“Baiklah. Akhirnya sudah genap sepuluh hari seperti yang telah dijanjikan. Dan kini, tiba hari penentuan siapakah dua pasangan terbaik yang akan mewakili tarian Romeo And Juliet.”
Bergemuruh tepukan walau hanya ada ahli kelab tarian yang mengisi salah satu satu tapak ruangan dewan.
“Okay, guys. Should we start?” Bergema suara Encik Hilman . Lantang dan nyaring.
“Let’s go!”
“Baiklah. Peserta pertama. Dipersilakan pasangan bernama Rian dan Julietnya, Zahra!”
“Fighting!!!” Tidak kira siapa yang di depan, semua ahli tetap memberikan sokongan padu.
Dan bergemalah lagu muzik yang pertama. “Wow! Wow! Wow!” Riuh.
Pasangan yang menari bagaikan angsa hitam dan putih benar memukau di mata Iris. Sangat-sangat intim dan boleh dirasakan tekanan cinta yang menekan di situ. Mata yang tidak lepas dari memandang satu sama lain. Tangan yang menggapai walau tidak tergapai di kasaran mata. Namun, hati? Itu rahsia milik mereka berdua.
Cukup lima minit, akhirnya tamat. Kedua insan pasangan termengah-mengah mencari nafas sambil separa menunduk, tanda memberikan hormat kepada para penonton yang menonton dengan setia sedari awal. Para penonton membalas dengan tepukan yang gemuruh. Termasuk Iris dan Adam sendiri.
“Wow…. Satu persembahan yang begitu memukau. Benar-benar menahan mata dari berlari-lari. Sila berikan tepukan sekali lagi!” Sekali lagi tepukan gemuruh diberikan.
Seterusnya, beberapa kumpulan pasangan memberikan persembahan dengan aksi yang terbaik masing-masing.
Kini, tinggal hanya lagi dua kumpulan pasangan. Kumpulan Adam dan kumpulan Afnan. Bersama pasangan Juliet masing-masing, Iris dan Amira Sofea. Maka, makin teganglah ketegangan antara mereka berdua.
“Baiklah. Saya yakin dua persembahan yang seterusnya ini adalah antara kumpulan yang paling kita nanti-nantikan.”
Senyap. Tiada sesiapa yang berbunyi. Kerana masing-masing tahu akan apa yang tersimpan di antara mereka berempat.
“Herm. Interesting.” Encik Hilman bagaikan terhibur dengan aura yang sedang membuak. Satu aura yang sangat begitu mudah untuk dibaca.
“Jadi, patutkah kita memanggil pasangan yang berikutnya?” Mata Encik Hilman galak memandang ke bawah dengan senyuman yang sinis terukir di bibir.
“Ya!!!!!!” Seperti kegilaan, para penonton menyambut dengan lantang.
Jelas di pendengaran Iris yang sedang bersedia di sebalik tabir pentas. Dia memandang Adam yang berada di hujung sana, bertentangan dengannya. Dan di saat itu, Iris terpana. Ingatkan dirinya yang memandang Adam. Tapi Adam yang sebenarnya sedang memandang dirinya.
Adam yang sepertinya tahu akan kegelisahan Iris, mula mengangkat tangan. Digerakkan atas ke bawah berulang-ulang kali. Sambil menunjukkan gerakan tarikan dan hembusan nafas di hidung.
Iris yang melihatnya, menarik dan menghembus nafas secara perlahan-lahan. Berulang-ulang mengikut gerakan langkah Adam. Selang beberapa saat, Iris mulai rasa tenang. Iris senyum sebagai tanda dan Adam membalas dengan yang sama. Ditambah dengan satu kerlipan mata yang perlahan di penghujung
“Dipersilakan! Pasangan Romeo dan Juliet yang seterusnya! Adam dan Iris!!!!”
Sekali lagi di pendengaran mereka, tepukan gemuruh yang berjalan seiring dengan detak jantung yang makin berdetak laju.
Dup Dup! Dup Dup! Dup Dup!
“Dipersilakan!”
Iris dan Adam yang berdiri berhadapan dari kejauhan, menunduk antara satu sama lain.
Share this novel