BAB 23

Drama Series 15366

Adam memandang Iris dan Nada bersilih ganti. Baru sahaja Adam ingin membuka mulut….

“Assalamualaikum.” Terus mata mereka bertiga memandang insan yang berada tidak jauh di pintu.

‘Afnan!’ Hati Iris menjerit.

Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya dirinya sekarang. Tapi Iris yakin mukanya sedang menunjukkan reaksi sungguh acuh tak acuh.

“Iris.” Afnan menyapa lembut dan menarik kerusi dan duduk di sebelah katil Iris.

Afnan memandang bunga mawar yang sedang tangan Iris pegang kemas.

“Suka?” Ujar Afnan dengan senyuman yang mengalahkan butiran gula.

“Herm?” Mana tidaknya. Afnan menanyakan seolah-olah bunga tersebut adalah darinya.

“Oh…. Bunga ni sebenarnya dari saya. Saya nak beli makanan untuk awak tadi. Sebab tu saya minta Adam yang kirimkan dahulu. Sebab takut layu.”

‘Patutlah.’ Iris mengangguk tanda faham.

Afnan menarik meja dan meletakkan empat bungkusan makanan di atasnya. Terhidu semerbak bau makanan yang enak.

Ayam penyet! Iris yakin matanya sekarang sangatlah bersinar-sinar melihat keempat bungkusan tersebut. Pantas dia membelek bungkusan-bungkusan plastik.

‘Eh?’ Iris merenung salah satu bungkusan dengan kehairanan.

Ada satu bungkusan yang berbeza dari yang lain. Bekas makanan putih yang berbentuk bulat dan boleh kelihatan jelas bentuk cairan dari dasar luar bekas. Seperti bungkusan makanan untuk itu. Pantas Iris membuka rakus dan melihat isi dalamnya dengan penuh rasa tidak percaya.

Bubur.

Iris memandang tajam Afnan dengan pandangan tidak puas hati. ‘How dare he?!’

Bergema tawa Afnan. Lagi tajam mata Iris memandangnya dan tanpa disedari dirinya, dia mencebikkan bibir dengan kedua mata yang berair. Memandang Afnan dan bungkusan nasi ayam penyet bersilih ganti.

“Sayang. Awak lupa ke yang awak tu tengah sakit? Perut tu. Herm…?” Afnan mendekatkan wajah dan merenung dekat wajah Iris yang kemerahan.

Eh sayang?

Berkerut wajah Iris. Seingatnya dia masih belum memberikan jawapan jelas.

Afnan yang mulanya seperti ingin mengusap wajah Iris pantas menegakkan badan. Tangannya lincah mengeluarkan bungkusan makanan dan menyusun rapi.
“Nah. Ambil sorang satu. Adam, kau boleh belikan air dekat vending machine dekat sebelah? Aku tak sempat beli tadi.”

‘Saya nampak ye kenyitan mata awak tu, Afnan.’ Lagi sekali Iris mencebikkan bibir.

“Nada, boleh temankan saya?” ‘I see you too, Adam.’

“Okay!” Diakhiri dengan kenyitan mata yang bombastic dari Nada.

Dasar kawan makan kawan!

===================================================================

Iris rasakan vending machine hanyalah sebelah biliknya sahaja. Tapi sudah sepuluh minit berlalu. Afnan yang khusyuk mengacau bubur di tangan, Iris cuma pandang dengan diam. Tiada sebarang bunyi antara mereka. Kedua mulut bagaikan terkunci dengan mangga yang telah ketat dikunci.

“Aahhh……” Agah Afnan sambil sudu yang dipegang tangannya menuju ke mulut wanita itu.

“Saya boleh makan sendiri la, Afnan.” Iris menolak lembut dan cuba merampas sudu.

Sepantas-pantas Iris, sepantas lagi tangan lelaki itu. Laju Afnan melarikan sudu. Iris memandang dengan riak tidak puas hati.

“Awak sakit kan?” Tajam.

“Ya. Tapi bukan lumpuh.” Berkali ganda tajam.

“Izinkanlah saya suap awak, Iris.”

“Who even are you?”

“Your future.”

Krik. Krik. Krik. Krik.

Iris pandang Afnan dan Afnan pandang Iris. Cicak yang mulanya melihat dari jauh pun lari. Lari dari melihat kejanggalan yang amat menjanggal.

“Saya rasa saya masih belum beri jawapan pada awak. Am I? Jadi apa maksud awak dengan my future?”

“Jadi, boleh saya dapatkan jawapan itu..…”

“Sekarang?” Afnan mendekatkan wajah dan berhenti pada beberapa sentimeter. Mata bersabung. Bagaikan langsung tidak wujud sebarang niat untuk menghentikannya.

“Sengaja saya tidak hubungi awak lepas malam tu. Ruang dan masa. Saya tahu kita berdua perlukan dua perkara itu. Sebab perkara ni bukan main-main.Saya tahu falsafah hidup awak. Dan saya yakin awak juga tahu falsafah hidup saya.”

Ya. Andai tersilap langkah, kehidupan dan masa depan yang akan menjadi galang gantinya.

Iris melihat Afnan yang sedikit demi sedikit menundukkan kepala. Kesakitan hati apabila melihatnya sebegitu membuatkan Iris yakin dirinya harus menitiknoktahkannya secepat mungkin. Sebenarnya Iris sudah yakin akan perasaannya, namun seperti kata dirinya sebentar tadi, mereka berdua amat memerlukan masa dan ruang. Perkara sebegini harus difikir matang-matang walau masa hadapan akan sentiasa menjadi misteri. Namun perkara itu bukan kunci untuk mereka mengambil remeh akan waktu semasa. Bukan!

“Muhammad Adam Afnan bin Fateh Arjuna.”

“Ya, Lee Iris Irina binti Lee Rayyan.” Lembut Afnan mengangkat kepala.

“Adakah awak bersetuju untuk bertunang dan menikah dengan saya habis sahaja kita tamat belajar?”

“Ha?” Afnan bagaikan termangu.

Iris takkan mengulangnya untuk kali kedua kerana dia sepenuhnya pasti Afnan mendengarnya dengan sangat jelas. Afnan hanya memerlukan masa untuk menghadamnya. Dan itu yang Iris sedang berikan.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Sedikit demi sedikit bibir Afnan menguntumkan senyuman yang paling indah yang pernah Iris lihat terukir di wajah lelaki itu.

“Bukan seharusnya lelaki yang patut mengutarakan persoalan tersebut?” Formal Afnan berbicara.

“Wanita akan diberikan dengan dua pilihan iaitu memendam atau meluahkan perasaan yang tersimpan di hati. Memendam diam bagaikan Saidatina Aisyah ataupun meluahkannya jelas bagaikan Saidatina Khadijah. Keduanya sangat indah dengan cara keduanya yang tersendiri.”

“Dan saya, Iris Irina memilih keindahan dan kemuliaan hati Saidatina Khadijah.”

Iris pandangi bunga mawar di tangan. Menunduk menyembunyikan sebak yang makin menusuk di jiwa.

“Iris. Bunga itu menjadi saksi lamaran awak untuk saya.”

Menitik.

“Dan dalam masa dua tahun, dengan izin Allah……”

Menitik.

“Cincin bertatah berlian mawar akan menjadi saksi pinangan saya untuk awak.”

Pecah.

Dan ketika itu jua, kuat rempuhan pintu dari luar dan Nada yang pantas berlari memeluk sang sahabat.

“Ahamdulillah, Iris… Alhamdulillah.” Iris boleh rasakan bahu yang basah di bahagian kiri. Dan dia yakin bukan cuma bahu miliknya.

Dan di sebelah, Adam yang sedang erat memeluk Afnan.

Iris dan Afnan berpandangan sebelum melihat saksi lamaran. Satu warna yang sangat indah dan berharum cinta.

Tanpa mereka berdua sedari, hujung saksi lamaran itu mula menunjukkan aura……

Hitam. Dan layu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience