku lakukan kejap lagi.’ Iris sudah nekad.

Mulut tertutup rapi tapi mata masih tidak lari dari memandang Zuyin.

‘Kau tak akan dapat lari, Zuyin. Sebab kematian adalah milik kau malam ini!’ Iris tersenyum sinis. Sungguh! Dia silap pilih sasaran. Dia benar-benar silap.

“Zuyin.” Senada Iris menyebutl namanya.

“Zuyin.” Kali kedua. Mata Zuyin memandang kiri dan kanan bersilih ganti. Mengelak pandangan mata Iris. Yang lain cuma diam memandang mereka berdua. Menunggu perang yang akan meletus sebentar lagi.

“Kenapa kau tak tengok aku? Tengoklah. Tengok hasil perbuatan kau.” Badan yang penuh calar balar dan mulut yang membiru yang Iris yakin jelas kelihatan untuk pandangan semua orang di situ.

“Cantikkan hasil lukisan kau? Berwarna-warni.” Iris mula mengeluarkan sisi yang dia yakin semua manusia memiliki. Sisi yang hanya akan keluar apabila ‘disentuh’.

“Zuyin!!!!!” Menjerit Iris memanggil namanya.

“Aku kata tengok!!!!”

Iris melangkah menghampiri dia yang sedang kemenggeletaran. Satu langkah dia ke belakang, dua langkah Iris maju ke depan.

“Cantikkan laut tadi?” Iris yakin bibirnya sedang memguntum satu senyuman yang sangat ‘indah’ sekarang ini. Untuk tatapan si dia.

Pipinya Iris belai. “Tapi kan…..”

Lehernya yang sudah menjadi sasaran Iris sedari tadi mula dia genggam. Kuat. “Kenapa kau tolak aku? Hermmm?” Dingin Iris menyuarakannya.

Semua di situ mula memegang tangan masing-masing. Menenangkan bulu roma yang menegak.

“Apa?”

Kecoh sekeliling dengan bisikan-bisikan. Namun mata Iris langsung tidak lepas dari memandang mata Zuyin.

‘Jangan, Zuyin. Kau masih belum boleh rasa takut. Ini baru permulaan. Permulaan mainan yang kau cipta.’ Iris makin menguatkan genggaman. Cikgu Arina yang cuba menghalang dia tolak tepi.

Dia benar-benar kepanasan.

“Kau mesti tak jangka aku akan selamat kan? Iyalah. Laut tu dalam dan kau pun mesti tahu aku tak pandai berenang, kan? Untuk pengetahuan kau, aku sendiri pun tak sangka aku akan selamat. Miracle isn’t it?”

Iris menghamburkan tawa. Kuat dan penuh kesadisan. “Tapi entahlah. Mungkin neraka yang kau cuba cipta untuk aku tu….. Sebenarnya adalah untuk kau. Dari awal lagi. Milik kau, sayang.”

Terus Iris memusingkan badan menghadap Cikgu Mustaffa dan Cikgu Arina. “Cikgu. Maafkan perbuatan saya. Tapi saya yakin cikgu mula faham apa yang sebenarnya telah berlaku.”

Tak lepas kedua-kedua mata pendidik tersebut memandang Zuyin. Bukan cuma mereka, Iris yakin kesemuanya yang sedang berada di situ.

“Tak….Tak…..” Zuyin mulai gelisah. Mengalir darah di tepi bibirnya.

“Dia bohong!” Bergema kegelapan hutan dengan jeritannya.

“Dia bohong, cikgu! Dia bohong! Korang! Jangan kata korang percaya cakap dia ni! Perempuan ni dah gila!”
Iris cuma memandang Zuyin. Menikmati kegilaannya yang dia sendiri tunjukkan dengan penuh rela hati.

Cikgu Arina menghalang pergerakan Zuyin. Hutan begitu gelap untuk mencari sekiranya dia lari.

“Bukan aku la aku kata!” Makin menggila si Zuyin. Cuba merentap tangannya.

“Panggil polis.” Cikgu Mustafa memberikan arahan.

“Baik, cikgu.” Salah seorang fasi membalas.

“Bukan saya cikgu! Bukan saya!!!” Zuyin menarik baju Cikgu Mustafa. Bersama dengan linangan air mata.

“Baru kau rasa, Zuyin. Ini baru sedikit berbanding apa yang kau dah buat dekat aku.” Bisik Iris.

======================================================================

“Terima kasih sebab selamatkan saya. Kalau lah tiada awak tadi…..”

“Sama-sama. But hey! It’s you who take the first step. Kalau bukan awak yang berusaha sedaya mungkin untuk kembali ke sini…. Dalam keadaan awak yang…..”

Dia memandang ke arah yang Iris tahu di mana. Kesan calar-balar dan lebam di hampir seluruh muka. Yang tersirat? Iris yakin seluruh badannya akan merasai satu nikmat yang sangat menakjubkan sewaktu mandi nanti.

“Awak dari sekolah mana?” Cikgu Mustafa mencelah.

“SMK Kenari Pelangi, cikgu.”

“Kejap. Saya rasa macam pernah nampak muka awak. Tapi… Di mana, ya?” Cikgu Arina bagaikan memikir panjang. Cuba mencari cebisan memori yang hilang.

“Oh ya! Awak kan yang antara pemenang untuk pertandingan penulisan bebas tu? Saya ingat! Saya ingat!” Ujar Cikgu Arina. Agak teruja nadanya.

Dia tersenyum. Dan sedikit ketawa. Mungkin terhibur dengan tingkah laku Cikgu Arina atau gembira kerana ada yang mengenalinya.

“Ya saya, cikgu”

“Macam mana awak boleh menjumpai Iris?” Cikgu Mustafa menyambung soalan yang mungkin cuba untuk ditanyai sedari tadi.

“SMK Kenari Pelangi ada menganjurkan aktiviti perkhemahan di sini. Tapi di tapak lain. Sebenarnya, malam ini kami mengadakan aktiviti dalam hutan. Waktu kami tengah buat aktiviti, ada sahabat saya beritahu yang ada seorang pelajar perempuan tengah berkeliaran berseorangan di tengah hutan.”

“Jadi, saya dan ahli kumpulan saya pun terus lah mencari insan yang kawan saya maksudkan. Dan itulah ceritanya. Akhirnya, kami jumpa Iris. Dalam keadaan yang sudah separuh mati.” Saat ini lah Iris perasan pandangan penuh makna dari kedua-dua cikgu tersebut. Dia cuma tersenyum nipis sambil cuba melarikan mata. Lidah sudah menjadi kelu. Tidak tahu untuk berkata apa. Pandangan penuh makna tersirat tersebut entah kenapa membuatkan hati Iris menjadi rasa lebih pilu dan sakit.

“Cikgu betul-betul berhutang budi dengan kamu. Sekolah kamu patut berbangga dengan apa yang awak dah lakukan sekarang ni.” Ucap Cikgu Mustafa sambil memeluk bahu insan tersebut.

Dia cuma senyum dan menyalami tangan Cikgu Mustafa sebelum melangkah pergi.

“Awak.” Langkahnya terhenti sesaat dan tubuh berpaling menghadap Iris.

“Ya?”

“Sekali lagi. Terima kasih…….”

Dia mengangguk.

Bagaikan tahu Iris masih ingin mengutarakan sesuatu, dia menunggu dan cuma memandang Iris.

“Erm…….” Iris bagaikan serba salah. Takut insan tersebut akan kurang senang dengan ayat yang ingin dia lontarkan.

“Afnan. Nama saya Adam Afnan.”

Kedua bibir tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience