BAB 22

Drama Series 15366

Portfolio penulisan Iris sedaya kemaskan sementara menunggu ketibaan pensyarah untuk kelas yang akan dimulakan dalam 45 minit lagi. Dia sengaja memilih untuk datang awal. Sudah seminggu portfolio tersebut diabaikan. Sudah masa untuk dirinya menyedarkan diri. Iris meliarkan mata ke sekeliling dewan kuliah. Sepi. Cuma dia seorang. Agak menakjubkan andainya ada pelajar yang menghadirkan diri seawal ini. Dirinya? Tolong dikecualikan. Kalau bukan kerana buku yang sedang indah elok terbaring di hadapan matanya, tak kuasa dirinya!

Iris menyambung kembali penulisan yang terbengkalai sebelum satu tarikan seretan kerusi berbunyi tidak jauh. Iris melihat dan terkejut apabila melihat insan yang sedang melabuhkan duduk dengan hanya selang lima meja darinya sebelum mata pantas mengfokuskan kembali menghadap buku. Cuba berkelakuan biasa.

“Hai, Iris!” Tangan yang sedang fokus menulis terhenti dengan satu suara yang kedengaran agak teruja. Tapi juga dingin dalam masa yang sama. Dia salah dengar ke?

Iris perlahan-lahan mengangkat kepala dan memberikan senyuman manis. “Hi…….”

Kekal senyum Iris. Kekal senyum! “……Amira Sofia.”

“Awal datang?” Dengan senyuman yang sama, Iris menanyakan soalan.

“Aah. Sebab terbangun awal” Bibirnya juga masih tidak lekang dengan senyuman. Senyuman kaku yang ketara kelihatan.

“Ooooo bangun awal. Agak menarik sebab tu.” Iris ketawa nipis. Menunjukkan tanda terhibur walaupun sebenarnya sangatlah tidak.

“Dah makan?” Sekadar untuk tidak mengeruhkan suasana.

“Belum…..” Amira sedikit mencebikkan mulut sebelum satu tangan yang disembunyikan di belakangnya sedari tadi ditarik ke hadapan. Tergenggam kemas satu bekas makanan yang elok terukir nama sang pemilik.

“Tapi saya ada bawa bekal. Iris dah makan? Nah!” Amira menghulurkan sekeping sandwich. Iris memandang Amira sedikit ragu sebelum mengambil dan mengunyahnya.

“Sedap tak, Iris? Ini saya yang buat sendiri. Maaf kalau terlalu pedas. Sebab saya gila pedas.”

‘Nasib aku makan pedas. Boleh tahan juga dia ni makan pedas-pedas waktu pagi. Lain macam betul pedas pulak tu. Samyang kesukaan aku pun boleh kalah! Dahsyat!’

“It’s okay. Saya pun memang gila pedas.” Tapi dirinya tidak cukup gila untuk makan sepedas ini pagi-pagi. Iris berhenti mengunyah selepas dua suapan.

“Kenapa, Iris? Tak sedap ke?” Sedih pulak Iris melihat muka Amira Sofea yang benar-benar sedang menjelaskan kekecewaan. Tapi dirinya akan lebih sedih andai tandas asyik memanggil sekejap lagi.

“Eh tak, tak. Sedap. Sedap sangat. Cuma sekarang perut saya kenyang. Nanti saya habiskan. Okay?” Ujar Iris sambil memberikan senyuman. Acah-acah memujuk.

Habis sahaja sesi pujuk-memujuk tersebut, pintu dewan kuliah mula sibuk menggerakkan diri. Dewan kuliah yang baru sahaja tadi kosong dan sepi mulai terisi dengan para pelajar yang baru hadir.

“Oh oklah kalau macam tu. Saya balik tempat duduk dulu. Bye.…” Amira Sofea melambaikan tangan lalu menuju ke tempat duduknya.

Iris terus menjeling sandwich yang berada di tangannya. Sungguh putih dan bersih. Tidak seperti dia. Yang penuh merah berapi. Dan sedikit warna hijau.

Iris senyum sinis sebelum berlalu menghampiri tong sampah yang berada di luar dewan. Roti yang sedang elok digenggam kemas tangan dia baling deras ke dalam tong sampah.

Tak guna!

======================================================================

Ya.

Pada hari itu, cuma kelas tersebut sahaja yang Iris hadirkan diri. Habis sahaja kelas tersebut, kepalanya mulai pening dan perutnya juga bagaikan ditusuk rakus berkali-kali dari dalam. Pantas dirinya dibawa ke hospital dengan bantuan Nada. Dia sungguh bernasib baik kerana kelas Nada pada waktu tersebut adalah di sebelah dewannya. Kalau tidak? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Dan Iris benar-benar terlalu bengang sekarang. Jantungnya bagaikan mahu meletup.

“Aku betul-betul tak sangka Amira Sofea sekeji tu. Kau pun satu. Tak hati-hati!” Nada mula menunjukkan sisi harimau yang disimpan kemas. Membebel hingga membuatkan tahi telinga Iris mula mencair.

‘Dia lupa ke aku tengah terbaring sakit ni?’ Iris menjeling sekali sedas.

“Dua suap ja. Dan aku pun tak perasan warna inti sandwich kami tak sama. Habis kunyah ja yang kali kedua tu baru aku nampak. Tak cukup dengan warna merah, sekali warna hijau dia bagi dekat aku.” Iris membebel kembali.

“Lagipun aku tak sangka la dia sanggup buat sampai macam tu. Tak sangka dia sekeji tu. Semata-mata sebab satu pertandingan.” Terlepas satu keluhan keras dari mulut Iris.

“Kalau kau face to face dengan dia nanti mesti dia takkan mengaku kan? Betul tak?”

“Huh!” Sinis bunyi yang keluar dari mulut Iris.

“Mesti dia kata…..” Nada mula membuat muka pick me girl.

“Mungkin awak ada makan benda lain ke? Sebab saya makan okay je?” Berpusing-pusing tangan Nada. Seperti gorila di zoo sampaikan Iris sendiri pun tidak boleh membezakan antara keduanya. Sangat sadis! Penuh bilik tersebut dengan nada tawa mereka berdua. Maaf sekiranya ada yang sedang berlalu. Jangan risau. Itu manusia, bukan pontianak.

“Aku ada inform Afnan.” Ujar Nada apabila tawanya sudah reda sambil mengusap air mata yang mengalir.

“Kau beritahu yang aku masuk hospital ke?” Senada.

Nada mengangguk lalu meneguk botol air yang berada berdekatan.

“Laaaa. Kenapa? Aku kena warded dua hari ja. Lusa dah boleh keluar.” Sebenarnya, seboleh mungkin Iris tidak mahu Afnan tahu. Dirinya tidak ingin menyusahkan. Lagipula, Afnan akan kerisauan.

Dan juga antara mereka masih tiada lagi sebarang hubungan rasmi.

“Masa ni la kau nak tengok dia macam mana. Layan kau elok ke tak masa badan kau lemah. Betul-betul prihatin dengan kau ke tak. Ni lah masanya. Berapa lama lagi kau nak biar dia tergantung?” Nada tegas bersuara sambil mengcekak pinggang.

Hari ini sudah genap dua minggu sejak Iris dan Afnan berjumpa di restoran. Iris secara hormat meminta Afnan untuk memberikan dia sedikit waktu untuk berfikir secara jernih.

Sebab date for fun bukanlah cara hidup dirinya. Tapi date for married.

Dan oleh kerana itu, Iris lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Mungkin masyarakat akan mengatakan bahawa selepas kahwin barulah akan kelihatan perangai sebenar pasangan.

Dan bagi diri Iris sendiri pula, ianya adalah mungkin. Namun itu tidak bermakna dia akan semberono dalam memilih orang yang akan dia berikan segalanya. Iris sudah melakukan bahagiannya untuk memilih yang terbaik. Dan pasangan dirinyalah yang akan menentukan sama ada dia akan menjadi satu pilihan yang benar atau salah. Itu bahagian dia. Bukan dirinya, Iris. Apa-apa sahaja yang bakal terjadi selepas itu bukan salah dirinya dan Iris tidak akan membiarkan dirinya dipersalahkan hatta walau sekuman.

Bunyi ketukan kuat pintu mengejutkan Iris dari lemunan. Dia yang sedang berjalan penuh dengan bergaya santai tapi amat menarik mata yang memandang. Tidak terkecuali dia yang menjadi arah tujuan.

“Rose. For you.” Bunga bertukar tangan dan Iris hirup baunya. Bau yang sangat harum.

“Terima kasih.” Iris memberikan senyuman yang manis kepada lelaki tersebut. Tanda menghargai akan pemberian.

“Tapi kan……” Iris memandang tepat.

“Mana Afnan?” Kepada mata Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience