BAB 2

Drama Series 15366

Akhirnya.

Hari yang ditunggu pun tiba.

Pertandingan penulisan bebas peringkat negeri yang amat ditunggu-tunggu sejak setahun lepas. Pertandingan ini dianjurkan saban tahun dan hanya yang terbaik dalam setiap negeri yang layak untuk memasukinya. Bagi insan yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang penulisan ke peringkat tertinggi dan juga untuk ke universiti yang terbaik, seperti Iris.

Sijil kemenangan dalam pertandingan ini adalah satu kewajiban yang harus diperoleh. Biasiswa, surat rekomendasi dan peluang tinggi penempatan universiti terbaik adalah maksud sebenar di sebalik sijil tersebut. Emas yang berupa sijil. Hanya pelajar-pelajar sekolah yang berada di tingkatan lima yang dibenarkan untuk memasuki pertandingan peringkat negeri ini. Semestinya dengan melalui pelbagai jenis proses kelayakan yang telah dimulai sedari hujung tahun lepas.

Sangat menyeksakan. Namun, melihat apa yang sedang terbentang di hadapan mata sekarang, rasa indah mula menyapa di hati. Bagaikan pelangi selepas hujan. Menyapa jantung yang mula berdetak riang menanti permulaan perjalanan akhir yang dinantikan sekian lama.

‘Aku harus dapatkan sijil itu.’

‘Harus! Aku harus untuk kekal tenang.’ Kata-kata hati seorang insan bernama Iris.

“Iris.”

“Cikgu.” Iris membalas sapaan Cikgu Arina. Guru pengiringnya untuk pertandingan ini. Dibantu oleh Cikgu Mustafa.

“Saya dah daftar masuk nama awak. Ini kad pengenalan awak untuk pertandingan ini.” Kad yang berada asal di tangan Cikgu Arina berubah tangan.

“Ini pula nombor meja awak. Nombor empat.” Cikgu Mustafa menyambung.

Iris mengambil dokumen serta barang-barang yang diberikan dan mengucapkan terima kasih. Kesemuanya diletakkan ke dalam beg yang telah disediakan oleh pihak penganjur pertandingan. Iris membuka beg untuk melihat barang-barang yang disediakan dari awal oleh pihak penganjur.

Agak menarik.

Kad pengenalan pertandingan.

Wireless Headphone.

Dan juga pemain mp3 versi bluetooth yang sudah agak jarang digunakan pada zaman sekarang.

Di dalamnya juga terdapat empat kad memori yang dikhususkan untuk pemain mp3 tersebut. Keempat-empat tersebut ditandakan mengikut bahasa lagu yang terdapat dalam setiap satu iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan juga Bahasa Inggeris. Dipersilakan untuk dipilih mengikut cita rasa masing-masing. Atau boleh juga untuk tidak digunakan sama sekali, mengikut keinginan masing-masing.

“Kepada para peserta. Anda diminta untuk masuk ke dalam dewan untuk memulakan pertandingan sesi pertama. Sila duduk berdasarkan kepada nombor yang telah diberikan dan mohon tinggalkan segala peralatan peribadi kecuali yang telah diberikan oleh pihak penganjur sebelumnya. Sekian, terima kasih.” Bergema pengumuman yang menandakan sesi pertama pertandingan ini akan bermula sebentar sahaja lagi.

Pertandingan penulisan bebas ini terbahagi kepada dua tahap.

Tahap pertama boleh dikatakan sebagai tahap kelayakan atau tahap tapisan akhir. Untuk tahap pertama, sebanyak sembilan peserta akan disingkirkan dan lebihan yang lainnya iaitu seramai empat orang akan melayakkan diri ke peringkat akhir. Yang akan berlangsung pada keesokan hari.

Tahap pertama. Iris yakin ramai yang menggeruni tahap ini. Tahap tapisan ‘neraka’. Kenapa neraka? Tunggulah sebentar lagi. Akan sangat jelas dan nyata kenerakaannya itu.

Iris memandang Cikgu Mustafa dan Cikgu Arina. Mereka berbalas senyuman. Ya. Iris tahu. Keduanya serta dirinya sendiri sedang mengalami perasaan gemuruh. Iris yang bertahun menunggu saat ini dan pihak sekolah yang menginginkan sejarah piala pertama. Dengan iringan bacaan basmalah, Iris mula berlalu ke dewan pertandingan dengan langkah kaki yang cuba untuk diringankan. Ya, sila baca sekali lagi.

‘Yang cuba untuk diringankan.’

‘You got this, Iris!’ Hatinya mengulang-ngulang kata yang sama.

“Tolong tunjukkan kad pengenalan pertandingan beserta nombor kedudukan.” Iris menghulurkan apa yang diminta kepada penjaga pintu yang terlibat.

“Baiklah. Sila pergi ke bahagian hujung kiri. Di situ adalah bahagian kedudukan meja awak. Semoga berjaya.”

“Terima kasih.” Iris tersenyum menunduk lalu berlalu.

======================================================================

“Dua jam.”

Iris memberikan perhatian penuh kepada panitia penganjur yang sedang berada di hadapan, memberikan panduan dan arahan untuk sesi yang akan berlangsung tidak sampai 10 minit lagi.

“Sesi ini akan berlangsung selama dua jam. Boleh kurang tetapi tidak boleh lebih walau sesaat. Di atas meja masing-masing, terdapat lima helaian kertas yang tertutup rapi. Dalam kertas tersebut adalah pilihan jenis-jenis genre cerita yang harus kalian karangkan dalam tempoh masa yang telah disebutkan sebelumnya. Sekarang, sila pilih salah satu.”

“Tolonglah jangan genre seram.” Bisik Iris perlahan.

Iris melihat kelima-lima helaian tersebut dengan perasaan yang cuba untuk dikosongkan. Setelah memerhati secara mendalam, akhirnya Iris memilih salah satu berdasarkan pada intuisi hati.

Perlahan-lahan Iris membuka helaian kertas tersebut.

“Jangan seram. Jangan seram.” Bisiknya sekali lagi.

‘Tolonglah jangan seram!!!!!!!’ Tidak seperti bibirnya, hatinya sedang menjerit kuat.

Iris yang asalnya memejamkan mata, membuka sedikit hujung mata dengan perasaan gundah untuk melihat isi helaian yang dipilih.

“Seram.” Terlepas kata tersebut dari bibir.

Iris cuma mampu ketawa sinis melihat perkataan yang terpampang di atas kertas tersebut.

“Ha…………..” Kuat keluhan yang bergema dalam dewan.

Ini bermakna……….

Sah! Majoriti mendapat pilihan yang bukan pilihan.

Tak terkecuali orang yang bersebelahan dengannya. Iris memandangnya dan mereka sama-sama tersenyum. Masing-masing cakna akan maksud senyuman tersebut.
Senyuman pedih. Juga sakit hati.

“Baiklah. Masa dua jam bermula.….” Seisi dewan mulai sepi. Tepat seperti di kuburan.

“Sekarang!” Langsung bergema nada-nada gerakan pantas tangan. Lebih tepat lagi, seretan-seretan pena. Sebagai salah seorang peserta, tidak terkecuali Iris juga. Pantas tangannya menggapai helaian kertas beserta pen yang terdapat di atas meja sedari awal tadi. Dua jam bukanlah masa yang singkat. Nahas bagi yang ambil endah. Beserta dengan headphone yang berada di atas kepala, Iris mula mencurahkan segala idea yang harus dicurahkan di atas kertas, melalui pena yang kuat digenggam jari.

Sreeetttt……Sreeetttt……Sreeetttt……Sreeetttt……Sreeetttt……

======================================================================


Aku memerhati dia.

Dia yang sedang berada dalam dunia fantasinya sendiri.

Insan yang indah.

Sangat……Indah.

Dah lama aku mencari dia. Barang permainanku.

Tak sabar untuk ‘bermain’ dengan awak…….

My Rosey.

Sreeetttt……Sreeetttt……Sreeetttt……Sreeetttt……Sreeetttt……

======================================================================

“Macam mana, Iris? Semua berjalan dengan lancar?” Pantas Cikgu Arina menanyakan sebaik sahaja mereka bertemu setelah dua jam dia berada di dalam.

Sengihan Iris berikan sambil menjawab “Mungkin.”

“Keputusan sesi pertama akan dapat dalam pukul tiga, kan? Apa kata kita makan dahulu sebelum check-in ke hotel?” Cikgu Mustafa cuba mengalihkan topik perbualan. Mungkin dia perasan akan riak wajah Iris yang jelas kelihatan sedikit kurang selesa sedari keluar dari dewan. Lebih-lebih lagi apabila diajukan soalan seperti itu oleh Cikgu Arina sebentar tadi.

Mungkin menyedari hal tersebut, Cikgu Arina pantas memeluk bahu. Cuba untuk meringankan keresahan yang sedang Iris rasai sekarang.

“Iris nak makan apa? Cikgu Mustafa belanja.”

Tergelak Cikgu Mustafa.

“Okay…Okay. Iris nak makan apa? Nasi atau Western?

Disebabkan masih tengah hari, adalah lebih wajar untuk seorang insan bernama Iris memilih……

“Western.” Senyum.

======================================================================

“Tahniah. Anda berjaya melepasi saringan pusingan kelayakan tapisan terakhir. Sila hadirkan diri ke pusingan akhir pada keesokan hari, tepat pada pukul 8.30 pagi untuk pendaftaran. Sekian.”

Menjerit Iris melihat mesej tersebut. Maaf lah orang bilik sebelah kalau dirinya buat awak terkejut. Hihi…..

Kriingg……Kriingg……Kriingg……Kriingg……Kriingg……

Terus terhenti jeritan dan tangan mula pantas mendapatkan handphone yang berada sejengkal tidak jauh. Lebih tepat meja sebelah katil. Terpampang satu nama.

Cikgu Arina.

“Tahniah, Iris!!!!” Ayat pertama yang kedengaran sebaik sahaja Iris menekan punat hijau. Nyaringnya suara beliau langsung tidak terkata.

“Terima kasih, cikgu.” Iris cuma membalas ringkas sambil mengulum senyuman walaupun insan di sebelah panggilan adalah mustahil untuk melihatnya.

“Okay, Iris. Buat persiapan ringkas akhir secara rapi. Jangan lupa tidur awal malam ni. Untuk makan malam, just call service room. It’s on me.”

“Terima kasih banyak-banyak, cikgu”. Cikgu Arina benar-benar memahami dirinya. Beliau dah memang arif. Setiap kali pertandingan akhir, Iris akan mengasingkan diri dari dunia luar, termasuklah dari sosial media. Bukan apa. Dirinya……..

Memerlukan ruang dan ketenangan.

Okaylah. Western lagi malam ni. Peace!

======================================================================

Tepat 8.30 pagi.

Iris sudah selesai mendaftarkan diri.

Cuma tinggal menunggu panggilan untuk masuk ke dalam dewan. Jangkaan dalam 15 minit lagi. Pishang…………

“Hai.”

‘Siapa pulak yang menganggu ni? Tak nampak ke aku tengah fokus tengok nota?’ Dengan pantas Iris terus mendongakkan kepala. Memandang insan yang tidak segan-silu menggangunya yang jelas kelihatan sibuk.

Matanya membulat. Tergamam melihat insan yang sedang berdiri di hadapannya itu.

‘Masya-Allah……….’

‘Siapakah sang habibi ini………’

‘Jodoh, adakah itu kamu?’ Detik hatinya.

Hish, Iris! Sedar!

Dengan muka tak bersalah dan pantas dikosongkan, Iris menjawab…….

“Ya? Ada yang boleh saya bantu?”

Insan tersebut cuma ketawa.
Iris memandangnya hairan. Cuba mendapatkan jawaban atas sebab reaksinya sebentar tadi. Jawapan yang harus diberikan secepat mungkin andai tidak mahu dicop sebagai gila.

Melihat Iris yang kehairanan bagaikan otak kosong, dirinya lagi kuat melampiaskan tawa.

“Sah! Mamat ni gila. Baik aku blah sekarang.”

Pantas Iris mencapai beg dan memulakan langkah. Semak!

“Eh....Eh awak. Maaf, maaf.” Penuh pandangan Iris dengan seluruh tubuh insan tersebut. Entah waktu bila dirinya muncul depan mata.

‘Pantas betul. Jelmaan Usain Bolt ke dia ni?’

“Awak ni dah kenapa?! Tak sihat? Atau patut saya panggil pakar psikitari untuk perbetulkan otak awak tu?!” Sergah Iris.

“Hehe. Maaf. Saya tak bermaksud nak gelak tadi. Cuma…….”

“Cuma apa?!” Lagi kuat Iris menyergah.

“Cuma….Reaksi awak tadi. Comel gila.” Bibirnya tidak lepas dari mengeluarkan tawa.

“Apa………..” Iris terkedu tahap setinggi langit. Tangannya dibulatkan. Cuma menunggu masa sahaja.

Mungkin kerana melihat Iris yang semakin dingin, ketawa tersebut cuba dihilangkan sedaya mungkin oleh insan tersebut.

Dengan sedikit bunyi pembersihan tekak, lelaki tersebut bersuara.

“Afnan. Adam Afnan.” Sambil menghulurkan tangan kanannya.

Iris memandang sipi. Tidak menghiraukan huluran tersebut.

“Iris.” Pantas Afnan menarik kembali tangan yang dihulurkan sebentar tadi. Mula memahami.

‘Syukurlah masih faham. Kalau tak? Berdirilah kau kat situ dengar syarahan yang paling ikhlas dan tulus dari aku.’ Detik hati Iris geram.

“Perhatian! Perhatian! Diminta para peserta peringkat akhir untuk masuk ke dalam dewan kerana pertandingan akhir akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Sila tinggalkan segala peralatan peribadi anda dan cuma yang disediakan oleh pihak penganjur yang dibenarkan untuk dibawa dimasuk. Sekian, terima kasih. Selamat berjuang.”

Pengumuman terakhir. Pengumuman yang amat ingin didengari oleh ramai pelajar tahun akhir persekolahan seluruh Malaysia secara langsung. Pengumuman keramat bagi untuk yang ingin mendapat sijil terbaik demi mendapat jalan mudah untuk memasuki universiti terbaik dan untuk menjadi seorang penulis yang berkaliber kelak.

“Good luck! All the best for you.” Lelaki tersebut berlalu dengan bangga mempamerkan susunan gigi seluas-luasnya.

“Yeah. You too.” Ucap Iris sambil memberikan senyuman nipis. Sekadarnya. Dan secukupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience