“One. Two. Three.”
“One. Two. Three. Nice!”
“Sekali lagi. One. Two. Three.”
“Iris! Pusing!”
“Adam. Buat acah-acah macam sedang membelai pipi Amira!”
“Bagus, Afnan! Sekarang pusing ikut rentak Iris. Good!”
“Renung tajam mata Iris, Amira! Tajam lagi!”
“Okay. Angkat tangan seiring! Adam Iris, Afnan Amira.
“Sekarang tukar!”
*Selang dua jam kemudian.*
Iris, Adam, Afnan, dan Amira Sofea termengah-mengah menarik nafas. Iris pegang kaki yang dia yakin akan buat dia tak dapat tidur lena malam nanti.
“Hah…. Penatnya…..” Amira Sofea mengeluh sambil mengurut sebelah tangan. Afnan di sebelahnya cuma melangguk memandang atas, mencari nafas yang mula hilang. Adam yang berada di sebelah Iris pula meneguk rakus air di botol sebelum memberi satu lagi botol air kepada Iris, yang masih baru belum dibuka.
“Terima kasih.” Pantas Iris meneguk air itu. Lega yang teramat jelas terpancar di wajah apabila air mula menjengah tekak.
“Baiklah. Cukup untuk hari ni. Esok Iris dengan Adam datang pukul dua petang untuk lagu pertama. Amira dengan Afnan pula pada pukul enam petang untuk lagu yang kedua. Okay?”
“Okay, Encik Hilman!” Serentak membalas.
“Nice. Now, go home! Dah macam ikan masin aku nampak korang berempat ni.” Encik Hilman menyapu tangan di hidung dan berlalu pergi.
Iris pandang Amira Sofea. Amira Sofea pandang Iris kembali. Afnan pandang Adam. Dan Adam juga memandang Afnan kembali.
Dengan muka yang kebingungan sambil menghidu ketiak masing-masing.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Erm….. Irina…..”
Iris yang sedang berjalan beriringan dengan Adam mengalihkan sedikit menghadapnya. Diam menunggu kata keluar yang seterusnya.
“Minggu depan…. Erm……” Adam tergagap-gagap. Atau boleh diversikan dalam kata malu-malu?
Entahlah.
Iris yang pada mulanya kebingungan dengan kegagapan Adam yang secara tiba-tiba, mula berfikir nakal.
Ting! Tersembul besar satu cahaya lampu di atas kepalanya. Iris mula ketawa dalam hati.
It’s Show Time!
“Hei…….” Iris mencucuk-cucuk bahu Adam dengan hujung pen yang diambil dari dalam beg.
Pusing sahaja Adam kepadanya, Iris terus pantas mencuitkan pen tersebut ke hujung hidung lelaki itu.
Dan, ya. Semestinya lelaki itu terkesima.
Iris ketawa melihat kepenyetan hidung Adam. Tak henti-henti dia ketawa. Tapi dia langsung tak terniat untuk lepaskan pen tersebut dari hidung Adam. Bagi Iris, Adam betul-betul nampak lucu sekarang.
Adam yang mulanya terkesima dan mata yang membulat kegeraman, mula meredup apabila mendengar ketawa Iris. Dan juga ikut tersenyum.
Bagai ingin melayan, Adam membuat pelbagai muka lucu. Dan Iris? Apa lagi? Ketawa dan terus ketawa. Hinggakan mukanya memerah kerana mulai kehilangan nafas.
“Adam!!!” Iris memukul bahu Adam dengan beg di tangan. Kegeraman. Tapi Adam terus menerus membuat muka lucu.
Sambil ketawa, Iris memukul bahu itu sekali lagi. Cuma dengan kekuatan dan kelajuan yang makin berganda.
“Okay…. Okay.” Adam mengalah dalam tawa.
“Minggu depan birthday saya. And my family adakan majlis kecil-kecilan dekat rumah. Saya nak jemput awak. So…. may and will you, Irina?“ Ujar Adam laju tanpa berdolak-dalik.
Di pandangan Iris, sedang terserlah jelas dua bahagian pipi yang memerah.
Iris ketawa kecil dan berkata “Herm…. May and will I?”
Iris memandang Adam yang seperti patung yang membatu, menunggu jawapan darinya. Sama, Iris juga ikut membatu. Kedua mata menyabung.
Selang beberapa saat, Iris sudah tidak mampu menahan dan terus ketawa membelakangkan Adam.
Lagi-lagi apabila melihat Adam yang kecebikkan. Lagi kuat Iris ketawa.
Pantas Iris mengangguk laju. “Okay… Okay. Saya akan datang.”
“Betul?” Bercahaya mata itu.
Sekali lagi Iris mengangguk. “Tapi boleh saya bawak Nada sekali?”
“Sure!” Sedikit termenjerit Adam. Dan keduanya kembali tertawa.
Dan inilah sebuah pemandangan yang sedang disaksikan oleh dua pasang mata yang lainnya. Yang melihat dari jauh. Setia dari awal. Seorang dengan perasaan yang panas cemburu dan seorang dengan perasaan yang panas penuh amarah.
Share this novel