Hubungan Iris dengan Afnan diakui memang mulai renggang. Mungkin mulut berkata ianya adalah cuma satu kisah silam yang lapuk dan mereka sudah saling terbuka untuk membicarakannya. Namun isi hati yang terpendam dalam, perasaan sebenar hanya sang pemilik hati sahaja yang tahu. Hal ini juga sedang dirasai oleh kedua Iris dan juga Afnan. Iris langsung tidak mampu untuk menipis hakikat bahawa insan itu, musuhnya pernah menjadi insan terpenting dalam kehidupan lelaki itu. Lebih-lebih lagi, bila dia mengetahui tidak semua yang merestui hubungan mereka. Beserta dengan kesaksian matanya sendiri pada kejadian malam itu…… Iris benar-benar…….
Keliru.
“Hah…….”
“Eh kau okay ke tak ni, Iris? Dari tadi aku tengok kau asyik termenung. Dah berapa banyak nafas yang keluar dari mulut kau tu pun aku tak tahu. Tak terkira. Sangat tak terkira.” Kerisauan dan perlian dalam waktu yang sama oleh Nada.
Pedih menusuk tetapi geli juga di telinga apabila mendengar bebelan sang sahabat.
“Aku…..”
“Aku apa?” Sergah Nada. Terus sedas Iris memandang. Nada yang melihat hanya ketawa. Dia langsung tidak takut….. Hihihi.
“Aku masih tak dapat menerima hakikat tu.” Iris menundukkan kepala dan memeluk kaki sambil melabuhkan belakang badan rapat kepada kepala katil.
“Hakikat apa? Hakikat yang perempuan tu ex-fiancee tunang kau? Itu?” Bertalu-talu Nada bertanya.
Iris mengangguk lemah. Dia semakin mengeratkan pelukan di kaki. Dan kepala semakin menunduk.
Melihat itu, Nada mengeluh kuat. Ini kali pertama dia melihat wanita itu menjadi selemah itu. Ini bukan Lee Iris Irina yang dia kenal. Sungguh.
Suasana menjadi hening sebelum Iris merasakan ada satu gerakan kecil di hadapannya. Iris mengangkat kepala dan memandang Nada yang sedang memandangnya tepat. Dengan perlahan, Nada memegang lembut kedua pipi Iris.
“Hei…. Listen.”
“Mungkin. Aku tegaskan sekali lagi, Iris. Mungkin! Mungkin Amira tu adalah cinta pertama Afnan.”
Nada mengeratkan pegangan tangan di pipi Iris. Cuba memberikan ketegasan dan keyakinan atas ucapan yang akan dia lontarkan setelah ini kepada sang sahabat.
“Tapi satu yang kau kena ingat. Ingat! Ingat yang sekarang kau adalah dunia dia. Bukan lagi Amira Sofea.”
“Nada, kau tahu tak? Aku ingat lagi sejelas-jelasnya dalam kepala otak aku masa kenduri keluarga Afnan haritu. Mungkin ibu dia beritahu semua ahli keluarga puji aku. Inilah…. Itulah. Tapi kau tahu? Mata diaorang masa pandang aku langsung tak boleh bohong.”
“ Aku…. Aku……” Iris menangis tersedu. Matanya meliar. Mencari kekuatan yang menghilang.
“Aku boleh rasakan pandangan jijik dari seluruh dewan, Nada. Untuk aku.”
“Untuk aku……Untuk aku……Untuk aku……” Iris merintih ketakutan. Dia benar-benar ketakutan.
Terus Nada menarik Iris ke dalam pelukan. Dapat dirasakan dengan jelas getaran kuat yang datang dari tubuh badan kecil Iris.
Getaran penuh ketakutan. Yang bagaikan tidak ingin pergi.
Nada yang merasai itu menjadi tergamam.
Iris yang seperti ini……
Ini adalah kali pertama sepanjang lebih sepuluh tahun persahabatan mereka, dirinya melihat Iris setakut dan selemah ini.
Iris yang selalu kuat pada pandangannya. Iris yang selalu ketawa bebas. Iris yang langsung tidak pernah takut walau dicabar kuat dan rapat oleh sesiapa pun.
Melihatnya sebegini, Nada benar-benar dibelenggu rasa tidak percaya. Rasa tidak percaya betapa kuatnya kuasa Afnan dalam diri Iris.
“Allah……. Iris.” Jatuh satu air mata di pipi.
Nada sudah tidak mampu menahan tangisan apabila mendengar rintihan demi rintihan satu-satunya sahabat baiknya itu di bahunya. Basah di bahu dia langsung tidak endahkan sama sekali. Yang paling penting bagi dirinya sekarang adalah menenangkan sahabatnya. Yang benar-benar dalam ketakutan menggila. Ketakutan impian masa hadapan yang diimpikan olehnya adalah cuma satu angan-angan palsu. Yang adalah cuma satu mainan mimpi tidur.
“Kau tak yakin yang Afnan cintakan kau?”
“Bukan.” Iris menggeleng di bahu. Menafikan.
‘Kau tak yakin yang Afnan tak cintakan Amira Sofea?”
Diam.
“Iris?”
Iris mengangkat kepala dan mengelap air mata yang sedang mengalir deras di pipi. Dengan satu helaian nafas dan satu air mata yang menitik, dia bersuara.
“Aku cuma yakin satu benda. Yakin yang aku bukan lagi satu keutamaan untuk diri dia. Tapi cuma satu pilihan.”
“Takkanlah…….” Jatuh satu air mata di pipi Nada. Dia benar-benar terkejut. Jika benar, janji yang Afnan telah lafazkan kepada dirinya dulu adalah cuma satu kepalsuan semata.
“Nada. Kau tahu tak? Mulut Afnan mungkin kata tak. Tapi……” Iris teresak. Dia mula kehilangan nafas.
“Mata dia tak boleh bohong aku. Mata dia……. Masa pandang Amira……”
“Sakit, Nada.” Iris mengetuk dada. Laju berulang kali. Dia sudah tidak boleh bernafas.
Pantas Nada menarik Iris ke dalam pelukan dengan erat dan belakang wanita itu dielus lembut. Menenangkan dia yang sekali lagi menggigil ketakutan.
Ketakutan akan pengkhianatan yang mula jelas berbau.
Apabila wanita itu sudah kelihatan sedikit tenang, Nada berbisik. Tepat di telinga kanan.
“Kau nak keyakinan tu balik, kan?”
“Keyakinan apa?”
“Kau tak nak tahu ke? Kebenaran.”
Iris memandang Nada tepat. “Nak.”
“Jadi, tunggu apa lagi?” Tangan mereka berdua menyatu.
“Detective Conan. Let’s start it.” Keduanya akhirnya ketawa diselangi tangisan yang tersisa.
Share this novel